Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 PENGENALAN Cabaran di bidang pendidikan semakin hari semakin mematangkan guru-guru demi menjadikan aset atau modal insan benar- benar berkualiti.

Berkualiti dari segi ilmu pengetahuan, sahsiah, afektif , emosi,mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu mengharungi apa juga bentuk cabaran yang mendatang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu sebagai seorang guru dorangan untuk melangkah sederap dengan megah bersama-sama generasi Y seperti yang diaspirasikan oleh negara kita Malaysia mesti ada di dalam diri. Untuk tujuan itu peranan guru adalah sangat penting. Pembelajaran dan pengajaran dilihat sebagai wadah untuk membentuk generasi yang diingini. Maka, guru hendaklah mereka bentuk pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk

membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas dan berkesan. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dengan perancangan yang lengkap dan sistematik. Guru memerlukan satu model perancangan yang rapi sebelum memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Antara model yang sesuai adalah model ASSURE. Dalam merancang pengajaran yang berkesan modul ASSURE adalah

sebagai panduan untuk menjadikan pengajaran guru-guru memenuhi ciri-ciri yang diperlukan. Modul yang menggabungkan beberapa kaedah pengajaran ini

diperkenalkan oleh Heinich (1982), Molenda dan Rushaell dan Smaldino(1993). Model ini membantu guru menyampaikan maklumat serta konsep dengan lebih

jelas dan berkesan. Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pembelajaran dan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini

dapat membantu guru menyampaikan maklumat serta konsep dengan lebih jelas dan berkesan serta merancang pengajaran berasaskan media di dalam bilik darjah. Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran

ASSURE seperti gambarajah berikut:


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 1

1 Analyse learner (analisis pelajar)2 State Objective (nyatakan objektif)-

3 Select Method, media & materials (kaedah, media, ))bahan)-

4 Utilise Media & materials (guna media, bahan); 6 Evaluate and revise (nilai dan semak)-

5 Require Learner Participation (Libatkan pelajar);

Gambarajah Model ASSURE

2.0 DEFINISI DAN REKA BENTUK PENGAJARAN Definisi dan konsep reka bentuk pengajaran adalah merupakan satu

proses sistematik yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pembelajaran dan pengajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian

pembelajaran. Terbahagi kepada tiga kategori iaitu sebagai Satu Proses (Briggs, 1977), sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991) dan Sains (Richey, 1986). sebagai Satu

Yusup Hashim (1998) membahagikan reka bentuk reka bentuk sistem

pengajaran kepada empat bidang yang mengandungi iaitu

pengajaran, strategi dan mesej. Reka bentuk pengajaran mempunyai peranan dan kepentingan yang tersendiri di antaranya adalah meningkatkan pencapaian
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 2

pelajar, menjadikan pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah lebih teratur,memungkinkan objektif pembelajaran dan pengajaran dan hasil

pembelajaran mudah tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan, menjadikan penyampaian pembelajaran dan pengajaran selaras bagi kumpulan yang pelbagai. 3.0 LANGKAH PENGAJARAN MENGIKUT MODEL ASSURE. .Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE iaitu ; A- Analyse learner (analisis pelajar)Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi,kopetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada, Gaya Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik. B- S- State Objective (nyatakan obektif)Tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada Pembelajaran dan pengajaran,fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan) Kaedah; simulasi, demostrasi, latih tubi. Media; kriteria sama ada sepadan atau tidak dengan kurikulum, maklumat tepat, bahasa jelas, padat menarik minat dan mencetus motivasi, dapat menggalakkan penglibatan

pelajar,kualiti teknikal, terbukti keberkesanan, ada panduan penggunaan. Manakala Reka Bentuk Bahan pula mengambilkira objektif , pelajar , kos,

kepakaran teknikal, peralatan , fasiliti dan masa. U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); Langkah adalah prebiu bahan, sediakan bahan, sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sedia pengalaman pembelajaran. R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); Menjalankan latihan, kuiz, projek E-Evaluate and revise (nilai dan semak)Menilai pencapaian pelajar, pembelajaran yang terhasil, media/kaedah penggunaan guru dan penggunaan murid.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 3

4.0 PERANCANGAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN Matapelajaran Tahun Tajuk : Sains : 6 Anggerik : Pengurusan Bahan Buangan

4.1 Langkah-langkah Penyediaan Pengajaran 4.1.1 Menganalisis Pelajar Langkah pertama saya adalah membuat analisis terhadap murid-

murid saya. Saya perlu memahami kriteria yang ada pada murid-murid saya. Terdapat tiga kriteria yang memerlukan saya menilai dan memahami pelajar saya termasuklah ciri-ciri umum , pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang ada di dalam diri dan minda serta gaya pembelajaran mereka. Ciri-ciri umum yang telah saya kenalpasti terhadap tiga puluh enam murid saya

adalah, terdiri daripada kumpulan yang berlainan jantina, empat belas murid lelaki dan dua puluh murid perempuan. Terdapat juga seorang murid perempuan kaum India. Oleh kerana saya telah terbiasa dengan mereka sejak di tahun empat lagi, maka mudah lah bagi saya mengesan gaya pembelajaran mereka. Sebilangan besar murid saya hands on dan suka kepada humor. Mereka suka kepada pembelajaran yang santai dan gembira. Oleh sebab itu sepanjang aktiviti saya merancang aktiviti yang melibatkan aktiviti minds on dan hands on. Latar belakang mereka adalah berbeza dari segi taraf hidup dan pekerjaan keluarga. Terdapat golongan dari keluarga pesawah, pekerja kilang dan kakitangan kerajaan. Kebanyakan murid-murid adalah bersifat mesra dan peramah. Berdasarkan kegiatan ekonomi dan suasana kampung, keseluruhan murid telah mengetahui banyak sampah sarap dibuang sesuka hati dan

menjalankan pembakaran secara terbuka. Justeru, mengetahui latar belakang mereka ini, saya menyediakan bahan atau media pengajaran yang berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada dan latar belakang mereka. Contohnya dalam fasa pencetusan idea ,video yang menunjukkan suasana pembuangan sampah
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 4

sarap dan pembakaran secara terbuka di kawasan kampung mereka. Kemudian barulah saya menunjukkan beberapa video tentang pembuangan sisa toksik dan asap dari kilang supaya murid dapat membentuk pembelajaran baru dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka mengikut teori konstruktivisme. Seterusnya saya menganalisis gaya pembelajaran murid-murid saya. Gaya pembelajaran individu ini menentukan pemilihan bahan dan kaedah pengajaran saya. Gaya pembelajaran boleh dikategorikan sebagai keupayaan menerima, tabiat memproses maklumat, faktor motivasi dan faktor psikologi yang menngambilkira aspek kecerdasan pelbagai seperti muzik, kinestetik dan linguistik. Menurut Gardner (1993) tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama ; tidak semua orang belajar dengan cara yang sama. Oleh sebab itu saya merancang menggunakan permulaan pengajaran saya dengan set induksi berbentuk tayangan video beserta nyanyian yang boleh dinyanyikan bersama-sama oleh murid manakala bagi kecerdasan linguistik pula melalui penggunaan bahasa yang agak tinggi kerana murid saya terdiri daripada muridmurid yang cerdas. Saya juga akan mengesan pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid agar objektif pembelajaran saya tercapai. Tajuk yang ingin diajar adalah berkaitan dengan pengurusan bahan buangan. Pengetahuan murid yang telah saya kenalpasti adalah, murid telah mengetahui beberapa jenis bahan

buangan yang dihasilkan di rumah seperti bahan makanan, kertas dan plastik. Pengajaran saya akan mengaitkan pembelajaran baru yang hendak saya sampaikan iaitu cara bagaimana menguruskan bahan buangan tersebut secara terancang dan bijaksana. Sebagai contoh, murid-murid juga telah mengetahui warna-warna tong sampah kitar semula yang telah dipelajari pada tahun lima. Murid juga mengetahui bahawa sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan tidak membuangnya merata-rata bagi mengelakkan pencemaran.Oleh itu dalam fasa pencetusan idea saya meminta murid berbincang di dalam kumpulan dan menulis nama bahan-bahan buangan yang mereka ketahui di atas kad pelbagai bentuk. Seterusnya mereka memasukkan senarai nama yang telah mereka tulis ke dalam kotak yang mewakili Tong Kitar Semula mengikut jenis masing-masing.

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105]

muka surat 5

4.1.2 Menyatakan Objektif. Dengan merujuk kepada huraian sukatan, saya telah memastikan tajuk ,objektif dan hasil pembelajaran. Pernyataan objektif dapat membantu saya memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu saya dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Dalam Tajuk Pengurusan Bahan Buangan ini , objektif yang ingin dicapai adalah dari segi psikomotor, kognitif dan afektif. Dari segi psikomotor, saya menyediakan aktiviti di fasa pencetusan idea, murid menjalankan aktiviti hands on. Murid membina model tong sampah kitar menggunakan kotak. Seterusnya menulis

seberapa banyak jenis bahan buangan yang dikenalpasti dan mereka bergerak ke tempat model tong sampah kitar semula memasukkan kad-kad yang ditulis perkataan mengikut jenis sampah ke dalam tong sampah yang sesuai. Dari segi kognitif pula, murid dapat menyatakan secara lisan dan bertulis sekurang-kurangnya tiga kesan buruk pembuangan bahan yang tidak terancang. Menamakan sekurang-kurangya lima jenis bahan buangan yang boleh dikitar

semula , lima bahan buangan yang boleh diguna semula serta nama barangan baru yang dihasilkan. Contohnya tin minuman diguna semula menjadikan bekas pensel. Murid menyatakan maksud kitar semula dan guna semula dengan merujuk dan mengingat kembali maklumat yang diperolehi daripada paparan powerpoint yang ditayangkan. Murid dapat menceritakan sekurang-kurangnya tiga dari lima punca dan kesan pencemaran yang telah disampaikan oleh saya melalui paparan powerpoint , buku rujukan dan buku teks. Melalui objektif afektif pula, nilai seperti berani, tabah, yakin,

kerjasama,mensyukuri nikmat Tuhan, menghargai sumbangan Sains dan Teknologi dan sebagainya saya terapkan dalam Rancangan Pengajaran saya. Contohnya dalam fasa penstrukturan semula idea, murid menjalankan kerja minds on dan hans on dalam kumpulan. Murid akan dapat menunjukkan nilai kerjasama dan saling hormat menghormati di antara rakan serta murid menyedari bahawa sampah sarap hendaklah diurus dengan baik untuk mengelakkan pencemaran.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 6

saya akan memastikan objektif

tercapai dan hasil pembelajaran terlaksana

dengan menyediakan sumber pengajaran , merancang strategi yang berkesan dan merancang masa dengan baik.

4.1.3 Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber Dalam tajuk pengajaran ini, pelbagai kaedah berbeza diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya dipilih seperti set induksi,saya menggunakan kaedah simulasi dari tayangan video serta soal jawab. Untuk pengenalan konsep, kaedah kuliah dilakukan beserta kaedah

sumbang saran, induktif dari tajuk Pengolahan Bahan Buangan kepada jenisjenis dan ciri-ciri, kaedah perbincangan melalui aktiviti berkumpulan dan

soaljawab serta sesi buzz dalam fasa penstrukturan semula idea dan penilaian, menjalankan aktiviti lakonan , serta latih tubi menjawab lembaran kerja. Kaedah yang dipilih dapat menarik minat murid , objektif tercapai, murid dapat belajar dalam dalam suasana yang gembira dan harmoni,dapat menerapkan nilai dan sikap saintifik. Pemilihan bahan sumber yang tepat dan menarik, dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat mencapai objektif yang diingini. Dalam tajuk Pengurusan Bahan Buangan ini, saya telah menggunakan beberapa jenis media pengajaran yang sesuai dengan tahap, pengetahuan minat dan yang penting dapat menarik minat serta dapat menyampaikan konsep yang saya ingin sampaikan dengan berkesan. Di antara bahan atau media yang saya gunakan adalah bahan terdiri daripada bahan maujud, video, TMK, kamera,

gambar bercetak, carta, lembaran kerja bercetak, kad dialog dan alat tulis seperti gunting, gam dan pen marker. Media yang sesuai akan dapat membantu saya menyampaikan fakta dengan berkesan, membantu murid mengingat,

menggalakkan murid terus mengikuti pembelajaran, menarik minat murid, dan murid dapat membentuk konsep kendiri dengan mudah. Pada fasa orientasi atau set induksi, saya menggunakan tayangan video animasi. Melalui tayangan ini, murid akan memberi tumpuan dan bersedia untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya..tentang seorang budak yang selalu membuang sampah merata-rata. Budak tersebut telah membuang kulit pisang,
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 7

akibatnya seorang perempuan mengandung telah terpijak dan tergelincir. Seterusnya menyebabkan kecederaan pada perempuan tersebut, dia telah

dibawa ke hospital. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan apabila murid menyedari bahawa membuang sampah merata-rata adalah satu tabiat yang buruk yang tidak harus dilakukan. Justeru itu pengalaman ikonik melalui tontonan tayangan video dapat membentuk nilai murni dalam diri murid-murid. Seterusnya. pada fasa pencetusan idea, saya menyediakan tayangan

video tentang pembuangan sampah sarap yang tidak terancang di kilang, di pasar, di rumah dan sebagainya. Tayangan video dapat membolehkan muridmurid nampak dengan jelas sesuatu pembelajaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Video ini telah dimuat turun melalui laman youtube. Saya dapati begitu banyak laman-laman yang memaparkan tentang pembuangan bahan buangan ini. Saya menonton

beberapa tayangan video yang sesuai dan telah memuat turun ke dalam simpanan fail saya. Seterusnya. saya menggunakan powerpoint untuk video

mempamerkan tayangan video tersebut. Saya turut merakam sendiri

pembakaran yang dilakukan secara terbuka oleh penduduk di sekitar kampung menggunakan handycam kepunyaan saya sendiri. Seterusnya saya muat naik dan disimpan dalam folder ke dalam komputer riba saya. Video ini saya ulang tayang beberapa kali dan seterusnya saya telah mengolah video tersebut menggunakan program power director. Saya dapat mengedit video -serta memasukkan gambargambar dan perkataan , muzik dan trasotion yang sesuai. Semasa dan selepas tayangan video saya dapat berkomunikasi secara dua hala bersama-sama muridmurid tentang tayangan video tersebut. Contohnya bertanya tentang jenis-jenis pencemaran, di mana mereka pernah menyaksikan, cara mengatasi pencemaran dan sebagainya. Ini memungkinkan kerana video tersebut boleh dipause seketika untuk memberi ruang kepada saya bertanya soalan kepada murid-murid. Saya turut menggunakan media gambar untuk pengajaran saya dengan mengambil beberapa gambar pembuangan sampah sarap dan kawasankawasan sekitar pekan , kampung, taman perumahan kawasan tempat saya tinggal menggunakan kamera DSLR Nikon 3100 kepunyaan saya sendiri. Saya telah memuat naik gambar-gambar tersebut ke dalam fail komputer saya. Seterusnya saya menilai semula gambar tersebut untuk dimasukkan ke dalam
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 8

slaid powerpoint. Saya membina slaid powerpoint tentang jenis-jenis bahan buangan, kesan-kesan pembuangan yang tidak terancang dan cara mengatasi masalah pencemaran. Saya merujuk kepada pelbagai sumber termasuklah buku teks, buku rujukan dan melalui internet untuk membuat beberapa peta minda..membina powerpoint mengikut kreativiti saya sendiri dan minat murid. Saya juga memasukkkan gambar animation yang saya muat turun dari laman Heatersanimation yang sungguh menarik. Saya turut menggunakan animation

dan transation yang sesuai dan tidak berlebihan. Pada fasa cetusan idea ini juga saya melibatkan aktiviti berkumpulan menghasilkan model tong sampah kitar semula. Saya pastikan bahan yang digunakan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kos hanya untuk membeli kertas warna biru, oren, hijau dan coklat serta bahan-bahan lain seperti gam, gunting dan kotak. Kotak boleh dibawa sendiri oleh murid-murid. Pada fasa penstrukturan semula idea, murid melakonkan watak

menggunakan dialog yang telah diberikan. Kad-kad ayat dialog disediakan. Seterusnya murid menjawab soalan lembaran kerja bercetak. Soalan-soalan tersebut dibina di atas kertas A4 berwarna. Untuk menarik minat murid, saya menggunakan kad manila untuk melekatkan soalan-soalan. Soalan yang dibuat adalah merujuk kepada lakonan yang telah dilakukan oleh rakan mereka. Murid menjawab soalan berbincang dalam kumpulan masing-masing. Pada fasa penilaian saya menggunakan bahan-bahan powerpoint yang berupa kuiz, dengan menyediakan butang-butang nombor untuk murid memilih. Bahan ini akan melibatkan murid dan memotivasikan mereka kerana pada setiap soalan terdapat jumlah markah yang berbeza. Beberapa gambar pencemaran yang saya muat naik dari internet melalui laman getty images dan google. Saya memastikan slaid powerpoint tersebut berkualiti, berkesan untuk murid dan

pengajaran saya, menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa. Saya menitikberatkan pengetahuan sedia ada murid saya kerana mereka merupakan murid yang berada di kelas yang cerdas.

4.1.4 Penggunaan Media Penggunaan media memerlukan kebolehan dan kesungguhan. . Langkah pertama adalah saya juga mengulang lihat beberapa kali slaid powerpoint serta video dan memastikan semua media mencukupi sebelum
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 9

pengajaran saya mulakan.Ia bertujuan untuk memastikan tidak ada gangguan seperti terdapat video ,gambar atau perkataan yang tidak sesuai dan tidak menepati kurikulum. Ia juga membantu saya menetapkan masa yang sesuai

mengikut fasa pengajaran saya supaya menjadi lebih lancar dengan tersusun mengikut rancangan pengajaran yang saya ingini. Pemilihan media yang saya gunakan seperti i gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif adalah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklumbalas yang akan diberi. Daripada bahan media yang

dirancang saya telah memilih ideo, gambar foto, bahan maujud yang sesuai, serta mengubah suai atau menghasilkansumber pengajaran dan pembelajaran yang baru seperti menjadikan video yang dimuat turun dan video yang dirakam sendiri menjadi satu bentuk video yang baru. Begitu juga kotak yang diubahsuai menjadi tong sampah untuk kitar semula. Beberapa tindakan yang perlu saya lakukan sebelum pengajaran dijalankan. Terlebih dahulu saya menyemak bahan sumber mencukupi. Jika ada kekurangan, saya akan cuba mengatasinya. Memastikan keadaan bilik /makmal saya dalam keadaan yang sesuai, terdapat langsir yang gelap supaya apabila saya menayangkan paparan slaid powerpoint dan video, gambar yang jelas dapat ditonton. Saya juga memastikan sambungan LCD projector,komputer riba tidak terdapat masalah. Saya menayangkan video dan slaid powerpoint lebih awal

lebih dari tarikh pengajaran dilaksanakan. Saya akan memastikan kedudukan serta susun atur murid sesuai agar tidak terdapat murid yang rendah berada di belakang kelas justeru pandangannya tidak terganggu. Seterusnya saya menjalankan proses pratonton yang saya buat beberapa kali lagi supaya tidak ada maklumat yang tercicir, bahan menepati objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Saya juga memastikan tayangan saya sesuai dengan masa yang saya peruntukan. 5. Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran Saya telah merancang pengajaran saya dengan beberapa aktiviti. Tajuk pelajaran saya tentang Pengurusan Bahan Buangan. Saya telah

menempatkan murid saya terdiri daripada pelbagai kategori latarbelakang , sikap dan perbezaan gaya belajar, dalam kumpulan yang sama dengan
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 10

latarbelakang yang berbeza. Ini supaya semua murid terlibat dalam aktiviti yang saya jalankan. Libatkan murid-murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan pelajar berasaskan bahan seperti membuat tong sampah kitar semula. Penglibatan murid dalam lakonan dapat memotivasikan dan

mengekalkan perubahan tingkah laku . Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan murid-murid. Penggunaan video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif murid. Contoh penglibatan aktif murid-murid adalah seperti membuat latihan,simulasi,perbincangan,lakonan latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Saya perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat muridmurid. Selepas menyiapkan tugasan yang diberikan, murid-murid secara individu akan bertukar-tukar kertas dan akan menyemak lembaran kerja rakan-rakannya yang lain. Saya akan membimbing muridmurid dalam proses menyemak kertas tersebut. Selepas selesai menyemak, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru akan mengadakan kuiz kepada mereka. Kuiz menggunakan powerpoint iaitu muridmurid sendiri yang akan memilih dan menekan nombor pilihan mereka di komputer. Pemungut markah tertinggi dalam kuiz akan mendapat hadiah misteri daripada guru. Semangat dalam kumpulan akan wujud demi memenangi pertandingan ini. 4.1.6 Nilai dan Semak Semula Penilaian dilakukan semasa proses dan selepas proses

pembelajaran dan pengajaran membolehkan saya membuat pembetulan, penambahbaikan, dan tindakan susulan yang sesuai. Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, suatu sesi refleksi saya bersama-sama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti

kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 11

agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah memastikan bahawa objektif tercapai, sama ada media pengajaran saya dapat membantu proses pembelajaran, murid dapat mengendalikan bahan atau media dengan betul, sama ada suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif. Penilaian yang saya akan laksanakan adalah berdasarkan kepada hasil kerja kumpulan melengkapkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan dalam soalan latih tubi,kuiz dan soalan perbincangan. Setiap murid juga akan disoal secara individu dalam proses perbincangan. Murid dianggap menguasai apabila berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik. Sekiranya masih terdapat murid yang dikenalpasti tidak dapat mengikuti PdP, saya akan mengenalpasti punca masalah murid sebelum memberikan

pemulihan. dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu saya menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajaran.

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105]

muka surat 12

REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada tugasan ini telah dapat saya laksanakan sebaik mungkin. Alhamdulillah , dengan bantuan rakan-rakan PPG kelas Sains 2, rakan -rakan sejawatan, ahli keluarga, dan inisiatif diri saya sendiri, sedikit -sedikit telah membantu saya untuk menambah keyakinan dan mempertingkatkan semangat bagi menyelesaikan tugasan tentan Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran . Langkah pertama yang telah saya dilakukan adalah mencari maklumat berkenaan dengn definisi dan Reka Bentuk Pengajaran. Seterusnya mencari maklumat tentang modul Assure. Saya telah membuat rujukan beberapa buah buku, dan mendapatkan maklumat seberapa banyak yang mungkin daripada internet. Saya telah memuat naik bahan-bahan tentang Modul Assure dan di simpan di dalam fail komputer saya. kepada saya. Langkah ini tidak memberi masalah

Seterusnya, saya memperuntukkkan masa saya membaca

maklumat yang terkandung tentang enam langkah Modul ASSURE. Langkah saya yang kedua adalah, merancang sessi temubual dan sedikit nota sebagai bahan untuk di soal telah saya sediakan untuk sesi temubual. Saya telah berjumpa seorang guru sains iatu Puan Salian binti Saidinl . Alhamdulillah ,beliau telah memberikan komitmen yang amat baik dan saya amat bersyukur. Perbincangan kami adalah mengenai statergi, kaedah dan aktiviti yang sesuai untuk merancang pengajaran saya berkaitan dengan tajuk Pengolahan bahan buangan saya juga telah menemuramah guru kelas murid tahun 6 Anggerik iaitu Puan Harjit a/p Jagir Singh tentang latar belakang serta gaya pembelajaran murid-murid beliau. Saya turut menemubual guruguru lain yang mengajar murid-murid tersebut dalam mata pelajaran yang lain seperti Ustazah Noraini bt Mohamad guru Agama Isla, Encik Musa bin Jelani yang merupakan guru Matematik dan Cik Zuraida binti Abu Bakar yang merupakan guru Bahasa Melayu. Melalui sesi temubual dengan mereka dan mendapat gambaran tentang tingkahlaku dan gaya pembelajaran murid-murid, saya dapat merancang Pengajaran yang sesuai dengan latarbelakang diri murid-murid tersebut. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya agar dapat membantu guru
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 13

merancang strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada muridmuridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu Langkah ketiga yang saya lakukan adalah merancang Rancangan Pengajaran yang saya akan jalankan. Dalam peracangan ini, saya hendaklah bijak memilih media , kaedah serta strategi yang sesuai, mengabilkira ciri-ciri murid , menetapkan objektif yang saya kehendaki, kesesuai media dengan tahap murid dan memastikan aktiviti yang saya jalankan mencapai objektif, menarik, dan pengajaran yang saya akan jalankan efektif.Setelah merancang , saya menilai semula setaiap aktiviti, kaedah, startergi, bahan media yang saya gunakan bertepatan dengan tajuk yang dipelajari. Beberapa kali saya telah menggantikan aktiviti serta memilih semula bahan media yang sesuai. Setelah berpuas hati, barulah saya yakin dan menetapkan Perancangan Rancangan Pengajaran saya. . Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran harian di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Antara kelemahan yang dikenalpasti apabila mereka bentuk model ASSURE ini adalah, ia memerlukan saya meluangkan masa yang maksimum bagi mereka bentuk media pengajaran terutamanya dalam menghasilkan rakaman, mengolah video yang benar-benar menarik dan sesuai. Saya juga telah mencuba beberapa kali untuk menghasilkan video menggunakan powerdirector.dimulakan dengan gambar-gambar dan video yang mudah. Pelbagai masalah timbul semasa menghasilkan video menggunakan aplikasi ini terutama untuk memotong bahagian yang tidak diinginkan, memasukkan audio serta rakaman suara. Saya terpaksa meluangkan begitu banyak masa menyunting video, slaid powerpoint dan lain-lain. Saya mengatasinya dengan meminta tunjuka jar dari rakan sejawatan iaitu Encik Musa bin Jelani.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 14

Selain itu kelemahan lain adalah dalam memastikan kesediaan murid saya terlebih dahulu. Susun atur mereka di dalam bilik darjah atau bilik Sains, seterusnya mencari bahan media yang sesuai dengan tahap usia mereka. Saya memerlukan masa yang agak panjang untuk mencari video-video dari Youtube yang memuatkan lagu-lagu serta yang berbentuk animasi dalam tajuk pengolahan bahan buangan. Saya telah dapat sebuah akhirnya setelah meluangkan masa , saya telah dapat sebuah video berbentuk animasi sebagai set induksi serta sebuah video penjagaan alam sekitar dengan latar lagu Hijau nyanyian penyanyi Zainal Abidin . Saya juga mengambil masa yang lama untuk menghasilkan slaid powerpoint. Saya perlu tahu memilih design yang sesuai, memilih huruf, memilih transation serta membuat hyperlink. Seperti hyperlink yang saya buat pada slaid kuiz. Sebagai kesimpulannya, setiap kelemahan yang dihadapi mempunyai cara penyelesaiannya. Apa yang perlu adalah kerajinan , semangat serta kesungguhan untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian dan menjalankan Pembelajaran dan Pengajaran mengikut Reka Bentuk pengajaran yang rancang. Oleh itu sebagai seorang guru perlulah menggunakan dan

mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di dalam kelas. Dengan siapnya tugasan ini, maka masa yang telah saya luangkan untuk tugasan ini adalah sangat berbaloi. Banyak ilmu yang

diperolehi demi menyiapkan tugasan ini. Sebagai penutup kata, ingin saya mengucapkan penghargaan sekali lagi diatas segala kerjasama dan koloborasi yang telah djalankan dan semoga ia membantu dalam pencapaian saya pada masa-masa akan datang. Akhirkata Resiliens yang tinggi penting untuk terus cemerlang ~~Sekian ~~

Norihan binti Arsad (730212-08-6294) 20.03.2013 09:58 pm


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105] muka surat 15

BIBLIOGRAFI

1. http://www.oocities.org/zn25/kompdlmpnp.htm 2. www.slideshare.net/.../contoh-rancangan-pe 3. www.scribd.com/doc/.../MODEL-ASSURE 4. www.scribd.com/.../Hbef3103-Reka-Bentuk 5. http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains/kbsr/hsp_sc_y6.pdf

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105]

muka surat 16

http://www.scribd.com/doc/25848277/Model-Assure

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN [EDU 3105]

muka surat 17

Вам также может понравиться