Вы находитесь на странице: 1из 2

KONSEP INDUKTIF Melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsirkan maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan.

Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan. Didalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting. Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan. Kaedah induktif adalah salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran, khususnya al-Quran, tajwid, fiqh dll.

JENIS PENDEKATAN INDUKTIF Membentuk satu kesimpulan daripada contoh tertentu. Misalnya mencari segitiga yang sama daripada pelbagai jenis. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan ke bawah. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis struktur ayat bahasa. Membentuk teorem melalui aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI INDUKTIF Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan seperti berikut : Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan. Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan.

Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya. Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.

Вам также может понравиться