Вы находитесь на странице: 1из 10

TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH

DAN
MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM

ISLAM NIZAM YANG LENGKAP

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina
di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar,
cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di
atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih,
kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang, dahan, cabang,
ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun
berhubung rapat dengan akar pokok itu.

ISLAM BERERTI PENYERAHAN DIRI

Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepada


Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba
kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia
tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua
urusan hidup.

Islam dibawa oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk memperbetulkan


perhambaan manusia sama seperti ia datang melalui para rasul sebelum
baginda. Islam datang untuk mengalihkan kepatuhan manusia kepada
kehendak dan pemerintahan Allah SWT seperti alam ini yang sentiasa
berjalan di atas landasan pemerintahan Allah SWT. Manusia adalah
sebahagian daripada alam. Justeru itu manusia dan alam mestilah selaras
dalam kepatuhan kepada Pencipta.

HAMBA YANG MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH

Semua manusia adalah hamba Allah SWT. Namun, manusia tidak akan
menjadi hamba Allah SWT yang sebenar melainkan apabila dia tunduk dan
patuh kepada kekuasaan Allah dengan memegang panji-panji ‘kalimah
syahadah ‘ mengikut fahaman:

" Tiada kekuasaan yang lain selain daripada kekuasaan Allah SWT. Tiada

1
peraturan yang lain selain daripada peraturan Allah SWT. Tiada syariat yang
lain selain daripada syariat Allah SWT. Tiada kekuasaan seseorang ke atas
seseorang yang lain, kerana kekuasaan itu seluruhnya kepunyaan Allah SWT.
"

Hamba-hamba yang beginilah yang akan membentuk rupa bangsa


(ummah) yang dikehendaki Islam. Rupa bangsa aqidah yang
menggabungkan seluruh bangsa dan warna kulit di bawah panji-panji Allah
SWT.

TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH

Mentauhidkan Allah SWT atau mengesakan Allah SWT sebenarnya


menolak jahiliyyah. Ini kerana tauhid membawa implikasi mengabdi kan diri
kepada Allah SWT semata-mata dalam semua lapangan hidup, sedangkan
jahiliyyah ialah keluar daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT, atau
tidak melakukan pengabdian kepada-Nya semata-mata.

Aqidah yang tidak betul akan melahirkan jahiliyyah. Juga akan terbina di
atasnya segala rupa bentuk penyelewengan dalam konsep hidup, tingkah
laku dan aktiviti manusia.

‘AQIDAH YANG BETUL

Aqidah yang betul akan meletakkan manusia pada darjat sebenar dan
membetulkan tindak-tanduk manusia pada setiap zaman dan tempat. Aqidah
yang betul mengarahkan manusia kepada matlamat hakiki melalui jalan
sahih.

Aqidah yang betul hidup dan nampak kesannya yang sempurna dalam
perasaan, tingkah laku, pegangan, konsep dan amalan manusia, tanpa
terpisah antara satu sama lain.

AQIDAH YANG SALAH AKAN MELAHIRKAN JAHILIYYAH

2
Sekiranya kesan dalam kehidupan manusia berlaku dalam bentuk yang lain
daripada yang dinyatakan di atas, bererti ada ciri-ciri jahiliyyah meskipun
pelaku-pelakunya mengaku beriman kepada Allah SWT. Kesan jahiliyyah itu
lambat laun akan terserlah dengan nyata lantaran aqidah yang salah atau
tidak tepat. Begitulah sunnah Allah SWT.

Orang Arab jahiliyyah pun mengakui ketuhanan Allah SWT, tetapi natijah
jahiliyyah tetap tertonjol dalam kehidupan mereka.
Firman Allah SWT:

“ Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: ‘ Siapakah yang


menciptakan langit dan bumi?’ Tentu mereka akan menjawab : ‘Allah’.
Katakanlah : ‘ Segala puji bagi Allah ‘; tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui “ (Surah Luqman: 25)

“ Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ‘ Siapakah yang


menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : ‘ Allah ‘, maka
bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?” (Surah
Az Zukhruf : 87)

“ Katakanlah: ‘ Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan


bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan
pengelihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati
dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur
segala urusan?’. Mereka mereka akan menjawab ‘ Allah ‘. Maka katakanlah:

3
‘Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)? “ (Surah Yunus : 31)

Walaupun orang Arab jahiliyyah mengetahui Allah SWT, mengakui segala


sesuatu ciptaan-Nya dan di bawah tadbiran-Nya, tetapi mereka tidak
beriman dalam ertikata sebenar. Mereka menolak peraturan dan hukum
Allah S.W.T dalam kehidupan. Mereka tahu tetapi tidak mengikuti apa yang
mereka tahu. Mereka memperhambakan diri kepada ilah-ilah yang lain
daripada Allah S.W.T. Mereka melaksanakan syari'at yang lain daripada
syari'at Allah S.W.T. mereka disebut Jahiliyyun (golongan yang jahil).

SYARIAT DAN AQIDAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN

Syariat tidak boleh dipisah dan diceraikan daripada aqidah. Garis pemutusnya
ialah sama ada berhukum dengan apa yang Allah SWT tanzilkan atau
sebaliknya (berhukum dengan jahiliyyah).

Jika seseorang itu beriman kepada Allah SWT dan menerima Uluhiyyah-Nya
(ketuhanan), sudah tentu juga menerima Hakimiyyah-Nya (hukuman dan
undang-undang-Nya). Allah SWT adalah Pencipta dan Pemilik, maka Dia-lah
yang berhak ditaati. Syariat-Nya sahaja yang berhak dipatuhi dan diikuti.
Jika tidak, maka lahirlah jahiliyyah.

Oleh kerana jahiliyyah itu tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh
Allah SWT, sudah pasti jahiliyyah itu mengikut hawa nafsu.

Firman Allah SWT:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara kamu menurut apa


yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka.

4
Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak
memalingkan kamu daripada sebahagian yang diturunkan Allah kepada
kamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang diturunkan Allah),
maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan
menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa
mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang
fasiq." (Surah Al-Maidah: 49)

Sebarang peraturan atau hukum yang tidak bersumberkan syara'


sebenarnya termasuk dalam ahwa'. Syariat Allah bersih daripada pengaruh
ahwa'. Seseorang itu perlu membuat keputusan sama ada ingin mengikut
syariat Allah SWT (lalu dia menjadi muslim) atau mengikut ahwa' (lalu dia
terdiri daripada golongan jahiliyyah).

HANYA SATU YANG BENAR

1. Kedatangan Islam untuk menetapkan satu tali atau satu alat sahaja yang
menghubungkan manusia dengan Allah SWT. Apabila tali itu putus maka
tidak ada lagi tali dan alat penghubung yang lain.

Firman Allah SWT:

"Kamu tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan
Hari Akhirat saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang

5
Allah dan Rasul-Nya, sekalipun mereka itu bapa-bapa atau anak-anak atau
saudara-saudara atau keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang
telah Allah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan
mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-
Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sunagi,
mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka
puas terhadap limpah (rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah.
Ketahuilah, bahawa golongan Allah itulah golongan yang beruntung." (Al-
Mujadalah: 22)

2. Terdapat satu sahaja golongan Allah SWT. Golongan Allah SWT tidak
berbilang-bilang atau berbelah bahagi. Golongan atau puak lain adalah
golongan atau puak syaitan dan thaghut.

Firman Allah SWT:

"Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang


yang kafir berperang pada jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-
kawan syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah." ( Surah An-
Nisa': 76)

3. Hanya terdapat satu jalan yang boleh sampai kepada matlamat


keredhaan Allah S.W.T. Jalan-jalan lain tidak akan sampai kepada keredhaan-
Nya.

6
Firman Allah SWT:

"Dan yang Kami perintahkan ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia,
dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan lain, kerana jalan-jalan itu
mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya. Yang demikian itu
diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa." ( Surah Al-
An'am: 153)

4. Hanya satu sistem yang benar iaitu sistem Islam, manakala sistem-
sistem lain adalah jahiliyyah belaka.

Firman Allah SWT:

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah


yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin? " ( Surah
Al-Maidah: 50)

5. Hanya satu undang-undang atau syariat yang benar iaitu undang-undang


atau syariat Allah SWT, manakala undang-undang lain adalah berlandaskan
hawa nafsu belaka.

Firman Allah SWT:

7
"Kemudian kami jadikan kamu di atas satu syariat (peraturan) urusan
(agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa
nafsu orang-orang yang tidak mengetahui." ( Surah Al-Jathiyah: 18)

6. Kebenaran hanya satu, tunggal dan tidak berbelah-bahagi. Selainnya


adalah sesat belaka.

Firman Allah SWT:

"Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu sebenarnya; maka
tiada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan, maka bagaimanakah
kamu dipalingkan daripada kebenaran?" (Surah Yunus: 32)

7. Akhirnya, hanya satu negara atau masyarakat yang diredhai Allah SWT
iaitu negara Islam atau masyarakat Islam. Masyarakat Islam ialah
masyarakat yang di dalamnya tertegak Din Islam, berjalan syariat Islam
dan berkuatkuasa peraturan-peraturan Allah. Semua warganya bersatu dan
saling hormat menghormati.

Negara atau masyarakat yang dimaksudkan itu pernah wujud dan


terbentuk pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Tenaga
pembentuknya adalah aqidah tauhid yang dibawa oleh Rasulullah SAW
mengikut arahan Allah SWT. Jalannya bermula dengan penegakan kalimah
tauhid Lailaha Illallah ( ) yang membawa manusia tunduk dan patuh
kepada kekuasaan Allah SWT.

8
JALAN YANG TERPAKSA MENEMPUH KESUSAHAN

Tiada jalan lain melainkan satu jalan sahaja untuk mengembalikan Islam dan
masyarakat Islam, iaitu jalan iman. Jika di permulaan Islam, iman telah
menjadi tenaga pembangunan Islam, maka iman juga mesti menjadi tenaga
pembangunan Islam pada zaman mutakhir ini.

Jalan untuk sampai kepada pembentukan masyarakat Islam ini terpaksa


menempuh kesusahan, rintangan, kesakitan dan sebagainya. Allah SWT Yang
Maha Suci, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana tidak bermaksud
menyeksa orang-orang mu'min. Malah Allah SWT Maha Mengetahui bahawa
inilah satu-satunya jalan untuk menegakkan masyarakat Islam yang
tunduk dan patuh kepada-Nya. Jalan inilah yang dapat memebersihkan muka
bumi daripada thaghut. Bumi tidak akan bersih melainkan setelah
terkibarnya panji-panji Lailaha Illallah ( ).

MASYARAKAT AKAN MENDAPATI KEBEBASAN YANG SEBENAR

Apabila aqidah sudah bertapak dan menjadi asas yang kukuh, umat manusia
mengenal Allah SWT dan menyembah-Nya. Setelah manusia memisahkan
diri daripada penguasaan hawa nafsu durjana dan iman meresap ke dalam
hati dan jiwa manusia, maka Allah SWT akan melakukan apa hendak
dilakukan-Nya. Bumi akan bersih daripada kekuasaan taghut seluruhnya.
Masyarakat akan menikmati kebebasan daripada sebarang penginayaan dan
penindasan sosial, akan tertegaklah sistem Islam yang adil mengikut perintah
Allah SWT.

SENARIO YANG SAMA

Angkatan pejuang Islam kini sedang menghadapi keadaan yang sama


seperti yang dihadapi oleh angkatan Islam pertama. Umat Islam ketika itu
adalah golongan yang kecil. Mereka menghadapi empayar besar iaitu Rom di
barat dan Farsi di timur. Kedua-dua empayar itu memiliki kekuatan tentera,
senjata, kekayaan, kepandaian berperang, pengalaman dan politik yang
lebih hebat daripada umat Islam. Walaupun demikian, suatu yang luar

9
biasa dan paling mengagumkan telah berlaku dalam sejarah. Umat yang
kerdil ini telah berjaya mengalahkan dua empayar itu dalam masa tidak
sampai setengah abad. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Penafsiran
sejarah berdasarkan kebendaan dan ekonomi tidak dapat
menjelaskannya. Hanya satu sahaja dapat memberi penjelasan yang kukuh,
iaitu kekuatan Iman. Iman mendorong umat Islam untuk berjihad dengan
penuh keberanian.

PERLUKAN PERSEDIAAN YANG LENGKAP

Bagi mewujudkan umat Islam sedemikian rupa bukanlah boleh dengan


pengakuan mulut sahaja. Sebelumnya mesti melalui susur galur dan
perencanaan kukuh, sempurna dan mantap. Dengan ini barulah akan lahir
kesabaran dan ketahanan untuk menghadapi berbagai rupa rintangan dan
ancaman.

Jahiliyyah tidak menjelma dalam bentuk teori semata-mata. Jahiliyyah


wujud dalam bentuk gerakan kemasyarakatan yang serba lengkap. Jahiliyyah
telah lama bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat. Oleh itu usaha
untuk menghapuskan jahiliyyah mestilah tidak terbatas sekadar teori
semata-mata. Bahkan mestilah ilakukan usaha bersungguh-sungguh
dengan persediaan yang rapi dalam semua bidang. Usaha yang teratur dan
penyusunan yang kuat perlu diwujudkan agar dapat melumpuh dan
menghapuskan pengaruh jahiliyyah yang meluas dan melebar.

-----------------------------------------------------------------
Rujukan:
1. Abu al-A'Ala al-Maududi, Nadzariyyah al-Islamiyyah Wa Hadyihi.
2. Asy-Syahid Sayyid Qutb, Ma'alim Fi at-Tariq.
3. Muhammad Qutb, Jahiliyyah al-Qarn al-'Isyrin.

M06kul/msdos/ver 6.0

10

Вам также может понравиться