Вы находитесь на странице: 1из 7

Refleksi

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya siapkan tugasan pembentangan dengan baik. Kumpulan saya memilih subjek Matematik Tahun Empat dan topik kami adalah Operasi Bercampur. Kumpulan kami telah terpilih untuk meggunakan model pengajaran Behavioris. Teori pengajaran Behavioris adalah teori yang mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa

pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. Di sini ingin saya huraikan sedikit tentang prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. Tokoh pertama prinsip pelaziman klasik adalah Ivan Pavlov (1849-1936). Kajian Pavlov terhadap prinsip pelaziman klasik berfokus kepada pengeluaran air liur anjing. Beliau menjalankan eksperimen dengan melatih anjing mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi loceng (konsep rangsangan dan gerakbalas). Hasilnya, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pavlov menambah lagi, pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah(2009), pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan rangsangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa.

Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tokoh prinsip pelaziman klasik yang kedua ialah J.B Watson (1978-1958). Kajian Watson pula banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov dan berasaskan tingkahlaku haiwan. Eksperimen beliau dikenali sebagai Model Pelaziman Klasik Watson yang menggunakan seorang bayi berumur 9 bulan bernama Albert dan seekor tikus putih. Albert pada mulanya tidak menunjukkan

perasaan takut pada tikus itu tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mendekati tikus tersebut, dia mula menjadi takut. Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan perasaan takut Albert kepada tikus tersebut. Hasilnya, Albert telah mempelajari tingkah laku takut kepada semua benda putih yang berbulu.

Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman.

Seterusnya adalah prinsip pelaziman operan. Pelaziman operan dikenali sebagai pelaziman instrumental yang merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan (Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2009).

Kajian E.L Thorndike (1874-1949) adalah tentang tingkah laku haiwan. Teori Pelaziman Operan Thorndike turut dikenali sebagai teori cuba-jaya. Melalui kajiannya, seekor kucing dimasukkan ke dalam sebuah sangkar dengan makanan diletakkan di luarnya, beliau mendapati kucing tersebut telah melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar. Pembelajaran ini dikenali sebagai pembelajaran cuba jaya. Melalui pembelajaran ini, kucing tersebut melakukan pelbagai reaksi sehingga terpijak selak pintu dan sangkar itu terbuka. Kucing tersebut akan keluar untuk mendapatkan makanan. Apabila dimasukkan ke dalam sangkar semula, kucing tersebut melakukan lagi beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar tersebut.

Perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas ini mewakili konsep pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Thorndike menyarankan,

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mook Soon Sang (2002) mentakrifkan Hukum Kesediaan sebagai keupayaan persiapan individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti

pembelajaran. Menurut beliau, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan rangsangan yang berkaitan.

Bagi B.F Skinner (1904-1990) pula, kajian dijalankan menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat di sekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan. Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk mendapatkan makanan.

Menurut pendapat Amir Awang (1986), mengikut Pelaziman Klasik, murid akan menjadi pasif kerana ganjaran diberikan kepadanya bukan atas usahanya mendapatkan ganjaran tersebut. Manakala mengikut Pelaziman Operan, pelajar bertindak aktif kerana ganjaran diperoleh dengan cara berusaha sendiri.Skinner memperkenalkan lima jenis proses Teori Pelaziman Operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Menurut beliau, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau dihapuskan jika diberikan peneguhan sejurus selepas gerak balas ditunjukkan. perlu menggunakan model Behaviorisme sebagai model pengajaran di dalam pembentangan tersebut. Saya dan kumpulan telah bersepakat untuk memilih subjek matematik sebagai subjek pilihan untuk mengajar. Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Jadi kami telah memulakan langkah pertama yang kami gunakan untuk set induksi ialah kaedah menayangkan video lagu dan murid-murid menyanyikan lagu tersebut. Teori yang yang diaplikasikan ialah behavioris. Teori ini mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran. Ini sesuai dengan apa yang kami lakukan iaitu dengan menayangkan video klip lagu operasi bercampur. Kami juga dapat mengaplikasikan teori pengajaran langsung kerana kaedah pengajaran ini kami jalankan secara langsung dan menggunakan kaedah yang terus kepada para pelajar. Melalui kaedah tayangan video klip tersebut, kami dapat mengingatkan mereka kembali serba sedikit tenteng topik yang bakal kami sentuh pada hari tersebut. Kartun dan lagu yang riang adalah perkara yang sangat rapat

dengan tahap umur murid-murid. Kelebihan teknik yang kami gunakan ini adalah ia dapat menarik perhatian pelajar sebelum kami memulakan kelas. Murid akan lebih tertarik dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Dengan ini murid akan mendapat dua perkara dalam satu masa, berhibur dan penerapan unsur ilmu merentasi kurikulum. Maka dengan ini minda murid-murid akan lebih terangsang untuk belajar apa yang bakal saya ajarkan nanti. Saya mendapati, terdapat kekuatan semasa menyampaikan persembahan untuk set induksi kami. Saya menggunakan bahan multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) kami. BBM yang kami gunakan sesuai dengan peredaran zaman sekarang, sesuai dengan zaman muridmurid. Malah persediaan yang telah dilakukan sebelum menjalankan aktiviti PnP memberikan saya dan kumpulan satu kekuatan dan keyakinan untuk

mempersembahkan yang terbaik kepada para pelajar. Syukur pada Tuhan, kerana pelajar memahami apa yang kami sampaikan dan memberikan respon yang baik terhadap soalan yang diajukan selepas berakhirnya set induksi. Untuk langkah pertama yang kami gunakan dalam proses PnP di dalam kelas ini ialah kaedah demonstrasi. Menurut dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard - dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "social learning" "pembelajaran sosial". Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Bersesuaian dengan teori ini, murid akan belajar secara langsung dengan melihat guru melakukan demonstrasi di hadapan kelas berkaitan dengan operasi bercampur.Dengan cara ini, pelajar akan lebih mengingati apa yang mereka pelajari kerana pembelajaran berasaskan teori semata-mata tidak akan memberikan kesan yang baik kepada diri pelajar dan apa yang mereka pelajari semasa teori hanya akan tersimpan dalam memori jangka masa pendek mereka sahaja. Pendekatan induktif telah diketengahkan kerana bermula dari set induksi hingga ke langkah pertama ini, beberapa contoh soalan telah kami gunakan namun kami masih membawa satu prinsip yang sama iaitu berkaitan dengan operasi bercampur.Dalam langkah pertama ini, rakan saya telah memberikan penerangan tentang konsep operasi bercampur. Kemudian selepas diberi penerangan tersebut, demonstrasi telah dilakukan dengan memberikan

mereka soalan, menunjukkan cara pengiraan dan menunjukkan jawapan. Apa yang saya dapat lihat dari aktiviti yang dijalankan ini, murid lebih memahami dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik setelah diberikan demonstrasi di hadapan kelas. Apabila diberi soalan yang berkaitan dengan operasi bercampur, mereka dapat mejawab soalan dengan baik walaupun sedikit lambat. Aktiviti yang seterusnya adalah permainan yang berkaitan dengan operasi bercampur iaitu Permainan Operasi Bercampur. Mereka diagih kan kepada lima kumpulan yang ahli di dalamnya sekurang-kurangnya 3 ahli kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu bakul yang mengandungi nombor dari 1-20 dan murid juga diberikan satu mounting board yang telah dipotong memanjang. Untuk permainan ini, saya yang menjadi pengelola. Apabila saya mengajukan soalan, mereka akan mencari nombor-nombor yang diletakkan secara kucar-kacir di dalam kotak tersebut, danmencari soalan kepada jawapan yang saya berikan. Apabila mereka selesai menjawab, mereka disuruh mengangkat mounting board yang berisi jawapan mereka dan kumpulan yang paling cepat menjawab akan mendapat 5 markah. Semasa aktiviti dijalankan, saya mendapati terdapat kekuatan dan kelemahan di dalamnya. Kekuatan pertama aktiviti itu adalah kekuatan kerjasama murid dalam menyelesaikan masalah bercampur bersama ahli kumpulan mereka. Kerjasama antara mereka terserlah semasa mereka cuba mencari nombor-nombor untuk mereka menjawab soalan yang saya ajukan. Kekuatan kedua pula adalah persaingan antara mereka. Persaingan jelas kelihatan apabila masing-masing cuba untuk menjawab soalan yang diberikan dengan secepat yang mungkin kerana mereka akan mendapat markah yang penuh iaitu 5 markah andai kumpulan mereka kumpulan yang pertama menjawab soalan yang diberikan. Di sini, saya cuba terapkan unsur peneguhan positif iaitu dengan memberikan mereka markah jika mereka dapat menjawab soalan dengan cepat. Ianya bertepatan dengan teori Behavioris (Teori Pelaziman Operan) yang dibawa oleh B.F. Skinner yang berpendapat bahawa sesuatu tingkah-laku akan berulang sekiranya terdapat peneguhan positif yang diberikan, dan tingkah-laku tesebut akan dihentikan apabila peneguhan negatif diberikan. Perkara ini beliau buktikan dengan kajian

menggunakan Kotak Skinner. Seekor tikus yang sedang melompat-lompat di sekeliling kotak tiba-tiba tertekan butang yang akan mengeluarkan seketul makanan. Tanpa membuang masa tikus itu akan mengulangi menekan butang tersebut untuk

mendapatkan makanan. Perkara ini jelas menunjukkan perlakuan akan berulang jika terdapat peneguhan positif dilakukan tidak kira manusia atau haiwan. Kelemahan yang dapat saya kesan adalah masa. Tempoh masa yang diberikan agak singkat dan menyebabkan saya dan kumpulan cuba untuk menghabiskan aktiviti tersebut secepat mungkin. Apabila perkara itu berlaku, murid-murid cuba mengambil kesempatan keatas guru yang mengendalikan aktiviti itu. Saya ada ternotis ada dua kumpulan yang cuba menipu saya dengan mengangkat board yang mempunyai jawapan yang salah. Mereka tidak kisah samada jawapan mereka betul atau salah, mereka hanya ingin menjadi kumpulan yang pertama mengangkat board tersebut. Andai guru-guru yang membantu saya tidak perasan benda tersbut, mereka akan mendapat markah penuh walaupun jawapan mereka salah. Setelah permainan itu selesai, murid-murid diberikan lembaran kerja. Aktiviti ini dikendalikan oleh rakan saya Jeremy Danding. Dalam aktviti ini, saya menilai samada Permainan Operasi Bercampur yang dilakukan berjaya diaplikasikan oleh murid atau tidak. Mengikut Jeremy, setelah beliau memeriksa kertas lembaran kerja yang dihantar oleh murid, ternyata murid-murid memahami apa yang cuba kami ajarkan. Kesalahan yang paling maksima yang dibuat oleh murid, hanya 3 kesalahan. Bagi penutup untuk aktiviti kami, saya, Cindarella, dan Jeremy membuat aktiviti Main Tembak sebagai aktiviti penutup. Untuk aktiviti ini, mereka masih berada di dalam kumpulan mereka tadi. Salah sebuah kumpulan akan mengajukan soalan operasi bercampur dan mereka bebas untuk memilih kumpulan mana untuk menjawab soalan yang mereka ajukan. Sekiranya kumpulan yang diajukan solaan dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dalam masa 3 saat, kumpulan itu pula akan mencipta soalan dan mengajukan soalan tersebut kepada mana-mana kumpulan yang mereka suka. Seandainya mereka gagal menjawab dalam masa 3 saat, kumpulan tersebut akan di buang dari permainan tersebut. Begitulah seterusnya sehinggalah menjumpai pemenang. Pemenang akan mendapat hadiah daripada guru. Sekali lagi teori Pelaziman Operan Skinner digunakan dalam aktiviti ini iaitu menggunakan peneguhan positif supaya murid mengulangi perlakuan mereka. Kekuatan yang dapat saya lihat dalam aktiviti ini adalah persaingan antara murid. Alfie Kohn menegaskan bahawa persaingan adalah sesuatu yang bersih, dan ianya perlu kepada seorang pelajar, andai tidak ada persaingan, kita semua akan

menjadi seorang yang lemah (Kohn 1986). Kelemahan yang saya dapati dalam aktiviti ini adalah tahap pemahaman murid terhadap permainan Main Tembak ini. Mereka ragu-ragu dan lambat dalam mencipta soalan dan mengajukan kepada kumpulan lain. Disebabkan perkara ini berlaku, saya dan ahli kumpulan saya berpakat untuk menetapkan masa 5 saat sahaja untuk mencipta dan mengajukan soalan kepada kumpulan lain supaya permainan tersebut lebih mencabar dan menarik. Pendekatan strategi pengajaran direktif dan pengajaran melalui pemerhatian adalah yang paling sesuai pada pandangan saya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Melalui strategi direktif pelajar menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang sesuatu kemahiran konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan dan latihan diikuti ujian untuk menilai kefahaman. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar adalah replika kepada apa yang disampaikan oleh guru. Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001) menegaskan bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009). Jelas daripada pernyataan 2 tokoh diatas, perbincangan adalah satu cara yang terbaik untuk mewujudkan perbincangan yang aktif dan melibatkan kedua-dua belah pihak. Melalui perbincangan ini, ilmu dapat diperkembangan lagi dan ilmu-ilmu yang tidak diperolehi dalam sukatan pelajaran boleh diperolehi (ilmu baru). Sebagai kesimpulannya, teori Behavioris yang saya dan kumpulan bawakan di dalam teknik pengajaran kami adalah sangat membantu kami dalam memahamkan murid tentang operasi bercampur ini.

Вам также может понравиться