Вы находитесь на странице: 1из 103

TAJUK 1 : ALAM BELAJAR

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah. EDU 3103

Nama Pensyarah : Puan Fairus binti Abu Bakar


Muhammad Amir Adri bin Mat Isa Muhamad Adib Najmi bin Zainuddin Wan Muhammad Izzuddin bin Wan Dolah 2 PISMP AMBILAN JAN 2013 Pendidikan Khas 1

ELEMEN FIZIKAL PERSEKITARAN BELAJAR ELEMEN SOSIAL ALAM BELAJAR PERATURAN DAN CARA BERMAIN

PERMAINAN SOSIAL

PENGANJURAN PERMAINAN

KEPENTINGAN PERMAINAN

Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut

pandangan yang berbeza.

Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid.

Alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. Kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang. Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Alam Belajar
Aspek Fizikal

definisi

Kamus Dewan Edisi 4: tentang badan (yang berlawanan dengan moral atau rohani); jasmani: kekuatan tentang keadaan alam semula jadi seperti geografi

Aspek Psikososial

Kamus Dewan Edisi 4: berkaitan dengan atau melibatkan faktor atau pengaruh psikologi dan sosial: perkembangan

Aspek Komuniti Pembelajaran

Kamus Dewan Edisi 4: Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menjadikan masyarakat setempat sebagai sumber rujukan

Persekitaran pembelajaran mampu membentuk peribadi kanak-kanak

Persekitaran yang baik mampu menjadikan proses perkembangan mereka sebaliknya


Prasarana tempat tinggal Persekitaran rumah Kemudahan dan kelengkapan

positif begitulah juga

Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir,


membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitaran fizikal yang dihadapinya.

Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan

kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.

Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.

Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah

yang tersorok kedudukannya.

Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akan memberi pengaruh yang berbeza.

Selain itu, susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengeruhi tetapi faktor psikososial gaya

murid-murid,

mencerminkan

pengajaran seorang guru.

Sebagai penjelasan, sekiranya guru itu ingin murid berkolaborasi dalam bentuk kumpulan

kecil, guru perlu mengumpulkan murid dalam


bentuk bulatan mengelilingi meja.

Bagi perbincangan secara kelas, adalah disyorkan supaya

menggunakan bentuk bulatan atau bentuk U.

Jika hendak merancang untuk mengendalikan pembelajaran bercorak kadar kendiri dan bersifat individu, besar

kemungkinan
pembelajaran.

guru

perlu

membentuk

stesen-stesen

Justeru itu, akan berlakunya peningkatan pembelajaran dan

pengurangan tingkahlaku bermasalah dalam kalangan muridmurid.

Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar


pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak.

Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik

akan berkembang dengan lebih positif.


Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya

menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan

hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian


dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.

Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah.

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat.

Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam


bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial

yang membantu pembelajaran.

Iklim bilik darjah yang sihat:


hubungan sesama murid hubungan guru dengan murid semangat bekerjasama amalan nilai-nilai murni

keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik

Selain itu, guru merupakan insan yang penting dalam meningkatkan psikososial murid kerana guru adalah orang yang dekat dengan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Murid-murid akan memikirkan banyak


persoalan di dalam minda mereka seperti aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.

Mengikut kebiasaan, pembelajaran mereka menjadi lebih berkesan jikalau mereka diterima atau dilayan dengan baik

oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru itu untuk memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-

murid yang kita ajar.

Aspek-aspek yang boleh dilaksanakan merangkumi empat elemen:

Nada suara

Guru perlu bersikap tenang dan tidak menengking murid-murid. Ini akan menunjukkan bahawa guru berada dalam kawalan.

Budi bahasa

Guru merupakan role model yang menjadi ikutan kepada anak murid yang pasti murid akan meniru pertuturan guru mereka. Guru juga perlu memanggil nama murid yang berkenaan bukan nama sindiran dan sebagainya.

Suasana yang kondusif

Guru hendaklah menyediakan kemudahan dan keceriaan kelas untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru perlu menghentikan buli dan usikan antara murid yang berlaku di dalam kelas dan tidak menunjukkan tingkah laku yang kurang sopan didepan murid.

Tingkah laku yang sesuai

Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian.

Begitu

juga

dalam

proses

pembelajaran,

manusia

bergantung dengan individu lain. Contohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. Contoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi

memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif,

mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu


dalam proses belajar.

Pengalaman

belajar

dalam

bentuk

komuniti

pembelajaran

merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar


dan semula jadi.

Komuniti

pembelajaran

membina

kesedaran

bekerjasama,

memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.

Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia.

Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

McMillan dan Cavis (1986)

komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif.

Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar.

Belajar dalam komuniti pembelajaran juga boleh membantu ke arah


perkembangan yang positif kelak.

Sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk

mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa


menindas rakan yang lain.

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah.

Oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid.

Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan

lima

sistem

sosial

iaitu

mikrosistem,

mesosistem,

ekosistem,

makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.

Persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut.

Mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibubapa,


penjaga, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

Tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibubapa terhadap kanak-kanak tersebut.

Contoh : Kanak-kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini.

Melibatkan hubungan antara sistem mikro. Pengalaman lain. dalam satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang Contoh : Seorang oleh pelajar yang merasa mungkin dirinya akan

dipinggirkan

keluarga,

menghadapi masalah menjalin hubungan yang positif


dengan gurunya.

Mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak

tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas


kanak-kanak tersebut.

Contoh : Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalamperkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.

Makrosistem
Mewakili adat resam, nilai dan amalan masyarakat. Contoh : Adab budaya (seperti budaya Islam) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat diterima.

Kronosistem
Persekitaran yang berubah mengikut keadaan masa. Contoh: kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Berdasarkan pemerhatian anda di sekolah semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah pada semester lalu, bincangkan sekurang-kurangnya tiga elemen fizikal dan tiga elemen psikososial yang dititikberatkan oleh pihak pentadbir serta guru-guru di sekolah tersebut dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT

Sekolah Kebangsaan Demik ditubuhkan pada januari 1959 dengan nama ` Sekolah Kebangsaan Kampung Demit

Sekarang sekolah ini terletak di Jalan Raja


Perempuan Zainab 2 di Kota Bharu Kelantan.

VISI

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG LONJAKAN SARJANA PADA TAHUN 2015

MISI

MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAB YANG BERKESAN SEIRING DENGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM YANG PESAT DI PERSEKITARAN YANG CERIA DAN KONDUSIF

MOTO

WARGA DISIPLIN SEKOLAH CEMERLANG

ELEMEN FIZIKAL

Bilik darjah yang baik dan kondusif boleh diambil kira dari aspek susunan,

reka bentuk fizikal dan perabot yang ada dalam bilik darjah.

Hal ini kerana, susunan bilik darjah akan memberi ruang kepada guru untuk membuat pamantauan ke atas murid dengan lebih mudah dan cepat.

Selain itu, kedudukan meja guru tersebut juga haruslah berhampiran dengan murid agar guru lebih mudah untuk berinteraksi.

Bukan

itu

sahaja,

sebuah

bilik

darjah

yang

kondusif

dan

baik

sememangnya mempunyai ruang trafik yang selesa yang mana susun atur

perabot seperti kerusi dan meja di dalam kelas di atur dengan kemas agar
memberi ruang yang selesa kepada guru dan murid untuk bergerak.

Tambahan lagi, sistem yang digunakan untu menyusun adalah seperti digunakan dari dahulu hinggi kini iaitu gaya auditorium atau dikenali dengan gaya tradisional yang mana murid duduk menghadap guru

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), kebiasaan


gaya ini digunakan jika guru menggunakan kaedah kuliah, susunan ini lebih berpusatkan guru dan komunikasi serta interaksi dalam kalangan murid adalah terhad. Dengan itu, murid akan lebih fokus kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan kandungan peraturan di dalam kelas yang mana ada tertuli bahawa murid dikehendaki menggunakan kerusi dan

meja yang dikhaskan kepadanya, bertanggungjawab terhadap alatan ini


serta perlu memastikan ia tersusun dengan kemas dan sebarang kerosakkan harus dilaporkan kepada guru dengan segera.

Oleh itu, demi keselesaan murid, kerusi dan meja haruslah mencukupi dan mestilah berada dalam keadaan yang elok dan memiliki saiz yang sesuai

dengan tahap usia murid.

Walaubagaimanapun, bagi menjayakan P&P di dalam bilik darjah, permandangan murid juga harus di ambil kira yang mana permandangan mereka mesti jelas dan tidak terhalang agar segala persembahan yang dipamerkan oleh guru dapat diterima tanpa mempunyai sebarang halangan.

B I L I K D A R J A H

Komputer adalah sejenis alat teknologi yang canggih yang boleh dikatakan setiap orang memilikinya pada zaman globalisasi ini.

Sekolah

Kebangsaan

Demit

mempunyai

dua

buah

bilik

yang

menyediakan perkhidmatan komputer iaitu Pusat Akses Sekolah dan

Makmal Sekolah.

Kedua dua bilik ini memberi keselesaan yang baik kepada murid dan guru yang mana Dilengkapi dengan penyaman udara, kipas yang mencukupi dan ruang yang luas dan bersih.

Makmal ini akan digunakan setelah mempunyai mata pelajaran ICT dalam jadual pembelajaran ataupun terdapat beberapa mata pelajaran lain yang memerlukan bantuan komputer untuk menjalankan P&P dengan sempurna,

Melalui penyediaan makmal komputer ini di setiap sekolah telah membantu meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam bidang teknologi dengan lebih mendalam lagi kerana mereka boleh meneroka semua perkara melalui komputer ini dengan menggunakan rangkaian internet.

Adanya makmal komputer ini, semua murid tidak kira datang daripada keluarga miskin yang tidak mempunyai kemampuan untuk memiliki komputer sendiri di rumah turut merasai ataupun berpeluang mempelajari kemudahaan oleh komputer.

Pihak Sekolah Kebangsaan Demit telah membuat beberapa inisiatif


antaranya menawarkan kelas tambahan cara menggunakan komputer kepada murid.

Hal ini bertujuan untuk membantu mereka mengikuti perkembangan teknologi masa kini agar mereka tidak ketinggalan dan tahu menggunakan kemudahan teknologi yang tersedia kini.

MAKMAL KOMPUTER

BILIK AKSES

Sekolah Kebangsaan Demit mempunyai sebuah Pusat Sumber yang kondusif


dan baik untuk digunakan oleh pelajar dan guru..

Pusat sumber sekolah ini mempunyai ruang yang luas dan selesa untuk merangsang perkembangan fizikal murid murid.

Pusat sumber sekolah ini juga sentiasa membuat penambahbaikan dari segi bahan bacaan yang banyak seperti bahan rujukan, buku cerita dan buku ilmiah membantu murid dalam memperkembangkan intelek dan daya imaginasi mereka.

Selain itu, terdapat beberapa sudut yang berbeza yang disediakan seperti sudut bercerita di dalam pusat sumber dan sudut membaca majalah dan sebagainya.

Dengan bantuan suasana pusat sumber yang kondusif dan penuh dengan

keceriaan yang dihiasi dengan pelbagai bahan bantuan mengajar telah menarik
sedikit sebanyak minat murid untuk berkunjung ke pusat sumber dan mendorong minat cinta akan ilmu pengetahuan

Kelengkapan bahan bacaan seperti surat khabar dan buku motivasi memudahkan lagi murid mencari rujukan tambahan bagi menambah pengetahuan sedia ada mereka.

Pihak pentadbir dan guru pusat sumber sekolah ini juga telah menyediakan
beberapa inisiatif untuk menarik minat dalam dunia membaca antaranya ialah melancarkan program NILAM pada setiap tahun yang mana disarankan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Organisasi pusat sumber sekolah juga telah melaksanakan satu cara untuk menarik minat murid datang ke pusat sumber dengan memberi hadiah kepada murid yang kerap datang mentelaah buku melalui semakan rekod

nama murid yang datang ke pusat sumber.

Hal ini sedikit sebanyak telah menanam sifat budaya membaca dalam diri murid murid.

P U S A T

S U M B E R

S E K O L A H

Sekolah Kebangsaan Demit mempunyai sebuah padang yang tidak begitu luas. Hal ini bukan disebabkan pihak sekolah tidak menitikberatkan perkembangan fizikal murid, tetapi mempunyai kekangan dari segi kawasan sekolah yang tidak mengizinkan untuk membuat satu padang yang luas.

Walaubagaimanapun ini tidak menghalang sedikitpun kepada pihak sekolah


untuk menerapkan mata pelajaran jasmani dalam pembelajaran harian.

Oleh hal demikian, pihak sekolah telah berusaha dengan menyediakan peralatan sukan dan permainan yang lengkap kepada murid untuk melakukan pelbagai aktiviti di padang dan program 1Murid 1Sukan tetap dapat dicapai...

Dengan adanya padang ini, murid murid dapat melakukan beberapa aktiviti permainan yang akan meningkatkan stamina sekali gus

menggalakkan pertumbuhan fizikal murid itu sendiri

Disamping itu juga, bakat yang terpendam dalam diri pelajar dapat dicungkil melalui aktiviti yang dijalankan semasa mata pelajaran jasmani ini.

Keadaan padang yang tidak begitu luas telah memberi sedikit kebebasan kepada murid untuk melakukan aktiviti permainan yang disukai kerana mendapat kawalan daripada guru dari segi keselamatan murid.

PADANG SK DEMIT

Keceriaan & Kebersihan


Motivasi Kepada Pelajar Gerak Kerja Kokurikulum

Keistimewaan Sekolah Kebangsaan Demit salah satu daripadanya ialah mempunyai suasana yang ceria dan tenang.

Keceriaan yang dapat lihat di sekolah ini adalah banyak mural mural yang mempunyai makna bangunan sekolah ini. dilukis di dinding bangunan

Kebiasaannya, mural-mural yang terdapat di sekolah merupakan

hasil kerja guru dan murid sekolah itu sendiri dan hal ini sedikit
sebanyak membantu mengeratkan hubungan sosial antara murid dan guru sekolah ini.

Keceriaan dan kebersihan sekolah berperanan dalam memupuk nilai estetika, kebersihan dan kecintaan terhadap alam semula jadi.

Di setiap lorong lorong laluan murid di sekolah ini juga telah dihiasi dengan
perkataan perkataan hikmah yang dapat membantu meningkat pengetahuan murid.

Bukan itu sahaja, di

kawasan kantin juga turut dihiasi dengan gambar-gambar

makanan yang berkhasiat dan adab-adab ketika makan dan sebagainya. Hal ini
sedikit sebanyak telah membantu pengurusan kantin untuk menyediakan makanan yang baik.

Sekolah ini juga telah menyediakan banyak tong sampah dan diletakkan dikawasan

yang bersesuaian bagi memudahkan murid membuang sampah. Dengan adanya


kemudahan ini, kebersihan sekolah dapat dikawal dan dijaga dan budaya tidak membuang sampah merata rata dapat diterapkan dalam diri pelajar.,

Pihak sekolah juga meningkatkan lagi keceriaan sekolah dengan tanaman pokok pokok bunga bagi menghiasi di setiap sudut yang menjadi tumpuan di sekolah ini.

Sahsiah seseorang pelajar haruslah dibentuk ketika mereka berada di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini kerana apabila pelajar tersebut bergelar dewasa, pembentukan sahsiah mereka sendiri sukar untuk dilakukan kerana mereka mempunyai pemikiran yang terbuka dan matang.

Oleh hal demikian Sekolah Kebangsaan Demit telah merancang dan melaksanakan beberapa program antaranya ialah membaca yassin seawal jam 7.20 pagi dan diikuti dengan motivasi oleh para guru dan Guru Besar yang melibatkan murid-murid UPSR.

Perkara ini telah membuktikan bahawa pihak pentadbir bukanlah hanya menekankan perkara yang berkaitan dengan akademik sahaja malah turut menekankan aspek kerohanian juga.

Melalui program motivasi atau sedikit ceramah oleh guru sekolah ini sedikit sebanyak telah membantu murid-murid memotivasikan diri mereka sendiri.

Melalui program ini juga, perhubungan antara guru dan murid-murid juga menjadi lebih erat dan kukuh.

Pihak sekolah ini juga telah menyediakan satu bilik khas iaitu dipanggil bilik kaunseling untuk memberi ruang dan peluang kepada murid yang mempunyai masalah peribadi untuk meluahkan ataupun berkonsi

permasalahan yang dialamninya.

Melalui persediaan ini, murid murid sentiasa bersemangat dalam P&P

walaupun mempunyai masalah kerana mereka telah diberi motivasi untuk


meningkatkan lagi semangat mereka.

Dalam meningkatkan mutu kokurikulum sekolah, pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Demit telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti perlawanan bola sepak, perlawanan bola jaring dan pertandingan kawad di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Selain itu, pihak sekolah juga telah menitikberatkan tentang pencapaian yang cemerlang bagi murid-murid yang berpotensi dalam bidang kokurikulum.

Dengan itu, guru dan pihak pentadbir sekolah ini telah memberi perhatian

kepada kesemua pelajar yang berpotensi dan mempunyai bakat dalam


bidang kokurikulum untuk digilap.

Dalam menggerakkan kerja kokurikulum sekolah, pihak sekolah juga memberi penegasan disiplin agar keadaan di sekolah sentiasa dalam keadaan yang terkawal.

Oleh itu, guru sentiasa memberi motivasi dan dorongan serta galakan yang memberangsangkan murid-murid agar mereka berminat untuk aktiviti dalam kokurikulum dengan lebih aktif dan efektif. menyertai

Sebagai bakal guru sekolah rendah, kami dikehendaki memilih sama ada

satu jenis permainan kognitif atau permainan sosial dan jelaskan peraturan
serta cara-cara permainan berkenaan. Anjurkan pertandingan permainan tersebut bagi sekurang-kurangnya dua kumpulan pelajar.

Buat pemerhatian selama 20 minit terhadap murid-murid yang sedang

bermain. Berdasarkan pemerhatian kami, jelaskan sekurang-kurangnya tiga


kepentingan permainan tersebut terhadap proses pembelajaran kanakkanak dengan memberi tumpuan pada aspek-aspek berikut : Emosi Psikomotor Sosial Moral (nilai murni) Kognitif

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kepuasan dan kegembiraan kepada kanak kanak tanpa menimbang apakah hasil aktiviti itu.

Dengan lain perkataan, kanak kanak bermain bukan kerana inginkan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Kategori main

Permainan Sosial

Permainan Kognitif

Permainan sosial bermaksud kanak-kanak bermain

bersama dalam kumpulan.

Permainan sosial ini bermula seawal kanak-kanak mula mengenali persekitaran dan orang lain yang ada dalam

persekitarannya.

Main

sosial

berlaku

secara

berperingkat

dalam

perkembangan kanak-kanak sesuai dengan peranannya

sebagai persediaan kanak-kanak mencapai kematangan


bermasyarakat dan menghadapi alam dewasa.

Kanak-kanak tidak bermain dengan apa-apa alatan atau Main Unoccupied dengan sesiapa pun. Mereka hanya memerhatikan tanpa melakukan sesuatu tindakan.

Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan Main Solitary rakan atau keadaan sekeliling. Kanak kanak akan

mengabaikan apa yang dilakukan oleh kanak kanak lain.

Main Onlooker

Kanak-kanak hanya memerhati rakan-rakannya bermain tanpa melibatkan diri dalam permainan.

Main Parallel

Kanak-kanak bermain sendirian tetapi menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berinteraksi.

Main Associative

Kanak-kanak bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan-rakan.

Main Cooperative

Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.

Permainan kognitif adalah satu permaianan yang


melibatkan intelek ataupun berkaitan dengan pemikiran seseorang pemain.

Murid menggunakan bahan konkrit/maujud untuk memperolehi pengetahuan dan meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor, sosioemosi dan kreativiti.

Kanak kanak menggunaka sensori motor dan tubuh Main Fungsi (functional Play) badan melakukan sesuatu aktiviti seperti melompat atau memanipulasi objek yang melibatkan pergerakkan

Kanak kanak menggunakan imaginasi dan main Main Fantasi (Fantasy Play) peranan untuk mencipta aktiviti aktiviti baru di luar dunia ini berasaskan imaginasi dan daya kreativiti mereka.

Main Peraturan (Games and Rules)

Kanak kanak mengikut peraturan yang telah ditentukan (Polis sentri, dam ketingting)

Main Konstruktif (Constructive Play)

Kanak kanak bermain menggunakan bahan untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka (cipta istana, binaan, memasak)

Main Sosiadrama (Sociodramatic Play)

Melibatkan interaksi verbal di antara kanak kanak untuk melakonkan watak watak dalam aktivi ini.

Permainan kabaddi adalah satu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu.

Permainan ini diwujudkan bertujuan untuk menolong


askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri bagi menghadapi musuh dalam

peperangan.

Selain itu, permainan ini adalah suatu sukan team contact yang bermula di Tamil Nadu, India.

Permainan kabaddi telah didemonstrasikan oleh


Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra kepada dunia antarabangsa di Sukan Olimpik Berlin pada tahun 1936.

Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta.

Manakala dalam Sukan Asia Beijing, permainan ini

diperkenalkan pada tahun 1990.

Mempunyai dua pasukan untuk dimainkan.

Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 12 orang


pemain, iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.

Kedua pasukan ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu sebagai pihak lawan. pasukan bertindak menjadi

penyerang dan satu pasukan lagi akan bertindak

Bagi permainan ini, kawasan gelanggang yang diperlukan adalah berukuran 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama luas.

Masa

untuk

diperuntukkan

bagi

permainan

ini

adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5 minit untuk

pertukaran dua sesi tersebut.

Terdapat suatu garisan yang dikenali sebagai bonus line


dalam kedua-dua kawasan.

Dimainkan secara pusingan bergiliran. (pasukan bertahan dan pasukan penyerang).

Seorang penyerang dihantar ke kawasan pihak lawan sambil menyebut perkataan kabaddi selama mana berada di kawasan pihak lawan.

Penyerang perlu menyentuh lawan tanpa sama sekali tertangkap dan

seterusnya kembali ke kawasan rumah secepat yang mungkin.

Sekiranya penyerang dapat menyentuh seorang pihak lawan, maka 1 mata akan diberikan.

Tetapi, sekiranya pihak lawan dapat menangkap penyerang dan dipegang selama 5 saat dalam kawasan pihak lawan, 1 mata akan diberikan kepada pasukan pihak lawan.

Oleh itu, pihak lawan perlu membuat satu rantai dengan memegang tangan antara ahli-ahli semasa berhadapan dengan pihak penyerang.

Sekiranya rantai tersebut putus, seorang ahlinya dikehendaki keluar kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Fungsi pertahanan adalah untuk menyekat kemaraan penyerang itu balik ke pasukannya kembali sebelum berhenti berehat.

Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang.

Dalam mengurus dan menjayakan pertandingan kabaddi

ini, 7 pergawai, seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga


garisan, seorang penjaga masa dan seorang pencatat markah.

Setiap pasukan mempunyai seorang ibu yang bertindak


sebagai ketua pasukan yang dikenali sebagai lona. Sekiranya lona ini ditangkap maka kesemua ahli pasukan

akan disingkirkan dan pasukan lawan akan memperolehi 2


mata secara terus

Sekiranya terdapat pemain yang keluar secara sengaja tidak kira mana

mana bahagian badannya yang menyentuh kawasan luar dari


garisan gelanggang, maka pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar dari permainan tersebut kecuali tindakan itu berlaku atas struggle.

Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan

Pemain perlu menyentuh bahagian badan di bawah aras pinggang untuk dikira sebagai keluar jika menggunakan kaki untuk menyerang.

Tarik menarik rambut, baju dan seluar dilarang sama sekali dalam permainan ini.

Permainan Kabaddi di peringkat yang lebih tinggi ataupun peringkat antarabangsa haruslah mengikut beberapa asas seperti ketinggian dan berat pada setiap pemain untuk memastikan keadilan dalam permainan.

Jom tengok video !!!!!! tengok dengan penuh perhatian ok.

KOGNITIF

EMOSI

MORAL

PSIKOMOTOR

SOSIAL

Emosi ialah kombinasi perasaan dan mood yang kompleks yang melibatkan reaksi Psikologikal yang sukar dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri corak tingkah laku yang tertentu.

Mereka akan dapat mengenali dan mengetahui bahawa emosi seseorang mungkin berbeza mengikut situasi tertentu dan tahu bagaimana cara untuk mengawal emosi tersebut.

Berpeluang belajar berinteraksi dengan orang lain secara positif, mengajak kanak-kanak keluar daripada pola egosentrik, mengambil kira pandangan rakan, menghormati hak orang lain, bersabar dan bertolak ansur.

Dalam setiap diri individu mempunyai emosi yang

berbeza. Hal ini juga menyebabkan cara dan


keupayaan setiap individu untuk mengawal emosi juga adalah berbeza.

Melalui permainan ini, emosi dapat dikawal melalui


peraturan yang telah ditetapkan.

Permainan kabaddi ini merupakan sebuah permainan tradisional


yang telah dimainkan oleh kanak-kanak sejak berzaman lagi

Kanak-kanak pasti akan merasa seronok bermain dan dapat memupuk kanak-kanak untuk menghormati nilai budaya.

Sambil bermain, kanak-kanak dapat menghayati dan mengetahui tentang sejarah permainan tersebut seterusnya membantunya dalam pelajaran.

Sosial dapat diertikan kemasyarakatan. Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain. Kehadiran itu biasanya nyata anda lihat dan anda rasakan, juga dalam bentuk imaginasi.

Untuk membina sebuah hubungan sosial bukanlah boleh terjadi secara spontan. Malah hubungan boleh terbentuk sekiranya dua individu bertemu secara yang dirancang.

Contohnya dalam permainan kabaddi ini, kanak-kanak perlu bermain secara berkumpulan. Jadi kanak-kanak dapat bergaul

serta menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain.


o

Ini

boleh

menjadi

pencetus

kepada

pembentukan,

perkembangan serta kemahiran sosial kanak-kanak

Semasa bermain permainan ini, semangat berkumpulan adalah sangat diperlukan.

Contohnya, pemain yang menjadi wakil daripada pasukan penyerang akan pergi ke kawasan pihak lawan memerlukan sokongan dari ahli yang lain untuk mendapatkan mata dan kemenangan

Pemain pemain harus bekerjasama dengan berpegangan tangan untuk membina satu rangkaian bagi memudahkan menangkap pihak penyerang.

Komunikasi yang positif dapat dipupuk melalui interaksi


antara ahli kumpulan terutamanya ketika merancang strategi permainan seperti menangkap pihak penyerang.

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Permainan kabaddi merupakan satu permainan yang menguji kepantasan pemikiran seseorang dalam merancang strategi untuk mendapatkan mata.

Sebagai contoh, pihak penyerang harus berfikir strategi secara pantas untuk menyentuh pihak lawan dan melarikan diri daripada pihak lawan apabila dapat menyentuh

Begitu juga yang berlaku pada si kucing, perlu berfikir cara paling berkesan untuk menangkap si tikus.

Secara tidak lansung merangsang perkembangan kemahiran berfikir mereka

Permainan kabaddi memerlukan keupayaan berfikir dan bertindak dengan betul sekaligus menguji tahap kecerdasan seseorang.

Hal ini boleh membantu kanak-kanak membuat persediaan awal untuk mendapatkan pelajaran dan dapat menambahkan maklumat tambahan ke dalam minda yang akan mengembangkan potensi pemikiran kanak-kanak dalam mendedahkan mereka cara menyelesaikan masalah.

Selain itu, permainan ini juga mampu meningkatkan kecerdasan individu dari semua aspek kerana melibatkan pergerakkan tubuh yang kuat.

Oleh itu, perkara ini sedikit sebanyak mampu membantu pelajar bergiat cerdas dan cergas dalam proses pembelajaran.

Kanak-kanak dapat mengetahui pelbagai kemahiran yang ada pada dirinya Kanak kanak akan berusaha untuk menonjolkan diri seterusnya menarik perhatian orang disekitarnya.

Melalui ualan

bermain,

kanak

kanak

dapat

berusaha

untuk

menjayakan permainan tersebut dan meningkatkan daya keintelekt kanak kanak.

Dalam P&P amat penting mengenal kebolehan diri kerana ini boleh
memberi sedikit motivasi kepada diri sendiri untuk meningkatkan dan mengekalkan kebolehan yang ada pada diri sendiri.

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkaraperkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi

kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat


biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya

untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"


(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Setiap permainan kecil akan melibatkan lebih daripada seorang individu untuk melaksanakan permainan tersebut. Dengan itu, Interaksi dua pihak akan berlaku dan ini akan menyebabkan kerjasama antara satu sama lain akan terjadi. Oleh itu hubungan yang tidak pernah terjalin sebelum ini, serta merta akan mula terbentuk antara satu sama lain dan ini mampu membentuk satu keluarga yang baru. Hal ini sedikit sebanyak membantu dalam proses pembelajaran yang

mana hubungan pelajar dengan guru dapat dieratkan lagi apabila


antara satu lain saling hormat menghormati.

Sebelum permainan bermula, semua pemain telah diberi penerangan tentang peraturan permainan ini. Sekiranya permain melanggar

peraturan, permain tersebut mungkin menerima denda dan kalah dalam permainan tersebut. Dengan peringatan yang diberikan, pemain kemungkinan akan mematuhi peraturan peraturan yang telah ditetapkan untuk mendapat

kemenangan dalam pertandingan. Apabila pelajar atau murid dilatih dengan peraturan, hal ini akan mendidik diri mereka untuk mematuhi peraturan semasa proses pembelajaran seperti tidak bising ketika cikgu mengajar, menyiapkan

kerja sekolah, tidak ponteng sekolah dan sebagainya.

Dalam permainan kabaddi, semangat berpasukan amat penting sekali untuk memperoleh kemenangan.

Apabila semangat sedang membara dalam diri pemain, ini akan


melahirkan kesungguhan pula dalam diri mereka. Setiap akan bermain bersungguh sungguh demi mencapai kemenangan.

Psikomotor adalah sesuatu yang berkenaan dengan aktiviti

fizikal melibatkan pengunaan motor halus dan motor kasar .

Kemahiran motor kasar dapat dikembangkan apabila kanak-kanak berlari bebas untuk menyelamatkan sewaktu dikejar oleh lawan.

Ini memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang fungsi badan sendiri, kegunaan ruang dan arah tujuan.

Kawalan motor halus pula dapat dikembangkan apabila pihak lawan cuba menangkap kumpulan sasaran.

Hal ini telah membantu pelajar menjalankan P&P dengan sempurna kerana motor halusnya berfungsi dengan baik seperti mampu menulis dengan lancar tanpa sebarang ganguan.

Permainan kabaddi ini memerlukan pemain yang mampu bertindak

mengikut keupayaan anggota badan sendiri.


o

Pemain perlu tangkas berlari, melompat dan menangkap sekaligus mengasah kekuatan fizikal kanak-kanak tersebut.

Hal ini juga membantu kanak-kanak dari segi keseimbangan badan semasa melakukan aktiviti dan menguatkan stamina.

Perkara ini telah memberi impak yang besar kepada pelajar yang mana, ketahanan fizikal adalah amat penting semasa P&P. Hal ini kerana, apabila seseorang pelajar itu mempunyai stamina yang tinggi dan kuat, P&P dapat dijalankan dalam masa yang lama tanpa sebarang gangguan dari aspek fizikal dan mental.

Permainan kabaddi ini memerlukan pemain yang lincah dan tangkas untuk bertanding.

Penyerang haruslah mempunyai mata yang liar yang mampu


melihat pelbagai arah dengan pantas bagi mengelak daripada ditangkap oleh pihak lawan dan juga memerlukan tangan

yang tangkas untuk menyentuh pihak lawan


o

Hal ini akan membantu kanak-kanak untuk meningkatkan penguasaan koordinasi mata dan tangan serta kaki ketika

membuat serangan dan tangkapan.

Rujukan
Buku

Boon Pong Ying, Noriati A.Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd. Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2009).

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah


Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

PhD, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam,


Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Laman Sesawang

http://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif http://www.scribd.com/doc/102645806/Definisipsikomotor-1 http://www.scribd.com/doc/81681937/DEFINISI-EMOSI http://www.scribd.com/doc/33989625/PERMAINANTRADISIONAL-kabbadi http://permainantradisionalmalaysia.blogspot.com/ http://subjeksivik.wordpress.com/permainantradisional/india-3/kabaddi/

Sekian, terima kasih

Вам также может понравиться