Вы находитесь на странице: 1из 11

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5.

Mengelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring 8. Menjaga gol

Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3 kemahiran asas tersebut ialah : 1. Hantaran bola 2. Menangkap bola 3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut : a) Hantaran bahu b) Hantaran lantun c) Hantaran aras dada d) Hantaran lompat e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

HANTARAN LANTUN Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

HANTARAN ARAS DADA Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut: a) Suai-masa (timing) bilakah bola patut dilepaskan? b) Ketepatan adakah bola ditujukan kepada sasarannya? c) Arah ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif? d) Kekuatan sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut: a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi. b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep konsep Penting dalam Sistem Tuas 1. Daya usaha di mana otot menghasilkan daya. 2. Beban/rintangan sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri. 3. Paksi/fulkrum sendi 4. Lengan daya dan lengan beban.

a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan. Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut: 1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya. 2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola. 3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola. 4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat. 5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang. 6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang. 7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA 1. Dengan kedua-dua belah tangan bola aras muka

Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik. 2. Dengan kedua-dua belah tangan bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan keduadua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA 1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan. 2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang. 3. Tidak menggunakan pergelangan tangan. 4. Genggaman yang tidak kemas. 5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya. Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar. Konsep konsep Penting dalam Inersia 1. Otot otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot otot kecil. 2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola. Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa. PRINSIP PRINSIP UTAMA Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah: 1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. 2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. 3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. 4. Pemain mengikut lajak. 5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. 6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: 1. Pemain bergerak satu langkah ke depan. 2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. 3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu. 4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran. 5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: 1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. 2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran. 3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak

sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. 3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. 4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak. Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. 2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. 3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol. 4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini

membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol. 2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol. 3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat. 4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undangundang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan

balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. 2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. 3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring. 4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti. 2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan. 3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Jaringan Voli Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut: 1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. 2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. 3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Вам также может понравиться