Вы находитесь на странице: 1из 7

7.0 7.

KEPUTUSAN KAJIAN Analisis Pemerhatian (Kuantitatif) Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan terdapat peningkatan yang baik

berlaku ke atas responden dari segi peningkatan markah ujian yang diambil serta minat dan kefahaman mereka terhadap Matematik semakin bertambah. Hal ini dapat dibuktikan melalui keputusan ujian pasca di mana kesemua mereka lulus 100% iaitu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 40 markah dan ke atas berbanding keputusan ujian pra di mana terdapat 6 orang yang gagal mewakili 30%. Malahan semasa ujian pra dijalankan pengkaji dapat melihat banyak kecuaian dilakukan semasa proses pendaraban dilakukan iaitu ketika pengumpulan semula dan kedudukan nombor dalam baris. Selain itu, kebanyakan responden gagal mengingati sifir dengan baik. Sebaliknya, selepas intervensi dijalankan ke atas mereka kebanyakan responden tidak perlu risau berkaitan dengan sifir kerana mereka hanya perlu mengira bilangan garis persilangan dengan betul bagi mendapatkan jawapan dari hasil pendaraban. Malahan kesilapan yang dilakukan juga semakin berkurangan. Semasa ujian pasca, kesilapan kebanyakan responden adalah disebabkan oleh kesilapan mengira garis persilangan yang menyebabkan mereka kehilangan markah. Kesimpulannya, minat dan motivasi responden semakin bertambah apabila mereka mula memahami kaedah ini walaupun bukan sepenuhnya. Namun apabila mereka memperoleh markah yang lebih tinggi dalam ujian pasca, motivasi mereka untuk mempelajari Matematik semakin bertambah. Hal ini kerana peningkatan markah segelintir responden dari 0% kepada 40% dan ke atas adalah amat memuaskan bukan sahaja kepada pengkaji tetapi kepada responden itu sendiri.

7.2

Analisis Keputusan Ujian Pra & Ujian Pasca (Kuantitatif) Setelah mengumpul kesemua data yang dikehendaki, pengkaji mula menjalankan

penganalisisan data dengan bantuan Microsoft Excel bagi memudahkan pengiraan data yang tepat. Berdasarkan keputusan ujian yang diperoleh iaitu ujian pra dan ujian pasca, data yang diperoleh ini akan dinilai sama ada kaedah yang digunakan ini memberi kesan kepada peningkatan responden dalam aspek yang dikaji atau pun tidak. Analisis akan dibuat untuk: Keputusan ujian pra Keputusan ujian pasca Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca

7.2.1 Ujian Pra Ujian pra ini dilaksanakan sebelum kaedah garisan diperkenalkan. Responden yang terpilih perlu menjawab soalan darab dengan menggunakan kaedah bentuk lazim yang biasa mereka gunakan untuk menjawab 20 soalan yang diberikan dalam masa 90 minit. Dalam ujian ini pengkaji ingin melihat sejauhmana keupayaan responden dalam kemahiran pendaraban. Ujian ini dilaksanakan dalam suasana terkawal bagi memastikan kesahihan data yang diperoleh di mana responden tidak dibenarkan bercakap dan meniru semasa ujian ini dijalankan. Pengkaji juga tidak memberikan sebarang klu atau tunjuk ajar supaya data yang diperoleh tidak terjejas. Kesemua dua puluh responden yang terpilih telah menjawab 20 soalan ujian yang membawa pemberatan markah satu soalan bersamaan 5 markah. Markah bagi ujian ini direkodkan mengikut gred yang telah ditetapkan seperti dalam jadual 7.1 di bawah.

Jadual 7.1 : Julat Gred Markah Responden Julat markah 80 X 100 60 X 79 40 X 59 0 X 39 Pencapaian Cemerlang Baik Memuaskan Lemah Gred A B C D

Berdasarkan jadual 7.1 empat kategori markah telah dikelaskan mengikut kumpulan dan hasil keputusan ujian pra direkodkan seperti dalam jadual 7.2 :

Jadual 7.2 : Pencapaian Ujian Pra

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R17 R18 R19 R20

Markah ujian (%) 40 40 0 25 15 85 45 70 45 35 75 80 70 50 20 0 85 65 45 90

Gred C C D D D A C B C D B A B C D D A B C A adual 7.2 menunj ukkan pencap aian respon den dalam ujian pra yang telah dijalan kan ke atas 20 J

orang responden. 4 orang responden memperoleh gred A (R6, R12, R17, R20), 4 orang responden memperoleh gred B (R8, R11, R13, R18), 6 orang memperoleh gred C (R1, R2, R7, R9, R14, R19) dan 6 orang memperoleh gred D (R3, R4, R5, R10, R15, R16). Berdasarkan keputusan ujian pra yang diperoleh saya dapati 12 orang responden yang mendapat keputusan C dan D iaitu suatu keadaan yang menunjukkan yang responden memang bermasalah dalam kemahiran sifir ini. Bagi memudahkan penganalisisan data, pengkaji telah menyediakan carta pai bagi mengenal pasti peratus responden yang memperoleh gred A, B, C dan D. Keputusan dapat dilihat dalam rajah 7.1 di bawah:

Peratus Kelulusan Ujian Pra Mengikut Gred


[CATEGORY NAME] [PERCENTAGE]-6 orang [CATEGORY NAME] [PERCENTAGE]-4 orang

[CATEGORY NAME] [PERCENTAGE]-6 orang Gred A

[CATEGORY NAME] [PERCENTAGE]-4 orang

Gred B

Gred C

gred D

Rajah 7.1 : Carta Pai Peratus Kelulusan Ujian Pra Mengikut Gred

Seterusnya, berdasarkan rajah 7.1 peratusan responden yang memperoleh gred A sebanyak 20%, gred B sebanyak 20%, gred C sebanyak 30% dan gred D sebanyak 30%.

Mengikut analisis yang dibuat pengkaji 60% murid memperoleh markah ujian pra di bawah 60 markah. Hal ini jelas menunjukkan berlaku masalah dalam kemahiran pendaraban yang agak ketara kerana ia mewakili 12 orang responden daripada 20 orang responden. Seterusnya, setelah meneliti markah dan cara penyelesaian yang dibuat, pengkaji mendapati dalam ujian pra ini responden masih tidak memahami kemahiran pendaraban dengan baik terutama melibatkan 3 angka dengan 2 angka. Kebanyakan responden yang mendapat gred C dan D dalam ujian ini melakukan kesalahan seperti tidak meninggalkan ruang pada bahagian kanan apabila melibatkan pendaraban 2 angka dan ke atas. Selain itu, ada dalam kalangan responden yang cuai semasa melaksanakan pendaraban terutama ketika pendaraban semula.

Markah Ujian Pra Mengikut Responden


100 90 80

Peratus Markah

70 60 50 40 30 20 10 0 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15 R16 R17 R18 R19 R20

Responden
Markah Ujian Pra Mengikut Responden

Rajah 7.2 : Graf Garis Markah Ujian Pra Mengikut Responden

Berdasarkan kepada graf , peratusan markah menunjukkan responden R3 dan R16 memperoleh markah yang paling rendah iaitu 0% dan yang paling tinggi adalah pelajar R20

dengan peratusan markah 90%. Manakala terdapat 4 orang lagi responden selain R3 dan R16 yang memperoleh markah kurang daripada 40% iaitu R4, R5, R10 dan R15. Responden yang memperoleh markah bawah 40% ini boleh dikategorikan terlalu lemah dan tidak mempunyai kemahiran asas yang baik dalam pendaraban yang memerlukan alternatif lain dari segi penyampaian ilmu. Perkara yang dapat disimpulkan di sini ialah terdapat perbezaan yang ketara antara responden yang mahir dalam pendaraban dengan responden yang lemah. Julat markah antara responden yang mahir dengan responden yang lemah adalah 90% dan perkara ini amat membimbangkan kerana mereka sekarang sudah berada pada tahun 4. Justeru itu, pengkaji akan berusaha untuk membetulkan masalah yang berlaku terutama kepada responden yang masih mendapat gred markah C dan D

Вам также может понравиться