Вы находитесь на странице: 1из 3

REFLEKSI

STEVEN A/L BRAHAM 2011272310151 PSM(MT)/062/12/11 880211235183 PISMP T1MT1 AMBILAN JUN 2013

Daripada kerja kursus ini, kami telah membuat penulisan mengenai kertas kerja kejohanan bagi suatu kejohanan bola jaring di antara guru pelatih daripada empat buah kelas ambilan Jun 2013. Selain itu, kami juga telah sertakan butiranbutiran yang penting, seperti peraturan dan sebagainya yang terlibat dalam kejohanan ini. Di samping itu, pensyarah bimbingan kami memberi banyak tunjuk ajar dan penerangan kepada kami serta mengajar semua aktiviti secara ansur maju. Kami juga dapat mempelajari kesemua kemahiran asas, walaupun kami telah memahami teori dan cara ansur maju tetapi kami juga tidak begitu pandai dan tidak yakin untuk membuat dengan lebih baik. Dengan ini,kami mengambil masa yang panjang untuk belajar teknik bagi menguasai permainan padang ini. Antara kekuatan daripada mengadakan pertandingan bola jaring ialah sokongan penuh daripada rakan kelas dan pensyarah. Saya mengetuai pertandingan bola jaring dan saya mendapati bahawa rakan sekelas saya

berganding bahu dalam menjayakan pertandingan bola jaring di peringkat IPG. Pensyarah Encik Kwan Nam Poh juga membantu kita dalam menjayakan pertandingan bola jaring. Beliau sentiasa mengawasi dan memberikan nasihat untuk menjayakan program ini. Selain itu sokongan daripada jabatan Kokurikulum merupakan satu kekuatan kepada kejayaan pertandingan bola jaring. Saya juga harus berterima kasih kepada Encik Mohan dari jabatan Kokurikulum. Kerana beliau merupakan seorang yang insan yang mulia dan membantu untuk membuka stor peralatan sukan. Selain daripada kekuatan kami juga melalui beberapa kelemahan semasa menjalankan pertandingan bola jaring. Pada awalnya kami mencadang untuk mengadakan pertandingan bola jaring selepas cuti Hari Raya aidilfitri. Tetapi memandangkan keadaan selepas cuti tersebut kami perlu menghantar banyak kerja kursus dan kami mencadang untuk mengadakan sebelum cuti. Keadaan ini menyebabkan kami kesuntukan masa untuk membuat persiapan. Oleh itu kami membuat kesemua kesiapan dalam tergesa-gesa. Selain itu kami juga kurang mahir tentang permainan bola jaring. Tiada kemahiran tentang permainan tersebut menyebabkan permainan tergendala sebentar disebabkan kekeliruan semasa bermain. Sepanjang pertandingan bola jaring kita juga mengalami ancaman dari segi minuman yang disediakan. Kita mendapatkan peralatan dan minuman daripada stor sukan IPG. Kami mengambil oren Sunkist daripada stor tersebut dan terus bancuh untuk membekalkan kepada pemain. Setelah pemain sampai di padang baru kita mendapat tahu bahawa ore Sunkist yang diambil daripada stor sukan tersebut tarikh sudah luput. Ini merupakan ancaman semasa kita menjalankan pertandingan bola jaring. Selepas mendapat tahu minumanya tidak sesuai untuk diminum, kita membuangnya dan menyediakan minuman yang baru kepada peserta. Pertandingan bola jaring memberi banyak input dalam diri saya. Antara cadangan yang diambil untuk neningkatkan kualiti pada masa akan datang ialah,

kami harus merancang dan berbincang antara satu sama lain dengan teliti. Perancangan yang mantap akan memberi peluang kepada kejayaan sesuatu program. Oleh itu saya berpendapat bahawa perancangan yang rapi akan menjayakan sesuatu program. Akhirnya,kami dapat mengkaji dengan sendiri berdasarkan penjelasan daripada kawan-kawan dan pesyarah-pensyarah untuk menaikkan prestasi kami dalam permainan tersebut. Kini, kami berpuas hati dan gembira kerana dapat menguasai kesemua yang terkandung dalam permainan ini serta lebih mengetahui prinsip permainan bola jaring. Secara keseluruhannya, kerja kursus ini memberi banyak faedah kepada kami sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Walaupun kami menghadapi beberapa masalah semasa menyiapkan kerja kursus ini, kami dapat menyiapkan dengan sempurna atas bantuan rakan-rakan dan

sokonganpara pensyarahnya. Mujurlah dengan daya usaha dan semangat kerjasama yang kami satu pasukan terapkan, maka tugasan ini telah pun siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih

Вам также может понравиться