Вы находитесь на странице: 1из 4

Pencemaran bunyi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebuah pesawat Boeing 747-400berlalu agak dekat dengan rumah sebelum mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London.

Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan hasil daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Kebanyakan sumber pencemran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api.[1][2] Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan. Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Kesan kepada kesihatan manusia 2 Kesan alam sekitar 3 Kesan pencemaran bunyi di UK 4 Pengurangan dan mengawal bunyi 5 Rujukan 6 Pautan luar

Kesan kepada kesihatan manusia[sunting]


Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara fisiologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain.[3][4][5][6] Seterusnya, tekanan dan hipertensi

adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga.[4][7] Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun.[8] Satu perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan pendengaran.[3] Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan perasaan atau vasoconstrictionjuga mendorong kepada [3] dan "vasoconstriction" mendorong kepadapeningkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari. Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan kepada orang ramai. Kajian pada tahun 2005 oleh penyelidik dari Sepanyol telah mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar sanggup untuk membayar sekitar empat Euro pada setiap desibel dalam tempoh setahun bagi mengurangkan bunyi.[9]

Kesan alam sekitar[sunting]


Bunyi bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.[10] Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.[11] Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard.[12] Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan.[13] Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia

akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat. Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas.[14] Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut. Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.[15]

Kesan pencemaran bunyi di UK[sunting]


Angka yang dikumpulkan oleh Rockwool, pengilang kapas mineral penebat bangunan, berdasarkan tindak balas pihak berkuasa tempatan kepada permintaan berasaskan Akta Kebebasan Maklumat ("Freedom of Information Act - FOI") menunjukkan dalam tempoh April 2008 - 2009 majlis dewan menerima 315,838 aduan berkait pencemaran bunyi dari kediaman persendirian. Ini menyebabkan pegawai kesihatan persekitaran diseluruh UK mengeluarkan 8,069 notis pengurangan bunyi, atau sebutan di bawah syarat Akta Tingkah-laku Anti-Sosial ("Anti-Social Behaviour (Scotland) Act"). Dalam tempoh 12 bulan terakhir, 524 rampasan peralatan telah dibenarkan termasuk mengalih pembesar suara, stereo dan televisen kuat. Majlis Dewan Bandar Westminster telah menerima aduan tertinggi bagi setiap seorang penduduk berbanding daerah lain di UK dengan 9,814 aduan mengenai bunyi, yang bersamaan dengan 42.32 aduan setiap seribu penduduk. Lapan dari 10 majlis tertinggi menurut aduat setiap 1,000 penduduk terletak di London.[16]

Pengurangan dan mengawal bunyi[sunting]

Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.

Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi,meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan. Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat. Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja. Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaks

Вам также может понравиться