Вы находитесь на странице: 1из 8

contoh soalan

BAHAGIAN A

Pilih jawapan yang anda fikirkan sesuai

01.

Merekod wang jualan adalah bertujuan

A. Untuk mengetahui jumlah jualan. B. C. Untuk mengetahui kerugian. Untuk mengetahui keuntungan.

D. Untuk mengetahui kedudukan kewangan.

02.

Peniaga dapat meningkatkan hasil jualannya menerusi

A. propaganda B. C. hadiah percuma jualan murah

D. promosi

03.

Etika Jualan dapat didefinasikan sebagai

A. Nilai moral yang baik dan diamalkan oleh peniaga B. C. Cara mendapatkan keuntungan yang banyak Langkah yang diamalkan oleh peniaga bagi mengelakkan kerugian.

D. Membekalkan barangan yang berkualiti tinggi.

04.

Pernyataan manakah benar mengenai risiko jualan.

A. Peniaga akan mendapat keuntungan. B. C. Barangan jualan kurang bermutu. Kemungkinan peniaga mengalami kerugian.

D. Pelanggan mendapat layanan yang kurang memuaskan.

05.

Sebuah poster yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut, kecuali

A. Mesej yang panjang B. C. Kreatif pemilihan perkataan dan warna Saiz huruf yang sesuai.

D. Reka bentuk yang menarik.

06.

Amalan yang unik tentang etika jualan secara Islam ialah

A. Penjual dapat keuntungan yang banyak. B. C. Hanya untuk pembeli Islam sahaja. Tidak mengharapkan keuntungan .

D. Terdapat akad jual beli. 07. Sesuatu perniagaan dianggap mendapat keuntungan apabila

A. Jumlah pendapatan sama dengan jumlah perbelanjaan. B. C. Tiada risiko semasa jualan. Perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan.

D. Pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.

08.

Risiko dalam perniagaan tidak dapat dikurangkan dengan langkah-langkah berikut

A. Sentiasa mengutamakann pembeli B. C. Meningkatkan harga barangan Mengamalkan sikap dan etika yang baik

D. Mengetahui kehendak pembeli dan pasaran semasa.

09.

Tempat-tempat berikut adalah tempat menampal poster kecuali

A. di belakang bas B. C. papan iklan di tepi jalan tiang elektrik atau telefon

D. dinding atau papan kenyataan kedai

10.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan punya risiko dalam perniagaan

i. ii. iii. iv.

risiko yang berpunca daripada manusia risiko yang berpunca daripada persekitaran risiko yang berpunca daripada barang jualan risiko yang berpunca daripada alam

A. i, iii, dan iv B. C. I, ii, dan iii I, ii, dan iv

D. ii, iii, dan iv

BAHAGIAN B :

Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang disediakan

lokasi

promosi

risiko

penindasan

undang-undang

etika jualan banjir

merekod

pendapatan

akad

01. Kebarangkalian atau kemungkinan perniagaan yang diusahakan mengalami kerugian dipanggil _____________.

02. Setiap peniaga perlu mengamalkan _________________ bagi menjamin kejayaan dalam perniagaan.

03. Semua maklumat mengenai barangan dapat disampaikan kepada pengguna menerusi _____________.

04.

Peniaga perlu ___________ jualan untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaannya.

05. Peniaga memperolehi keuntungan daripada perniagaannya apabila jumlah ____________ melebihi jumlah perbelanjaan.

06. Penampalan poster juga terikat kepada ________________ agar peniaga tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan.

07.

_________ jual beli adalah amalan jualan secara Islam antara penjual dan pembeli.

08.

Pemilihan ___________ perniagaan yang sesuai akan mengurangkan risiko kepada peniaga.

09.

___________ adalah risiko yang berpunca daripada alam.

10.

Islam menekankan amalan perniagaan tanpa _______________ kepada pengguna.

BAHAGIAN C :

Padankan pernyataan di ruangan A dengan ruangan B

01.

Peniaga perlu mengamalkan nilai moral yang baik dalam perniagaan.

Promosi

02.

Setiap peniaga perlu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaannya.

Merekod

03.

Usaha ini perlu dijalankan secara terancang dan berterusan agar pengguna terus membeli barangan yang dijual.

Etika jualan

04.

Setiap urusan jualan dan pembelian barangan perlu dicatatkan agar peniaga mengetahui kedudukan kewangan perniagaannya.

Insurans

05.

Peniaga akan mendapat gantinya daripada syarikat kewangan jika berlaku kebakaran.

Risiko jualan

06.

Ah Chong tidak menggunakan modal menjual barangan yang dibekalkan di kedainya.

Pesaing

07.

Peniaga harus berani menghadapi peniaga lain yang menjual barangan yang sama.

Poster

08.

Encik Ramlan menjelaskan baki bayaran perabot seperti yang telah dijanjikannya tempoh hari.

Komisyen

09.

Cik Lim Siew Tin menggunakan promosi yang murah dan sesuai untuk menghebahkan hari pembukaan kedai emasnya. Etika Islam

10.

Encik Zakari melafazkan akad jual beli setelah membeli barangan di kedai Encik Zohir. Etika Pembeli

BAHAGIAN D:

Tanda pada jawapan yang betul dan pada jawapan yang salah

01. Perniagaan Puan Azizah mengalami kerugian apabila jumlah pendapatan melebihi jumlah perbelanjaan.

02. Untung rugi sesuatu perniagaan dapat dilihat berdasarkan rekod jualan. [ ]

03. Promosi sesuatu barangan akan dapat meningkatkan lagi kualiti barangan. [ ]

04. Encik Roslan menggunakan belakang bas bagi mempromosikan perniagaan yang baru dikendalikannya. [ ]

05. Etika jualan secara Islam adalah unik kerana terdapat amalan akad jual beli. [ ]

06. Sesuatu perniagaan akan bertambah mundur sekiranya peniaga mengamalkan etika yang baik. [ ]

07. Penjualan air tebu mungkin mengalami risiko yang tinggi sekiranya hujan turun. [ ]

08. Puan Jamaliah mengambil insuran untuk mengurangkan risiko dalam perniagaannya. [ ]

09. Mengamalkan etika jualan yang baik akan mengurangkan risiko jika berlaku bencana alam. [ ]

10. Buku rekod pendapatan dan perbelanjaan tidak dapat membantu peniaga mengesan aliran wang perniagaannya. [ ]

Вам также может понравиться