Вы находитесь на странице: 1из 18

BIODATA DIRI

NAMA I/C NO OPSYEN

: MOHD FAZLAN BIN ISMAIL : 880110115035 : PISMP BM/PJ/MU SEM 1

AMBILAN : Januari 2009 ALAMAT NO TEL : LOT 440,JLN TEMBILA, KG PAYA RAWA, 22200 BESUT, TERENGGANU : 014 5093680

TARIKH PBS : 23-27 Mac 2009

2. Penyataan profesional / Kontrak tugas


1|Page

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip yang mana ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Melalui pemerhatian saya selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Utama, saya dapati amalan-amalan FPK ini diaplikasikan sepenuhnya oleh komuniti sekolah. Ia dapat dilihat pada peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah, prasarana, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dan juga program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah . Setiap sekolah menyediakan beberapa kemudahan-kemudahan yang tertentu. Kemudahan ini sangat diperlukan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Kemudahan fizikal seperti kantin,tandas dan sebagainya sangat diperlukan. Kemudahan ini menjadi sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Kemudahan humanistik yang terdapat di SKSU adalah seperti surau, bilik rawatan, bilik bacaan, bilik kaunseling, pondok pengawal keselamatan, pondok menunggu, bilik mesyuarat,pondok rehat dan tapak semaian. Kemudahan humanistik ini berguna untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar. Selain itu, kemudahan P&P juga banyak di sekolah ini. Kemudahan ini seperti OHP, bilik darjah, bilik J-QAF, bilik pemulihan, bilik pemulihan J-QAF, bilik BBM dan banyak lagi. Kemudahan ini merupakan kemudahan yang paling penting di sesebuah sekolah. Tanpa kemudahan ini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat dijalankan. Kemudahan P&P di SKSU boleh dikatakan lengkap dan banyak. SKSU sangat menitikberatkan soal akademik muridnya. Oleh itu, kemudahan P&P di sekolah ini dijaga dan dikawal dengan sebaik-baiknya. Kemudahan yang terakhir ialah kemudahan komunikasi. Di SKKGB terdapat telefon, faks dan email. Dengan adanya kemudahan ini, pihak luar dapat menghubungi SKSU pada bila-bila masa sahaja. SKSU juga mempunyai laman webnya sendiri. Di laman ini, terdapat sejarah sekolah, bilangan guru dan murid, kemudahan di sekolah, lagu sekolah dan banyak lagi.

2|Page

Laporan Sebelum Menjalankan PBS Sebelum melaksanakan PBS, saya dan empat orang rakan saya telah bersepakat untuk memilih Sek. Keb. Seri Utama, yang terletak di Batu Pahat, Johor sebagai sekolah untuk kami melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada sem ini. Ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi saya kerana kami baru sahaja layak untuk mengambil ijazah. Pada sem 1 kami diwajibkan untuk melakukan aktiviti PBS ini. Di dalam tugasan yang diberi, kami dikehendaki untuk melakukan pemantauan keseluruhan di sekolah dan mendapatkan pelbagai maklumat daripada warga-warga sekolah tersebut untuk kami muatkan ke dalam portfolio untuk dihantar selepas melaksanakan PBS ini. Ketika di Institut Perguruan kami, kami telah diberi penerangan yang jelas dari pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan berkaitan apa yang harus dilakukan ketika melakukan PBS di sekolah. Kami juga turut bertanya kepada para pensyarah untuk mendapatkan tips-tips bagaimana hendak mendapatkan interaksi yang baik bagi memudahkan kami mendapatkan maklumat dari pihak sekolah. Selain itu juga, kami turut mendapatkan pandangan serta pendapat dari pelajar yang telah melakukan PBS ini. Pelbagai ilmu yang kami perolehi dari senior kami yang lebih berpengalaman dalam melaksanakan PBS ini. Kami juga turut merujuk kepada senior mengenai perkara yang perlu dimuatkan di dalam portfolio PBS ini. Mereka telah memberikan beberapa contoh portfolio yang telah dihasilkan untuk dipinjamkan bagi digunakan oleh kami sebagai bahan rujukan. Kami amat bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan senior kami yang sanggup memberikan kerjasama yang baik bagi membantu kami yang baru pertama kali melakukan PBS ini.

Sehari sebelum menjalankan PBS ini saya dan rakan-rakan saya telah tiba di Batu Pahat, Johor dan akan tinggal di rumah salah seorang rakan kami yang tidak jauh

3|Page

dari sekolah tersebut. Setelah selesai mengemas, kami mula bersedia untuk menjalankan PBS ini. Kami pastikan yang kami akan berada dalam keadaan kemas untuk menjaga nama baik Institut Perguruan Kota Bharu dan juga imej sebagai seorang bakal guru.

Selain itu, borang-borang yang perlu diberikan kepada guru besar juga perlu dikemaskinikan supaya matlumat mengenai kumpulan kami lengkap dan kami dapat menjalankan aktiviti PBS dengan sempurna. Kesemua aktiviti itu telah dilakukan pada malam terakhir sebelum menjalankan PBS ini. Pada malam tersebut juga kami telah tidur dengan lebih awal kerana tidak mahu terlewat untuk ke sekolah keesokan harinya.

3. Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

4|Page

23 MAC 2009. Pada hari pertama kami menjejakkan kaki ke sekolah tersebut, kami telah disambut baik oleh Guru Besar, Tn Hj Abd Rahim Bin Hashim dan dibawa terus untuk menyertai perhimpunan. Ucapan telah diberikan daripada guru bertugas dan Guru Besar pada perhimpunan ini. Setelah itu, kami dibawa oleh beliau ke bilik beliau. Kami menerangkan tujuan kedatangan kami dan apa yang harus kami lakukan sepaanjang seminggu kami akan berada di situ. Beliau menyatakan yang kedatanagan kami amat dialu-alukan dan kami akan menerima sepenuh kerjasama daripada kakitangan sekolah ini. Kami turut mengambil kesempatan ini untuk menemu ramah beliau.. Beliau kemudian meminta diri untuk berjumpa dengan murid-murid yang ingin bertolak ke pertandingan bola tampar peringkat daerah. Beliau percaya kata-kata semnagat dari beliau dapat membangkitkan semangat juang pelajar-pelajarnya jadi penting untuk beliau berjumpa mereka sebelum merka berangkat. Kami menghabiskan hari pertama kami dengan berkenalan dengan guru-guru lain dan memantau sekeliling sekolah.

Perhimpunan pagi hari Isnin

5|Page

24 MAC 2009. Pada hari kedua, kami telah menemu ramah Guru Penolong Kanan 1, untuk mengambil seberapa banyak maklumat yang beliau berikan.. Beliau mula bertugas tidak lama selepas beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Jadi banyak yang telah kami peroleh daripada beliau. Beliau juga telah memberikan salinan rancangan pengajaran kepada kami. Kemudian beliau terpaksa meminta diri kerana mempunyai kelas untuk dihadiri. Seterusnya kami menemu bual Guru Penolong Kanan Kokurikulum,. Tidak banyak masa yang dapat kami luangkan dengan beliau kerana beliau sibuk dengan urusan lain. Tetapi ribuan terima kasih kami ucapkan kepada beliau kerana masih sudi meluangkan sedikit masa dengan kami walaupun dalam kesuntukan masa.

25 MAC 2009. Kami meluangka hari ke 3 kami untuk mengambil gambar-gambar prasarana sekolah. Kami berjalan ke sekeliling sekolah dan mengambil gambar di sekeliling sekolah antaranya makmak computer, padang sekolah, mural sekolah, bilik guru, kantin, pejabat, bilik mesyuarat dan macam-macam lagi.

6|Page

7|Page

Contoh prasana sekolah

8|Page

26 MAC 2009. Pada hari keempat pula kami menemu bual Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau juga adlah seorang guru senior di sekolah ini. Dari gaya beliau bercakap, kami dapat memberitahu yang beliau memang seorang guru yang tegas tetapi sangat mengambil berat tentang anak-anak muridnya. Beliau sendiri telah mengaku murid-murid di sekolah itu sebagai anak-anaknya sendiri. Beliau adalah contoh seorang guru yang harus diikuti dan dijadikab role model bagi bakal-bakal guru seperti kami ini.. 27 Mac 2009. Tugasan yang telah kami sediakan hampir siap sepenuhnya. Pada hari tersebut, saya dan rakan mengambil peluang untuk memasuki mana-mana kelas yang tidak dimasuki guru. Kami disambut mesra oleh murid-murid kelas tersebut dan kami telah membuat satu pernacangan secara spontan untuk mengadakan aktiviti ringkas seperti permainan kuiz bahasa. Kami akan membahagikan murid-murid ini kepada beberapa kumpulan kecil dan kepada kumpulan yang dapat memenangi permainan ini akan diberi hadiah oleh kami. Secara keseluruhannya, kami berjaya mengawal kelas dengan baik dan terkawal disamping dapat menghiburkan murid-murid kelas tersebut.

9|Page

4. Interaksi Dengan Murid

Dalam sesi berinteraksi bersama murid, saya sempat berinteraksi dengan pelajar dari kelas 4Gemilang iaitu adik Mohd Haziq Jamil. Hasil dari temubual yang saya dapati beliau merupakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu, beliau juga turut mewakili sekolah di dalam pertandingan bercerita peringkat daerah. Adik Haziq juga turut cemerlang di dalam sukan kerana mewakili badminton mewakili sekolah.. Apabila di tanya masalah yang di hadapi ketika belajar, adik menyatakan yang dia mempunyai sedikit masalah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Dia dan rakan-rakannya menyatakan yang mereka sering mendapat markah yang rendah dalam mata pelajaran ini. Setelah ditanya bagaimana dia mengatasi masalah ini, dia berkata yang dia sering meminta tunjuk ajar dari abangnya.. Dia turut berkata guru mata pelajarannya ada membuat kelas tambahan bagi memperbaiki prestasi mereka. Saya dapat rasakan yang adik bakal menjadi seorang pelajar yang cemerlang berdasarkan prestasinya buat masa ini. Saya mendoakan adik supaya menjadi orang yang berjaya dan tidak terjebak dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

10 | P a g e

5. Pengalaman Berasaskan Sekolah Aktiviti Profesional (Semester 1)

a) Persekitaran Sekolah

1. Nama dan alamat sekolah: Sekolah Kebangsaan Seri Utama, SG. Nibong 83600 Semerah, Batu Pahat, Johor

2. No. telefon sekolah: 07-4163858.

3. Lokasi: Batu Pahat, Johor.

4. Nama Guru Besar: Tuan Haji Abd. Rahim Bin Hashim

5. Nama Guru Penolong Kanan Pentadbiran: Tuan Haji Zulkiflie Bin Daud.

6. Nama Guru Penolong Kanan HEM: Encik Daud Bin Jaafar.

7. Nama Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum: Tuan Haji Ramli bin Ahmad

11 | P a g e

8. Nama Penyelia Petang: Tiada

9. Gred Sekolah: A

10. Bilangan guru: i) ii) lelaki: 17 perempuan: 15

11. Bilangan kelas: 14.

12. Purata saiz kelas: 24*24 kaki.

13. Jumlah murid: 470

i)

Melayu a) Lelaki: 229. b) Perempuan: 241.

ii)

Cina a) Lelaki: b) Perempuan: -

iii)

India a) Lelaki: b) Perempuan: -

12 | P a g e

14. Lain-lain maklumat yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini a) Dipilih sebagai antara sekolah pertama untuk melaksanakan program Pusat Sumber Pendidikan Negeri

b) Persekitaran dan iklim bilik darjah Bagi mengetahui dan mendalami lagi suasana, persekitaran dan iklim di dalam kelas. Saya telah mengikuti bersama P&P beberapa orang guru dengan membuat pemerhatian dari belakang sudut kelas.

PAPAN PUTIH

MEJA GURU PINTU DEPAN

SUDUT BACAAN KELAS

SUSUNAN MEJA MURID TONG SAMPA H

PINTU BELAKAN G

13 | P a g e

6.Refleksi

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada bakal guru sebagai langkah persediaan untuk menjejakkan kaki ke sekolah. Pelbagai pengalaman dan maklumat berguna yang saya perolehi sepanjang seminggu menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Utama.

Melalui PBS ini, saya lebih jelas mengenai peranan pihak pengurusan, guru dan organisasi sekolah. Ia memberikan saya gambaran bagaimana bidang kerja saya sebagai guru kelak. Di samping itu, saya juga mengetahui dengan lebih lanjut mengenai prasarana sekolah, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sesebuah organisasi sekolah. Secara ringkasnya, pengalaman menjalani PBS ini amat berguna dan harus dimanfaatkan oleh semua bakal guru sebagai persediaan untuk ke sekolah. Saya akan menggunakan segala ilmu yang diperoleh sebaik mungkin apabila menjejakkan kaki ke sekolah kelak.

Sepanjang permerhatian saya di Sekolah Kebangsaan Seri Utama terdapat beberapa aspek positif yang boleh diperhatikan dan dipelajari secara langsung atau tidak langsung. Pada setiap pagi murid-murid akan beratur di luar bilik darjah masingmasing untuk sama-sama mengaminkan doa dan surah ringkas dari Al-Quran. Setaip kelas dikawal oleh dua orang pengawas. Doa dan surah ini dibaca pada pukul 7.35 pagi. Dengan bacaan doa ini murid-murid akan memulakan pelajaran dengan
14 | P a g e

keberkatan daripada Allah S.W.T. Amalan ini sangat bagus diamalkan kerana sebelum memulakan sesuatu pekerjaan kita seharusnya meminta keberkatan dari Tuhan.

Selain itu, aspek positif yang dapat diperhatikan di SKSU ini ialah murid-murid mengamalkan adab memberi salam kepada guru, pekerja am serta ibubapa yang hadir ke sekolah. Adab ini sangat digalakkan di kalangan generasi kita pada masa sekarang supaya menghormati orang tua. Pada hari pertama saya masuk ke sekolah ini juga saya telah ditegur dan diberi salam daripada murid-murid di sekolah ini. Ini menunjukkan adab memberi salam kepada orang tua sangat dipraktikkan di SKSU. Dengan adab memberi salam ini juga mampu menjalinkan hubungan silaturrahim di antara murid dengan guru dan orang sekeliling mereka. Ucapan salam ini adalah satu amalan yang ditekankan dalam agama Islam yang bermakna mendoakan kesejahteraan orang yang menerima salam.

Melalui pemerhatian saya, hubungan di antara pelajar dan murid di sekolah ini sangat rapat bagaikan seorang ibu atau bapa dengan anak. Sebagai seorang guru, kita seharusnya berhubungan baik dan mesra dengan murid. Dengan ini, murid akan berasa senang dengan guru dan pembeajaran akan berjalan dalam keadaan yangs seronok dan secara tidak langsung pencapaian akademik akan bertambah baik. Hal ini
15 | P a g e

disebabkan, pembelajaran yang berjalan dalam keadaan yangs seronok lebih memberikan kesan yang mendalam kepada murid untuk memahami isi pengajaran dan murid lebih menguasai pembelajaran tersebut. Oleh itu, hubungan kita sebagai guru, perlu akrab dengan murid. Guru-guru di SKSU tidak mencampur adukkan di antara kerja dan soal peribadi. Walaupun mempunyai masalah yang tersendiri, guru di sini tidak sama sekali melepaskan marah tersebut kepada murid-murid di SKSU.

Di SKSU, guru sangat menekankan aspek akademik di samping kokurikulum dan sahsiah diri. Bagi meningkatkan semangat murid untuk terus belajar sekolah memberikan ganjaran kepada murid yang paling cemerlang pada setiap ujian bulanan. Dengan cara ini, murid yang lain akan lebih bersemangat untuk terus belajar bagi memperolehi keputusan yang cemerlang dan sekaligus meningkatkan semangat untuk terus berusaha dan kejayaan akademik di SKSU terus meningkat. Di SKSU juga terdapat senarai nama-nama nabi dan Asma Al-Husna di sepanjang laluan ke blok. Dengan adanya senarai ini, murid secara tidak langsung akan mempelajari sesuatu ketika melalui laluan ini. Selain itu, terdapat juga hiasan yang berbentuk akademik di dinding sekolah yang boleh dijadikan pengajaran secara tidak langsung kepada murid. Semasa menjalankan PBS, terdapat aspek-aspek yang dapat diperbetulkan. Sepanjang PBS saya telah mengenalpasti beberapa aspek yang boleh diperbaiki di SKPK. Pembaharuan perlu dilakukan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. aspek pertama ialah keadaan dan suasana bilik darjah di sekolah. Terdapat sesetengah bilik darjah di SKSU berada dalam keadaan yang tidak terurus dan tidak ceria. Pembaharuan perlu dilakukan untuk menceria dan mebersihkan bilik darjah ini. Apabila bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih ,
16 | P a g e

ceria dan kondusif, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Murid juga akan berasa lebih bersemangat untuk terus belajar. Selain itu, sesetengah cikgu yang menggunakan hukuman fizikal untuk menghukum murid perlu diberhentikan. Melalui hukuman murid bukan sahaja menjadi lebih agresif bahkan jua prestasi dari segi akademik dan sahsiah diri murid akan menurun. Kita sebagai seorang guru tidak seharusnya menggunakan kekerasan untuk membentuk seorang murid. Kita perlu menggunakan pendekatan yang lebih baik bagi menanggani masalah murid terutamanay pada zaman sekarang. Murid pada zaman sekarang lebih bijak dan lebih terdedah dengan masalah sosial. Kita sebagai seorang guru perlu menggunakan cara yang lebih efektif dan bijaksana dalam menanggani kerenah murid zaman sekarang. Melalui kekerasan, murid tidak akan dapat dibentuk dengan baik sebaliknya keadaan ini akan menyebabkan mereka akan lebih cepat memberontak dan malas belajar.

Selain itu, terdapat aspek yang lain iaitu aktiviti kokurikulum. Guru perlu menyediakan keperluan yang lengkap untuk aktiviti sukan dan unit beruniform terutamanya. Semasa aktiviti sukan dan unit beruniform dijalankan, murid-murid tidak dapat menjalani aktiviti tersebut kerana kekangan seperti tiada padang, tiada kelengkapan seperti baju lengkap beruniform. Aktiviti kokurikulum juga boleh dilakukan walaupun padang dan kelengkapan tiada. Guru boleh menjalankan aktiviti yang tidak memerlukan penggunaan padang seperti permainan catur, badminton,kawad kaki dan sebagainya.

Selain itu, corak mural di sesetengah dinding di blok SKSU perlu diperbaharui. Corak-corak ini telah pudar dan tidak menarik lagi untuk dijadikan hiasan di dinding sekolah. Corak mural ini boleh dibuat oleh murid sendiri. Guru boleh mengadakan hari membersihkan kawasan sekolah pada hari minggu untuk menceriakan lagi kawasan sekolah. Guru boleh meminta murid untuk membuat corak mural di dinding sekolah. Dengan ini, kawasan sekolah akan menjadi lebih ceria, cantik dan menarik. Melalui
17 | P a g e

persekitaran yang kondusif, semangat murid untuk datang kesekolah dan untuk belajar akan meningkat.

18 | P a g e

Вам также может понравиться