Вы находитесь на странице: 1из 1

PERNYATAAN PROFESIONAL Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum fasa pertama ini memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih dengan waktu mengajar minimum 6 waktu dan maksimum 10 waktu untuk subjek major dan 2 waktu untuk subjek elektif. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Sains di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Bahasa Melayu. Ilmu yang dipelajari sepanjang 5 semester sebelum akan saya cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama muridmurid. Dalam masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari sebelum ini. Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK St. Rita dapat menerima kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan untuk bergelar guru.

Вам также может понравиться