Вы находитесь на странице: 1из 9

MAGNET

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 3

Apakah itu Magnet?


Sejenis logam yang juga dikenali sebagai besi berani. Magnet mempunyai medan magnet dan dapat menarik butir- butir besi lain ke arahnya.

Perkataan magnet berasal dari bahasa Greek magnitis lithos yang bereti batu magnesia Ini adalah kerana magnet mula-mula dijumpai di suatu daerah Asia kecil bernama Magnesia.

Batu magnesia

UTARA

SELATAN

Setiap magnet mempunyai satu 'kutub selatan' dan satu 'kutub utara'. Apabila satu hujung magnet didekati suatu hujung magnet yang lain, kedua-dua hujung akan menarik di antara satu dengan yang lain sekiranya hujung-hujung magnet itu mempunyai kutub yang berlainan. Sebaliknya akan berlaku sekiranya kedua-dua hujung mempunyai kutub yang sama.

SAMA KUTUBMENOLAK
SAMA KUTUBMENOLAK

BERLAINAN KUTUBMENARIK

KEGUNAAN MAGNET
Jarum kompas adalah daripada magnet kekal. Pintu peti ais mempunyai magnet kekal supaya ia sentiasa tertutup. Kad ATM dan kad kredit mempunyai jalur magnet yang berisi maklumat. TV dan monitor komputer menggunakan elektromagnet untuk menghasilkan gambar. Mikrofon dan pembesar suara menggunakan kombinasi magnet kekal dan elektromagnet.

PETI SEJUK BEKAS PENSIL

KOMPAS

SPEAKER

PEMUTAR SKRU

Вам также может понравиться