Вы находитесь на странице: 1из 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: KOD KURSUS:

Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu BMM 3111

SEMESTER:

06 (Ambilan Januari 2011)

TARIKH MULA

14 JULAI 2013

TARIKH HANTAR

22 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. 2. 3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. Menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Menganalisis teks prosa serta mengenal pasti peribahasa yang berkaitan dengan peristiwa dalam teks. Menjelaskan aspek makna dalam peribahasa Melayu. Menilai aspek makna peribahasa Melayu dengan konteks amalan masyarakat. Mengkaji pembentukan istilah bahasa Melayu melalui penggunaan teks prosa. Menjelaskan aspek-aspek yang mempengaruhi makna dalam tatabahasa dan pembentukan istilah bahasa Melayu

Tugasan Projek Dalam ilmu linguistik, bidang semantik merupakan satu bidang yang memberi tumpuan kepada aspek makna yang terkandung dalam setiap kata yang membentuk ayat atau ujaran. Pendekatan semantik yang digunakan mampu mengukur ketepatan bahasa dari aspek makna. Masyarakat pengguna bahasa Melayu, khususnya penutur jati bahasa Melayu mengunakan pelbagai pendekatan dalam menyampaikan makna yang ada kalanya boleh membawa kekeliruan. Unsur tatabahasa dan peristilahan juga turut menyumbang kepada keadaan ini dan memerlukan pemahaman dan pengertian dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kajian semantik tidak hanya meliputi kajian tentang makna kata semata-mata tetapi lebih luas pengertiannya. Berdasarkan penyataan di atas, buat analisis berkaitan:

1. Makna dalam peribahasa Melayu a) Secara individu, pilih sebuah cerpen, kemudian buat analisis setiap peristiwa mengikut plot serta mengaitkannya dengan peribahasa Melayu yang wujud dalam masyarakat berdasarkan jenis-jenis peribahasa seperti berikut: i. Kiasan ii. Bidalan iii. Pepatah iv. Perbilangan v. Perumpamaan vi. Simpulan bahasa b) Anda perlu menganalisis makna peribahasa tersebut berdasarkan peristiwa dalam cerpen tersebut dan membuat penilaian dalam konteks realiti amalannya dalam masyarakat pada hari ini. c) Huraian yang dibuat perlu mengaplikasikan teori pembuktian bagi mengukuhkan jawapan anda.

2. Kuiz individu. Anda perlu menjawab soalan-soalan yang disediakan dalam laman sesawang http://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com

3. Secara berpasangan, pilih salah satu cerpen yang anda kaji, kemudian buat analisis kandungan teks tersebut dari aspek tatabahasa dan peristilahan bahasa Melayu yang mempengaruhi makna istilah.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara berpasangan (2) orang atau (3) sekiranya tiada pasangan. 2. Soalan (1) hendaklah dibuat secara individu, manakala soalan (2) dilaksanakan secara berkumpulan. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini Menggunakan fon Arial Saiz huruf 12 Langkau 1.5 baris Format penulisan keseluruhan (termasuk Rujukan) hendaklah menggunakan format APA (American Psychological Association). Lampiran boleh disertakan sekiranya berkenaan.

4. Panjang tugasan adalah seperti maklumat berikut: i. Tugasan 1 (Soalan 1 Individu) hendaklah ditulis antara 15 antara 20 halaman (setiap individu)

ii. Tugasan 2 (Kumpulan) ditulis antara 10 hingga 15 halaman. 5. Amalan plagiat merupakan kesalahan serius dan akan diambil tindakan tegas sekiranya dikesan. 6. Tugasan ini membawa markah 100 peratus; 70 peratus individu dan 30 peratus berkumpulan.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. Liputan kandungan yang menyeluruh, konsisten, dan terperinci berdasarkan maklumat yang betul dan tepat. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut: a. Peribahasa yang dikemukakan tepat dengan konteks peristiwa dalam teks cerpen dan meliputi kepelbagaian jenis peribahasa berdasarkan satu periswa. b. Analisis tentang makna peribahasa secara terperinci, jelas, dan tepat dengan mengemukakan hujah-hujah serta pandangan yang bernas. c. Analisis tentang aspek tatabahasa dan pembentukan istilah yang mempengaruhi makna dijelaskan dengan terperinci dengan mengemukakan contoh-contoh yang jelas d. Perkembangan isi yang dihurai adalah tepat dan jelas dengan sokongan sumbersumber ilmiah yang relevan. e. Menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan dalam laman sesawang http://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com 3

3. 4. 5. 6. 7.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan secara ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan esei harus menunjukkan kecekapan bahasa, laras, bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber ilmiah yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (buku, jurnal, prosiding, bahan bercetak yang lain, dan internet).

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.............................................. (MOHD. ASIF MOHD. ALWI) Penyelaras Kursus BMM3111 Jabatan Pengajian Melayu

.................................................... (ZALEHA BINTI MOHD. NOOR) Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu

Spesifikasi Tugasan TAJUK 1.

TUGASAN Analisis dan penilaian cerpen Analisis peribahasa Membuat analisis setiap peristiwa dalam teks cerpe dengan mengaitkannya dengan pelbagai jenis peribahasa bahasa Melayu Menjelaskan aspek makna peribahasa serta membuat penilaian dari aspek amalannya dalam masyarakat Mengaplikasikan teori pembuktian semantik untuk mengukuhkan hujah

WAJARAN

CATATAN Kriteria penilaian keseluruhan:

60%

6. Semantik Teori Pembuktian Keharmonian dan Pembuktian Koheren dalam Pembuktian

8. Peribahasa Bahasa Melayu Makna dalam Peribahasa Asal Makna dalam Peribahasa

Kandungan Perbincangan kritikal dan reflektif Persembahan/pengolahan Organisasi Bahasa Rujukan dan bahan-bahan sokongan

2.

14. Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu Penggunaan Kata Dasar, Proses Pengimbuhan, Reduplikasi, Penggabungan, Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses Analogi Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim, Homonim, Hiponim, Kepoliseman

Kuiz atas talian Menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan dalam laman sesawang http://pengajianmelayuipgkb.edmodo.com

10%

Soalan diberikan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh kerja kursus Pemarkahan akan dibuat secara atas talian dalam laman tersebut Pelajar akan mencetak jawapan yang dibuat setelah markah diberikan dan dikepilkan bersama dalam tugasan. Analisis perlu memperlihatkan aspek tatabahasa dan semantik peristilahan yang membawa kepada perkembangan makna bagi setiap kata/istilah berdasarkan teks cerpen.

3. Analisis teks Tatabahasa dan Pembentukan Istilah Menganalisis tatabahasa dan istilah yang mempengaruhi makna dengan menggunakan teks cerpen sebagai sumber

30%

Вам также может понравиться