Вы находитесь на странице: 1из 11

Aminuddin Baki ialah Bapa Pendidikan Malaysia serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai

i Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.

KEHIDUPAN AWAL
Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu. Beliau meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson, Ipoh. Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Pada tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Persatuan Pelajar-pelajar Melayu (20 november 1945), telah bertukar nama kpd kesatuan persatuan penuntut-penuntut melayu pada 4 februari 1946. Ia bertujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu.

UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union & menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar.

Aminuddin & pemimpin pelajar telah menubuhkan sebuah persatuan yang kuat dan bersidang selama dua hari di Jalan Tambun,Ipoh. Hasil drpd persidangan itu, terbentuknya Gabungan PelajarPelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada ogos 1948.

Aminuddin terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya.
Beliau bekerja sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu pada tahun 1945 hingga 1951.

kerjaya
Pada tahun 1951, beliau kembali ke perak & menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusof di Batu Gajah serta di Sekolah Andrson. Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London. Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah , beliau ditawarkan jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar, tetapi ia tidak termasuk dalam sukatan pelajaran.

Pada usia 36 tahun, beliau dilantik sebagai Ketua Pengerusi Pendidikan Selangor dan menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (Kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan)

Beliau sangat aktif dalam Persatuan & penubuhan lain seperti :


Senat Universiti Malaya Persatuan Al-Rahman Persatuan Sejarah Tanah Malaya Dewan Bahasa dan Pustaka Mewujudkan peperiksaan Silil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.

Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pencadang pendidik yang bijaksana & berpandangan jauh oleh UNESCO. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965iaitu pada usia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung.

Jawatan terakhir baliau ialah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.


Tabung Pendidikan Aminuddin Baki telah dilancarkan.

Memperkenalkan Sejarah Islam kpd guru pelatih di MPSI

Melibatkan diri dlm Penyediaan Penyata Razak pd thn 1955

Mewujudkan Lembaga Peperiksaan Malaysia

Mewujudkan SRP, SPM & STPM

Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dlm menyiapkan Laporan Rahman Talib pd thn 1960

BUKU YANG BERKAITAN


Aminuddin Baki :oleh Nurul Syifa : Goodmark Enterprise, 2008.

Biografi Aminuddin Baki : arkitek pendidikan negara / Rozeman Abu Hassan. : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008. Development and the muslims : the third international Islamic geographical reference, 28 August-2 September 1988, Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Malaysia / editor, Kadir H. Din : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993.
Aminuddin Baki : Tokoh Pendidikan : Pelanduk Publications Sdn Bhd, 1987

Вам также может понравиться