Вы находитесь на странице: 1из 54

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

1.0 Pengenalan

Istilah guru, jika mengikut sumber dari Hal Ehwal Persekolahan, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, guru didefinisikan sebagai orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas di dalam unit pentadbiran, organisasi dan juga penyelidikan pendidikan. Sebagai seorang guru, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian bagi melahirkan para pelajar yang berkualiti bagi memimpin Negara di masa depan. Perutusan Hari Guru 2006 oleh Y.B. Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein, beliau ada mengatakan bahawa "Guru adalah sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan wawasan negara, dan peranan guru adalah amat penting untuk memastikan nilai nasional dapat disempurnakan". Profession perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat keguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan misi nasional kerajaan. Guru perlulah menjalankan tugasnya berdasarkan kod etika perkhidmatan dan melaksanakan tugas tersebut dengan penuh integriti. Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas akauntabiliti guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru harus patuh pada kod etika dan akauntabiliti terhadap keperluan murid menjadikan bidang keguruan dilihat sebagai kerjaya professional. Mengikut Kamus Dewan, 'profesion' ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan Iain-lain. 'Martabat' pula ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Dari pengertian tersebut memberi makna bahawa imej profesion keguruan samada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion keguruan maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan samada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat, pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

Nama: Mahani Binti Mustafa Tarikh Lahir: 2 Jun 1959 Tempat Lahir: Anak Bukit, Kedah Darulaman Bilangan Adik Beradik: Empat (Anak Sulung) Nama Ibu: Maimunah Binti Yusof Nama Bapa: Mustafa Bin Hanafiah Pekerjaan Ibu: Suri Rumah Pekerjaan Bapa: Ustaz Nama Suami: Zarawi Bin Dogol Pekerjaan Suami: Pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN Kepala Batas Tarikh Berlangsung Perkahwinan: 10 April 1983 Bilangan Cahaya Mata: Lelaki (1), Perempuan (2) Keistimewaan / Ciri-ciri Peribadi: Tegas tetapi bertolak ansur Prinsip / Pegangan: Apa yang diimpikan pasti menjadi kenyataan Tokoh Yang Dikagumi dan Sebabnya: Suami. Dapat bertukar-tukar idea dan sentiasa memberi ransangan serta motivasi

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa


4.0 Biografi: Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa 4.1 Latar Belakang

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas iaitu Puan Hajah Mahani Binti Mustafa dilahirkan pada 2 Jun 1959 dan kini sudah berusia 54 tahun. Beliau berasal dari negeri Jelapang Padi iaitu Kedah Darul Aman dan dilahirkan di Kampung Suka Menanti yang terletak di Anak Bukit. Puan Hajah Mahani merupakan anak sulung dari empat adik beradik hasil perkahwinan Puan Maimunah Binti Yusuf dan Tuan Haji Mustafa Bin Hanafiah. Bapa beliau bekerja sebagai seorang ustaz manakala ibunya hanyalah bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan alam persekolahan di Sultanah Asma Primary School dan turut menamatkan persekolahan di Sultanah Asma Secondary School yang terletak di pusat bandar Alor Setar. Setelah itu, beliau mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya yang diberi nama Tuan Haji Zarawi Bin Haji Dogol yang merupakan seorang pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Puan Hajah Mahani berkahwin pada usianya mencecah 24 tahun pada tanggal 10 April 1983. Hasil dari perkahwinan mereka, beliau dianugerahi dengan tiga orang cahaya mata yang terdiri daripada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Puan Hajah Mahani Binti Mustafa dikenali sebagai seorang pemimpin yang tegas dan berwibawa. Setiap arahan yang diberikan olehnya dilaksanakan oleh guru-guru dengan sehabis baik. Walaupunbegitu, beliau merupakan seorang yang bertolak ansur dan sabar menangani kerenah guru-guru serta murid-murid yang bermasalah. Selain itu, belia u memegang prinsip Setiap

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

impian pasti akan jadi kenyataan di mana beliau melakukan sesuatu perkara yang dirancang mengikut perancangan yang sistematik dan beliau akan memastikan sesuatu rancangan itu berjaya. Sepanjang perjalanan karier beliau sebagai seorang guru biasa sehinggalah beliau berjaya menjadi Guru Besar, suami beliau merupakan pendorong utama dan pemberi semangat untuk setiap permasalahan yang dihadapi. Tidak hairanlah jika beliau menjadikan suaminya sebagai tokoh atau pun idola di dalam bidang perguruan mahu pun kehidupan. Ini adalah kerana Puan Hajah Mahani dan suaminya berkongsi profesion yang sama iaitu sebagai seorang pendidik. Hal ini memudahkan mereka berkongsi cerita dan bertukar idea untuk membangunkan sekolah serta menyelesaikan permasalahan yang timbul di sekolah masing-masing.

4.2 Kelulusan Ikhtisas

Setelah

menamatkan Puan

zaman Hajah

persekolahannya, Mahani telah

menyambungkan

pelajarannya di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak di dalam

Pengajian Perniagaan dan beliau telah memperoleh Sijil Pengajian Perniagaan pada tahun 1980 ketika usianya mencecah 21 tahun. Kemudian, disebabkan desakan dan ingin memenuhi impian bapanya yang inginkan beliau menjadi seorang guru serta minat beliau sendiri, Puan Hajah Mahani menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Teknik, Cheras yang terletak di Kuala Lumpur. Dua tahun kemudiannya iaitu pada tahun 1982, beliau memperolehi Sijil Perguruan bagi opsyen Perdagangan Khas.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

10

Setelah menceburkan diri dalam bidang perguruan, beliau banyak menimba pengalaman yang berguna. Disebabkan sikap beliau yang tidak pernah jemu menuntut ilmu, beliau mengikuti kursus di Institut Pendidikan Darulaman (IPDA) yang terletak di Jitra. Pada tahun 1999, Puan Hajah Mahani telah memperolehi Sijil Komputer Dalam Pengajaran setelah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama 14 minggu. Setelah itu, beliau telah memperolehi Diploma Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan bagi jurusan Pengurusan Pendidikan pada tahun 2007 di Institut Aminuddin Baki (IAB) yang terletak bersebelahan dengan IPDA. Untuk menjadi Guru Besar di sesebuah sekolah, seorang guru biasa haruslah mendapatkan Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Puan Hajah Mahani telah memperolehi kelayakan tersebut pada tahun 2007 di IAB. Demi membuktikan kebolehan diri sendiri, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Pada tahun 2009, beliau telah menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan ketika usianya mencecah 50 tahun. Ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang seseorang menimba ilmu dan mengecapi kejayaan di dalam hidup. Ini bertepatan dengan prinsip hidupnya yang akan memastikan setiap impian yang diimpikan akan menjadi kenyataan.

4.3 Peringkat Perkembangan Perkhidmatan

Sebelum

menceburi

bidang

perguruan,

beliau

terlebih dahulu berkhidmat di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bermula dari 1 April 1980 hinggalah 13 Disember 1981 sebagai penyimpan kira-kira. Disebabkan minat dari kecil, beliau

menyambung pengajian di dalam bidang perguruan dan memulakan perkhidmatan di Sekolah Menengah

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

11

Kebangsaan Pulau Nyior, Jitra pada 2 Januari 1983 hinggalah 31 Disember 1985 sebagai guru penolong. Pada awal pembabitan beliau dalam perkhidmatan perguruan, beliau menjadi guru Prinsip Perakaun. Hal ini memudahkan beliau menjalankan tugas kerana beliau pakar dalam pengurusan perakaunan. Beliau juga pernah ditugaskan sebagai pemeriksa kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Prinsip Perakaunan. Kemudian, beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Perai, Seberang Perai bermula dari 1 Januari 1986 hinggalah 31 Disember 1988 sebagai Guru Penolong. Selain itu, beliau dipindahkan sekali lagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani bermula dari 1 Januari 1987 hinggalah 30 April 1990. Perpindahan beliau dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain disebabkan beliau mengikuti suaminya berpindah. Pada 2 Mei 1990 hinggalah 15 Disember 1995, beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Jitra sebagai Guru Penolong. Sekolah yang keenam beliau berkhidmat merupakan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pari, Baling bermula dari 16 Disember 1995 hingga 28 Februari 1997. Beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Kurikulum di sekolah tersebut. Tambahan pula, bermula 1 Mac 1997 hinggalah 30 April 1998 beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kemara, Changlun sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sekolah Kebangsaan Tunjang merupakan sekolah yang kelapan beliau bertugas. Perkhidmatan beliau di sekolah tersebut bermula pada 1 Mei 1998 hinggalah 31 Ogos 2002. Beliau dilantik sebagai Penyelia Petang bagi sekolah ini. Tambahan pula, beliau turut berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jitra, Jitra sebagai Penolong Kanan Pentadbiran yang mengambil masa selama setahun iaitu bermula dari 1 September 2002 hingga 15 Disember 2003. Beliau mula menjawat jawatan sebagai Guru Besar bermula pada 16 Disember 2003 hinggalah 15 Disember 2005 di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal yang terletak di sekitar kawasan Sungai Petani. Sebelum beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, beliau turut ditugaskan sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera pada 16 Disember 2005

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

12

hingga 15 Mac 2010. Menurut Puan Hajah Mahani, beliau amat menyayangi Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera disebabkan pelbagai usaha yang dilakukan di sekolah tersebut sehinggalah sekolah tersebut memperolehi pelbagai anugerah. Selain itu, beliau amat menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para guru di sekolah tersebut demi menjayakan projekprojek yang dirancang olehnya. Beliau terpaksa bertukar di Sekolah

Kebangsaan Kepala Batas disebabkan oleh arahan dari pihak atasan yang meminta beliau berpindah ke sekolah tersebut untuk menjawat jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas mulai dari 16 Mac 2010 hinggalah sekarang. Walaupun agak terkilan dengan arahan dari pihak atasan, beliau menganggap semua itu adalah cabaran dan hikmah dari Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa Puan Hajah Mahani merupakan seorang guru yang mengamalkan sikap profesional, beretika dan berakauntabiliti di dalam setiap tugasannya.

4.4 Anugerah Yang Diterima

Puan Hajah Mahani merupakan seorang Guru Besar yang sangat bercita-cita tinggi dalam meningkatkan prestasi sekolah di samping mengharumkan nama sekolah baik dari aspek kurikulum mahu pun kokurikulum. Sepanjang perkhidmatan beliau

sebagai guru biasa hinggalah kini menjawat jawatan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, beliau banyak menerima anugerah di atas projekprojek yang dijalankan hasil dari ideanya sendiri. Semasa perkhidmatan beliau di Sekolah

Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera, beliau banyak menerima anugerah dari pelbagai pihak mahu peringkat daerah sehinggalah ke peringkat

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

13

kebangsaan. Pada tahun 2007, projek di bawah pimpinan beliau telah mendapat Johan bagi Pertandingan Kitchen Garden Peringkat Negeri bagi anjuran FAMA dan Jabatan Pelajaran Kedah. Pada tahun berikutnya, Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera telah menyandang Naib Johan Pertandingan Kitchen Garden Peringkat Negeri bagi anjuran FAMA dan Jabatan Pelajaran Kedah. Pada tahun 2009 pula, Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera menyandang kembali Johan bagi Pertandingan Kitchen Garden Peringkat Negeri. Semasa Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera di bawah pimpinan beliau, sekolah tersebut turut menyandang Naib Johan Kawad Kaki Lelaki dan Perempuan Peringkat Daerah Kubang Pasu. Tambahan pula, Ketua Platun Terbaik Lelaki dan Perempuan bagi tahun 2009 turut dimenangi oleh murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera. Usaha beliau menjalankan projek Kitchen Garden di sekolah tersebut membuahkan hasil di mana sekolah tersebut menerima anugerah Johan Pengurusan Sudut / Lorong Pendidikan Pencegahan Dadah Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009. Setelah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kepala Batas pada tahun 2010, beliau turut menyumbangkan perkhidmatannya di tersebut ini di mana Sekolah Kebangsaan Kepala Batas telah mendapat anugerah Panitia Terbaik Daerah Kubang Pasu bagi matapelajaran Sains. Di samping itu, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas turut memenangi tempat ketiga Pertandingan Assemble Rekorder Peringkat Negeri Kedah 2010. Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Kepala Batas turut dianugerahkan Literasi dan Numerasi (LINUS) Terbaik Daerah Kubang Pasu. Dengan pelbagai anugerah yang disandang oleh setiap sekolah beliau pimpin, ini membuktikan bahawa Puan Hajah Mahani merupakan seorang guru dan juga pemimpin yang baik patut dicontohi. Sikapnya yang penuh dedikasi pada tugasnya telah memberi motivasi pada guru-guru yang lain untuk turut sama menjayakan segala program dan projek yang diceburi.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa


4.5 Ciri-ciri Unggul

14

Puan Hajah Mahani merupakan seorang pendidik dan pemimpin yang profesional. Beliau melaksanakan tugas-tugas serta tanggungjawabnya dengan sepenuh hati dan sanggup menghadapi cabaran demi memenuhi keperluan dan kehendak warga sekolah. Beliau sanggup membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga demi kemajuan dan prestasi murid-murid di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. Pada hujung minggu, beliau meluangkan masanya untuk membuat kelas tambahan bagi matapelajaran Matematik dan Sains untuk murid-murid tahun enam yang lemah di dalam pelajaran mereka. Beliau sendiri turut menyumbangkan tenaga demi memastikan murid-murid tersebut lulus di dalam peperiksaan mereka. Selain itu, beliau juga memainkan peranan sebagai pemudahcara bagi murid-murid dan juga para guru. Beliau memberikan bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-muridnya agar menjalani serta mengikuti aktiviti

pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Pada setiap pagi, beliau akan memberikan kata-kata nasihat dan ransangan pada murid-murid supaya menjadi insane yang berguna untuk keluarga, bangsa dan negara. Tambahan pula, beliau turut membuat perjumpaan dengan para guru pada setiap minggu untuk mendapatkan maklumat dan

aduan mengenai proses pengajaran dan pemebalajaran yang berlaku di sekolah. Beliau turut memberikan idea bagi

menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di sekolah. Sebagai seorang pemimpin yang baik di sesebuah sekolah, sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-murid dan para guru

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

15

amatlah diperlukan. Puan Hajah Mahani sentiasa memastikan diriya memenuhi kriteria-kriteria tersebut. Ini dapat dilihat melalui sikap serta penampilan beliau di sekolah. Beliau cuba menjadi pemimpin yang memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangannya. Puan Hajah Mahani memiliki ciri-ciri unggul atau X-factor yang membantu beliau menjadi seorang guru dan Guru Besar yang cemerlang. Sikap positif yang beliau tonjolkan menjadi inspirasi kepada para guru dalam menjalankan tugas masing-masing. Keikhlasan beliau menyumbangkan sepenuh tenaga amat dihargai oleh warga Sekolah Kebangsaan Kepala Batas.

4.6 Asas Kepimpinan dan Jenis-jenis Kepimpinan

Menurut

Rosen

Bach

dan

Taylor

(1993), kepimpinan ialah satu proses yang berkaitan dengan mendapatkan individu untuk bekerjasama supaya dapat menjayakan tidak sesuatu berlaku yang tanpa pemimpin

mungkin

pengaruhnya.

Manakala

pula adalah individu yang memberi pengaruh dalam seorang kepada individu lain di

suatu

pertubuhan. Puan

Sebagai Hajah

pemimpin,

Mahani seringkali menjalankan kepimpinan secara demokrasi di mana beliau melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada para guru dan para ibu bapa dalam membuat keputusan berkaitan dengan murid-murid. Kepimpinan demokrasi merupakan kepimpinan yang lebih terbuka. Gaya kepimpinan ini mementingkan kepentingan bersama untuk meningkatkan iklim persekolahan yang kondusif dan membangkitkan rasa puas hati orang yang dipimpin.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

16

Beliau seringkali menggalakkan pengelibatan semua pihak dalam membuat keputusan atau tindakan. Ini dapat dibuktikan ketika para guru pelatih ingin menjalankan pelbagai projek dan program di Sekolah Kebangsaan Kepala Batas. Puan Hajah Mahani memberikan kebebasan kepada para guru pelatih untuk membuat perancangan pelan tindakan berlandaSekolah Kebangsaanan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing. Beliau berperanan membimbing guru pelatih dan memberikan kerjasama yang baik kepada mereka. Selain itu, Puan Hajah Mahani turut menjalankan kepimpinan transformasi kepada warga sekolah. Menurut Ishak Shin (2002), kepimpinan transformasi merupakan gaya kepimpinan yang digemari oleh Guru Besar dan Pengetua serta pegawai-pegawai di pejabat-pejabat Pendidikan Daerah. J.M Burns (1978) menyatakan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan transformasi berjaya mengubah sikap orang yang dipimpin, iaitu dari sikap mementingkan diri sendiri kepada sikap bekerjasama. Ini adalah kerana kepimpinan transformasi lebih bertepatan dengan peranan pengetua sebagai pemimpin, iaitu membuat perubahan kepada organisasi dan dalam masa yang sama mengubah sikap, cara berfikir dan tingkah laku guru-guru, Laithwood (1992). Bagi kepimpinan transformasi, para guru dan kakitangan rela menerima arahan dari Puan Hajah Mahani. Penerimaan warga sekolah bergantung kepada proses pertukaran pemimpin memberi serta memperolehi sesuatu sebagai balasan. Beliau berjaya mengubah budaya sekolah Sekolah Kebangsaan Kepala Batas kepada yang lebih positif di mana para guru menerima respon yang positif bagi setiap arahan yang dikeluarkan oleh beliau. Untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut setia bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk itu seseorang pemimpin hendaklah menguasai kemahirankemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dengan

memadankannya dengan keadaan-keadaan tertentu.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa


4.7 Kepimpinan di Sekolah dan Cabaran Kepimpinan

17

Kejayaan organisasi sesebuah sekolah terletak kepada kepimpinan Guru Besar yang meliputi beberapa aspek yang penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang

akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan Guru Besar. Guru Besar mengambil tempoh yang singkat iaitu di antara tiga hingga lima tahun berbanding guru biasa menjadi pemimpin berkesan yang mengambil masa di antara 20 hingga 30 tahun. Aspek-aspek kepimpinan yang perlu dititikberatkan oleh seorang Guru Besar ialah aspek perancangan,

pengelolaan, pengarahan dan pengawalan. Puan Hajah Mahani telah berkecimpung selama lapan tahun dalam bidang pengurusan sekolah. Beliau berpengalaman dalam menguruskan sekolah dengan pelbagai perancangan strategik yang dijalankan. Di antaranya ialah beliau meminta setiap guru panitia matapelajaran menyediakan modul pengajaran bagi setiap lima tahun. Ini memudahkan guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sistematik dan berkesan. Selain itu, beliau juga turut membuat sasaran peratus kelulusan murid-murid bagi peperiksaan UPSR pada setiap tahun. Selain itu, pelbagai projek dan program dirancang oleh beliau untuk memantapkan lagi kemajuan sesebuah sekolah seperti program PERMATA khusus untuk murid tahun enam, kelas tambahan dan sebagainya. Bagi warga Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, beliau telah menyarankan untuk fokus kepada bidang akademik. Sebagai pemimpin, Guru Besar perlulah bijak mengelola, menyelaraskan sumber-sumber manusia dan bahan yang diperolehi. Pengelolaan yang

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

18

berkesan akan membantu mencapai matlamat organisasi sekolah. Beliau perlu membahagikan wang peruntukan yang diperolehi secara sistematik dan saksama. Tambahan pula, program atau projek yang akan dijalankan saban tahun menggunakan wang tersebut. Tambahan pula, seorang pemimpin perlu memberi arahan dengan memberikan tugas dan mempengaruhi kakitangan bawahannya dan

mendapatkan kerjasama mereka bagi melaksanakan tugas mereka. Puan Hajah Mahani menggunakan kaedah pemudahcara di mana beliau memberikan arahan kepada orang bawahannya dan sentiasa mengambil tahu

perkembangan sesuatu arahan yang diberikan. Beliau turut memberikan ruang pada para guru unruk melaporkan sebarang masalah yang timbul dan beliau akan cuba membantu memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Beliau juga akan membimbing kakitangannya jika pelaksanaan arahan yang diberikan tersasar dari tujuan asal. Di samping itu, pengawalan Guru Besar juga akan menentukan perancangan selaras dengan persekitaran dan keadaan yang sentiasa berubahubah. Beliau dan para guru akan menganalisa keputusan bagi setiap peperiksaan yang berlangsung. Beliau juga akan membantu guru-guru menyusun strategi untuk meningkatkan prestasi murid-murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang dan memberansangkan. Program yang seringkali meberikan impak yang positif kepada murid-murid ialah Program Aku Janji. Program ini memerlukan murid-murid berikrar mendapatkan keputusan yang cemerlang di hadapan kedua ibu bapa mereka. Pelbagai gimik dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa murid-murid untuk member perhatian kepada pelajaran mereka. Selain itu, terdapat juga isu-isu lain yang timbul semasa beliau menguruskan sesebuah sekolah. Beliau berpendapat kita haruslah menerima sesuatu masalah itu sebagai suatu perkara yang positif dan menganggap masalah yang dihadapi sebagai suatu cabaran untuk mematangkan diri kita. Jika terdapat guru-guru yang bermasalah, beliau lebih suka fokus kepada

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

19

kelebihan dan keistimewaan guru tersebut. Beliau akan mendorong guru tersebut dengan memberikan tugasan yang berpadanan dengan minat guru. Bagi murid yang seringkali tidak hadir ke sekolah, beliau sendiri akan cuba menelefon kedua ibu bapa atau penjaga murid tersebut untuk mendapatkan kepastian.

4.8 Akauntabiliti dan Peranan

Akauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Seorang guru perlulah

bertanggungjawab kepada murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Puan Hajah Mahani merupakan seorang role

model yang baik kepada semua pihak. Beliau memperlihatkan sikap yang adil kepada semua murid tanpa mengira unsur-unsur lain. Puan Hajah Mahani memberi penekanan kepada semua murid termasuklah murid yang kurang cemerlang. Malahan beliau lebih mengutamakan murid-murid

yang kurang memberansangkan dengan menjalankan pelbagai program untuk membantu mereka seperti program Mentor Mentee bagi matapelajaran Matematik. Selain itu, pihak sekolah haruslah membina hubungan yang baik dengan pihak ibu bapa. Sebagai pemimpin sekolah, beliau telah menjalankan pelbagai program terutamanya mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk merancang pelbagai usaha positif dalam membantu anak-anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang. Di antara program-program yang memerlukan pengelibatan ibu bapa ialah Hari Penyampaian Hadiah, Jamuan Berbuka Puasa, Program Aku Janji dan sebagainya. Beliau melibatkan diri di dalam semua

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

20

program yang dijalankan malahan beliau turut menolong warga ibu bapa memasak untuk membuat bubur lambuk. Tambahan pula, Guru Besar juga mempunyai akauntabliti terhadap rakan sejawat serta kakitangan sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi oleh Puan Hajah Mahani ketika menghadiri kursus dan seminar akan dikongsikan dengan para guru ketika mengadakan kursus dalam perkhidamatan. Di samping itu, beliau sangat mengambil berat akan kebajikan orang bawahannya dengan memanggil guru-guru yang seringkali melakukan kesalahan. Beliau akan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut dan cuba member jalan penyelesaian. Sebagai contoh, terdapat seorang guru yang sering lewat ke sekolah disebabkan jarak sekolah dengan rumahnya yang agak jauh. Beliau cuba membantu guru tersebut dengan menukarkan guru tersebut ke sekolah yang berdekatan dengan rumah guru tersebut. Puan Hajah Mahani mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat di mana perkara ini sangat dituntut di dalam profesion perguruan. Beliau sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan maklumat untuk mempertingkatkan kecekapan menjalankan tugas. Beliau juga menjadi pembimbing dan pemantau bagi program-program yang dijalankan oleh guru di sekolah dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, beliau seringkali mengamalkan pemikiran reflektif untuk mengenalpasti masalah yang seringkali timbul di kalangan murid. Puan Hajah Mahani cuba menjadi agen perubahan untuk mengubah sikap-sikap negatif guru kepada sikap yang lebih positif dan memberansangkan.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa


4.9 Jangkaan Pada Masa Hadapan

21

Sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang Guru Besar, Puan Hajah Mahani telah melalui pelbagai pengalaman yang pahit dan manis. Proses ini mematangkan beliau dalam membuat keputusan dan menerima takdir hidup dengan redha. Pengalaman yang paling pahit bagi beliau adalah sewaktu beliau diberi arahan supaya beetukar dari Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera ke Sekolah

Kebangsaan Kepala Batas disebabkan hal-hal yang tidak boleh dielakkan. Beliau masih belum puas menempa kejayaan untuk Sekolah Kebangsaan Anak-Anak Angkatan Tentera dan cita-cita beliau untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai Sekolah Bestari tidak tercapai. Manakala kenangan yang paling manis pula ialah sewaktu keputusan peperiksaan UPSR bagi tahun 2012 menunukkan peningkatan bagi peratus lulus iaitu dari 70% ke 80%. Kejayaan anak-anak murid di dalam peperiksaan UPSR merupakan kenangan yang paling berharga dan beliau merasakan segala penat lelah selama ini berbaloi. Beliau berharap Sekolah Kebangsaan Kepala Batas akan terus dapat menjulang nama di persada pendidikan bagi peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Tambahan pula, beliau berharap agar beliau dapat memantapkan kerjaya beliau sebagai seorang Guru Besar dan memberikan sumbangan sepenuhnya kepada sekolah ini kerana jangka masa perkhidmatan beliau hanyalah berbaki empat tahun lagi. Selain itu, beliau juga berharap agar guruguru pelatih dapat menjadi pelapis guru-guru veteran dan memberikan sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Beliau turut berpesan sebagai seorang pendidik jangnlah terlalu berkira masa untuk bekerja dan sayangilah kerjaya sebagai seorang guru.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa


5.0 Penutup

22

Puan Hajah Mahani Binti Mustafa meruapakan seorang guru yang memiliki pelbagai keistimewaan dan kelebihan dalam pelbagai aspek. Beliau mempunyai kemahiran mempimpin yang baik di mana beliau boleh mempengaruhi kakitangannya berkhidmat untuknya demi pembangunan sekolah. Sesebuah sekolah yang cemerlang mestilah bermula dari seorang pemimpin yang cemerlang. Kepimpinan yang dijalankan oleh Puan Hajah Mahani boleh melonjakkan nama Sekolah Kebangsaan Kepala Batas dan seterusnya menjadikan sekolah tersebut standing dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain. Sikap dan akauntabiliti yang ditonjolkan oleh beliau harus dijadikan role model kepada para pelatih guru yang masih mentah dalam bidang perguruan ini. Semoga pretasi Puan Hajah Mahani dapat dikekalkan seterusnya semoga beliau dapat merealisasikan impian beliau sehingga tercapai.

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

23

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

24

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

25

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

26

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

27

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

28

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

29

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

30

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

31

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

32

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

33

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

34

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

35

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

36

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

37

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

38

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

39

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

40

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

41

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

42

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

43

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

44

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

45

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

46

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

47

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

48

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

49

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

50

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

51

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

52

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

53

Kepimpinan Puan Hajah Mahani Binti Mustafa

54

Вам также может понравиться