Вы находитесь на странице: 1из 32

ISI KANDUNGAN

PERKARA PENGHARGAAN PENGENALAN PERINGKAT PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA MUKA SURAT 2 3-4 5-15

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

16-22

DUA UNSUR PERLEMBAGAAN DALAM MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK YANG LEBIH KUKUH DI MALAYSIA KE ARAH MENCAPAI KONSEP 1 MALAYSIA

23-26

REFLEKSI KENDIRI RUJUKAN

27-31 32

1.0 PENGHARGAAN Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Selvaraj A/l Palaniappan, Pensyarah Matapelajaran Hubungan Etnik (WAJ 3106) , di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa yang telah membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu usaha kami tidak mendapat restu dan sia sia. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

2.0 PENGENALAN

Selepas usaha memperoleh kemerdekaan daripada penjajah terlaksana dan kemerdekaan Tanah Melayu telah berjaya dicapai pada 1957 idea pengukuhan sebuah negara masih diteruskan. Pada 27 Mei 1961 bertempat di Royal Adelphi, Singapura Tunku Abdul Rahman telah membuat satu ucapan penting di satu majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara. Dalam ucapan tersebut, beliau telah menyatakan bahawa perlu diwujudkan satu penggabungan atau penyatuan dari segi ekonomi dan politik di antara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Cadangan tersebut telah mendapat perhatian dan liputan meluas di Asia Tenggara dan wilayah-wilayah yang terlibat dan reaksi yang positif dan negatif juga diterima ekoran kenyataan tersebut. Namun, walaupun mendapat pelbagai halangan dan tentangan, Malaysia telah berjaya ditubuhkan pada 16 September 1963. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Baru perlembagaan merupakan undang-undang atau peraturan negeri atau dasar pemerintahan negeri. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga perlembagaan merupakan suratan prinsip asas undang-undang atau peraturan negeri ,sesebuah unit dengan sesebuah unit dasar yang memerintah negeri. Perlembagaan juga dijadikan sebagai dokumen rasmi dan di dalamnya mengandungi segala prinsip dan peraturan sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir Negara. Professor A. V. Dicey menyatakan bahawa perlembagaan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Perlembagaan dijadikan dokumen rasmi dan didalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung didalamnya. Perlembagaan adalah kumpulan kaedah atau cara dan panduan untuk mengatur pentadbiran sesebuah negara. Panduan itu mengandungi asas-asas untuk membuat undang-undang supaya kerajaan yang memerintah boleh mengatur negara dengan lancar dan saksama. Terdapat beberapa perkara besar yang digariskan dalam sesebuah perlembagaan seperti kebebasan asasi, hak dan tanggungjawab pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa iaitu kerajaan dan rakyat. Perkara-perkara penting lain pula adalah seperti kewarganegaraan, kehakiman, kewangan, pilihanraya dan agihan
3

kuasa di antara pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti antara peringkat pusat dan peringkat negeri. Justeru, perlembagaan mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan/ atau memandu hubungan antara satu autoriti dengan autoriti yang lain, dan juga antara autoriti dengan rakyat awam. Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai maksud yang sama bagi semua Negara iaitu 1 peralihan kaedah undang-undang yang mengawal kerajaan Negara tersebut dan yang ada dalam sesuatu dokumen.Dalam buku ini ada menyatakan perlembagaan sebagai kumpulan insitut-insitut,adat-adat,undang-undang dan beberapa rukun prinsip yang tetap yang membentuk sistem yang umum. Berdasarkan buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia oleh Tun Mohd Salleh Abas yang diselenggara Haji Salleh Buang menyatakan bahawa perlembagaan merupakan suratan atau suratcara yang mengandungi semua undangundang yang tertinggi yang dikatakan penting bagi menghasilkan semua undangundang tertinggi yang dikatakan penting bagi menubuhkan sebuah Negara yang maju. Tambahan lagi,Syed Hussein Al Atas didalam bukunya perlembagaan Malaysia perkembangan 1957-1977 yang diedit oleh Tun Mohd Sufian dan H.P Lee menyatakan perlembagaan merupakan persetujuan negeri dalam dasar-dasar yang dijunjung oleh parti,ideologi yang berkaitan dan sistem politik. Perlembagaan di Malaysia merupakan sebuah perlembagaan bertulis dimana secara praktikalnya disokong oleh pelbagai dokumen tambahan dan sumber lain yang menguatkan perjalanan perlembagaan itu. Perlembagaan yang berfungsi adalah perlembagaan yang hidup dan dinamis, iaitu tidak beku setelah digubal kali pertama. Ertinya, perlembagaan boleh dikemaskini dan dipinda sesuai mengikut keperluan semasa dan tuntutan situasi. Malaysia sebuah contoh negara yang sensitive pada keperluan semasa. Apabila sesuatu situasi berubah yang menyebabkan sesuatu perkara dalam perlembagaan Malaysia sudah tidak sesuai, maka pindaan sewajarnya dilakukan. Tindakan begini membolehkan perlembagaan Malaysia sentiasa praktikal dan seiring dengan pemerintahan negara mengikut peredaran masa. 3.0 PERINGKAT PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA
4

3.1 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan dalam satu kertas putih pada akhir Januari 1946, pelbagai pihak terutamanya orang-orang Melayu telah bangkit menentang dengan kuatnya skim baru itu, anggota-anggota perkhidmatan awam Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin Melayu turut berganding bahu menentang rancangan union tersebut kerana syor-syornya yang jelas dilihat bakal memberikan kesan buruk kepada institusi pemerintahan beraja serta nasib masyarakat Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu mula sedar akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima jika Malayan Union dilaksanakan. Malah, rancangan tersebut juga turut mendapat kritikan daripada orang-orang Cina dan India. Usaha penentangan dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah tindakan memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan berkabung oleh orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa kerja telah dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri Melayu dan wakil wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang baru bagi menggantikan Malayan Union.Hasilnya, perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan Inggeris pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948. Umumnya, di samping usaha dan rundingan yang dijalankan bagi melaksanakan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, terdapat juga beberapa halangan dalam mencapai matlamat tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui penentangan terhadap rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang kelihatan sejak awal lagi dengan kewujudan pihak yang tidak bersetuju terhadap rancangan tersebut. Mereka terdiri daripada sesetengah pihak terutamanya mereka yang bukan berketurunan Melayu seperti orang Cina. Selain itu, di kalangan orang Melayu juga wujud PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang secara jelas dipengaruhi PKM atau Parti Komunis Malaya yang menentang rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Bagi bukan Melayu,
5

hasil daripada rasa tidak setuju ini telah direalisasikan dengan penubuhan AMCJA atau All Malaya Council of Joint Action setelah Kesatuan Cina Melaka yang ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock tidak begitu berpengaruh dalam politik sebelumnya. Pada peringkat awal, badan ini turut disertai oleh badan-badan Melayu yang tidak bersetuju dengan rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi telah keluar dari AMCJA. Pada Januari 1947, badan-badan pertubuhan Melayu yang telah keluar dari AMCJA termasuklah PKMM telah bergabung menubuhkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat. Kedua-dua badan politik ini akhirnya telah bergabung dalam menentang Perjanjian Persekutuan yang dilakukan dalam pelbagai sudut termasuklah usaha membangkitkan perasaan orang ramai. Walaupun pelbagai penentangan dilakukan, Persediaan untuk meggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu rancak dijalankan oleh jawatankuasa yang dianggotai 12 orang wakil Raja-raja, UMNO dan pegawai-pegawai British dan akhirnya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya ditubuhkan bagi menggantikan Malayan Union dan merupakan satu kejayaan hebat yang disambut oleh pelbagai etnik. Namun kejayaan ini turut diratapi oleh sesetengah pihak seperti AMCJA, PUTERA dan sebagainya terutamanya orang-orang Cina yang berasa telah tertipu kerana merasakan mereka lebih setia kepada British semasa perang. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan beberapa ciri yang berbeza daripada Malayan Union . Antaranya ialah kuasa memerintah Persekutuan Tanah Melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dan beliau akan dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (Executive Council) yang mengandungi ahli-ahli rasmi dan ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi. Persekutuan Tanah Melayu juga akan mempunyai Majlis Undangan yang dipengerusikan oleh pesuruhjaya Tinggi dan mempunyai 75 orang ahli iaitu 14 ahli rasmi, 9 Menteri Besar dari Negeri-negeri Melayu, 2 wakil dari Majlis-majlis mesyuarat negeri Pulau Pinang dan Melaka serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili kaumkaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu serta mewakili kepentingankepentingan perniagaan, buruh dan perusahaan lombong dan getah.

Secara umumnya, ahli-ahli yang tidak rasmi pada peringkat permulaan ini adalah dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan boleh dipilih orang ramai apabila tiba masanya. Hal ini mempunyai kesinambungan hingga kini kerana ahli-ahli Majlis Perundangan Persekutuan adalah dipilih melalui pilihanraya, cuma berbezanya semua ahli yang dipilih merupakan ahli rasmi dan tidak mempunyai ahli tidak rasmi. Perkiraan ahli dari segi kaum menunjukkan orang Melayu terdiri daripada 31 orang, 14 orang Cina, 7 orang Eropah, 5 orang India, dan masing-masing seorang Ceylon dan Serani. Berkaitan bidang kuasa, kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam hal-hal pertahanan, perdagangan, perhubungan, kewangan serta lain-lain yang mempunyai kepentingan bersama. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum perang. Namun dari segi kesannya, kuasa raja-raja Melayu hampir sama dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kerana kuasa pentadbiran lebih banyak dipegang oleh Majlis Mesyuarat Negeri serta Majlis Undangan Negeri. Sebuah Majlis Raja-raja telah dibentuk yang bertujuan membolehkan raja-raja Melayu berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi berkaitan hal-hal Imigreren yang diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Berkaitan Imigresen juga, seseorang warganegara persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memerlukan sebarang dokumen jika mahu masuk ke sesuatu negeri yang lain dari negeri kelahirannya. Kesinambungan daripada aspek ini juga dapat dikaitkan dengan penyatuan semua negeri-negeri di bawah satu unit persekutuan. Dalam hal ini, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi sembilan buah negeri-negeri Melayu dan Pulau pinang serta Melaka. Singapura pula kekal sebagai koloni yang berasingan. Bagi peringkat Negeri pula, Sultan mempunyai kuasa memerintah dengan bantuan sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan Negeri. Sultan ataupun Raja-raja bagi setiap negeri bertanggungjawab dalam mengesahkan sebarang rang unang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Malah juga boleh meluluskan rang undang-undang yang tidak berjaya diluluskan di Dewan Perundangan Negeri.seterusnya, Kerajaan Negeri
7

mempunyai kuasa ke atas Kerajaan Tempatan mereka sendiri, agama, pelajaran, pertanian dan tanah. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga meletakkan suatu lagi isu penting yang menjadi asas utama dalam penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union iaitu Hal Kewarganegaraan. Raja-raja Melayu telah bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada 300, 000 orang bukan Melayu yang layak. Ianya juga berpunca daripada fasal-fasal kewarganegaraan yang terbahagi kepada dua iaitu mereka yang memperoleh kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang dan mereka yang layak untuk meminta menjadi warganegara dengan cara kemasukan atau permintaan. Mereka yang menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang terdiri daripada penduduk asal dari negeri-negeri Melayu sama ada lahir sebelum, semasa, atau selepas tarikh yang ditetapkan seperti kandungan fasal 124 (1) (a) Perjanjian Persekutuan tanah Melayu iaitu Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bagi mana-mana Negeri Melayu sama ada yang diperanakkan dahulu,atau pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan;. Selain itu, warganegara British yang tinggal secara tetap dalam negeri-negeri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu sama ada sebelum, semasa atau selepas hari persekutuan juga merupakan warganegara secara kuatkuasa undang-undang. Hal ini berdasarkan kandungan fasal 124 (1) (b) dan fasal 124 (1) (c) Perjanjian Persekutuan tanah Melayu iaitu mana-mana Rakyat British yang dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sama ada dahulu,pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam persekutuan. Seterusnya, mana-mana Rakyat British yang telah diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam mana-mana negeri yang terkandung dalam persekutuan jika bapanya diperanakkan di mana-mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam persekutuan atau jika pada hari diperanakkan itu, bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut.. Syarat ini meletakkan seseorang itu perlu mempunyai bapa yang tinggal secara tetap dalam persekutuan bagi meletakkannya sebagai warganegara secara kuatkuasa undang-undang. Seseorang warganegara British juga boleh menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu secara kuatkuasa undang-undang jika lahir
8

dalam mana-mana Negeri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu serta bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Sementara itu, dalam Fasal 25 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, mereka yang layak untuk memohon menjadi warganegara ialah mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin secara tetap selama tidak kurang tempoh 8 tahun daripada tempoh 12 tahun berada di Persekutuan Tanah Melayu. Seseorang itu juga boleh memohon untuk menjadi warganegara jika telah tinggal dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merta dari hari permohonannya. Selain daripada salah satu tempoh tersebut, seseorang itu juga perlu mempunyai syarat-syarat lain iaitu bertingkahlaku baik, pengetahun yang cukup dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, telah membuat pengakuan tinggal tetap dan jika permintaannya diluluskan, seseorang itu hendaklah bersedia untuk mengangkat sumpah kerakyatan. Bermulanya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai peribumi.[27] Hal ini kerana, semasa Malayan Union dibentuk, kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal agama sahaja dengan menjadi presiden majlis di negeri masing-masing. Namun, dengan perlembagaan baru ini, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Disamping itu, hal yang berkaitan kewarganegaraan telah kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan yang kembali diketatkan. Malah, orang-orang Melayu berasa kedudukan mereka sebagai bumiputera telah diselamatkan dan hal ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan meriah yang diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka. Gerakan menuntut kemerdekaan itu bolehlah dikatakan bermula dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Hal ini dapat dilihat kerana Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah dipinda serta diubah pada tahun 1951, 1953 dan tahun-tahun berikutnya yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan. Walaupun gerakan nasionalisme telah lama bermula, namun usaha secara diplomasi lebih berjaya dalam mencapai kemerdekaan dan cara ini telah
9

kelihatan di beberapa negara lain seperti di India melalui gerakan yang dipimpin oleh Gandhi. Justeru itu, Pembentukan persekutuan hasil gabungan negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat serta tolak ansur dalam menghasilkan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan merupakan langkah diplomasi dalam menuntut kemerdekaan. Mukadimah di sebalik perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 telah melahirkan keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk mengarah kepada pembentukan Kerajaan Sendiri. Tujuan ini dapat dilihat malalui ucapan MacDonald ketika membuat pengumuman mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menegaskan bahawa matlamat akhir Kerajaan British ialah memberi taraf berkerajaan sendiri kepada negara ini. Namun, di sebalik kenyataan ini, British pada asasnya meletakkan kepentingan ekonominya sebagai sangat mustahak dan disebabkan itu, huru-hara politik mestilah dielakkan dari tercetus di Persekutuan ini dan kerjasama politik dari semua bangsa penting dalam menjamin kestabilan politik. Suatu aspek yang dapat dilihat di sini ialah tujuan untuk berkerajaan sendiri itu adalah bagi menggalakkan kerjasama serta tolak ansur semua pihak, dan hal ini merupakan satu kepentingan ekonomi bagi British kerana politik yang stabil akan menggalakkan ekonomi. Di sebalik kejayaan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah terjadi pula kesan serta-merta iaitu tindakan Parti Komunis Malaya yang cuba merebut kuasa dan mahu menggulingkan kerajaan dengan menjalankan dasar melumpuhkan ekonomi dan pemberontakan ini bermula pada 18 Jun 1948. Hal ini telah membawa kepada pengisytiharan darurat serta pengenalan Rancangan Bringgs. Secara keseluruhannya, pembentukan perlembagaan Persekutuan 1948

merupakan desakan dan tentangan yang diketuai oleh UMNO yang menentang Malayan Union. Namun, walaupun UMNO dilihat sebagai tunjang yang menentang Malayan Union, parti-parti yang lain turut menentangnya seperti PKMM dan sebagainya. Apa yang jelas, idea British yang mahu mewujudkan negara kesatuan yang mempunyai status bangsa baru yang sama dalam unit politik Malaya terpaksa berkubur dengan penentangan yang menyeluruh terutama dari penduduk Tanah Melayu. Kesan daripada inilah, Pesekutuan Tanah Melayu diperkenalkan yang sedikit
10

sebanyak membela kepentingan masyarakat pribumi. Ringkasnya, melalui pesekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah membuka jalan juga kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sekaligus membawa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat penguasaan kolonial British.

3.2 PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957 Selepas Perang Dunia Kedua, perjuangan ke arah kemerdekaan semakin rancak. Setelah memenangi majoriti besar dalam pilihanraya Persekutuan pada 1955, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengadakan rundingan dengan kerajaan British mengenai Tanah Melayu. Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dan wakil-wakil Raja-raja Melayu telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan British pada 18 Januari 1956. Perikatan dan kerajaan British telah bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersesuaian dengan persetujuan itu sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Pada 8 Mac 1956 kerajaan British, selepas mendapat persetujuan Majlis Rajaraja Melayu, telah mengumumkan pembentukan sebuah Suruhanjaya bebas bagi mengkaji bentuk perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka dalam komonwel yang mengandungi lima orang anggota yang terdiri dari Lord Reid sebagai pengerusinya Ivor Jennings, Sir William McKell, B. Malik dan Hakim Abdul Hamid. Tanggungjawab Suruhanjaya ini adalah untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan mesyuarat dwidewan dan mempunyai kerajaan persekutuan yang kuat. Suruhanjaya juga hendaklah menjamin kedudukan dan darjat Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing-masing, mengadakan suatu rupa bangsa yang sama bagi seluruh persekutuan, dan seorang ketua negara bagi seluruh negara. Suruhanjaya juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain.

11

Dengan bidang tugas yang sedemikian, Suruhanjaya Reid mula menjalankan tugasnya untuk mendapatkan pandangan bagi menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya telah memulakan kerjanya pada akhir bulan Jun 1956. Rang Perlembagaan 1957 adalah satu usaha untuk menyediakan rakyat tempatan kepada sebuah negara yang berkerajaan sendiri dan seterusnya untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Melalui perlembagaan tersebut, masyarakat tempatan yang pelbagai kaum mempunyai hak mutlak dalam mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan dapat menikmati banyak faedah daripada perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan itu. Terdapat empat ciri utama yang terkandung di dalam Perlembagaan 1957. Ciri-ciri perlembagaan yang pertama ialah daripada segi struktur kerajaan. Yang Di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dan baginda akan dipilih daripada sembilan orang Raja-Raja Melayu. Baginda akan memegang jawatan tersebut selama 5 tahun secara bergilir-gilir dan akan menerima nasihat daripada Kabinet dan Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri adalah merupakan ketua pentadbiran Negara yang akan dibantu oleh sebuah kabinet yang bertanggungjawab membentuk dasar-dasar Kerajaan. Penubuhan sebuah badan perundangan yang dikenali sebagai Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat yang mempunyai 104 ahli dan Dewan Negara yang mempunyai sebanyak 38 ahli. Di peringkat negeri pula, Ketua Perlembagaan adalah diterajui oleh raja atau Yang Dipertua Negeri dan setiap negeri hendaklah mempunyai satu Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Selain itu, ciri perlembagaan yang kedua ialah terdiri daripada bahasa. Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu, namun penggunaan bahasa-bahasa lain secara umum tidak dilarang. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Mesyuarat Undangan atau Mahkamah hanya dibenarkan untuk tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan. Seterusnya ialah kewarganegaraan. Kewarganegaraan juga adalah ciri

perlembagaan kemerdekaan 1957. Antara syarat untuk mendapat kewarganegaraan adalah mereka yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas kemerdekaan dan mereka yang telahpun menjadi warganegara Persekutuan Tanah
12

Melayu sebelum kemerdekaan. Selain itu, mereka yang telah dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu, berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap di negara ini selama 5 tahun daripada 7 tahun yang lalu, dan mengetahui Bahasa Melayu boleh memohon untuk menjadi warganegara jika mereka bersedia untuk mengangkat sumpah taat setia pada negara ini. Syarat lain untuk mendapatkan kewarganegaraan ialah mereka yang dilahirkan di luar Persekutuan Tanah Melayu, yang berumur 21 tahun ke atas, tetapi telah menetap di negara ini selama 8 tahun daripada 12 tahun yang lalu, dan mengetahui Bahasa Melayu. Memiliki dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali mereka telah memili kerakyatan commonwealth. Peruntukan-peruntukan lain bagi Perlembagaan Kemerdekaan 1957 ialah kedudukan istimewa hak orang melayu hendaklah dikekalkan tanpa mengurangkan hak warganegara lain. Di samping itu, agama rasmi bagi Persekutuan Tanah Melayu adalah agama islam dan kebebasan beragama dibenarkan bagi semua warganegara ini.

3.3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia bermula sejak perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 selepas Persekutuan Malayan Union dimansuhkan akibat tentangan orang melayu. Perlembagaan negara Malaysia 1963 adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Apabila gagasan Persekutuan Malaysia diuar-uarkan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dipinda setelah Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai Persekutuan Malaysia yang baru. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 secara rasminya menjadi Perlembagaan Malaysia 1963. Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan sebuah kuasa yang tertinggi (Tun Mohamed Suffian, 1984). Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah. Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara13

perkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undang-undang itu sebagai tidak sah. Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak, malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen atau Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jika Akta dan Enakmen atau Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka, maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya. Penting bagi setiap rakyat mengetahui kandungan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara dengan 15 bahagian dan 13 jadual antaranya membincangkan tentang negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan, kebebasan asasi, kewarganegaraan, persekutuan, perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri, peruntukan kewangan, pilihanraya, kehakiman, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasakuasa darurat, am dan pelbagai, perlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, peruntukan sementara dan peralihan, pengecualian bagi kedaulatan raja-raja dan prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong serta raja-raja. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990), ciri-ciri asas yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia antaranya ialah Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan, Malaysia sebagai negara raja berperlembagaan, negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen di mana parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi, memperuntukkan ketinggian perlembagaan, pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan, sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif. Selain itu, dalam perlembagaan ada tercatat beberapa perkara penting yang tidak boleh dipersoalkan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agaman rasmi Malaysia, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan istimewa raja-raja Melayu. Oleh itu, jika ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif ini atau mempersoalkan pihak tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 15 iaitu Akta Hasutan 1968 (Undang-undang Malaysia, 2006)
14

4.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia ada mencatat tentang empat unsur tradisi yang menjadi pegangan kukuh dalam memastikan ketinggian perlembagaan terpelihara. Unsur-unsur tersebut ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, agama Islam agama rasmi persekutuan Malaysia, hak istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Unsur tradisi ini telah wujud wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan
15

pada tahun 1957. Ianya juga merupakan sebuah kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan. 4.1 Agama Islam Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia telah termaktub dalam Perkara 3. Perkara 3 memperuntukkan satu fasal imbangan iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya selagi tidak mengganggu sensitiviti penganut agama lain dan menghormati anutan agama satu sama lain. Selain itu setiap agama dibenarkan menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat dan memperoleh serta memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang. Ini menunjukkan toleransi agama dan sikap saling menghormati pendirian satu sama lain. Seperti yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia bagi negeri-negeri raja menjadi ketua agama Islam negeri tersebut yang berkuasa tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan sebagai sebuah kuasa yang tertinggi. Bagi negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak hal ehwal agama Islam diperuntukkan pada Yang Dipertuan Agong yang juga ketua negara dan ketua agama Islam bagi seluruh wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam (Perlembagaan Malaysia, 1963)

4.2 Hak Istimewa Orang Melayu Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak juga merupakan unsur tradisi yang dipegang sejak sebelum penggubalan perlembagaan lagi. Hal ini telah diterangkan dengan jelas dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

16

Orang Melayu dijelaskan sebagai penduduk asal Tanah Melayu diberikan keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan (Perlembagaan Malaysia, 1963). Orang Melayu di sini bermaksud yang lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu, menganuti agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Selain orang Melayu penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak juga memegang keistimewaan yang sama dalam perlembagaan. Mereka tergolong dalam penduduk bumiputera jika mereka terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, dan di Sabah mereka ialah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. Semua golongan yang tercatat untuk memiliki keistimewaan antaranya meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain. Seperti yang tercatat dalam perlembagaan Malaysia (1963) Perkara 153 bertajuk Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. Perkara ini menegaskan Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri manamana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan apabila permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu. Yang di-Pertuan Agong boleh memastikan, mengikut Fasal (2),
17

perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada Suruhanjaya 4.3 Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga dikanunkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Asas perlembagaan dan dasar Bahasa Melayu penting bagi mencorakkan jenis manusia yang diperlukan dalam proses pembangunan negara. Taraf dan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan berasaskan kontrak sosial sebelum kemerdekaan lagi, iaitu penerimaan semua rakyat tanpa mengira keturunan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Sepatutnya masyarakat kita termasuk para legislatif dan eksekutif perlu membicarakan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke arah memartabatkan bahasa Melayu, bukannya menggugurkan perkataan Melayu dalam bahasa Melayu. Dari sudut perundangan ianya termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia tentang kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi negara dengan tidak menghalang keperluan bahasa ibunda setiap kaum dituturkan dan tidak pula menyekat penggunaan bahasa Inggeris dan Arab dipelajari serta dikuasai sebagai sumber ilmu dan agama. Sehingga kini kita menghampiri 50 tahun kemerdekaan dan kesemua bangsa di Malaysia khususnya orang Melayu telah menunjukkan tolak ansur dalam pelbagai isu. Di peringkat awal kaum Melayu telah menerima kaum-kaum bukan Melayu sebagai warganegara dan nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Tetapi kini apa yang membimbangkan ialah beberapa hak asasi orang Melayu telah dan akan tertolak secara sistematik. Apa yang berlaku hari ini ialah berlaku penolakan secara ansur-ansur nilai-nilai Melayu. Kini Bahasa Melayu ditukarkan kepada Bahasa Malaysia . Wajib diingat ungkapan bahawa Bahasa Jiwa Bangsa. Secara jelas Bahasa Melayu melambangkan jiwa Melayu.

18

Dahulu, kita ada sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Namun sekarang ini kita cuma ada sekolah Kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Mana sekolah Melayu? Apabila sekolah Melayu ditukar menjadi sekolah Kebangsaan, apakah orang Cina dan orang India telah menghantar anak mereka ke sekolah Kebangsaan? Untuk memartabatkan sesuatu bahasa, yang penting ialah usaha meluaskan penggunaannya dalam segala bidang kehidupan masyarakat, dan bukan dengan cara menukar namanya. Selama setengah abad kita berupaya mengendalikan pemerintahan negara kita secara aman dan dapat pula menerokai pembangunan dalam berbagai bidang. Dalam konteks bahawa negara kita mewarisi sifat kemajmukan masyarakat yang tidak ada taranya di dunia. Kemampuan dan kejayaan kita ini lazimnya dikaitkan dengan tradisi 'bertolak ansur' khasnya antara masyarakat bumiputera bangsa melayu dengan bukan bumiputera. Proses 'tolak ansur' ini menjadi cabaran yang paling ketara dalam bidang penggunaan bahasa dan penonjolan atau penampilan kebudayaan iaitu dua unsur penting yang akan mencorak warnakan unsur penting yang akan menjadi asas dalam pembentukan keperibadian atau 'identiti' bangsa kita. Kita harus insaf bahawa budi bahasa tidak dapat dipisahkan dari budi pekerti sesuatu bangsa. Kita jua mesti ingat bahawa bangsa yang maju di dunia dapat bertahan kerana memelihara kekuatan budi dan sifat pekerti yang menjadi identiti bangsa itu. Kepentingan Bahasa Melayu adalah sesuatu yang asas dalam proses integrasi antara kaum dan membina kesan psikologi pentingnya faktor jatidiri dipertahankan sebagai gambaran jiwa merdeka. Oleh itu, perancangan pengembangan dan penyuburan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi (IPT) dan mengukuhkan penggunaannya dalam pentadbiran, pengurusan dan media adalah suatu kewajaran. Orang Melayu terutama di kalangan pemimpin dan cerdik pandai mempunyai keberanian untuk bercakap dan membuat kajian akademik dalam Bahasa Melayu. Tidak timbul krisis psikologi bahawa berbahasa Melayu disifatkan sebagai kekampungan. Malah, salah sama sekali dengan bercakap menggunakan bahasa Inggeris memberikan simbol moden, maju dan kontemporari. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang menyatukan masyarakat majmuk seharusnya tidak diungkit kembali. Nilai integrasi menerusi bahasa penting supaya proses bina bangsa terbangun dengan asas
19

jatidiri yang teguh dan kukuh. Tanpa bahasa rasmi yang dihormati menjadikan akhirnya bahasa lain sebagai bahasa dominan dan ia tidak mencerminkan jiwa sesuatu bangsa. 4.4 Majlis Rajaraja Melayu Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1 Julai 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah ditubuhkan menjadi Negeri-Negeri Bersekutu. Sehubungan dengan itu, satu Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan untuk membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama dengan Pemerintah Inggeris. Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13 - 17 Julai 1897 di Istana Negara, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Durbar timbul daripada perkataan UrduParsi (Darbar) yang membawa maksud Istana Raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Raja-Raja Melayu yang hadir dalam mesyuarat Durbar tersebut ialah DYMM Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah (Negeri Perak), DYMM Sultan Abdul Samad (Negeri Selangor), DYMM Tuanku Muhammad (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dan DYMM Sultan Ahmad (Negeri Pahang). Pihak Inggeris pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham (Pengerusi Mesyuarat), Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang, J.P Rodgers, Residen Inggeris di Selangor dan W.H. Treacher, Residen Inggeris di Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak 9 kali hingga tahun 1939. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Namanya juga telah dipendekkan menjadi Majlis-Raja-Raja. Mesyuarat pertama bagi tempoh ini telah diadakan pada 18 Februari 1948 di Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor. Pihak Inggeris diwakili oleh

20

Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu. Antara Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diadakan sebanyak 50 kali. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya, negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli dan ini diikuti pula oleh Sabah dan Sarawak apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama selepas merdeka telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 1957 dan dipengerusikan oleh DYMM Sultan Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis. Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 pula diadakan pada 15 - 16 Oktober 2008 di Terengganu. Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembangan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal di Malaysia. Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang diPertua Negeri Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda YDP Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat tertinggi di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

21

5.0 DUA UNSUR PERLEMBAGAAN DALAM MEMUPUK HUBUNGAN ETNIK YANG LEBIH KUKUH DI MALAYSIA KE ARAH MENCAPAI KONSEP 1 MALAYSIA 5.1 Bahasa Melayu Unsur pertama dalam memupuk hubungan etnik di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa Melayu Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang diguna pakai di wilayah Malaysia dan persekitarannya sejak
22

melebihi 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi dan di panggil bahasa Malaysia secara rasminya. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Bahasa Melayu sebenarnya merupakan asas pembinaan negara dan

kebudayaan masyarakat Malaysia. Termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam asas pembinaan negara dan dalam perkara 152 juga telah mengistiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh sebab negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum adalah sangat memerlukan satu bahasa dijadikan sebagai panduan dan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Oleh yang demikian, dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai asas pembinaan sebuah negara maka wujudlah perpaduan antara masyarakat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi sesama sendiri. 1 suara 1 bahasa 1 negara dengan kata-kata inilah wujudnya 1 Malaysia. Dalam konteks ini, dapat kita lihat bahawa Malaysia mempunyai lambang jati diri tersendiri. 1 bahasa yang dimaksudkan ialah Bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa Malaysia yang dijadikan lambang sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia dan menjadi lambang rasmi Malaysia di persada dunia. Dengan ini, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Bahasa Melayu juga dapat mengambarkan bangsa yang berkuasa dan menerangkan nilai perpaduan. Bahasa Jiwa Bangsa menunjukkan bahawa dengan adanya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia maka wujudlah bangsa yang bersatu padu. Bahasa sering digunakan di setiap perbincangan sesama masyarakat samada di peringkat politik, ekonomi mahupun sosial yang melibatkan berbilang bangsa. Namun begitu, bahasa lain juga tidak perlu ditolak kerana dalam era globalisasi ini, kebolehan berkomunikasi dalam bahasa lain juga amat diperlukan. Bangsa juga akan lebih maju dengan mempelajari kebolehan berkomunikasi dalam
23

bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan. Ini akan menyahut cabaran 1 Malaysia, menjana transformasi. Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai nilai estetika yang tersendiri yang mencerminkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunannya. Tahap ilmu dan perisian dapat diukur melalui larasnya manakala nilai estetika keluasan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran seperti lemah lembut, budi bahasa dan beradab. Oleh itu, semua rakyat Malaysia akan menggunakan bahasa ini dalam komunikasian seharian mereka. Bagi rakyat Malaysia yang berada diluar negara, semestinya mereka akan bertutur dalam bahasa Melayu apabila berjumpa dengan warganegara Malaysia juga. Kesimpulannya, bahasa Melayu sememangnya berfungsi sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangat penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan tanpa perpaduan negara akan kucar -kacir dan musnahlah negara yang berdaulat. Apapun kaum atau agama kita sebagai rakyat Malaysia, adalah wajar bahasa Melayu wajib diketahui oleh setiap rakyat Malaysia kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.

5.2 Hak Istimewa Orang Melayu Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

24

Sesungguhnya

elemen-elemen

kontrak

sosial

yang

terdapat

dalam

perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Jika kita lihat di negara kita, walaupun terdapat pelbagai kaum tapi kita hidup aman damai dan tiada masalah diskriminasi kaum. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Jika kita lihat apabila musim perayaan di negara kita, mesti ade sambutan rumah terbuka. Dengan adanya rumah terbuka seperti itu, masyarakat di negara kita akan bersatu dan perpaduan dapat dicapai. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.
25

6.0 REFLEKSI KENDIRI REFLEKSI KENDIRI ( AINUL BADIAAH BINTI ZAINAL ) Syukur kehadrat illahi kerana saya dan kumpulan saya yang terdiri daripada diri saya sendiri Ainul Badiaah binti Zainal, Nadrahtul Nasuha binti Kamarul Hatta dan Nur Izrin Farah Hani binti Ismail telah sama sama berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami telah menerima satu tugasan iaitu kami perlu menghuraikan mengenai
26

perlembagaan Malaysia bagi subjek Perhubungan Etnik. Apa yang saya faham mengenai perlembagaan ini ialah terdapat tiga perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan. Perlembagaan ini juga terdiri daripada empat unsure iaitu Majlis Raja raja, Bahasa Melayu, hak Istimewan orang Melayu dan islam. Semasa menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman yang telah saya hadapi iaitu saya perlu memahami tajuk tugasan ini sebelum menyiapkannya. Selain itu, kumpulan saya juga telah membuat pembahagian tugasan mengikut tajuk tajuk kecil tugasan. Kekangan bahan bahan rujukan juga member impak kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Namun dengan kerjasama ahli kumpulan serta bimbingan pensyarah semua ini dapat meringankan beban saya. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuatkan saya lebih memahami perlembagaan perlembagaan yang terdapat di Malaysia. Dengan ini saya ingin sekali mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada ahli kumpulan saya dengan kerjasama yang diberikan serta bantuan dan perbincangan yang selama ini dibuat. Tidak lupa juga kepada pensyarah bimbingan kami iaitu Encik Selvaraj yang selama ini mengajar dan mendidik kami serta banyak memberi penjelasan dan penerangan terhadap tajuk tugasan kami.

Yang benar, (AINUL BADIAAH BT ZAINAL) REFLEKSI KENDIRI (NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA) Syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya saya dan rakan kumpulan Ainul Badiaah dan Nur Izrin Farah Hani berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Tugasan pada kali ini adalah berkaitan dengan perlembagaan. Sebelum melakukan tugasan ini, kami bersama-sama berbincang untuk membahagikan tugasan.

27

Saya juga berupaya merancang strategi untuk mencari bahan-bahan rujukan. Antara bahan-bahan rujukan yang saya perolehi ialah daripada internet dan buku rujukan. Saya juga berupaya memilih sumber yang berkualiti dengan cekap secara kendiri. Dalam tugasan ini, saya berusaha menentukan maklumat yang diperolehi mencukupi untuk menyokong kesimpulan. Selepas selesai melakukan tugasan ini, saya dan ahli kumpulan berusaha menyusun semula maklumat penting supaya mudah dicapai bagi meningkatkan kefahaman. Semasa melakukan tugasan ini,saya telah mendapat satu kemahiran iaitu kemahiran kerja berkumpulan. Dalam hal ini, saya memperolehi kebolehan dalam mengambil kira pandangan, pendapat dan cadangan rakan-rakan yang lain.Kita perlu menerima pandangan orang lain kerana kita bekerja dalam satu kumpulan. Selain itu, semasa melakukan tugasan ini, kami dapat bina hubungan yang baik antara satu sama lain, berinteraksi bersama orang lain dan bekerja secara efektif antara ahli kumpulan. Ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Saya juga bertanggungjawab dalam membantu rakan-rakan yang lain secara proaktif. Saya boleh membantu dengan cara melontarkan pendapat dan pandangan saya. Selain itu, selepas melakukan tugasan ini saya lebih memahami ciri-ciri utama dalam setiap peringkat penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia. Apa yang saya perolehi ialah Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana dapat dijalankan. Apabila kita melihat sejarah negara, maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. Maka menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya. Akhir sekali jutaan terima kasih buat pensyarah kami yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami melakukan tugasan ini iaitu En Selvaraj. Terima kasih juga di ucapkan kepada ahli kumpulan saya kerana bersama-sama melakukan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang memberi tunjuk ajar sepanjang saya melakukan tugasan ini. Akhir kata saya ingin mohon maaf andai saya
28

melakukan kesilapan sepanjang melakukan tugasan ini. yang baik itu datang daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Yang benar,

(NADRAHTUL NASUHA BT KAMARUL HATTA)

REFLEKSI KENDIRI (NUR IZRIN FARAH HANI BT ISMAIL) Syukur kepada tuhan kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan perlembagaan bagi subjek Hubungan Etnik ini. Terima kasih tidak terhingga kepada En. Selvaraj, pensyarah subjek ini yang banyak memberi bimbingan serta berkongsi ilmu
29

pengetahuan tentang sejarah perlembagaan Malaysia dulu dan kini khususnya. Terima kasih juga kepada rakan sekumpulan Ainul Badiaah dan Nadrahtul Nasuha atas kerjasama yang diberikan sehingga tugasan ini siap sepenuhnya. Seterusnya, semasa menyiapka tugasan ini saya dan ahli kumpulan lain menghadapi beberapa masalah yang kecil. Antaranya ialah kesempitan masa untuk melakukan dapatan maklumat yang lebih terperinci. Kami bercadang untuk ke perpustakaan Negara untuk mendapatkan maklumat yang lebih dan mencari panduan perlembagaan yang asli namun tidak tercapai kerana kesuntukan waktu memandangkan tugasan lain juga harus dihantar pada waktu yang hampir sama. Lalu kami hanya beroleh maklumat dari perpustakaan IPG KBA. Namun, dengan bantuan rakan kumpulan dan kursus yang lain kami ada juga mendapatkan maklumat dari sumber di luar IPG KBA. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapat pelbagai informasi. Jika selama ini saya fikir perlembagaan adalah sebuah undang-undang penting sahaja. Tetapi, setelah meneliti daripada proses penggubalan hingga asal usulnya sejak Malayan Union, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Perlembagaan Kemerdekaan hingga Perlembagaan Malaysia yang dipegang hari ini, ternyata perlembagaan merupakan lambang sebuah negara yang berdaulat. Perlembagaan di Malaysia adalah sebuah contoh perlembagaan yang adil dan mengambil kira semua aspek politik, ekonomi dan sosial. Ketertinggian perlembagaan adalah sukar dinafikan malah tiada sesiapa pun dapat menandinginya. Justeru, keadilan yang dianjurkan dalam perlembagaan menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan sejahtera di mata dunia.

Saya amat berbangga dilahirkan di Malaysia, dan sebagai penduduk bumiputera yang sah serta dapat memperoleh pelbagai keistimewaan. Walaupun begitu, kaum lain juga mendapat manfaat yang sama. Diskriminasi dielakkan dan amalan saling menghormati menjadi kunci kemakmuran negara. Harapan saya agar perlembagaan ini diperlihara dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, agama
30

dan kaum kerana dengan penghayatan sebenar tentang perlembagaan maka sifat tidak puas hati dan syak wasangka tidak akan berlaku. Sekian terima kasih.

Yang benar,

................................... .......... (NUR IZRIN FARAH HANI)

7.0 RUJUKAN

BUKU RUJUKAN
31

Asnarulkhadi Abu Samah, J. A. (1997 ). Kenegaraan Malaysia . Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia . Hussein, H. T. (2007 ). Malaysia Negara Kita . Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn Bhd . Zulhilmi Paidi, R. A. (2003). Kenegaraan Malaysia . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd SUMBER INTERNET hanapi. (n.d. ). Retrieved 2011 , from slideboom : http://www.slideboom.com/presentations/133590/BAB-2-%3A-MALAYANkita1malaysia. (2009 ). Retrieved 2011 , from slideshare : mailto:http://www.slideshare.net/kita1malaysia/bab3-perlembagaan Lee Jo Ying, L. C. (2009 ). Retrieved 2011 , from Slideshare : mailto:http://www.slideshare.net/Muizemoboyz/majlis-raja-raja

32

Вам также может понравиться