You are on page 1of 4

Bunga ialah organ pembiakan seks pada tumbuhan Sekuntum bunga yang lengkap terdiri daripada sepal, ranggi,

stamen, dan pistil. Stamen ialah organ pembiakan jantan bagi bunga yang terdiri dari anter dan filament. Pada stamen terdapat anter yang mengeluarkan butir debunga, iaitu gamet jantan bunga. Pistil ialah organ pembiakan betina bagi bunga yang terdiri dari stigma, stil, ovary dan ovul. Pada pistil terdapat ovari yang mengandungi ovul, iaitu gamet betina bunga.Bunga mungkin mempunyai kedua-dua organ pembiakan pistil dan stamen (biseks) atau salah satu daripadanya (uniseks).

Pembentukan Debunga 1. Debunga ialah gamet jantan bunga yang terhasil dalam anter. 2. Setiap anter bunga terdiri daripada dua atau empat lobus mengikut spesiesnya. 3. Dalam setiap lobus terdapat satu rongga yang disebut pundi debunga yang mempunyai sel-sel induk debunga yang diploid. 4. Tapetum ialah lapisan sel bernutrien yang mengelilingi sel-sel induk debunga. Tapetum adalah sumber makanan simpanan bagi pundi debunga. 5. Pada awalnya setiap pundi debunga mempunyai banyak sel induk debunga yang diploid. Setiap sel induk akan menjalani pembahagian meiosis untuk menghasilkan satu tetrad debunga yang haploid (mikrospora). 6. Dalam setiap debunga, nucleus yang haploid seterusnya kan menjalani pembahagian mitosis untuk membentuk dua nucleus iaitu; nucleus penjana dan nucleus tiub (lebih besar). 7. Seterusnya , nucleus penjana akan membahagi untuk membentuk dua gamet jantan.

Pembentukan Ovul 1. Ovul terbentuk dalam ovary karpel dan berkembang daripada tisu karpel yang disebut plasenta. 2. Pada awalnya ovary karpel adalah kosong dengan rongga ovary yang terdiri daripada satu atau lebih ovul. 3. Setiap ovul berkembang sebagai satu unjuran kecil kedalam rongga ovary.

4. Ovul yang semakin berkembang akan membengkok ke arah bawah. 5. Pada awalnya, ovul terdiri daripada satu jisim sel yang serupa yang disebut nuselus. 6. Tangkai pendek yang menyambungkan nuselus kepada plasenta disebut funikel. 7. Perkembangan nuselus menyebabkan dinding ovul membahagi kepada dua lapisan tisu pelindung yang dipanggil integument dalam dan integument luar. Tisu ini akan melindungi tisu nuselus yang lebih lembut di dalamnya. 8. Lapisan-lapisan integumen tidak menutupi kesemua tisu nuselus tetapi meninggalkan satu bukaan kecil (mikropil) pada satu hujung. Hujung yang satu lagi disebut kalaza. 9. Pada tengah-tengah ovul, satu struktur yang disebut pundi embrio memulakan perkembangannya. Pundi embrio mempunyai gamet betina (sel telur) yang haploid. 10. Asal usul pundi embrio: a. Pundi embrio berasal daripada satu sel nuselus yang tunggal yang disebut sel induk pundi embrio. b. Sel induk pundi embrio ini menjalani meiosis untuk membentuk empat sel yang haploid. c. Tiga daripada empat sel tersebut akan merosot manakala sel yang keempat itu akan berkembang untuk membentuk pundi embrio. 11. Nukleus pundi embrio akan menjalani pembahagian mitosis sebanyak tiga kali untuk menghasilkan sejumlah lapan anak nucleus dengan empat anak nucleus pada setiap hujung pundi embrio. 12. Satu anak nucleus daripada setiap hujung pundi embrio akan bergerak ke bahagian tengah untuk membentuk dua nucleus kutub. 13. Enam anak nucleus yang tertinggal akan disaluti dinding sel untuk membentuk sel- sel yang haploid, iaitu tiga pada setiap hujung pundi embrio. 14. Oleh itu pundi embrio yang matang akan mempunyai tiga sel pada setiap hujung dan dua nucleus di pusat pundi embrio. Semuanya adalah haploid. 15. Antara enam sel yang haploid, hanya satu sel pada hujung mikrofil yang akan menjadi sel telur dan ovum. Lima sel yang tertinggal, iaitu tiga sel antipodal dan dua sel sinergid akan merosot.