Вы находитесь на странице: 1из 3

Cadangan mengurangkan masalah-masalah

Saya ingin menyarankan cadangan-cadangan berikut untuk mengurangkan masalah-masalah di dalam kajian saya. (i) Cadangan mengurangkan pencemaran udara. Saya mencadangkan semua bas awam diwajibkan memasang alat penapis asap (catalytic converter) serta mengguna petrol tanpa plumbum bagi mengurangkan pencemaran udara. (ii) Cadangan mengurangkan masalah pencemaran bunyi.

Saya mencadangkan kerajaan membuat undang-undang baru pencemaran bunyi supaya pemandu-pemandu pengangkutan awam tidak akan melanggarnya kerana perlu bayar saman. (iii) Cadangan menyelesaikan masalah jangka masa antara bas yang mengambil penumpang dengan waktu yang lama.

Saya mencadangkan bilangan Bas Rapid ditambah supaya boleh mempercepatkan jangka antara bas. Saya juga mencadangkan mengadakan perkhidmatan bas 2 tingkat.

(iv) Cadangan mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam Saya mencadangkan setiap bas awam hendaklah melantik seorang pengawas keselamatan untuk memastikan penumpang beratur dan jenayah kecurian tidak berlaku. (iv) Cadangan mengurangkan masalah vandalisme

Saya mencadangkan bas awam diletakkan kamera pengawasan (CCTV) supaya dapat memantau penumpangpenumpang yang membuat vandalisme dapat direkodkan dan diserah kepada polis supaya mereka dapat ditangkap. Nilai Patriotisme Saya telah berfikir tentang cadangan-cadangan di atas dan saya kini lebih menghargai dan bersyukur kemudahan awam yang disediakan. Saya juga lebih sedar bahawa setiap masalah harus diselesaikan secara positif dengan semangat patriotisme.

Rujukan
Internet: http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_kandar

Вам также может понравиться