You are on page 1of 3

Cara Menggandakan Kekayaan Dengan Hutang

by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on NOVEMBER 18, 2011

Bagi sahabat yang telahpun bebas dari hutang, tahniah! Satu berita baik yang saya nak kongsikan, kita sebenarnya boleh memanfaatkan pinjaman untuk menggandakan kekayaan! Maksud Sebenar Bebas Hutang Dulu saya fikir, orang yang bebas hutang ialah orang yang bebas daripada segala bentuk pinjaman. Tapi bila saya study balik, itu bukan maksud sebenar Bebas Hutang. Walaupun memang bagus hidup tanpa buat apa-apa pinjaman, tapi kita akan terlepas peluang-peluang untuk gandakan kekayaan menggunakan teknik yang digunakan oleh orang kaya-kaya di dunia iaitu OPM (use Other Peoples Money). Bebas Hutang juga bermaksud kita ada pinjaman, tetapi bebas daripada segala tanggungan atas pinjaman. Caranya ialah kita memanfaat apa yang dikatakan Good Debt untuk gandakan kekayaan sedia ada. Good Debt ialah hutang yang membuatkan kita lebih kaya, iaitu hutang yang disandarkan kepada aset yang sentiasa meningkat nilainya! (Topik pasal Good Debt saya pernah sentuh dalam artikel Hutang Berkat vs Hutang Mudarat). Untuk mudah faham, saya dedahkan pinjaman yang saya dah buat disaat saya menulis artikel ni, iaitu; Pinjaman #1: Perumahan Saya membeli sebuah apartment kos sederhana, tingkat 1, persekitaran terurus baik, dekat dengan KL, mempunyai reserved parking, dan mudah disewakan. Rumah ni boleh dapat penyewa pada bila-bila masa. Bila penyewa keluar, terus orang berebut nak sewa. Dan nilai hartanah meningkat sekitar 10% setahun. Ansurannya RM550 sebulan, tetapi ia ditanggung oleh penyewa sebanyak RM550 sebulan, dan saya dapat insentif daripada syarikat sebanyak RM250 sebulan sebab

membeli rumah! Berita lebih baik, pinjaman perumahan tu dilindungi oleh Takaful. Kalau saya mati, waris saya dapat rumah tu free! (Pinjaman dibackup dengan hartanah, dan takaful, dibayar oleh penyewa) Pinjaman #2: Peribadi Saya buat pembiayaan peribadi dari Bank Islam sama dengan jumlah yang saya layak keluarkan dari EPF, Akaun 2. Saya gunakan kesemua duit pinjaman peribadi tu untuk membeli emas & perak yang nilainya naik at least 20% setahun. Ansurannya RM550 sebulan, tetapi duit ansuran tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pengeluaran EPF RM550 sebulan (sama kadar ansuran membeli rumah). Berita lebih baik, kalau saya mati, pinjaman peribadi tu dilangsaikan oleh Takaful (pakej pinjaman), dan waris saya akan dapat emas & perak tu percuma bersama baki duit EPF yang belum lagi dikeluarkan! (Pinjaman dibackup dengan emas & perak, takaful, dibayar dengan duit simpanan EPF) Pinjaman #3: Ar-Rahnu Saya pajak sebahagian emas saya untuk dapatkan tunai, dan tunai tu saya rolling untuk bisnes emas yang confirm untung! Kos pajak 1.10% sebulan, tapi saya biasanya dapat keuntungan at least 5% sebulan menggunakan duit pajak (duit orang lain). Kalau saya mati, waris saya cuma perlu ambik duit yang saya namakan Dana Pajak, bayar pada Ar-Rahnu untuk tebus balik emas-emas tersebut. (Pinjaman dibackup dengan emas, untuk urusniaga emas yang confirm untung)

Kalau sahabat perhatikan, kesemua 3 jenis pinjaman yang saya buat bercirikan:

Pinjaman membeli aset yang sentiasa meningkat nilainya. Ianya dibackup dengan aset sedia ada, serta dilindungi takaful.

Ansuran bulanan ditanggung oleh orang lain, bukan duit gaji saya. Kalau mati atau hilang upaya, saya & waris tak menanggung hutang walaupun 1 sen.

Bagi saya, teknik menggandakan kekayaan menggunakan duit orang lain (OPM) ni hanya sesuai untuk sesiapa yang telah pun berjaya buang tabiat dan mindset suka berhutang. Bagi yang masih dikelilingi hutang, dan masih rasa selesa dengan Bad Debt yang sedia ada, saya tak syorkan guna teknik ni. Takut ia membuatkan tabiat suka berhutang jadi makin parah! Wallahu alam. Zulkifli Damansara 18 22 Dzulhijjah 1432 p.s. Nanti saya tuliskan artikel khas cara saya menggandakan kekayaan menggunakan duit EPF Akaun 2, insyaAllah. Kalau tinggal macam tu jer dalam EPF nanti rugi sebab dah la dividend ciput, dan investmentnya pulak HALAM (bercampur halal dan haram). November Damai 2011