Вы находитесь на странице: 1из 4

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat.

Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan
Kesan : Pastik: Disamping itu banyak kesan-kesan yang akan berlaku terhadap alam sekitar, kesihatan manusia, serta turut mengugat ekonomi negara. Antaranya ialah kematian haiwan,Pembuangan sampah sarap akan menyebabkan sungai berbau busuk. Antaranya ialah kematian haiwan, pencemaran sumber air, aliran ai r bawah tanah, tanah dan udara. Selain itu kandungan yang terdapat didalam beg plastik itu sendiri iaitu bersifat karsinogenik yang akan mengganggu hormon, DNA manusia dan akan menyebabkan manusia mudah untuk mendapat penyakit kanser. Disamping itu kos kitar semula beg plastik lebih mahal dari pembuatan satu beg plastik dan beg plastik yang diperbuat daripada petroleum yang merupakan sumber bahan api yang akan habis dalam 50 tahun lagi. Pengawetan Makanan Pengawet asid benzoik: Apabila digunakan secara berlebihan, pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan kerengsaan perut. Ada juga laporan yang menujukkan bahawa ia boleh menjejaskan sistem saraf. Bagi mereka yang mengalami lelah atau pun yang mempunyai penyakit ruam kulit (seperti jenis urtikaria dan ekzema) bahan pengawet seumpama ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Pengawet nitrat dan nitrit: pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah. Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser

pada haiwan ujian. Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu.

Kesan Makanan Segera Konsep makanan segera sudah begitu sinonim dengan masyarakat kita kerana ia cepat, mudah dan lazat. Dari sudut positifnya konsep makanan segera ini sesuai dengan gaya hidup masa kini yang mementingkan penggunaan masa kerana sibuk bekerja mencari rezeki. Tetapi jika kita lihat dari perspektif lain, teknologi makanan seperti makanan segera yang disebut sebentar tadi banyak memberikan kesan negatif terhadap manusia. Akibatnya manusia semakin malas untuk memasak walaupun sekadar menggoreng telur! Lihat saja wanita masa kini apabila ditanya perihal kemahiran memasak kebanyakan mereka tidak tahu.

Penutup: Kesimpulan,oleh kerana kita didedahkan dengan bermacammacam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

Вам также может понравиться