Вы находитесь на странице: 1из 19

ISI KANDUNGAN

PERKARA NO MUKA SURAT

PENGENALAN

2-3

STRATEGI YANG SESUAI DALAM MENGELOLAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH

3-13

KEPENTINGAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

13-15

REFLEKSI

16-18

RUJUKAN

19

1.0 PENGENALAN Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan persaingan sengit era globalisasi. Bagi merealisasikan misi tersebut guru memainkan peranan utama sebagai pelaksana di peringkat sekolah. Dalam pelaksanaan di peringkat sekolah aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama. Bilik darjah yang diurus dengan cemerlang dan berkesan mampu melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan boleh bersaing dalam era globalisasi sebagai global players. Bilik darjah merupakan sebuah organisasi kecil dalam sebuah sekolah. Oleh itu pengurusan bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Pelajar-pelajar di sekolah kebiasaannya mempunyai tingkah laku yang aktif dan cepat bosan dengan persekitaran yang pasif dan statik. Gaya pengajaran guru yang membosankan dan disiplin sekolah yang menyekat banyak aktiviti mereka. Ini menyebabkan pelajar melakukan berbagai masalah disiplin seperti ponteng kelas, tidur , tidak menyiapkan kerja sekolah, bertindak ganas, tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang diajar, suka membantah, menunjuk-nunjuk dan melawan guru. Dalam perbincangan ini saya akan mengemukakan perancangan bagaimana sebuah bilik darjah yang dinamik yang diurus dengan baik mampu mengubah tingkah laku dan potensi pelajar kepada lebih baik dan seterusnya muncul sebagai pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang

Guru pula merupakan insan yang bertanggungjawab mengurus ,merancang dan melaksanakan proses P & P yang menarik dan menyeronokkan untuk merangsang pelajar untuk belajar sehingga mencapai objektif yang diharapkan. Tugas ini hanya dapat dilaksanakan oleh guru-guru berkualiti yang mempunyai personaliti dan watak guru sejati serta mempunyai integriti semasa menjalankan tugasnya. 2.0 STRATEGI YANG SESUAI DALAM MENGELOLAKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH 2.1 Aktiviti Kelas Aktiviti kelas kebiasaannya berfokuskan kepada penyampaian guru kepada seluruh kelas. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktivitiaktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah : Kaedah sumbang saran Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah oudioligual Kaedah kodkognetif Kaedah projek

Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. 2.2 Aktiviti berkumpulan dan berpasangan
5

Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada muridmurid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. Aktiviti berkumpulan dan berpasangan ini biasanya sesuai menggunakan strategi berpusatkan pelajar. Definisi pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri. Guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya memberikan pemahaman konsep baru yang mendalam. Selain itu, pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman

pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan
6

mereka dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka. Di sini, disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah: i. Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,,

bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif. ii. Pendekatan Kumpulan

Pelajaran

secara

kumpulan

berlandaskan

prinsip-prinsip

psikologi

kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk

mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk. Selain itu,

kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif iii. Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009). iv. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkahlangkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah,

mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan

mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran. v. Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-cirinya merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya, dalam simulasi, peranan

peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi
9

dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis. vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaranpembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal, pembelajaran bahasa permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-

mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-

bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna, kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi dan ia juga mengembangkan daya

belajar kesan daripada keseronokkan bermain

imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah. vii. Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia juga membantu pelajar

bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek,


10

memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, sesuai dengan objektif pelajaran, projek yang

kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh

kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan. viii. Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk

memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.

2.3 Aktiviti Individu Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan
11

pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individuindividu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak

menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.

12

Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lainlain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting. 3.0 KEPENTINGAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH DALAM MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah dengan kejayaan murid. Pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan

guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan. Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik.

Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.
13

Selain itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif di dalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan. Pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. Guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan atau penerapan nilai ilmu. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada murid, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjolkan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Guru harus sedar bahawa apa apa mata pelajaran bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial.

14

REFLEKSI KENDIRI (NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA) Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Saya Sebelum melakukan tugasan ini, saya cuba memahami kehendak soalan.. dapati tajuk ini sangat menarik dan tidak terlalu sukar untuk mendapatkan
15

maklumat kerana soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan apa yang kami pelajari di kelas. Saya juga berupaya merancang strategi untuk mencari bahan-bahan rujukan. Antara bahan-bahan rujukan yang saya perolehi ialah daripada internet dan buku rujukan. Saya juga berupaya memilih sumber yang berkualiti dengan cekap secara kendiri. Dalam tugasan ini, saya berusaha menentukan maklumat yang diperolehi mencukupi untuk menyokong kesimpulan. Selepas selesai melakukan tugasan ini, saya berusaha menyusun semula maklumat penting supaya mudah dicapai bagi

meningkatkan kefahaman. Selain itu, banyak yang saya perolehi daripada tugasan ini. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu

pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Ada guru yang menekankan penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra. Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan tajuk pengelolaan bilik darjah. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta berilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Malah, saya juga dapat mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiranpemikiran beberapa orang ahli psikologi yang telah mengkaji dan mengaitkan dalam bilik darjah dengan mencipta teori atau model mereka sendiri.
16

Malahan, pemilihan langkah dan teknik yang bersesuaian ini dapat menunjukkan ciri-ciri kepimpinan seorang guru itu sendiri. Oleh hal yang demikian, seseorang guru itu akan dilihat sebagai seorang yang berjaya mengatasi masalah disiplin dalam bilik darjah berdasarkan cara serta corak kepimpinannya sendiri. Dapatan saya daripada kerja kursus ini ialah, saya memahami dengan lebih mendalam bagaimana untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran apabila berdepan dengan murid murid yang mempunyai perbezaan dari segi aras kecerdasan. Isu ini sememangnya menghantui guruguru sekarang. Guru tidak sepatutnya mempersalahkan murid yang dilahirkan sedemikian, guru perlu mengkaji bagaimana murid tersebut belajar atau boleh menerima ilmu dengan mudah dan gunakan kajian tersebut sebgai kekuatan untuk berdepan murid tersebut. Guru juga perlu kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran agar ia sesuai untuk muridnya. Sememangnya ia agak sukar tapi itulah tanggungjawab guru. Akhir sekali jutaan terima kasih buat pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya melakukan tugasan ini iaitu Puan Farah Lo bt Abdullah. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang memberi tunjuk ajar sepanjang saya melakukan tugasan ini. Akhir kata saya ingin mohon maaf andai saya melakukan kesilapan sepanjang melakukan tugasan ini. yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Yang benar,
17

.. (NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA)

RUJUKAN Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel.(2009). Pengurusan bilik darjah, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Haji Zainal (2008). Guru Bestari Pelajar Jauhari, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn Bhd.

18

Myint Swe Khine, A. Lourdusamy, Quek Choon Lang, Angela F.L Wong (2005). Classroom Management, facilitating teaching and learning , Singapore: Pearson Education South Asia Pte Ltd. ZAWAWI, S. (n.d.). Psikologi Perkembangan. Retrieved march 1, 2010, from blogspot: http://shukreyahz.blogspot.com/

19

Вам также может понравиться