Вы находитесь на странице: 1из 41

PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH WAJ (3108)

NAMA AHLI KUMPULAN : JANE TAN YEE KEE CHUA MAN TENG ONG PING YEOW NAMA PENSYARAH : PN. CZARINA LAW BT ABDULLAH OPSYEN : PISMP SEM 1 BC (1)

Pengenalan kepada Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah

1.1Konsep, Matlamat dan Strategi Pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum

Dikenali sebagai kurikulum tersembunyi Lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial, dan sebagainya. Setiap pelajar harus melibatkan dalam aktiviti ini

Aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah

Secara langsung atau tidak formal Diadakan di luar bilik darjah ataupun di dalam bilik darjah Berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akdemik

Kokurikulum

Sebahagian daripada kurikulum sekolah

Mengikut Md. Aris Mansor(1985), kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Kurikulum dan kokurikulum saling melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERI selaras dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita. Aktiviti kokurikulum telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi.

Contohnya, penubuhan pergerakan pengakap yang pertama di Malaysia mengambil tempat di Singapura pada tahun 1909. Aktiviti GERKO diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
surat arahan School Course of Studies Regulations 1956 Pindaan Tahun 1961(Akta Pendidikan 1961, No.552)

Aktiviti ini lebih dikenali sebagai Kegiatan Kumpulan. Pada tahun 1985, mata kokurikulum diajar dan dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan di sekolah rendah.

Kementerian Pendidikan menyarankan agar semua pihak sama ada pelajar, ahli masyarakat atau pendidik turut terlibat dalam bidang kokurikulum secara aktif. Saranan berasaskan tanggapan:
Pelajar harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental(akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani. Pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan. Pelajar boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri. Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik para pelajar, termasuklah menyediakan pendidikan kemasyarakatan.

Perkaitan antara Kokurikulum dengan Kurikulum


Kurikulum

Kokurikulum

Pendidikan kokurikulum mempunyai matlamat seperti berikut:


MATLAMAT UTAMA: Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

Matlamat Lain:
Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid. Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah.

Peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang diceburi serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu. Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu.
Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara.

Peningkatan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid.

Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan ibubapa serta masyarakat setempat.

Ringkasan Matlamat
Perseimbangan Pengukuhan (Pengayaan) Peningkatan Pengisian Masa lapang murid Perkembangan mental dan sahsiah Interaksi dan integrasi murid Minat, bakat dan kemahiran murid

Yang dipelajari dalam bilik darjah

Disiplin murid

Suasana sekolah yang lebih menarik Penglibatan ibu bapa dan masyarakat

STRATEGI PELAKSANAAN
a) Melantik pegawai sepenuh masa menyelia di peringkat Kementerian Pendidikan sehingga ke peringkat sekolah. b) Mengeluarkan arahan dan pekeliling dari semasa ke semasa mengenai pelaksanaan aktiviti kokurikulum. c) Struktur pengurusan kokurikulum dikemas kini.

Beberapa perkara perlu diteliti semasa merancang aktiviti kokurikulum di sekolah. Antaranya ialah:
a) Mengutamakan aktiviti melibatkan penyertaan lebih ramai pelajar. b) Melaksanakan gerak kerja kokurikulum yang pelbagai corak. c) Berusaha melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. d) Melaksanakan aktiviti yang menyemaikan penerapan nilai-nilai murni. e) Merancangkan pelaksanaan kokurikulum berdasarkan blueprint.

TAHUKAH ANDA? Ada berapa kategori/komponen GERKO?

Unit Beruniform/ Pasukan Pakaian Seragam Komponen GERKO Sukan (Olahraga dan Permainan) Persatuan/ Kelab

Unit Beruniform/Pasukan Pakaian Seragam


Sekolah rendah dan menengah boleh menubuhkan unit beruniform/pakaian seragam mengikut:
keperluan setempat kemudahan perlatan personal atau jurulatih kemudahan

di sesebuah sekolah bagi mengendali dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform. Antara pasukan pakaian seragam yang boleh ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah ialah:

Kumpulan Pengakap
unit Pengakap Kanak-kanak (sekolah rendah) unit Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Laut (sekolah menengah)

Kumpulan Pandu Puteri


unit Tunas Puteri (sekolah rendah) unit Pandu Puteri dan unit Renjer (sekolah menengah)

Persatuan Bulan Sabit Merah


Pasukan Link (sekolah rendah) Pasukan Belia (sekolah menengah)

Persatuan St. John Ambulan


pasukan SJAM Junior (sekolah rendah) SJAM Kadet (sekolah menengah)

Kadet Remaja Sekolah


Tunas Kadet Remaja Sekolah(sekolah rendah/menengah)

Puteri Islam (sekolah rendah/menengah) Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (sekolah menengah) Pasukan Kadet Bomba (sekolah menengah) Pasukan Kadet Polis (sekolah menengah) Band Renjer (sekolah menengah) Bridge Bakti (sekolah menengah)

Sukan (Olahraga dan Permainan)

Tradisional

Sukan dan Permainan


Antarabangsa

Bola sepak (sekolah rendah dan menengah) Bola jaring (sekolah rendah dan menengah) Olahraga (sekolah rendah dan menengah) Ping pong (sekolah rendah dan menengah) Bola keranjang (sekolah menengah) Bola tampar (sekolah menengah)

Wau (sekolah rendah dan menengah) Sepak takraw (sekolah rendah dan menengah) Gimnastik (sekolah rendah dan menengah) Kriket (sekolah menengah) Memanah (sekolah menengah)

Persatuan/Kelab
Persatuan/ Kelab

Berasaskan akademik atau mata pelajaran

Berasaskan minat, perkhidmatan, kecenderungan dan hobi

Persatuan dan Kelab Berasaskan Akademik atau Mata Pelajaran(Akademik)


Bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ditubuhkan berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh.

CONTOH
Bahasa Sains Matematik Seni lukis Muzik Komputer Agama Geografi Sejarah Perdagangan Ekonomi

Beberapa perbincangan, kajian dan tinjauan telah dilaksanakan oleh pihak tertentu bagi mengetahui keberkesanan dan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah. Berikut adalah perbincangan dan kajian yang dilakukan:
Penglibatan pelajar aktif dalam bidang tertentu sahaja. Faktor yang menentukan penyertaan pelajar adalah peraturan sekolah, minat pelajar, galakan pihak sekolah dan lain-lain. Galakan ibu bapa menyertai gerko bahawa anak mereka dapat mengaul dengan pelajar lain dan dapat menambahkan pengetahuan dan mengisi masa dengan berfaedah. Sebahagian pelajar menyatakan penyertaan mereka tidak menganggu pencapaian mereka dalam akademik. Kebanyakan sekolah menjalankan gerko pada semester pertama persekolahan, manakala tumpu pada peperiksaan pada semester kedua.

Carta Organisasi Kokurikulum di Sekolah


Dibahagi kepada dua:
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah (menyediakan polisi) Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum (melaksanakan polisi yang ditetapkan)

Carta Organisasi Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah

Carta Organisasi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum

1.4 Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan Am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah rendah

Pentadbiran sekolah atau Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah perlu: a) Memahami akta,surat pekeliling ikhtisas dan peraturan am. b) Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah mengadakan mesyuarat bagi merancang dan mengagihkan tugas guru-guru. c) Sumber dan peralatan disimpan dan diuruskan dengan sistematik. d) Menyediakan jadual waktu kokurikulum dan disebar luas kepada guru serta pelajar. e) Gerak kerja kokurikulum lebih berkesan jika dilaksanakan secara sistem berkelompok.

f) Kedatangan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum dicatat. g) Ketua penasihat perlu menyediakan laporan bertulis setiap kali mengadakan aktiviti kokurikulum.
h) Pengiktirafan perlu diberikan kepada pelajar dan guru yang cemerlang dalam kokurikulum.

Tiga komponen utama yang mendorong kejayaan dan keaktifan sesebuah persatuan,iaitu guru atau jurulatih,pentadbir dan pelajar. Ketiga-tiga komponen tersebut perlu seiring,bekerjasama dan saling menyokong bagi kecemerlangan kokurikulum.

Tugas seseorang guru sebagai penasihat dan jurulatih sesuatu persatuan ialah: a) Memberi panduan,nasihat,bimbingan dan sebagainya kepada jawatankuasa pelajar bagi melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan berkenaan. b) Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan,Pejabat Pendidikan Negeri,Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dilaksanakan dengan berkesan.

c) Memberi nasihat dalam mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat agung persatuan. d) Berperanan secara aktif semasa latihan,perjumpaan,perkhemahan dan sebarang aktiviti persatuan. e) Menjadi pengantaraan antara pentadbiran sekolah dengan pelajar.

1.5 Penilaian gerak kerja kokurikulum sekolah rendah -pelaporan

Setiap pelajar yang menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum perlu dicatat dan dilaporkan. Maklumat-maklumat yang perlu dicatat adalah seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Nama persatuan Nama guru-guru penasihat/jurulatih Tarikh dan masa perjumpaan Kehadiran guru penasihat/jurulatih Kehadiran dan jumlah kehadiran pelajar Jenis aktiviti yang diadakan Maklumat umum.

Bibliografi
http://www.slideshare.net/guest71b30b/bab1-pengenalan-kepada-gerko, dilayari pada 12 Januari 2012

SEKIAN, TERIMA KASIH

Вам также может понравиться