Вы находитесь на странице: 1из 22

Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Kanak-kanak kecil percaya peraturan mesti diikuti dan dipatuhi. Kita dapat lihat di mana masalah disiplin banyak berlaku di sekolah menengah berbanding di sekolah rendah. Kenapa ? Jawapannya kanak-kanak akan patuh kepada peraturan sekiranya mereka melanggarnya akan menerima hukuman. Berdasarkan situasi inilah lahirnya teori ini.

LAWRENCE KOHLBERG
Tahap Prakonvensional Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan. Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis. Tahap Konvensional Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu atau good boy-nice girl. Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan peraturan.

Tahap Poskonvensional Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic. Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
8/21/2013 2

1. TEORI PERKEMBANGAN MORAL LAWRANCE KOLHBERG - Prof di Universiti Havard sekitar 1970-an - Teorinya banyak bergantung pemikiran Jean Piaget & John Dewey - Mengkaji perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan moral selama 20 tahun

Tahap 1 : Orientasi kepatuhan dan hukuman


Pemikiran moral berorientasikan egosentrik untuk diri sendiri Hedonisme pelakuan yang baik akan mendatangkan kebaikan. Situasi melanggar atau mematuhi peraturan. Kesan melanggar peraturan akan dikenakan hukuman atau dendaan.Terdapat juga unsur ganjaran sekiranya mereka patuh pada undang-undang

Tahap 2 : Orientasi individu dan keseimbangan


Dikenali juga dengan orientasi asas dan saluran. Sesuatu tindakan yang baik adalah saluran untuk memuaskan kehendak diri dan orang yang disayangi. Kanak-kanak juga menyedari bahawa orang lain juga mempunyai kehendak dan kemahuan sama dengannya.

Tahap 3 : Orientasi persetujuan antara


individu

Kanak-kanak melakukan perbuatan yang baik dan bermoral semata-mata memenuhi harapan orang yang disayangi.

Tahap 4 : Orientasi arahan dan undang-undang


Melihat orang lain sebahagian dari order sosial. Individu merujuk dan patuh secara muktamat kepada norma-norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.

TAHAP 5 : ORIENTASI KONTRAK SOSIAL


Mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai dan sebarang kontrak sosial yang telah dipersetujui dalam masyarakat. Manusia mempunyai pendapat berbeza perlu ada persetujuan @ konsensus yang adil. Peraturan yang digubal adalah fleksibel sekiranya tidak bertentangan dengan masyarakat.

TAHAP 6 : ORIENTASI PRINSIP ETIKA SEJAGAT.


Peringkat tertinggi dalam pemikiran moral kerana melibatkan soal falsafah. Peringkat ini individu sering mempertikaikan nilai dan norma & prinsip dan norma. Yang dianggap betul ialah satu prinsip pilihan sendiri yang sesuai dan di terima masyarakat tanpa mengira masa dan keadaan. Contohnya prinsip keadilan, kebajikan,persamaan hak,tidak menggunakan orang lain untuk kepentingan diri dan menghormati maruah individu.

Teori-Teori Perkembangan Manusia


Teori Psikoanalisis Sigmund Freud Tiga alam kesedaran: i) Alam sedar--pemikiran, perasaan dan ingatan. ii) Alam pra-sedar--pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan. iii) Alam tidak sedar--bahagian terbesar dan pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi semua naluri serta keinginan manusia.

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; i) Id - mementingkan keseronokan, diwarisi, gejala bawah sedar, tenaga primitif, tidak rasional dan berkehendakkan kepuasan. ii) Ego - mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. iii) Superego - menyerupai hati nurani, kawal ego dan id, bermoral, berkembang kerana pengaruh persekitaran, mengawal tingkah laku mengikut peraturan masyarakat,ada ganjaran dan hukuman.

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud


Umur 0-18 bulan Peringkat Oral

2-4 tahun
4-6 tahun 6-12 tahun 12 tahun ke atas

Anal
Falik Latensi Genital

Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif


Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur. Perubahan berlaku kerana pengalaman Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan. Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

(b) Teori Pelaziman Operan Skinner


B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang. Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah. Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati. Menghasilkan Skinner Box. Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu

(c) Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)


Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran. Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan. Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan

Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:


(i) Tumpuan kpd tingkah laku model (attention). (ii) Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention). (iii) Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction). (iv) Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan.

2.5.5 Teori Ethologi Lorenz


Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi. Evolusi dan faktur biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting. Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa. Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

sambungan.

John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan. Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain. Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Teori Perkembangan Ekologikal


Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi. Lima sistem persekitaran ekologikal ialah: (a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro (b) Sistem Meso (e) Sistem Krono (c) Sistem Ekso

(a) Sistem Mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu, contoh rumah dan bilik darjah. (b) Sistem Meso merujuk kepada hubungan individu dengan individu lain dalam persekitaran di mana individu itu berkembang, contoh rumah, sekolah dan jiran. (c) Sistem Ekso merujuk kepada keadaan yang tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, contoh tempat kerja ibu bapa. (d) Sistem Makro ialah persekitaran yang abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi. (e) Sistem Krono merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Bibliografi
http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/201 0/04/kerja-kursus-pendek-perkembangankanak.html

Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться