Вы находитесь на странице: 1из 1

Menurut Imam Ghazali antara ubat yang mujarab ialah: a) Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah dialebih mulia dari

kita kerana dia masih kecil dan belum dibebani dosa. b) Jika bertemu orang yang lebih tua anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana beliau telah lama beribadat kepada Allah swt. c) Kalau bertemu orang yang alim (berilmu) anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu agamanya yang tidak kita ketahui. d) Kalau bertemu orang yang jahil anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana beliau melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita melakukan dosa walaupun ada ilmu didada. e) Kalau bertemu orang yang jahat anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana beliau mungkin bertaubat kepada Allah swt apabila tua sedangkan kita belum tentu lagi. f) Kalau bertemu orang yang kafir katakanlah didalam hati bahawa si kafir itu mungkin insaf dan memeluk Islam dan semua dosanya ketika kafir dahulu diampuni oleh Allah swt, sedangkan kita yang sejak lahir sudah Islam tapi tidak terlepas dari melakukan dosa. p/s: Rawatlah penyakit hati.

Вам также может понравиться