You are on page 1of 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: :

Ke-1 Pertama 14 JULAI 18 JULAI 2013 Minggu Pertama Praktikum Fasa II

Tarikh peristiwa/ kejadian : Tajuk :

Jam 7.10 pagi kami sampai ke Sekolah Kebangsaan Siong dengan menaiki motosikal. Suasanan sekolah ini kelihatan tenang dan cantik. Terdapat sekolah menengah yang berhampiran dengan sekolah ini. Selain itu, tempat rekreasi Ulu Legong juga berhampiran SK Siong. Seselesai perhimpunan saya dan 3 orang rakan praktikum daripada IPG yang sama melaporkan diri kepada guru besar, En Mahali. Saya dan rakan-rakan diberi taklimat ringkas mengenai sekolah yang telah lama ditubuhkan di daerah Baling. Sekolah ini juga merupaka satu-satunya sekolah yang mempunyai murid orang asli di negeri Kedah. Terdapat 36 orang murid asli di sekolah ini. Pada hari kedua saya dan pasangan saya berjalan ke sekeliling sekolah untuk mengenali dan mengenalkan diri kepada gur-guru yang tidak berada di bilik guru seperti guru pemulhan dan pendidikan khas. . Di samping itu kami mengambil peluang untuk mecari bahan untuk melengkapkan portfolio. Kami medapat takwin sekolah daripada PK1 dan RPT daripada guru pembimbing saya iaitu Cikgu Bazli. Hari ketiga, saya meminta kebenaran daripada Cikgu Bazli untuk mengikut beliau masuk ke dalam kelas. Tujuan saya mengikut beliau adalah untuk menimba seberapa banyak ilmu yang boleh dalam beberapa hari ini.selain itu saya dan rakan juga menolong guru Pendidikan Islam melaksanankan program Tadarus Al-Quran yang berlangsung di surau sekolah. Hari terakhir pada minggu ini iaitu hari Khamis. Pada hari ini saya dan rakan ke kelas pemulihan untuk mecari Cikgu Sarah. Merurut guru besar, cikgu Sarah ada memegang kajian tindakan mengnai orang asli di sekolah ini. Namun bergitu maklumat hanya boleh diambil pada minggu hadapan keran kekangan masa dan tempat. Insyallah interaktif pertama saya bersama kelas 5 Gigih akan bermula pada masa pertama selepas perhimpunan pada hari Ahad yang akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pesyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :