Вы находитесь на странице: 1из 18

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

PENGENALAN Perbezaan dan kepelbagaian budaya dan bahasa sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara seperti Malaysia yang terdiri daripada kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli serta kaumkaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa budaya dan bahasa yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang masing-masing. Sebelum melihat kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa, apa yang dimaksudkan dengan budaya dan bahasa? Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan daya. Perkataan budhi yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti kecergasan fizikal dan akal manakala perkataan daya pula perkataan Melayu Polynesia yang membawa maksud kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila kedua-dua perkataan ini dicantumkan (budhi + daya = budaya) ia membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963). Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai: the way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, science, modes of perception, and habits of thoughts and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too pervasive to be readily noticed from within. Menurut Edward Burnett Tylor (19 ), budaya atau kebudayaan merupakan

keseluruhan yang kompleks, dimana hal ini merangkumi pengetahuan, kepercayaan,


PISMP SEMESTER 5 (P5F) Page 1

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), dan berkelakuan. Definisi ini sama dengan definisi yang diberikan dalam Cambridge Advanced Leaners Dictionary (2009), iaitu culture is the way of life , especially the general customs and beliefs of a particular group of people at a particular time period. Sebagai kesimpulannya, berdasarkan kesemua definisi budaya yang diberikan oleh tokoh-tokoh di atas, maka bolehlah dikatakan bahawa budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh sesebuah kumpulan masyarakat dimana ia merangkumi system social, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Sekarang kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan bahasa?Menurut Keraf dalam Smarapradhipa (2005:1), memberikan dua pengertian bahasa. Pengertian pertama menyatakan bahasa sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Kedua, bahasa adalah sistem komunikasi yang mempergunakan simbol-simbol vokal (bunyi ujaran) yang bersifat arbitreri. Pendapat di atas berlainan pula dengan pendapat Owen (2006:1), yang melihat bahasa sebagai language can be defined as a socially shared combinations of those symbols and rule governed combinations of those symbols iaitu bahasa dapat didefinisikan sebagai kode yang diterima secara sosial atau sistem konvensional untuk

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 2

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


menyampaikan konsep melalui kegunaan simbol-simbol yang dikehendaki dan kombinasi simbol-simbol yang diatur oleh ketentuan. Wilhelm von Humboldt (1767-1835) pula berpendapat bahawa bahasa adalah peringkat pertama yang diperlukan dalam penanaman primitif manusia We have now reached the point at which we recognize languages as the first necessary stage in the primitive cultivation of mankind, from whence nations are first able to pursue this higher human tendency. Sebagai kesimpulannya, daripada kesemua definisi yang dikemukakan oleh para ahli falsafah dan juga menurut pendapat saya sendiri, bahasa dapat didefinisikan sebagai suatu sarana perhubungan rohani yang amat penting dalam kehidupan bersama manusia dimana ia juga menjadi satu identiti kepada sesebuah kelompok masyarakat. Pada pendapat saya, pupusan sesebuah etnik akan bermula dari pupusan bahasa tersendiri mereka. Maka bolehlah dikatakan bahawa bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam pengukuhan sesebuah etnik dan juga alat komunikasi diantara manusia daripada pelbagai etnik.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 3

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA DI DALAM BILIK DARJAH.

Tiada pengetahuan tentang budaya etnik lain

Agihan kumpulan yang tidak seimbang

Kurang mahir dalam penguasahan bahasa

ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA DI BILIK DARJAH.

Perbezaan kelas sosial di kalangan murid

Sikap pinggirkan mana-mana etnik

Bahasa pengantar ( Dialek )

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 4

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Salah satu isu kepelbagaian budaya dan bahasa yang selalu timbul dalam bilik darjah ialah tiada atau kurang mempunyai pengetahuan tentang etnik lain. Sebuah bilik darjah yang mempunyai murid-murid yang berasal daripada pelbagai etnik atau budaya dan bahasa, akan mendatangkan masalah pemahaman cara hidup etnik-etnik tertentu. Misalnya, pada bulan Ramadhan etnik melayu yang beragama islam akan berpuasa. Jika murid-murid etnik lain tidak diberi pengetahuan tentang hal ini, maka timbullah isu-isu di dalam bilik darjah di antara murid-murid. Kemungkinan apabila murid yang berpuasa tidak makan makanan yang diberikan oleh murid etnik lain, maka murid etnik lain itu akan mempunyai tanggapan yang salah tentang reaksi rakannya. Apa yang menjadi masalah disini adalah tiada pengetahuan tentang budaya etnik lain. Oleh itu, pengetahuan dan pendedahan tentang budaya dan bahasa etnik lain adalah amat penting dalam bilik darjah untuk mengelakkan isu-isu seperti di atas timbul. Isu kedua yang timbul dalam bilik darjah ialah kurang mahir dalam penguasahan bahasa tertentu. Negara kita yang berbilang kaum mempunyai pelbagai bahasa. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing. Walaubagaimanapun, bahasa melayu telah dipilih dan dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Setiap pelajar di Malaysia dikehendaki lulus dalam mata pelajaran bahasa melayu. Ini adalah kerana bahasa melayu telah menjadi bahasa komunikasi penduduk Malaysia. Isu yang timbul disini adalah masih lagi terdapat pelajar terutamanya dari etnik india, cina dan lain-lain kurang mahir dalam penguasahan bahasa melayu. Ini menyebabkan guru menghadapi masalah dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Di samping itu, hubungan antara murid-murid juga terjejas hanya sebab kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa melayu.
PISMP SEMESTER 5 (P5F) Page 5

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Selain itu, tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai budaya adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah, memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat antara murid-murid. Contohnya bagi kaum Melayu, adat istiadat dan amalan kepercayaan mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini bukan hanya kepada etnik melayu tetapi juga kepada etnik-etnik yang lain. Sebab terjadinya isu seperti ini adalah kerana nilai hormat-menghormati amalan, adat, dan kepercayaan sesebuah etnik tidak diberi perhatian yang serius dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku

pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru yang berasal dari negeri Kelantan yang mengajar di negeri Johor mungkin akan menggunakan dialek negeri Kelantan dimana pelajar negeri Johor tidak memahami apa yang diajar. Oleh itu, guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan. Berlaku juga salahfaham antara pelajar yang menggunakan dialek yang berbeza kerana perkataan yang sama akan membawa maksud yang berbeza mengikut negeri masing-masing. Penggunaan dialek ataupun bahasa ibunda di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 6

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Secara amnya walaupun kelas sosial terjadi dalam masyarakat, tetapi ia tetap memberi impak dalam bilik darjah. Masalah yang timbul dalam bilik darjah yang berasaskan kelas sosial selalunya seperti murid yang berasal daripada kelas sosial bawahan merasa rendah diri ataupun rasa mereka dipinggirkan sama ada oleh guru ataupun murid-murid lain. Misalnya untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu, pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India.Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lancar dalam suasana bilik darjah yang mesra, harmoni dan selamat. Satu lagi isu kepelbagaian budaya dan bahasa yang timbul dalam bilik darjah ialah agihan atau kedudukan murid-murid secara berkumpulan yang hanya terdiri daripada satu etnik. Hal ini akan mengelakkan pergaulan bebas antara murid-murid. Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum India dan meminggirkan murid kaum Melayu di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 7

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Kesimpulannya, oleh sebab terdapatnya kepelbagaian budaya dan bahasa wujud dalam bilik darjah, seorang guru harus memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Jika hal ini tidak diberi perhatian yang cukup bagus pada masa yang diperlukan, maka perpaduan Negara mungkin terancam. Impak kepada generasi kini akan menentukan sama ada perpaduan Negara akan terjamin atau tidak pada masa akan datang.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 8

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


DEFINISI KEMAHIRAN KOMUNIKASI. Menurut James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan maksud. Di samping definisi mereka, Sulaiman Masri (l997) pula merumuskan bahawa , komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut. Secara keseluruhannya, berdasarkan definisi-definisi yang diberikan oleh sarjana-sarjana seperti di atas, komunikasi boleh dikatakan sebagai satu proses pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan atau organisasi

(penghantar)kepada seseorang, kumpulan atau organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu pemindahan komunikasi boleh berlaku secara lisan dan juga bukan lisan. Jika dikatakan lisan, sudah pasti boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan. Bagaimana pula dengan komunikasi bukan lisan? Komunikasi bukan lisan bermakna secara simbolik atau tulisan, seperti pergerakan badan, muka, mata, gaya duduk, cara bersalam, penulisan diari, surat khabar, majalah dan lain-lain lagi.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 9

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi seorang guru. Jika seorang guru tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi yang cukup bagus, maka pengurusan bilik darjah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancang. Oleh itu, penguasaian kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi seorang guru. Kemahiran komunikasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu, komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Sebagai seorang guru, kedua-dua kemahiran ini perlu dikuasai. Kemahiran intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang. Komunikasi ini dibentuk di dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat. Guru harus mempunyai kemahiran komunikasi intrapersonal untuk membuat refleksi tentang strategi, kaedah, pendekatan pengajaran yang telah digunakan pengajaran dalam dan bilik darjah berkesan dapat atau tidak. atau

Bagaimanakah

aktiviti

pembelajaran

diubahsuai

ditingkatkan kualitinya? Adakah pengurusan bilik darjah cukup bagus? soalan -soalan seperti di atas perlu timbul dalam pemikiran seorang guru. Di sini pemikiran inilah yang dikatakan komunikasi intrapersonal dimana guru berkomunikasi dengan diri sendiri untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, sebelum menyampaikan sesuatu maklumat kepada penerima maklumat (pelajar) penghantar maklumat (guru) berkomunikasi dengan diri sendiri untuk memastikan apa yang hendak disampaikan adalah betul, tepat dan jelas. Ini juga dikatakan sebagai komunikasi intrapersonal.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 10

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Manakala komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang melibatkan proses interaksi di antara dua orang atau lebih sama ada dalam bentuk bersemuka atau dalam bentuk meditasi. Menurut Capstone (2001) komunikasi interpersonal wujud dalam empat perspektif iaitu komunikasi hubungan, komunikasi kontek, komunikasi kuantitatif dan komunikasi strategi. Dalam komunikasi hubungan, penghantar dan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi. Komunikasi inilah yang patut wujud di dalam bilik darjah dimana wujudnya interaksi dua hala antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar. Dalam hal ini, guru harus memastikan semua pelajar dalam bilik darjah berinteraksi antara satu sama lain dan juga dengan guru. Jika guru prihatin dalam memastikan hal ini, maka tidak ada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa yang akan timbul dalam bilik darjah. Komunikasi juga dapat dikategorikan melalui komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Guru juga harus mahir dalam kedua-dua kemahiran ini. Komunikasi lisan merangkumi sebutan yang jelas, tepat dan betul. Guru harus sedar bahawa cara berkomunikasi dengan orang dewasa jauh lebih berbeza dengan kanak-kanak dimana guru harus sabar dalam menyatakan sesuatu maklumat. Pembentukkan ayat yang sempurna dan bermakna juga perlu dititik beratkan semasa berkomunikasi dengan murid-murid. Selain itu, intonasi juga harus disesuaikan mengikut situasi dan tujuan. Guru perlu bijak menggunakan nada yang tinggi dan rendah bukannya mendatar sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ton suara yang mendatar akan menyebabkan pelajar berasa bosan. Laras bahasa yang digunakan juga perlu mengikut kesesuaian dengan isi kandungan dan tahap pemahaman pelajar.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 11

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Adakalanya, komunikasi bukan lisan banyak membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi bukan lisan merangkumi bahasa tubuh, bunyi, artifak, pakaian atau lambang, dan maklumat yang disampaikan melalui media bercetak. Bahasa tubuh iaitu pergerakan tubuh, kedudukan tubuh, terutamanya kontak mata, ekspresi muka, sentuhan, jarak antara pemberi dan penerima maklumat, kesemua ini perlu diketahui oleh seorang guru. Setiap bahasa tubuh yang dilakukan dengan tidak sengaja juga akan memberi impak dalam diri pelajar. Oleh itu, guru perlu berhati-hati dan peka terhadap setiap gerak-geri mereka. Bahasa tubuh ini membantu seorang guru dalam menyampaikan sesuatu maklumat tanpa ujaran. Ia boleh dikatakan sebagai peganti kepada bahasa lisan bagi menyampaikan maklumat dengan berkesan. Sebagai contohnya, semasa murid-murid membuat bising, guru hanya menggunakan bahasa tubuh iaitu, sama ada mendiamkan diri dengan ekspresi muka yang tegas ataupun menunjukkan jari pada mulut. Cara ini lebih berkesan berbanding dengan guru menggunakan bahasa lisan untuk mengawal keadaan bilik darjah. Kontak mata dengan murid-murid juga cukup mempengaruhi pengawalan bilik darjah. Tiadanya kontak mata, maka tiadalah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan berlaku. Kemahiran komunikasi yang telah diberikan di atas adalah secara umum. Sekarang kita lihat lebih mendalam, apakah kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai oleh seorang guru yang mengajar murid-murid kepelbagaian kelompok? Kemahiran komunikasi asas yang perlu dikuasai oleh guru ialah kefasihan dalam penggunaan bahasa standard dan elakkan daripada dialek-dialek tertentu. Satu bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian kelompok, tidak semestinya memahami dialek-dialek tertentu. Oleh itu, hanya bahasa standard sahaja harus digunakan semasa aktiviti pengajaran
PISMP SEMESTER 5 (P5F) Page 12

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


dan pembelajaran berlaku. Bukan hanya guru menggunakan bahasa standard tetapi juga memastikan murid-murid juga menggunakan bahasa standard. Di samping itu, guru digalakkan untuk membelajari lebih daripada dua bahasa. Jika di Malaysia, kesemua guru mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Tamil dan Bahasa Cina menjadi bahasa minoriti yang perlu dikuasai oleh guru. Walaupun tidak secara mendalam, hanya mempelajari setakat mampu berkomunikasi sahajapun cukup bagi mengawal bilik darjah. Nelson Mandela berpendapat bahawa jika seseorang (pemberi maklumat) berkomunikasi dengan bahasa yang penerima maklumat faham, maka ia disimpan dalam otak. Tetapi jika seseorang (pemberi maklumat) berkomunikasi dengan menggunakan bahasa penerima (bahasa ibunda) itu sendiri, maka ia disimpan dalam hati. If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart. Nelson Mandela. Oleh itu, ia adalah terbaik bagi seorang guru untuk mengetahui sedikit tentang bahasa lain supaya dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan muri-murid. Murid-murid juga akan berasa seronok jika guru berinteraksi dengan bahasa mereka sendiri walaupun pengetahuannya sedikit sahaja. Guru dapat mengatasi masalah kepelbagai kelompok dengan cara ini.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 13

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


KESIMPULAN Kepelbagaian budaya dan bahasa atau kelompok tidak akan mendatangkan isuisu yang sangat rumit jika guru pandai menangani masalah yang timbul dalam bilik darjah. Seorang guru haruslah bersikap adil, tidak berat sebelah atau pilih kasih, dan sentiasa mempunyai satu hubungan yang baik dengan murid-murid. Murid-murid juga harus didedahkan dengan pengetahuan-pengetahuan

berkaitan dengan budaya dan bahasa setiap etnik di Malaysia. Mereka perlu dididik supaya sentiasa menghormati, tidak memperli budaya atau bahasa etnik lain untuk meningkatkan perpaduan. Perpaduan Negara bermula daripada sekolah. Jika terdapat satu kefahaman bahawa perpaduan adalah tiang kemajuan Negara dalam minda muridmurid, maka kita tidak perlu risau tentang kemajuan Negara pada masa yang akan datang.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 14

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


REFLEKSI Pertama sekali saya sangat bersyukur kerana dapat menyempunakan tugasan ini dengan baik pada masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan kuatan dalam diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga berasa bersyukur dan berterima kasih kasih kepada pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran, Dr. Baharuddin kerana telah memberikan tunjuk ajar yang sangat baik kepada kami sekelas. Rakan-rakan saya juga tidak saya lupakan atas sumbangan dan dorongan mereka sepanjang masa. Sepanjang menjalankan tugasan subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, saya mendapat pengalaman yang berfaedah bagi diri saya terutamanya sebagai bakal guru. Saya berhadapan dengan fakta-fakta yang kukuh bahawa kecekapan guru menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa memainkan peranan yang sangat besar dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar sekolah rendah yang memerlukan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Saya sendiri bukannya berasal daripada Sekolah Kebangsaan yang mempunyai kepelbagaian budaya tetapi daripada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dimana tiada kepelbagaian budaya di situ. Maka saya tidak pernah berfikir tentang isu-isu yang akan timbul dalam kalangan pelajar kepelbagaian budaya. Kerja kursus ini telah membantu saya dalam mendapatkan pengetahuan kepelbagaian budaya dalam bilik darjah. Sambil mendapat pengetahuan tentang isu-isu kepelbagaian budaya yang mungkin timbul dalam bilik darjah, saya juga memikirkan tentang implikasinya dan juga cara seorang guru dapat mengatasi masalah-masalah ini.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 15

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


Selain daripada pengetahuan tentang kepelbagaian budaya dan bahasa, saya juga mendapat pengetahuan tentang kemahiran komunikasi yang perlu saya kuasai sebagai seorang guru. Sebelum ini, saya berpendapat kemahiran komunikasi bermakna hanyalah cara bercakap, tetapi semasa proses membuat tugasan ini barulah saya mengetahui keseluruhan tentang kemahiran komunikasi. Saya juga sedar bahawa kemahiran komunikasi yang perlu dikuasai oleh seorang guru jauh berbeza dengan profesion lain. Sebagai bakal guru, saya akan memastikan kemahiran komunikasi saya cukup bagus.

Sekian, terima kasih.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 16

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)


RUJUKAN

Yong Hui Sing. (2009, March 2). Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik 2009. Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik 2009. Retrieved February 17, 2013, from http://khidmatmasyarakat-09.blogspot.com/ Jidih Muluyu. (2011, January 21). Cikgu Stylo: Dialek : Keistimewaan dan Masalahnya. Retrieved February 17, 2013, from http://cikgustylo.blogspot.com/2011/01/dialekkeistimewaan-dan-masalahnya.html Robiah Kulop Hamzah. (1993). Memahami Budaya Masyarakat Lain. Remaja dan Budaya (pp. 140-146). Kuala Lumpur: Citra Publication Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid., Boon Pong Ying., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad., & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya (pp. 20-27). Selangor: Oxford, Fajar Sdn. Bhd. Melissa Ching., & Adnan Baharom. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Chew Fong Peng. (20092011). Culture, language & literature in Malaysian society. Kuala Lumpur: JKKN.

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 17

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)

PISMP SEMESTER 5 (P5F)

Page 18

Вам также может понравиться