Вы находитесь на странице: 1из 1

CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR ( DICATAT SELEPAS SETIAP WAKTU P&P DI RUANG BAWAH RPH)

Apa ?

1. Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapat diuruskan dengan baik. Murid menyiapkan latihan dalam waktu ditetapkan. Terdapat 6-8 orang murid di barisan belakang gagal menyiapkan latihan seperti di arahkan. Mereka Cuma menjawab soalan 1 dan 6 secara ringkas, sedangkan arahan saya ialah menjawab dengan lengkap soalan 2 hingga 6. Mereka memberitahu mereka tidak faham dan tidak jelas berhubung arahan saya. Apabila saya tanya kepada murid lain, terdapat beberapa orang lagi memberitahu arahan saya memang kurang jelas. Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran hari ini telah menyebabkan objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kelemahan ini mesti saya atasi dalam pengajaran akan datang.

Mengapa ?

Bagaimana dan bila ? (Tindakan Susulan)

Apa?

2. Pengajaran hari ini bermula dengan baik dan lancar. Murid semuanya terlibat dengan seronok. Melihat keseronokan murid, beberapa aktiviti tambahan telah saya jalankan untuk melibatkan semua murid supaya berlaku adil. Kemudiannya saya dapati waktu pengajaran sudah tamat tanpa sempat membuat penutup. Saya fikir pengajaran saya hari ini gagal. Kesilapan saya ialah lari daripada perancangan asal p&p saya. Saya sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak menambah ativiti spontan. Untuk pengajaran akan datang, saya mesti menentukan aspek pengurusan masa tidak terabai.

Mengapa ?

Bagaimana dan bila (Tindakan Susulan)

Вам также может понравиться