Вы находитесь на странице: 1из 10

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ASPEK 1 : KEMAHIRAN PERGERAKAN

KSSR TAHUN SATU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)


Mata Pelajaran Modul Aspek Standard Kandungan : : : : Pendidikan Jasmani Kemahiran 1 Kemahiran Pergerakan Konsep Pergerakan 1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan Standard Pembelajaran : 1.1.3 Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat. 2.1.4 5.2.2 Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid : : : : Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah. Menerima cabaran, kemenangan dan kakalahan dalam permainan.

26 JUN 2013 8.10 pagi 8.40 pagi 1 Cergas L P 20 20

Penerapan nilai Kemahiran berfikir Strategi utama

: : :

Memberi kerjasama kepada rakan dan guru. Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan Sumber P & P Skitel besar Skitel kecil Bola besar (Fitball) Papan tanda berwarna Dadu lalu lintas Bilangan 8 14 2 3 4 Bahan Sumber P & P Tag simbol lalu lintas Bola Radio Kad merah Papan skor Bilangan 36 36 1 1 1

Bahagian/ Masa Permulaan ( 5 minit )

Aktiviti 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Lampu Isyarat

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Catatan

Fokus Pembelajaran Memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri. Organisasi Kelas Guru memperkenalkan warna-warna lampu isyarat. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna hijau dipamerkan, murid-murid mula berlari anak bebas dalam kawasan aktiviti. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna kuning dipamerkan, murid-murid mula berhenti berlari, berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan ke atas. Apabila wisel ditiup dan papan tanda merah dipamerkan, murid-murid segera membongkok. Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 minit.

Ciri Strategi Menghubungkait (Relating)

BSPP: 1. Skitel besar 2. Papan tanda berwarna (Hijau, Kuning dan Merah) 3. Wisel

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkaraperkara berikut: a. mewujudkan kesediaan diri. b. mematuhi lampu isyarat jalan raya

Murid-murid berlari bebas

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Murid-murid berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan

Murid-murid membongkok

Bahagian/ Masa Perkembangan ( 10 minit )

Aktiviti Aktiviti 1 Polis Trafik

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Fokus Pembelajaran Bergerak ke arah depan, pergi dan balik berdasarkan isyarat. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan perlu menggantungkan tag simbol lalu lintas pada tengkok masing-masing. Antara simbol lalu lintas adalah seperti berikut: i. Berhenti ii. Kanak-kanak Melintas Jalan iii. Dilarang Masuk iv. Dilarang Memotong v. Dilarang Berpusing Balik vi. Dilarang Meletak Kenderaan Murid-murid berdiri dalam bentuk bulatan besar, menghadap skitel besar.

Catatan Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP 1. Skitel besar 2. Bola 3. Dadu Lalu Lintas

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan bergerak ke arah depan berdasarkan isyarat. situasi semasa bergerak ke arah skitel berdasarkan isyarat dan balik ke tempat asal.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Salah seorang daripada murid-murid diberi peranan sebagai polis trafik. Polis Trafik menggolekkan dadu lalu lintas. Murid-murid yang memakai tag simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, akan bergerak (berlari/berjalan) ke arah skitel besar di tengah bulatan dan balik semula ke tempat asal. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit. Murid-murid secara bergilir memainkan peranan sebagai Polis Trafik.

Catatan

Aktiviti 2 Traffic Jam

Fokus Pembelajaran Bergerak dengan pantas ke pelbagai arah. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Murid-murid berdiri dalam bulatan besar. Setiap kumpulan dibekalkan dua biji bola. Bola diletakkan di tengah bulatan. Apabila muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki berjalan mengikut arah lawan jam. Apabila muzik diberhentikan, murid-murid bergerak ke arah sisi dengan pantas untuk memperolehi bola di tengah bulatan. Dua orang murid yang berjaya memperolehi bola akan bergerak pantas dari tengah bulatan ke arah pintu yang ditandakan dengan dua skitel kecil. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing) BSPP 1. Skitel besar 2. Skitel kecil 3. Bola 3. Radio Catatan Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan bergerak sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat. situasi semasa bergerak sisi kiri dan kanan dengan memberi fokus kepada arah yang dituju, serta kepantasan semasa bergerak.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Kemuncak ( 8 minit )

Saman

Fokus Pembelajaran Permainan bersyarat Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Hijau dan Kuning) Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A dan C mengandungi dua orang pemain Hijau dan dua orang pemain Kuning. Zon B pula mengandungi empat orang pemain Hijau dan empat orang pemain Kuning. Murid-murid mula menggunakan kemahiran bergerak pelbagai arah semasa membawa bola ke arah pintu gerbang yang ditandakan dua skitel besar.

Ciri Strategi Memindahkan

(Transfering)
BSPP 1. Bola 2. Skitel besar 3. Kad merah 4. Papan skor

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan: kemahiran bergerak ke pelbagai arah. kemahiran yang dikuasai dalam situasi permainan bersyarat berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

ZON A

ZON B

ZON C

Bahagian/ Masa Penutup (7 minit )

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

Catatan

Speed Trap

Fokus Pembelajaran Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. Organisasi Kelas Murid-murid berbaris dalam kumpulan (Empat orang setiap kumpulan). Setiap murid memakai tag simbol lalu lintas. Dengan iringan muzik, murid-murid berjalan mengikut laluan yang disediakan sambil memegang bahu rakan di hadapan. Empat orang murid dilantik sebagai polis trafik. Keempat-empat Polis Trafik berdiri di lokasi yang ditetapkan sambil memegang dadu lalu lintas. Polis Trafik akan menggolekkan dadu lalu lintas apabila kumpulan murid-murid tiba di lokasi berkenaan. Murid yang memakai simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, dikehendaki keluar dari kumpulan. Murid yang terkeluar dari kumpulan dikehendaki mengambil alih peranan sebagai Polis Trafik Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

Ciri Strategi Menghubungkait

(Relate)
BSPP 1. Skitel besar 2. Dadu lalu lintas 3. Radio

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. had kelajuan semasa di jalan raya

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang dipelajari.

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalansoalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran bergerak ke arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan di dalam aktiviti. Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut: i. Apakah yang anda lakukan apabila isyarat diberikan? ii. Kenapa anda bergerak ke pelbagai arah? iii. Apakah jenis arah semasa anda bergerak? iv. Ke mana bola di bawa semasa di dalam permainan tadi? v. Kenapa anda dilarang memasuki pintu gerbang yang ditutup dengan skitel? vi. Apa yang berlaku apabila anda melanggar peraturan permainan tadi? vii. Kalau di jalan raya, apa yang anda terima daripada Polis Trafik sekiranya anda tidak mematuhi peraturan jalan raya? Isi pelajaran mengenai kemahiran bergerak ke pelbagai arah dihuraikan.

lrm/pjk/Jun2013

Вам также может понравиться