Вы находитесь на странице: 1из 3

Tuesday, May 21, 2013

Kek Coklat Kukus- MOIST


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak tayang kek coklat pula. Sebenarnya teruja bila tngk K.Nor tayang kek coklat kukus yg mewah dngn strawberry aritu. Kebetulan buah strawberry ada kat petiais dan bahan2 lain semuanya ada, saya pun buatlah kek coklat ni walau takde apa2 majlis. Bila rasa nak makan tu, mmng terus buat jelah....kita juga yg untung...tak payah nak order segala. Kek ni sedap dan moist je. Saya mmng suka kek2 yg di kukus sbb lembut dan moist je. Pada peminat kek coklat tu, bolehlah buat ya. Terima kasih pada penyumbang resepi juga terima kasih pada K.Nor kerana berjaya menggoda Yatie dngn kek coklat yg sungguh sedap ni. Jom semak resepinya..

KEK COKLAT MOIST KUKUS resipi : chef zubaidah sumber : alongroz@myresipi sumber : K.Nor@SecubitGaram Bahan-bahan ( 8-9 inchi ) 100gm Serbuk Koko* 250gm Gula Kastor * 1 tin Susu Isian Cair* 200gm Minyak Masak Sayuran*

250gm Susu Pekat* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih 150gm Tepung Gandum 1 sudu kecil Soda Bicarbonat 1sudu kecil Baking Powder Cara-cara 1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak. 2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je. 3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu. Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache. GANACHE SIMPLE resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan-Bahan 150gm cooking chocolate 1/4 cawan susu cair 1 sudu besar minyak (sayuran/masak) Cara: 1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil. 2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair. 3. Masukkan.minyak dan kacau. 4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek *kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni.

Вам также может понравиться