Вы находитесь на странице: 1из 13

1.

ESEI

Menghuraikan secara holistik tentang kualiti kompetensi yang perlu ada pada seseorang guru yang berkesan dalam menguruskan sesebuah bilik darjah yang kondusif.

Dalam menelusuri era pembangunan pendidikan di Malaysia, banyak sekolah-sekolah telah menaik taraf tahap pengurusan bilik darjah mereka sebagai satu usaha untuk mencapai bilik darjah yang selesa dan kondusif. Pelbagai langkah telah dijalankan dan dirancang untuk membangunkan pengurusan bilik darjah tidak kira sekolah di bandar mahu pun di luar bandar. Hal ini adalah satu usaha untuk menyokong penuh dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Oleh itu sesebuah institusi ataupun sekolah memerlukan seorang guru yang mempunyai kualiti kompetensi untuk melahirkan seberapa banyak murid yang boleh berjaya dan bersaing di persada dunia. Terlebih dahulu mari kita selami dan dalami apa maksud kualiti kompetensi pada seorang guru. Kompetensi guru ialah tingkah laku yang spesifik yang boleh dikenal pasti pada seorang guru seperti ilmu pengetahuannya, kebolehannya dan kepercayaan. Dengan kata lain, apa perkara yang dilakukan oleh guru semasa mengajar. Apa itu kompetensi? Kompetensi ialah kecekapan. Kecekapan guru dalam menggunakan gaya pembelajaran, personalitinya dan kemahiran pengajarannya dalam mendidik murid-muridnya. Penggunaan teknik

pengajaran yang berbeza bergantung kepada tahap kefahaman murid. Seorang guru yang mempunyai kompetensi yang tinggi hendaklah mahir dalam menggunakan teknik penyoalan. Guru juga mengamalkan sikap peka tentang semua tingkah laku murid dalam kelas. Ia juga bermaksud guru perlu mahir memotivasikan diri sendiri dahulu barulah boleh memotivasikan muridnya. Selain daripada itu, seorang guru juga mestilah mempunyai
1

kemahiran melakukan lebih daripada satu perkara pada masa yang sama. Contohnya, guru mengajar Bahasa Melayu di dalam kelas, tapi pada masa yang sama guru tersebut mengajar teknik berkomunikasi di dalam pembelajarannya. Kemahiran penilaian juga harus ada pada seorang guru yang berkualiti, maksud kemahiran penilaian di sini adalah guru dapat mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan dan murid yang perlu diberikan aktiviti penggayaan. Seorang guru yang mempunyai kualiti kompetensi yang tinggi harus melakukan kerja dengan efektif. Efektif di sini merujuk kepada seorang guru yang mempunyai kuasa dan keupayaan untuk mencapai keinginan dan objektif. Selain daripada itu, seorang guru juga harus memberikan satu pengajaran yang efektif iaitu kebolehan atau keupayaan untuk membantu murid mencapai obektif pembelajaran yang telah ditentukan. Seorang guru yang efektif adalah merujuk kepada guru yang menggalakkan pembelajaran yang membantu perkembangan koginitif, sosial dan afektif sejajar dengan prinsip-prinsip dan model pengajaran. Tambahan dari itu, seorang guru yang berkualiti haruslah mempunyai Keberkesanan dalam pengajaran. Sebagai contoh, daripada hasil yang di dapati oleh guru atau sejauh mana kemajuan yang dicapai oleh murid hasil daripada pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Guru yang mempunyai kualiti kompetensi yang tinggi juga adalah Guru yang bersemangat dan proaktif. Contohnya semasa melaksanakan proses P&P, seorang Guru yang baik sentiasa bersemangat untuk memberikan pengajaran kepada murid walaupun kemudahan sekolah agak kurang tetapi Guru tersebut tetap tabah dan gigih untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Selain daripada itu seorang Guru yang baik juga haruslah mempunyai integriti dalam diri iaitu jujur dan setulus hati. Dalam aspek ini, Guru yang baik akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa tanpa ada rasa untuk meminta balasan. Malahan bersungguh-sungguh untuk mendidik anak bangsa yang berjaya di mata dunia. Sebagai tambahan, seorang guru yang baik mestilah mempunyai komitmen dalam menjalankan tugas. Kita tidak memerlukan guru yang hanya
2

bersikap sambil lewa dan hanya mengharapkan pulangan gaji pada hujung bulan. Sebagai seorang guru yang berkualiti, kita seharusnya memberikan komitmen dengan sepenuhnya dalam menjalankan tugas. Selain itu guru juga mestilah bersikap peramah, mesra, dan berusaha untuk mengenal muridnya. Hal ini adalah untuk menarik minat murid kepada kita dan mendengar segala arahan daripada kita.

Seorang guru juga harus sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya. Guru harus tahu menilai murid yang pandai dan yang kurang pandai dan memberikan mereka pembelajaran yang sesuai mengikut kemampuan mereka. Guru harus mempunyai perasaan yang bertanggungjawap terhadap tugas sebagai seorang pendidik. Untuk menarik minat murid, seorang guru yang baik mesti pandai berjenaka dan tidak mudah berputus asa. Guru perlu sistematik (masa dan pengurusan). Sedar akan tanggungjawapnya sebagai pemegang amanah negara. Teliti dalam membuat kerja. Guru juga seharusnya mempunyai penghayatan dan amalan murni. Sebagai contoh, menjadi role model. Seorang guru yang baik haruslah memberikan contoh yang terbaik kepada murid-murid. Contohnya sentiasa menjaga perlakuan di hadapan murid. Secara automatik murid-murid akan mengikuti tingkah laku kita. Selain daripada itu, seorang guru juga hendaklah mempunyai sifat penyayang dan memahami. Mengajar dan amalkan nilai-nilai yang baik serta mengajarnya kepada pelajar. Mendidik secara adil kepada semua muridnya tanpa mengira latar belakang. Tidak kira sama ada miskin ataupun kaya tanpa mengira darjat. Seorang guru yang berkualiti haruslah mempunyai strategi-strategi yang terancang dalam menguruskan sebuah bilik darjah. Antaranya ialah perancangan. Sesebuah pengajaran itu perlulah merujuk kepada sukatan pembelajaran bagi menentukan objektif dan hasil pembelajaran setelah murid belajar sesuatu topik. Sebagai contoh, seorang guru itu mesti tahu apa topik yang sesuai yang perlu dilaksanakan, dan bagaimana pendekatan yang sesuai sama ada berpusatkan murid atau guru, selain memberikan aktiviti dan
3

tugasan yang sesuai dengan tahap pencapaian murid. Hal sebegini perlu dititikberatkan oleh seorang guru yang berkualiti. Selain daripada itu, seorang guru juga harus tahu untuk mengelola P&P yang akan dijalankan. Perkara yang perlu bagi seorang Guru lakukan ialah memberikan arahan yang jelas setiap kali menyampaikan arahan atau member penerangan kepada murid. Sebagai contoh, menyuruh murid yang bising untuk senyap dan mengambil perhatian semasa cikgu mengajar. Selain daripada itu juga, seorang guru haruslah menyelaraskan dan mengatur aktiviti atau bahan pembelajaran kepada murid. Hal ini adalah untuk menarik minat murid untuk member perhatian kepada proses P&P yang akan dijalankan. Seorang guru yang bagus juga mesti menentukan kedudukan atau susunan murid dalam kumpulan. Contohnya, murid yang bising perlu diasingkan daripada kumpulan mereka, kalau perkara sebegini tidak dilakukan murid itu akan terus membuat bising dan mereka tidak akan faham tentang apa yang guru ajar pada hari itu. Seterusnya ialah kebolehan seorang guru itu untuk mengawal kelas. Seorang guru perlu tahu bagaimana hendak mengawal murid di dalam kelas. Pertama sekali guru perlu pastikan keselesaan murid itu diutamakan. Sebagai contoh, sebelum memulakan sesi pembelajaran arahkan murid untuk membersihkan kelas atau mengutip segala sampah yang terdapat di bawah meja. Hal ini perlu bagi mengelakkan tumpuan atau gangguan kepada murid akan berlaku. Selain daripada itu, bimbingan yang lebih juga perlu diberikan kepada murid yang memerlukan perhatian dan bimbingan. Kepada murid yang lambat memahami pelajaran perlu diajar secara perlahan-lahan atau guru membuat pembelajaran kepada murid tersebut secara individu jika

murid itu tidak memahami sesuatu topik. Dalam pada itu juga, guru perlulah membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Guru perlulah membuat analisis dan menilai keberkesanan pengajarannya dengan membuat

beberapa perkara, iaitu pertanyaan tentang topik yang diajar serta melaksanakan ujian. Perkara ini dapat menunjukkan sejauh mana tahap kefahaman murid sama ada mereka faham atau pun tidak dengan apa yang
4

telah disampaikan kepada mereka. Jika murid tidak memahami apa telah disampaikan, maksudnya guru tersebut gagal dalam pengajarannya. Sehubungan dengan itu, guru juga perlu tahu untuk menjalinkan hubungan antara guru dan juga murid. Guru tu perlulah bersifat dominan daripada muridnya. Selain itu, guru juga perlu bekerjasama dengan murid di dalam kelas. Jika murid tidak memahami isi pembelajaran, guru harus memberi kerjasama dengan mengulang balik topik yang murid tidak fahami tersebut. Guru juga perlulah mengambil berat tentang kebajikan muridmuridnya. Jika murid itu mempunyai masalah dalam hal peribadi seperti demam, sakit perut, pening-pening dan lain-lain, guru itu perlulah

mendahulukan murid tersebut daripada pengajaran kerana perkara seperti ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0

Bagaimanakah anda menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah bagi sesebuah Sekolah Kurang Murid (SKM) di kawasan pedalaman.

Umumnya bilik darjah merupakan satu tempat untuk bekerja kepada cikgu atau pun guru dan pelajarnya. Guru sebagai pengajar dan murid sebagai penerima ilmu yang diajar oleh guru. Contoh yang lebih jelas, murid sebagai pendengar (penerima), manakala guru sebagai penyampai ilmu (pemberi maklumat). Bilik darjah juga merupakan satu sistem ekologi atau pun bilik darjah sebagai persekitaran khas atau habitat di mana guru dan murid sebagai penduduk. Mereka perlu saling berinteraksi antara satu sama lain untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran Dalam konteks cara untuk menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah bagi sesebuah Sekolah Kurang Murid (SKM), kita perlu mengetahui ciri-ciri bilik darjah itu dahulu. Sebagai seorang guru, kita perlu tahu mengenai ciri-ciri atau karekter sebuah bilik darjah yang baik. Bilik darjah yang baik haruslah mempunyai pelbagai dimensi. Maksudnya ialah bilik darjah yang mempunyai banyak fungsi seperti digunakan untuk belajar, membuat aktiviti dan boleh bermain (bermain sambil belajar). Selain daripada itu, bilik darjah juga harus mempunyai unsur serentak di mana murid belajar subjek Bahasa Melayu, tapi pada masa yang sama, murid juga belajar cara berkomunikasi dengan betul dan bersosial. Oleh daripada itu, untuk menambahbaik kualiti pengurusan bilik darjah bagi sesebuah Sekolah Kurang Murid (SKM) di pedalaman adalah dengan membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ianya bermaksud tempat murid untuk melibatkan diri, mengambil bahagian dan tumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran mempunyai keupayaan dalam merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar dan iklim yang baik di dalam bilik darjah dapat memotivasikan murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Contohnya, bilik yang bersih, susun atur yang kemas dan menepati cirri-ciri bilik darjah yang sempurna, menjamin pembelajaran yang sempurna.
6

Selain daripada itu, guru juga harus menyentuh aspek persekitaran fizikal. Guru harus mempunyai sumber bahan pembelajaran yang dapat memberikan kefahaman kepada murid. Guru perlu menyediakan sumber bahan pembelajaran. Murid perlu mempunyai satu akses yang mudah kepada sumber bahan pembelajaran. Guru harus menyediakan bahan pembelajaran yang boleh memudahkan murid mengambil bahan itu dan menggunakannya. Seterusnya ianya boleh memberi peluang kepada guru untuk mengajar murid cara menyimpan bahan dengan tersusun. Bahan-bahan pembelajaran tersebut sepatutnya disimpan ditempat yang sama sepanjang tahun bagi mengelakkan kekeliruan. Guru juga boleh membuat ruang atau sudut pembelajaran. Sebagai contoh mewujudkan ruang khas oleh guru untuk aktiviti pembelajaran seperti mendengar guru bercerita, membaca, melakukan aktiviti pemulihan atau pengayaan. Guru boleh menggunakan ruangan pada dinding kiri dan kanan untuk menyampaikan ilmu dengan melekatkan bahan pengajaran.

Memandangkan sekolah pedalaman, mungkin lampu dan kipas tidak terdapat di dalam kelas. Untuk mengelakkan murid kurang selesa, guru harus mencari inisiatif lain. Contohnya membuat kelas di tempat yang sejuk dan selesa, seperti di bawah pokok teduh. Hal ini adalah untuk membantu murid berada dalam keadaan selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, perkara yang paling penting dalam kelas ialah soal kebersihan. Kebersihan merupakan tanggungjawab guru dan murid. Guru harus memastikan kelas mempunyai kelengkapan untuk kebersihan contohnya seperti tong sampah, penyapu sampah, pemadam papan hijau dan bulu ayam. Untuk memudahkan kerja pembersihan, guru boleh membuat satu jadual bertugas kepada murid-murid. Susunan dan reka bentuk fizikal dalam bilik darjah juga mempengaruhi suasana pembelajaran murid. Walaupun sekolah kurang murid dan berada di kawasan pedalaman, namun kemudahan yang ada tidak boleh dipersiakan. Susunan yang baik akan mempermudahkan guru untuk memantau murid dengan lebih mudah dan cepat. Kedudukan guru perlulah dekat dengan murid. Kedudukan murid juga harus sesuai bagi memudahkan mereka untuk melihat sesi pengajaran secara langsung tanpa berdiri atau mengalihkan
7

kerusi. Cara penyusunan meja pula bergantung kepada pendekatan pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Sehubungan dengan segala pendekatan yang kita usaha dan laksanakan, semuanya tidak akan berjaya jika tiada kesungguhan dan keikhlasan dalam diri seorang guru untuk membentuk murid. Walaupun Sekolah Kurang Murid, namun mereka tiada beza dengan murid sekolah yang lain. Justeru, setiap kesungguhan dan keikhlasan seorang guru itu amat perlu bagi membentuk anak bangsa yang berjaya.

3.0

Kualiti fizikal bilik darjah yang kondusif.

Rajah 1 : Gambar rajah 1 menunjukkan keadaan bilik darjah yang teratur dan bersih.

Rajah 2 : gambar rajah 2 menunjukkan keadaan bahan pembelajaran dan bahan bacaan di susun atur di bahagian belakang kelas.

Rajah 3 : Gambar rajah ini menunjukkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. Murid-murid selesa belajar dan menerimailmu.

Rajah 4 : Gambar rajah 4 menunjukkan kawasan bilik darjah yang dipenuhi dengan bahan pembelajaran

10

Rajah 5 : gambar rajah 5 menunjukkan kawasan bilik darjah yang kemas dan bersih,

Rajah 6 : gambar dalam rajah 6 menunjukkan papan maklumat yang dihiasi dengan bahan pembelajaran.

11

Rajah 7 : Ruangan sudut papan kenyataan yang kemas dan menarik.

Rajah 8 : Gambar dalam rajah 8 menunjukkan papan maklumat yang memaparkan banyak bahan pembelajaran.

12

Rajah 9 : keadaan meja guru yang selesa dan kondusif.

Rajah 10 : Papan maklumat yang menarik. Pelbagai maklumat boleh disampaikan dan menarik minat murid.

13

Вам также может понравиться