Вы находитесь на странице: 1из 2

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

PERTANDINGAN MULTIMEDIA ISLAMIK KREATIF (VIDEO) 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam dan diwajibkan kepada PPISMP semester 1 dan PISMP semester 1, 2, dan 4. 2. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 2 atau 3 orang ahli.

(muslimin/muslimat/muslimin+muslimat). 3. Pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini DIWAJIBKAN untuk mengisi borang penyertaan yang telah dilampirkan bersama. 4. Tayangan video haruslah dalam tempoh minimum 5 minit dan maksimum 7 minit (5-7 minit). 5. Tema pertandingan iaitu ISLAMIK, dan tajuk-tajuk tersebut adalah pilihan peserta sendiri. 6. Video yang dihasilkan mestilah original tanpa memplagiat, meniru atau mengambil hasil karya orang lain yang sedia ada. Sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli, penyertaan akan dibatalkan sama sekali. 7. Setiap video yang dihantar MESTILAH diberi tajuk: INOTECH MIK 13: [Nama Klip Video Anda]. 8. Isi kandungan video yang dihasilkan DILARANG sama sekali mengandungi: a. Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syarak, contohnya ikhtilat, mendedahkan aurat, hiburan yang melampau dan sebagainya. b. Mempunyai unsur-unsur lucah, perkauman dan politik kepartian. c. Mengutuk atau mencerca mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan keterlaluan. Sekiranya didapati video yang dihasilkan mengandungi perkara-perkara di atas, penyertaan anda akan dibatalkan serta-merta. 9. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik rasmi pihak penganjur. Pihak penganjur berhak untuk menggunakan video penyertaan secara meluas bagi tujuan dakwah.

10. Video yang dihasilkan akan dinilai dari segi kreativiti, keaslian dan isi kandungan oleh para hakim yang telah dilantik khas bagi pertandingan ini. 11. Tarikh tutup penyertaan adalah 17 Julai 2013. Video multimedia haruslah dihasilkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dan diserahkan kepada pihak penganjur tarikh tutup penyertaan. 12. Video yang dihasilkan mestilah diserahkan kepada: a. Abdullah b. Abd Kadir (PISMP 2.02) 014 534 7742 b. Quzalina PPN Asing (PISMP 2.02) 013 893 4633

Вам также может понравиться