Вы находитесь на странице: 1из 9

EFIKASI KENDIRI GURU PRASEKOLAH

PENGENALAN Efikasi kendiri boleh ditakrifkan sebagai penilaian individu terhadap kebolehan dirinya sendiri untuk menyusun dan melaksanakan tugasan bagi mendapatkan hasil yang diingini atau diharapkan. Secara generalisasi, definisi ini ada persamaan dengan konsep kendiri dan persepsi kendiri. Efikasi kendiri dapat menilai seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya serta sejauh mana keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, efikasi kendiri juga dikaitkan dengan penetapan matlamat untuk mencapai sesuatu yang diimpikan. Penetapan matlamat ditentukan oleh individu itu sendiri berdasarkan kepada tugasan yang dilaksanakan, persekitarannya ataupun interaksi sosialnya.

DEFINISI DAN KONSEP EFIKASI KENDIRI Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk kepada konstruk efikasi guru (Bandura, 1997). Guru melakukan pertimbangan terhadap keupayaan diri dalam mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi guru dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid (Anderson at al. 1991; Ashton & Webb, 1986; Bandura, 1993;1997; Gibson & Dembo, 1984; Ross, 1992; Tschannen-Moran & Hoy, 2001).

Kajian berkaitan efikasi guru dipopularkan oleh Bandura (1997) yang berasaskan kepada teori kognitif sosial. Menurut Bandura (1994), efikasi kendiri merupakan kepercayaan individu terhadap kemampuan mempengaruhi orang lain bagi meningkatkan tahap pencapaian yang disasarkan. Individu yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu untuk mempengaruhi cara berfikir, bertingkahlaku dan bermotivasi. Individu yang mempunyai kekuatan efikasi kendiri sentiasa berusaha mencapai objektif yang lebih

mencabar dan lebih komited jika dibandingkan dengan individu yang rendah efikasi kendirinya (Bandura, 1994, 1995).

Sejak beberapa dekad yang lalu, penyelidik-penyelidik telah mengenalpasti bahawa efikasi kendiri guru, iaitu sejauh mana seseorang guru yakin bahawa beliau mempunyai pengaruh ke atas prestasi pencapaian murid (Ashton, 1984), atau kepercayaan dan keyakinan terhadap kekuatan, kebolehan, dan keupayaan diri untuk mengajar, merupakan faktor yang membezakan seseorang guru (Gibson & Dembo, 1984; dan Evertson, 1986).

Menurut Powell & Anderson (1995), efikasi guru sebagai satu perasaan yang membuatkan seseorang itu merasakan betapa bagusnya beliau dapat belajar dan mempraktikkannya dengan baik. Dalam hal ini, Allinder (1995) mendapati bahawa guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima idea-idea baru, mencuba teknik dan kaedah pengajaran baru (Guskey, 1988), serta punyai daya ketahanan yang tinggi untuk melakukan sesuatu tugasan mengajar yang baru ataupun sukar (Coladarci, 1992).

KEPENTINGAN EFIKASI KENDIRI GURU Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi berkenaan dengan pengajarannya, dapat memotivasikan dan meningkatkan perkembangan kognitif pelajar (Bandura, 1994). Gibson & Dembo (1984) menyatakan, efikasi kendiri guru terdiri daripada dua konstruk iaitu keupayaan kendiri dan keupayaan mengajar. Keupayaan kendiri dimaksudkan sebagai keyakinan bahawa seseorang itu mempunyai keterampilan dan kebolehan untuk mengubah murid-muridnya. Konsep ini sama dengan konsep efikasi kendiri yang dikemukakan oleh

Bandura (1977). Walaubagaimanapun, keupayaan mengajar yang bermaksudkan kepada kepercayaan adalah terhad kerana pengaruh faktor-faktor luaran seperti persekitaran, latar belakang, dan pengaruh ibu bapa.

Gordon dan Melby (2001) telah menjalankan kajian bagi membuktikan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi ialah guru yang efektif di dalam kelas. Dalam kajian ini, seramai 96 orang guru telah dikenalpasti mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Hasil analisis beliau menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi, kurang menggangap pelajar yang bermasalah mempunyai masalah tingkahlaku yang teruk, sebaliknya menjangkakan tingkahlaku pelajar tersebut akan bertambah baik. Mereka akan berasa malu atau bersalah apabila pelajar bertingkahlaku dengan tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Para guru ini juga suka kepada pelajar yang bermasalah kerana mereka yakin dapat mengawal tingkahlaku pelajar tersebut.

Kajian Gibson & Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan murid, selain cenderung menilai murid berdasarkan kepada kecerdasan tanpa mengambil kira persediaan pembelajaran murid serta memberi layanan yang baik kepada murid yang cerdas (Ashton et al. 1983).

Selain itu, guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin dalam bilik darjah serta amalan ganjaran hukuman untuk memastikan pelajar-pelajarnya mengikuti pengajaran (Woolfolk et al. 1990). Hasil kajian Gordon dan Melby (2001) juga mendapati bahawa guru yang berefikasi rendah sering meluahkan rasa marah dan tertekan mereka

dengan memberi hukuman yang lebih teruk. Kajian ini menunjukkan bahawa galakan terhadap peningkatan efikasi kendiri guru merupakan petunjuk penting kepada keberkesanan para guru secara umumnya dalam pengurusan kelas.

Menurut Tschannen-Moran (1998), efikasi guru

mempunyai hubungan yang signifikan

dengan peningkatan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar. Peningkatan dan pencapaian ini merangkumi tingkahlaku guru di dalam bilik darjah, daya usaha dan penetapan matlamat, lebih terbuka kepada idea-idea terkini dan lebih cenderung untuk mencuba kaedah yang baru, mempunyai kompetensi dalam perancangan, mempunyai semangat yang tinggi, reseliansi, komitmen, dan minat yang mendalam dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi juga berjaya mempengaruhi peningkatan pencapaian pelajar, pembangunan emosi dan sikap yang berkaitan dengan organisasi yang harmoni, iklim sekolah yang positif, dan dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri pelajar.

Seterusnya Ashton (1984) turut menyatakan bahawa guru-guru yang tinggi efikasi kendirinya sentiasa merancang supaya murid-muridnya sentiasa belajar, menetapkan matlamat, dan mengenalpasti strategi-strategi bagi mencapai matlamat tersebut, manakala guru-guru yang rendah efikasi kendirinya pula tidak berusaha untuk menetapkan matlamat yang harus dicapai oleh murid-muridnya dan tidak pasti apakah yang patut dicapai oleh murid-muridnya. Guru-guru yang rendah efikasi kendirinya juga tidak merancang strategi-strategi bagi memudahkan pencapaian matlamat. Selain itu, guru-guru yang berefikasi tinggi berasa seronok terhadap tugasnya sebagai seorang guru dan juga ketika bersama dengan muridmuridnya. Sebaliknya, guru-guru yang berefikasi kendiri rendah sering kecewa dengan

tugasnya sebagai guru, dan mempunyai perasaan negatif terhadap kerja dan juga terhadap murid-muridnya (Ashton, 1984).

Gibson dan Dembo (1984) mendapati guru yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi, lebih berkemampuan dalam mempengaruhi pelajar supaya melibatkan diri dalam sebarang aktiviti pembelajaran serta sanggup mengorbankan masa mereka untuk memantau perkembangan pelajar dan menyemak hasil kerja pelajar. Namun begitu, ia berbeza dangan guru yang mempunyai tahap efikasi yang rendah di mana mereka kurang memberi kerjasama kepada pelajar dan sentiasa memberi maklum balas yang negatif kepada pelajar.

Banyak kajian telah menunjukkan efikasi kendiri guru merupakan pembolehubah yang signifikan dan positif dengan pengajaran dan pencapaian pelajar (Gibson & Dembo, 1984; Henson, Kogan, & Vacha-Haase, 2001).

Sebagai usaha untuk memahami faktor yang mempengaruhi efikasi kendiri seorang guru dengan lebih mendalam, Dembo dan Gibson (1985) telah mengkaji beberapa faktor dan menyatakan di antaranya ialah pendidikan dan sosialisasi guru serta organisasi sekolah hendaklah dikaji. Ashton (1984) pula berpendapat bahawa efikasi guru boleh dan perlu dibina kerana guru-guru sangat memerlukan keterampilan untuk digunakan di dalam pengajaran supaya pengajarannya lebih berkesan. Oleh sebab itu, Gideonse (1982) berpendapat, jika efikasi guru diperlukan, latihan guru perlulah diadakan dalam jangka masa yang panjang dan dilaksanakan di banyak tempat. Ini kerana keadaan sekolah tidak sama antara satu sama lain.

Berdasarkan kepada huraian-huraian di atas, ia menunjukkan bahawa efikasi kendiri seseorang guru jelas mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Justeru, usaha ke arah meningkatkan efikasi kendiri guru-guru prasekolah hendaklah dititikberatkan sekaligus mampu menambahbaikan sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

TAHAP EFIKASI KENDIRI GURU PRASEKOLAH

Kompetensi emosi mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri dalam menjamin kualiti pengajaran guru-guru terutamanya dalam pendidikan prasekolah. Kedua-duanya mempunyai kepentingan yang tinggi bagi seseorang guru prasekolah dalam usaha membentuk pembelajaran emosi dan tingkahlaku pelajar-pelajar. Albert Bandura (1963) telah menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan psikologi kemanusiaan ke dalam kerangka Model Efikasi Kendiri dan seterusnya model ini dapat menerangkan dengan jelas tentang proses perubahan tingkah laku. Kebolehan guru prasekolah dalam mengubah tingkahlaku mereka bergantung kepada tiga aspek kendiri yang utama. Aspek yang pertama ialah keputusan guru tersebut sama ada ingin mencuba sesuatu tindakan atau tidak melakukannya, aspek kedua pula ialah ketabahan guru tersebut untuk melaksanakan sesuatu tindakan dan aspek yang ketiga ialah kejayaan guru tersebut dalam menjalankan tugasnya atau kelakuan baru dengan kemahiran yang mencukupi dan insentif yang bersesuaian.

Dalam menghuraikan maksud efikasi kendiri, ia merangkumi empat aspek amalan yang dilaksanakan iaitu harga diri, bermotivasi, timbangrasa, dan kesejawatan. Berikut adalah satu

analisis kajian berkenaan penilaian tahap efikasi kendiri guru-guru prasekolah kebangsaan dan guru-guru prasekolah swasta.

Jadual 4: Statistik Deskriptif Efikasi Kendiri Dimensi Efikasi Kendiri Keseluruhan Min Harga Diri Bermotivasi Timbangrasa Kesejawatan 3.72 3.92 4.08 3.88 S.P 0.58 0.54 0.58 0.57 Guru Prasekolah Kebangsaan Min 3.80 3.99 4.14 3.98 S.P 0.55 0.50 0.51 0.51 Guru Prasekolah Swasta Min 3.64 3.87 4.02 3.78 S.P 0.60 0.59 0.63 0.06

Berdasarkan kepada analisis statistik di atas, aspek timbangrasa didapati paling tinggi (min=4.08) diamalkan berbanding aspek-aspek yang lain. Walaubagaimanapun, kadar perbezaan amalan di antara aspek-aspek tersebut bagi setiap prasekolah tidak terlalu jauh di mana ia diikuti dengan amalan bermotivasi (min=3.92), kesejawatan (min=3.88), dan seterusnya aspek harga diri (min=3.72). Jadual tersebut digambarkan dalam histogram di bawah.

Jadual 5: Tahap Efikasi Kendiri Guru Prasekolah

4.2 4.1 4 3.9 3.8 3.7 3.6 3.5 3.4 3.3 Prasekolah Kebangsaan Prasekolah Swasta

Berdasarkan kepada histogram di atas, semua aspek efikasi kendiri guru prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta mencapai skor min tahap tinggi di mana aspek bertimbangrasa adalah skor min tertinggi, disusuli dengan aspek bermotivasi, aspek kesejawatan, dan yang terendah adalah aspek harga diri. Walaubagaimanapun, guru prasekolah kerajaan mempunyai tahap efikasi kendiri yang lebih tinggi berbanding guru prasekolah swasta.

Berikut adalah antara faktor penyumbang yang mempengaruhi efikasi kendiri seseorang. Aspek Efikasi Kendiri a) b) c) d) Harga diri Bermotivasi Bertimbangrasa Kesejawatan Faktor Pengaruh a) Demografi b) Ciri-ciri organisasi sekolah e) Latar belakang sekolah f) Penglibatan guru dalam membuat keputusan g) Iklim sekolah h) Program pembangunan staf i) Kepimpinan

Maka dengan itu, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil inisiatif yang terbaik untuk meningkatkan tahap efikasi kendiri guru prasekolah swasta. Ini kerana ciri-ciri sekolah

merupakan faktor penting dalam pembentukan efikasi kendiri guru terutamanya faktor pembangunan staf. Kesemua aspek dalam efikasi kendiri boleh dibentuk dan dibangunkan dengan pelaksanaan kaedah penyelesaian yang berkesan.

Efikasi kendiri guru prasekolah amat penting dalam mempengaruhi pilihan tingkahlaku yang hendak dibuat, usaha, dan ketabahan seandainya berlaku rintangan dan halangan dalam pengajaran kanak-kanak prasekolah. Ini kerana kanak-kanak sedang melalui proses pembelajaran dan perkembangan dari sudut emosi, mental dan sebagainya. Sikap, tingkahlaku dan tutur kata guru akan menjadi contoh utama dalam pembelajaran kanak-kanak prasekolah yang akan mempengaruhi sahsiah mereka akan datang.

Вам также может понравиться