You are on page 1of 11

PENDAHULUAN

Keguruan ialah satu jawatan profesional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia.

Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.

BAHAGIAN A PENULISAN ESEI. Sebagaimana seorang guru pelatih yang akan menjadi guru yang professional, bincangkan bagaimanakah anda mengaplikasikan kemahiran profesional dan tanggungjawab guru dalam pelbagai aspek kepemimpinan di sekolah.

Kemahiran adalah kata adjektif yang diambil daripada kata dasar mahir yang juga bersinonim dengan terlatih, berkebolehan, berpengalaman, berbakat, serba boleh, pandai, cekap, kompeten dan unggul. Menurut kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat, kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian melakukan sesuatu. Manakala, profesionalisme pula bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Secara

keseluruhannya, kemahiran profesionalisme bolehlah dimaksudkan sebagai sikap dan kebolehan yang tinggi daripada seorang individu yang profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut bidang kerjayanya.

Sementara itu, tanggungjawab guru pula dapat dimaknakan sebagai kewajiban yang dipikul oleh seseorang guru dan segala yang wajib ditanggung dalam aspek tugas dan kerjaya sebagai pendidik. Sebagai seorang individu dan khalifah di muka bumi, tugas utama kita adalah melaksanakan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan semua perintah larangannya. Sebagaimana seorang guru, tanggungjawab utamanya adalah sama dengan individu lain tetapi apabila seorang insan telah bergelar sebagai seorang guru, maka tugas dan tanggungjawabnya telah bertambah yang mana dia akan mempunyai tugas lain yang perlu dilakukan bagi menunaikan kewajipannya terhadap sesama insan yang bergelar manusia iaitu dengan mendidik anak-anak bangsa.

Kemahiran profesional inilah yang akan dikembangkan oleh seorang guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam kerjaya. Seterusnya, guru mengaplikasikan keduaduanya perkara tersebut iaitu kemahiran profesional dan tanggungjawab seorang guru dengan menggunakan aspek kepimpinan semasa berada di sekolah. Kepimpinan guru boleh membawa maksud suatu proses di mana guru memainkan peranannya untuk mempengaruhi pelajar2

pelajarnya ke arah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Wan Mohd. Zahid ( 1993 ) pemimpin menggembleng tenaga manusia ke arah penampilan produk yang berkesan. Maka di sekolah seseorang pemimpin pendidikan iaitu para guru dan pendidik, akan mengutamakan berlakunya pembelajaran yang berkesan.

Seorang guru haruslah berilmu pengetahuan yang tinggi. Ini kerana guru akan memberi dan menyampaikan maklumat bukan sahaja kepada kepada murid-murid dan anak bangsa yang diajarnya, malah ia juga akan diperkembangkan kepada masyarakat sekeliling yang berkaitan dengan pihak penyampai. Sebagai contoh, apabila seorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan baharu kepada muridnya, murid tersebut mungkin akan menyebarkan pengetahuan baharu tersebut kepada ibu bapa atau rakan sepermainannya.

Oleh yang demikian, saya sebagai seorang bakal pendidik hendaklah mengambil berat terhadap cara mempertingkatkan kemahiran mengajar dan belajar dengan pelbagai kaedah yang sesuai seperti mengikuti kursus, bengkel, seminar serta melanjutkan pelajaran kepada tingkat seterusnya supaya ilmu tersebut sentiasa diperbaharui, semakin berkembang dan boleh disebarkan kepada rakan sekerja, anak-anak didik serta pihak sekeliling yang saling berkaitan dengan iklim pengajaran saya iaitu golongan masyarakat setempat.

Melalui proses pembelajaran yang dilalui, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan baharu kepada rakan sekerja yang lain bagi membolehkan mereka bersama-sama menggembeleng usaha dan tenaga yang jitu dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Dengan adanya perkongsian ilmu tersebut juga, ia dapat meningkatkan kefahaman dan cara mengaplikasikan sesebuah ilmu dan teori baharu dalam bidang kerjaya guru sebagai pendidik.

Setelah menyampaikan ilmu baharu yang telah dipelajari pula, guru yang profesional akan menerapkan unsur-unsur pengetahuan tersebut dalam kerjayanya serta menggalakkan juga rakan-rakan sekerja yang lain untuk sama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan dengan cara yang pelbagai, sama ada berbentuk akademik, kemahiran mahupun amalan kerja yang 3

berkesan untuk diaplikasikan dalam bidang yang diceburi. Oleh itu, saya akan memberikan sokongan dan bantuan semampu yang boleh kepada rakan sekerja sebagai galakan kepada mereka untuk melanjutkan pembelajaran ataupun menghadiri aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan selain daripada meningkatkan ilmu pengetahuan saya sendiri.

Sebagai pendidik, guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, saya haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya saya telah memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan hasil daripada pembelajaran, maka saya akan dapat menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain khususnya murid-murid yang diajar dalam kelas saya sendiri.

Seperti yang kita tahu, ICT merupakan wadah dan medium perhubungan baharu masyarakat hari ini. Semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Apatah lagi sebagai guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Justeru itu sebagai guru, saya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dengan secukupnya dalam era globalisasi ini. Tokoh-tokoh dalam pendidikan juga ada menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan bakat serta kemahiran (Giesert & Futrell, 1990).

Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajarpelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran. Maka dengan penggunaan ICT itu sendiri, situasi ini dapat diwujudkan sekiranya saya dapat menyampaikan pengajaran dengan bantuan bahan atau media yang bersesuaian dengan topik dan subjek yang ingin disampaikan.

Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, TV, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terkini dengan adanya teknologi maklumat seperti telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Kemahiran dalam teknologi maklumat ini perlu dikuasai sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Perkembangan sains dan teknolgi menyebakan teknologi maklumat mengalami perubahan dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, saya hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini memerlukan saya untuk sentiasa

menegemaskini kemahiran menggunakan komputer dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan saya mengajar dengan menggunakan teknologi terkini dan akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya dalam pengajaran. Guru profesional yang kompeten bukan sahaja mempunyai kemahiran belajar dan mengajar yang tinggi, malah mereka mampu menggunakan segala pengetahuan baharu yang diketahui dalam setiap aspek pengembangan kerjaya dan peningkatan kualiti pengajaran.

Sesuai dengan meningkatnya arus teknologi maklumat, saya mestilah berkemahiran dalam menggunakan teknologi tersebut sebagai alat yang boleh membantu dalam memudahkan proses kerja sama ada sebagai pengurus dan pentadbir serta tenaga pengajar. Kemahiran dalam bidang komputer dan teknologi juga bukan sahaja dapat membantu saya dalam pengurusan kerja malah ia juga amat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini kerana zaman kanak-kanak pada masa kini tidak sama seperti zaman kanak-kanak dahulu lagi. Mereka lebih memilih dan lebih cepat menerima pembelajaran baharu dengan menggunakan teknologi. Semakin canggih sesuatu teknologi yang digunakan

oleh seorang guru, mereka akan lebih berminat dan mengikuti pengajaran tersebut dengan cepat.

Guru

yang

mempunyai

kemahiran

mengurus

teknologi

dan

ICT

ini

pula

bertanggungjawab dalam menyebarkan pengetahuan baharu tersebut kepada rakan sekerja terutamanya guru-guru lama yang kurang mendapat pendedahan tentang cara penggunaan ICT. Sehubungan dengan itu, maka kesepaduan dalam mengurus tugas-tugas harian seperti menanda kehadiran secara dalam talian, menyemak analisis denga lebih cekap dan pelbagai lagi urusan lain akan mampu dikendalikan oleh guru-guru lain dengan mudah, menjimatkan masa dan tenaga serta memberikan waktu yang lebih lama kepada pengurusan perkara lain yang lebih penting. Jika sekiranya seseorang guru yang berkemahiran dalam mengurus ICT bertindak mendiamkan diri dan tidak mehu mengajarkan perkara tersebut kepada rakan sekerja yang lain, maka ianya adalah sama seperti pengetahuan yang tidak berkembang dan tidak pula menyumbang kepada rakan sejawatannya yang lain. Murid-murid juga tidak dapat menerima sumbangan idea dan pengetahuan yang mereka seharusnya ketahui dalam arus kemodenan teknologi masa kini.

Aspek kepimpinan guru dalam belajar dan mengurus ICT seterusnya perlu diperkukuh dan disampaikan melalui komunikasi yang berkesan kepada rakan sekerja mahupun anak-anak didiknya dalam pengajaran dan pembelajaran. Sehebat mana pun sesuatu ilmu, setiap ilmu itu umpama buku yang tebal tetapi isinya kosong apabila tidak disebar dan diaplikasikan kepada orang lain. Dengan adanya kemahiran berkomunikasi yang berkesan, maka apa yang ingin disampaikan oleh seseorang individu akan dapat diterima oleh pihak lain yang mendengar atau mempelajarinya.

Komunikasi adalah suatu bentuk penyampaian dan pertukaran maklumat dalam bentuk yang difahami samada secara verbal mahupun non-verbal. Ia dapat disampaikan melalui pelbagai bentuk medium dan alat yang pelbagai seperti telefon, komputer, buku serta pertuturan biasa dengan menggunakan alat-alat artikulasi pertuturan. Komunikasi non-verbal boleh disampaikan dengan cara yang berbeza dengan cara verbal kerana komunikasi ini 6

disampaikan tanpa bunyi suara untuk memberitahu. Apa yang digunakan sebagai medium berkomunikasi adalah raut muka, bahasa badan, keterampilan diri dan penyampaian maklumat secara bertulis atau bertaip dalam bentuk symbol dan perkataan.

Peranan

seorang

guru

dalam

kemahiran

berkomunikasi

bukan sahaja

perlu

dimantapkan bagi memudahkan proses pemindahan sesuatu ilmu dan maklumat, malah ia juga mestilah bertepatan dengan perilaku dan sahsiah guru itu sendiri. Maksud yang ingin saya sampaikan di sini adalah guru mestilah berkepimpinan melalui tauladan. Apa yang disampaikan oleh seorang guru tersebut hendaklah diaplikasikan dan bukan sekadar menjadi omongan kosong tanpa membuat apa-apa tindakan dan perubahan. Contohnya, apabila saya memberitahu murid untuk bertutur dengan suara yang rendah dan sopan, maka saya hendaklah memulakan cara pertuturan tersebut terlebih dahulu supaya boleh diteladani oleh anak-anak murid.

Sebagaimana Allah SWT berfirman, yang maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenfiannya di sisi Allah Subhanahu Watala, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.( Al-Saff, Ayat 2-3 .

Ayat ini dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa perkataan hendaklah sesuai dengan perbuatan dan perintah, sesuai dengan amalan orang yang mengeluarkan perintah tersebut. Pemimpin hendaklah yakin dan iltizam dengan arahan perintah-Nya. Pertindihan di antara perkataan dengan tindakan hendaklah serasi. Sikap double standard adalah dikutuk oleh Allah Subhanahu Wataala. Sikap seperti ini jika diamalkan akan menghancurkan kepercayaan terhadap kepimpinan.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman, maksudnya : Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca kitab Allah Subhanahu Wataala tidaklah kamu berakal . ( Al-Baqarah, ayat 44 ).

Ayat ini dengan jelas menempelak golongan yang hanya pandai memerintah, mengarah dan memberi nasihat kepada orang lain untuk berbuat kebaikan sedang ianya tidak mengamalkan apa yang dikatakannya itu, yakni melakukan perkara yang bertentangan dengan perkataan yang telah diucapkan. Pemimpin menurut Islam seorang pemimpin itu hendaklah iltizam dan mengamalkan apa yang diteori, diarah dan dikatakannnya terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain bersama-sama membuat kebaikan. Ia juga sama sekali berbeza dengan amalan guru profesional yang berkepimpinan iaitu berkemahiran dalam komunikasi dan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kerjaya mahupun dalam kehidupan seharian sebagai insan biasa.

Walaupun tidak dapat menggunakan kesemua aspek kemahiran berkomunikasi dengan sempurna kepada orang lain, saya sepatutnya mampu dan berkemahiran untuk menggunakan setiap aspek ini kepada murid-murid bagi memudahkan penyampaian ilmu pengetahuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aspek ini juga melibatkan penggunaan gaya bahasa, laras dan pemilihan tatabahasa yang sesuai mengikut umur murid yang saya ajar. Tidak perlu menggunakan laras bahasa yang tinggi kerana saya perlu menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan baharu kepada murid dengan menggunakan istilah dan perkataan yang mudah difahami mengikut kesesuaian umur mereka. selain daripada itu, penggunaan laras bahasa yang tinggi juga akan mengakibatkan kesalah konsep kepada murid dalam memahami apa yang cuba saya terangkan.

Berbalik kepada kemahiran profesional dan tanggungjawab seorang guru, kemahiran guru sebagai pemudahcara juga tidak kurang pentingnya. Pandangan konvensional 8

mengatakan bahawa tugas guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Akan tetapi pelbagai teori dan dapatan kajian terbaharu menunjukkan bahawa ruang lingkup tugas guru adalah lebih meluas dan tidak terhad di sekolah atau di dalam bilik darjah sahaja.

Guru pada masa ini berfungsi sebagai pemudah cara. Maksud pemudah cara dalam aspek peranan bagi seorang guru adalah melicinkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Guru akan menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi bagi konteks pemudah cara, guru berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dengan baik dan berkesan dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, saya mempunyai tanggungjawab bukan sekadar mengajar tetapi saya akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) tersebut berkesan. Dalam konteks ini saya perlu merungkaikan segala kesulitan yang dihadapi oleh murid bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam hidup bersosial juga.

Sebagai contoh, saya perlu mengetahui dan memahami serba sedikit tentang sosio emosi dan latar belakang murid sebelum memulakan setiap sesi pengajaran supaya saya lebih mengenali murid dan mengaplikasikan teori atau kaedah yang sesuai berdasarkan tret dan sifat tersendiri murid terutamanya dalam kalangan murid-murid berkeperlua khas yang

sememangnya mempunyai keunikan dan kemampuan yang pelbagai. Pengajaran seumpama ini akan terus sebati dalam jiwa murid berbanding kaedah konvensional yang menuntut saya untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangka waktu yang telah ditetapkan mengikut jadual yang disusun kepada setiap tenaga pengajar.

Guru yang berkesan akan membentuk kumpulan yang lebih kecil supaya setiap murid dalam kelas tersebut boleh belajar. Dalam hal ini saya perlu sentiasa memikirkan kaedah yang kreatif dan inovatif untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif, menarik dan seronok mendorong murid untuk datang ke sekolah dan belajar. Saya mestilah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bilik 9

darjah. Saya harus turut serta dalam pembelajaran kerana murid akan dapat merasai bahawa saya merupakan sebahagian daripada mereka. Maka dengan ini minat untuk belajar akan menjadi lebih berkobar-kobar. Dalam menjadi role model yang berkesan, saya hendaklah bersedia untuk berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi membolehkan pemudahcaraan tersebut berkesan terhadap murid. Saya bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada murid untuk belajar, malah saya juga akan menjadi agen perubahan dalam setiap perkembangan murid. Sebelum melangkah kearah pembangunan modal insan yang strategik, berkualiti dan berketerampilan, seorang guru hendaklah benar-benar mantap dalam bidang ilmu dan amalan ilmu tersebut semasa mengajar di dalam bilik darjah. Dunia masa kini semakin maju dan ibu bapa juga seringkali mempersoalkan di mana kewibawaan seorang guru dalam mendidik anakanak mereka terutama sekali golongan ibu bapa yang berpengaruh dan mementingkan kejayaan bagi anak mereka. dalam pada itu, guru seringkali tersasar daripada landasan tugas dan peranan lantaran tanggungjawab yang terlalu banyak dan menjadi bebanannya.

Dalam pengurusan, setiap pendekatan mahupun proses-proses yang dilalui haruslah mempunyai asas yang kukuh. Asas ini menjadikan setiap proses berkenaan dapat dijalankan dengan mantap, berkesan dan bersifat kos efektif. Berdasarkan buku Pengantar Pengurusan, Jaafar Muhammad (1997) dan rakan-rakan menggariskan beberapa asas perancangan yang patut dilaksanakan oleh para penggubal dasar dalam sesebuah organisasi seperti keupayaan meramal, kemampuan mengenalpasti senario, tanda aras (benchmarking), penglibatan dan juga kegunaan perancang organisasi.

Guru yang profesional mestilah mempunyai kemahiran dalm merancang, menyusun, mengarah dan mengawal setiap tindakan yang dilaksanakan supaya ianya memberikan impak yang positif dan membawa kebaikan terhadap situasi semasa samada terhadap sekolah, rakan sekerja mahupun murid-murid sekolah. Kemahiran mengurus ini pula seringkali dilihat daripada aspek luaran terlebih dahulu terutamanya cara pengurusan dan pengendalian guru dalam bilik darjah serta perancangan strategi guru untuk mencapai objektif pembelajaran dalam mata pelajaran yang diajar. 10

Bilik darjah yang kondusif, ceria dan berfungsi dengan baik adalah bilik darjah yang digunakan secara maksimum seperti membuat sudut-sudut pembelajaran pada ruang kosong yang terdapat pada dinding kelas ataupun menyediakan bahan-bahan bantu belajar yang boleh digunakan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru atau semasa belajar sendiri bersama rakan-rakan sekelas.

Secara amnya, tanggungjawab guru haruslah dilunaskan dengan mengaplikasikan aspek-aspek kepimpinan dan menggunakan semua kemahiran-kemahiran profesional yang telah dipelajari semasa menuntut ilmu mahupun sesudah bergelar pendidik. Pengalaman yang ada sepatutnya digunakan semaksima mungkin untuk mencetuskan ideaologi dan

meningkatkan keberkesanan guru itu sendiri sebagai individu yang melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dituntut oleh kerajaan Malaysia dalam membangunkan Negara kearah kemajuan seiring perkembangan pesat arus dunia pada masa kini.

Sebagai

kesimpulan,

guru

profesional

yang

berkemahiran

tinggi

hendaklah

mengaplikasikan setiap kemahiran-kemahiran tersebut di dalam kehidupan sehariannya, terutama sekali dalam bidang kerjaya yang diceburinya. Oleh yang demikian, saya hendaklah menggunakan segala kemahiran yang saya ada dalam melunaskan tanggungjawab saya sebagai guru yang berkepimpinan terhada murid-murid yang diajar kelak. Selain daripada itu, saya juga harus melakukan perkara yang sama kepada rakan-rakan sejawatan dan ahli masyarakat yang lain bagi meningkatkan tahap kewibawaan saya sebagai seorang pendidik yang berkepimpinan dan efektif.

11