Вы находитесь на странице: 1из 17

1.

0 Pengenalan Seni dapat ditakrifkan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang dicetuskan dengan bakat, dan juga kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitab beliau iaitu Kitab AlIman, menjelaskan tentang kesenangan estetika dan juga konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu (pengetahuan) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta memanifestasikan pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni. Sekiranya individu tersebut tidak mampu menghasilkan karya seni tetapi ia tetap menghargainya sebagai satu anugerah kurniaan tuhan. Menurut Herbert Read dalam bukunya yang bertajuk The Meaning of Arts menyatakan bahawa seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan juga kesenangan estetik. Kesenangan estetik dalam pengertian ini merujuk kepada konsep kesenangan yang wujud kesan daripada penghayatan terhadap keindahan seni visual. Aplikasi seni dalam pembelajaran merupakan perkara yang subjektif untuk digambarkan. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.dan pembelajaran. Ia memerlukan pemahaman yang mendalam agar objektif pembelajaran dapat dicapai. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif kepada setiap individu. Disamping itu, Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang wujud bersama dalam diri manusia agar keempurnaan akhlak sebagai individu muslim dapat dicapai Seni dalam Pendidikan pula menjurus kepada seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan. Melalui pengintegrasian Seni dalam Pendidikan diharapkan agar murid dapat mengamalkan petimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam

meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

2.0 Bincangkan bagaimana Seni Dalam Pendidikan boleh membantu dalam proses mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Seni dalam pendidikan merupakan antara perkara yang menarik dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya tertumpu kepada seni lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula menjurus kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengar dan dihayatinya. Tiga unsur seni tersebut perlulah digabungkan dengan semaksimum

mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan

berlaku dan

kreatif. Guru saharusnya mempunyai yang pengetahuan tentang untuk

tinggi

bagaimana

menggunakan ruang yang sesuai, warna seterusnya


Rajah menunjukkan kanak-kanak menari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

menggunakan dengan baik

memasukkan

elemen-elemen irama bagi merangsang minda kanak-

kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

I.

Seni pergerakan

Aktiviti seni yang memenuhi keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya. Terdapat beberapa pandangan tokoh terkemuka dalam teori perkembangan kanak-kanak mengenai

kemampuan atau kebolehan semulajadi kanak-kanak menguasai ketiga-tiga elemen Seni dalam Pendidikan iaitu seni muzik, seni pergerakan dan juga seni lukisan. Menurut teori perkembangan yang dipelopori oleh Jean Piaget yang berfokus kepada kanak-kanak dan kemampuan dalam seni pergerakan berpendapat bahawa kanak-kanak perlu belajar melalui eksperimen dan mereka seharusnya dibantu untuk membina perhubungan dan memanipulasi sesuatu objek. (Forman, Fonsnot, 1982:39). Selain itu, kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas juga berupaya untuk berlari, melompat dan juga berdiri menggunakan satu kaki. Berdasarkan kepada teori ini, dapat dinyatakan bahawa seni dalam pergerakan telah wujud secara semulajadi dalam diri kanak-kanak. Justeru, guru seharusnya mewujudkan peluang yang sesuai agar keupayaan murid dalam seni pendidikan dapat dioptimumkan. Sebagai contohnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dalam tajuk Adab Bermain. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran ini, guru dapat mengoptimumkan unsur seni pergerakan. Contohnya, guru menyediakan aktiviti permainan yang sesuai. Aktiviti permainan yang dijalankan secara tidak langsung memberi peluang kepada murid untuk bergerak dan menggalakkan proses pembelajaran yang aktif. Kanak-kanak secara umumnya mempunyai sembilan keinginan asas antaranya ialah keinginan untuk bergerak tanpa dihalang. Justeru, kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam perlumbaan atau lumba lari. Oleh itu, guru perlu menyediakan suasana pembelajaran yang membolehkan murid bergerak disamping mempelajari sesuatu ketika melaksanakan aktiviti pergerakan tersebut. Kanak-kanak secara tidak langsung akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melaksanakan aktiviti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan semasa aktiviti permainan yang dijalankan oleh guru. Kewujudan irama ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu suasana yang santai dan tidak membosankan. Selain dapat mengoptimumkan kemampuan murid dalam seni pergerakan, murid juga akan dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan penuh semangat dan gembira. Salah satu daripada enam elemen yang terkandung dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ialah elemen perkembangan fizikal dan estetika. Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti berbeza dalam kalangan mereka. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan badan cergas, otak cerdas. Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. II. Seni muzik.

Muzik adalah sebahagian daripada kehidupan murid yang tidak boleh dipisahkan. Muzik berupaya

meningkatkan semangat untuk belajar kepada murid-murid. Selain itu, muzik juga merupakan salah satu budaya dalam masyarakat. Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Kodaly Shinuchi Suzuki, Zoltan Erwin Gordon juga

dan

mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan murid dalam seni muzik. Secara khususnya, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau sequential dengan adanya seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada murid mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan juga sahsiahnya.
Rajah menunjukkan kanak-kanak mengekspresi diri melalui nyanyian.

Guru juga dapat mengaplikasikan penggunaan seni muzik ketika melaksanakan pengajaran bagi subjek Pendidikan Islam. Contohnya mengajar nasyid ketika mengajar tajuk Asma-ul-husna dan sebagainya. Penggunaan seni muzik ketika poses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menjadikan suasana

pembelajaran menarik, tetapi ia juga berupaya untuk memudahkan murid memahami isi pelajaran dan secara tidak langsung meringankan beban guru. Selain itu, penglibatan murid yang aktif ketika seni muzik diaplikasikan akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial murid itu sendiri. Unsur seni juga terkandung dalam salah satu elemen yang terdapat dalam KSSR iaitu elemen fizikal dan estetika. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi yang terkandung ketika penerapan unsur muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga amat penting dalam usaha mewujudkan transformasi dalam bidang pendidikan dewasa ini. Pemikiran dan juga pandangan mereka dapat dilatih dengan unsurunsur yang kreatif dan berinovasi dengan wujudnya elemen seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sekiranya murid-murid sentiasa dilatih berfikir secara kreatif dan kritis, secara tidak langsung kita dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun bakat yang terpendam dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah.

III.

Seni visual

Bersoon (1982) berpendapat bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni visual, kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan juga penaksiran. Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni muzik, teater, seni sastera, seni mempertahankan diri dan seni fotografi. Ia lebih menekankan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan juga kritikan.

Rajah Menunjukkan Lukisan Kanak-Kanak Disamping itu, ia juga menyentuh berkenaan perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka. Sekiranya imaginasi mereka mampu diinterpretasikan sudah tentu perasaan dihargai akan wujud dalam diri murid. Salah satu elemen yang terkandung dalam Teori Perkembangan Maslow ialah keperluan penghargaan kendiri. Justeru, dengan wujudnya peluang untuk mengekspresi diri melalui seni lukisan, keperluan penghargaan kendiri ini secara tidak langsung akan dapat dipenuhi.

Warna yang terkandung dalam seni visual pula merupakan antara elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi kosong dan tidak bermakna. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu melalui komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesuatu kebudayaan, emosi, dan maksud dalam karya seni visual. Sekiranya unsur seni visual ini diaplikasikan dalam mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam, guru boleh mengaplikasikan unsur-unsur warna yang menarik ketika penyediaan slaid sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak

kebanyakannya mudah tertarik kepada elemen-elemen warna yang menarik dan mampu mencetuskan suasana pembelajaran yang efektif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Oleh itu, guru juga boleh menyediakan aktiviti yang memerlukan murid mengekspresikan diri melalui seni lukisan. Sebagai contoh, guru meminta murid melukis gambar ahli keluarga mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Adab Tidur yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Tuntasnya, kemampuan guru dalam mengintegrasikan unsur seni dalam pendidikan ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mampu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik serta efektif.

3.0 Cadangan baharu yang mungkin boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula terhadap sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikanberdasarkan standard pendidikan antarabangsa. Ibu bapa serta masyarakat memberikan kepercayaan yang tinggi dalam usaha kerajaan ini agar generasi muda yang dilahirkan melalui sistem pendidikan di Negara kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan generasi muda seantero dunia. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan

kajian ini, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai

sumber seperti laporan penyelidikan dijalankan pendidikan oleh yang pakar dari

UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam

Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras

antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negarapada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yangdihasratkan. Selain daripada usaha keras yang telah dilakukan oleh Kmenterian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan ini, terdapat juga beberapa

cadangan baru yang berpotensi untuk dilaksanakan dalam usaha kita memacu kegemilangan sistem pendidikan di Negara kita khususnya melalui penerapan unsur Seni dalam Pendidikan. Seni dalam Pendidikan diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran agar dapat membantu perkembangan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial, dan estetika (JERISE) selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, ia juga bertujuan

menyediakan guru agar mamp mengintegrasikan aktiviti SDP ke dalam bidang lain. Cadangan yang pertama ialah mengehadkan bilangan murid dalam satu kelas. Sebagai contoh, setiap ahli dalam satu kelas tidak melebihi 30 orang. Ini bertujuan memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kelas dan kawalan kelas tahap Seperti maklum, di berada yang kita pada baik. sedia

kanak-kanak rendah

sekoalh

memerlukan susasana pembelajaran kondusif yang bagi

membolehkan mereka belajar dengan ini aktif. telah

Pendapat

dinyatakan secara jelas oleh ahli psikologi kognitif dan ahli teori konstruktivisme. Mereka juga berpendapat bahawa kanak-kanak tidak memperoleh ilmu pengetahuan dengan cara yang pasif. Mereka akan membina pengetahuan dengan cara yang aktif dan ini memerlukan interaksi sosial yang positif. Oleh itu, dengan mengehadkan jumlah murid dalam satu kelas dapat memudahkan guru mengurus ruang bilik darjah dengan betul. Ruang merupakan salah satu elemen penting dalam unsur seni. Dalam pergerakan kita seharian, kita memerlukan ruang yang selesa untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehna melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Justeru, peranan guru dalam memastikan bilik darjah disusun dengan baik agar wujud ruang yang mencukupi untuk guru da murid menjalankan aktiviti yang melibatkan unsur seni dalam

10

pendidikan dengan selamat, selesa dan berkesan. Justeru, secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dapat diwujudkan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai.

Cadangan yang kedua ialah menubuhkan satu badan khas yang berkuasa untuk mengawal serta menyelia aktiviti seni yang dilaksanakan di sekolah. Sekiranya terdapat pihak sekolah yang tidak menjalankan aktiviti seni sama ada seni visual, seni pergerakan mahupun seni muzik maka badan khas yang telah ditubuhkan tersebut boleh mengenakan kompaun yang berpatutan. Badan khas ini ditubuhkan bertujuan memantau tindakan sekolah dalam usaha mengintegrasikan unsur seni dalam pendidikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan wujudnya badan pemantau seumpama ini, guru-guru akan memandang serius akan peranan seni dalam pendidikan

sebagai salah satu wadah memacu transformasi pendidikan yang lebih manju di Negara kita. Antara boleh

penyelarasan

yang

dilaksanakan oleh badan pemantau ini adalah seperti menilai kemampuan guru dalam mengintegrasikan aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun,

syair, permainan dan lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu didedahkan dengan kepentingan pengintegrasian unsur Seni dalam Pendidikan. Antaranya ialah memperkembangkan kemahiran, meneroka serta

memberikan pengalaman yang tersendiri kepada murid. Disamping itu, teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard Gardner juga menyokong agar seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikiulum kerana menurut pandangan beliau, manusia memperoleh pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranyakecerdasan logic-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik

badan, muzik, ruang visual, interpersonal, naturalis, dan juga eksistensialis.

11

Cadangan yang terakhir ialah mewujudkan dasar yang sama seperti dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi memartabatkan unsur seni dalam pendidikan kerajaan boleh memperkenalkan dasar baru iaitu 1 Murid 1 Seni (1M1S). dasar 1M1S ini sememangnya menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Oleh yang demikian,

penyertaan setiap murid dalam sukan sebagai adalah amat penting landasan

satu

mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong

semangat 1 Malaysia. Melihat kepada kejayaan yang dikecapi dengan wujudnya dasar ini, tidak mustahil kiranya dasar 1 Murid 1 Seni ini akan dipandang enteng oleh pihak yang berperanan memastikan hala tuju pendidikan Negara berada pada landasan yang betul. Dasar ini secara tidak langsung dapat dijadikan sebagai landasan murid untuk menonjolkan bakat terpendam mereka dalam bidang seni.

12

4.0 Penutup Peranan seni dalam pendidikan sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Penerapan unsur seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sememangnya mampu mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif serta efektif. Justeru, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum serta menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan

kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni dalam pendidikan adalah penting untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan juga akan membantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama disekolah rendah. Antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik adalah seperti mampu melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berketrampilan dan sentiasa mengamalkan sikap professional. Menurut Leonardo da Vinci seorang seniman terkemuka ada menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan sentiasa bersikap professional. Guru yang kreatif dan inovatif sudah tentu mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin seterusnya objektif pembelajaran akan tercapai. Sebagai contoh, melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan mereka dengan betul. Hal ini secara tidak langsung akan

13

mewujudkan rasa seronok kepada murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai intiha, penerapan unsur seni dalam pendidikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran memberi manfaat yang sangat besar kepada guru dan juga murid.

14

5.0 Refleksi Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi subjek Seni dalam Pendidikan (WAJ 3107) ini. Secara keseluruhannya, banyak perkara baru yang telah saya peroleh serta pelajari melalui pelaksanaan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan kami membincangkan bagaimana Seni dalam Pendidikan boleh membantu dalam proses mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan mengambil kira Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baharu dilaksanakan, tunjukkan bagaimana suasana pembelajaran melalui seni ini boleh diterapkan ke arah peningkatan sistem pendidikan di Malaysia dalam usaha kita mengejar impian status negara maju. Secara ringkasnya, Seni dalam Pendidikan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti kanak-kanak tersebut. Ia bertujuan melahirkan individu yang berbudaya dan mampu mengurus diri ke arah melahirkan insan yang mempunyai tahap kompeten yang tinggi. Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui peranan yang seharusnya dimainkan oleh guru dalam usaha menjadikan unsur Seni dalam Pendidikan boleh membantu dalam proses mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari akan hakikat ini, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menyediakan tugasan ini dan secara tidak langsung saya dapat mempelajari cara yang sesuai untuk menyelitkan unsur-unsur Seni dalam Pendidikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam. Saya juga dapat memahami secara terperinci mengenai kandungan kurikulum KSSR. Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah

15

Rendah (KBSR) bermula pada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan melahirkan individu yang cemerlang serta mampu bersaing di peringkat global. Melalui pemahaman yang jelas berkenaan dasar-dasar yang telah

diperkenalkan ini, guru tidak akan ketinggalan dan mampu mengurus keperluan murid dengan baik bagi memastikan setiap murid yang menjadi anak didiknya mampu berjaya dengan cemerlang dalam bidang pendidikan khususnya. Selain itu saya juga menyedari bahawa untuk menjayakan pelaksanan kurikulum dan mengoptimum pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak peringkat awal, saya selaku bakal guru perlu mempunyai pengetahuan berkenaan psikologi dan keperluan kanak-kanak. Secara amnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi dalam proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi terhadap pemikiran kanak-kanak. Secara tuntasnya, banyak maklumat yang baru serta bermanfaat telah saya peroleh ketika melaksanakan tugasan ini. Segala ilmu yang telah saya peroleh ketika ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam usaha mempersiapkan diri sebagai bakal guru. Sesungguhnya guru yang cemerlang ialah guru yang mampu berdepan dengan cabaran-cabaran baru dan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuannya disamping membantu murid mencapai proses pembelajaran yang optimum.

16

6.0 Rujukan Buku Grace J.Craig (1992). Human Development. United states of America :Prentice Hall. Haliza Hamzah, Joy N.Samuel (2011). Perkembangan Kanak-Kanak :Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Helen Bee (2000). The Developing Child. United States of America: Pearson Education. Internet Kesan-kesan positif mengikuti pendidikan seni (2008). Diperoleh pada Ogos 2, 2013 daripada http://www.scribd.com/Modul-Seni Menilai seni: subjek seni di masa hadapan (2009). Diperoleh pada Ogos 1, 2013 daripada http://www. sitihayatimohdyusoff.blogspot.com Peranan seni dalam pendidkan (2008). Diperoleh pada Ogos 15, 2013 daripada http: //www.slideshare.net/.../peranan-seni-dalam-pendidikan -United States Seni dalam Pendidikan (2009). Diperoleh pada Ogos 3, 2013 daripada http://www.scribd.com/.../Peranan-3-Komponen-Seni-Dalam-Pendidikan-Dalam-

Jilid dan isu Malarsih, Siluh Made Astini, Dan Usrek Tani Utina (2006) Model Pengembangan Metode Pembelajaran Seni Tari Dalam Konteks Pendidikan Apresiasi Dan Kreasi Untuk Siswa Sekolah Menengah Pertama, 17(4), 3-5 Akhbar Utusan Malaysia (2010, Januari 15) KSSR Kurangkan Tekanan Peperiksaan, Bina Modal Insan Berkesan, 15.

17

Вам также может понравиться