Вы находитесь на странице: 1из 1

Kriteria dan Prosidur Pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah

yang mempunyai etos,watak,identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. Kriteria SBT Berada dalam senarai melebihi sasaran (Exceed Target) - 84 % ke atas bagi SR Pencapaian skor 90% dalam SKPM Mencapai sasaran Instrument Annex - antara yang perlu ada;o Pembinaan Personaliti Unggul seperti pembesar negara/tokoh dan senarai mereka ini direkodkan o Anugerah diterima seperti Pertandingan Sekolah Harapan,Sekolah 3K dan pelbagai anugerah yang sekolah terima - rekod/sijil o Jaringan dengan sekolah lain atau insitusi pendidikan sama dalam daerah,negeri dan negara o Jalinan dengan sekolah atau universiti di peringkat antarabangsa Instrument Annex akan disiarkan di dalam portal Prosidur Pemilihan SBT Saringan Pertama 70% GPS dan 30% Penarafan Kendiri Sekolah berdasarkan SKPM Sekolah yang berada dalam senarai Melebihi Sasaran (Exceed Target) o 84% - Sekolah Rendah o 92% - Sekolah Menengah Memenuhi syarat generik antaranya;o tiada harta kerajaan hilang kerana kecuaian o tiada audit berteguran o tiada perlanggaran punca kuasa o tiada tersenarai dalam aduan KPM selama 3 tahun Mencapai target Instrument Annex Saringan Kedua Sekolah diverfikasi dengan SKPM dan Instrument Annex Sekolah yang mendapat SKPM yang lebih daripada 90% akan disenaraikan mengikut skor Instrument Annex Jawatankuasa Pemilihan SBT akan memilih KPM akan mengiktiraf sekolah sebagai SBT Menjelang tahun 2012 sebanyak 100 buah sekolah akan diiktiraf sebagai SBT. Pecahan mengikut tahun seperti berikut:: Tahun 2010 - 20 buah Tahun 2011 - 30 buah Tahun 2012 - 50 buah Adalah diharapkan melalui maklumat ringkas ini semua sekolah sekurang-kurangnya tahu apa konsep sekolah SBT.Sekolah-sekolah lain yang sedang mengapai kecemerlangan dan kehebatan memburu SBT boleh berkongsi dengan 20 buah SBT Tahun 2010.Sewajarnya semua sekolah patut berazam mencapai sekolah SBT kerana itu kemuncak sut taraf sekolah terhebat setakat ini dan semua sekolah berpotensi mencapai jika seluruh warga sekolah berjiwa besar.

Вам также может понравиться