Вы находитесь на странице: 1из 27

Tajuk: Cara-cara untuk mengekalkan alat muzik tradisional kaum-kaum di sabah sering dengan pemodenan zaman.

Pengenalan Salah satu daripada ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh setiap kaumnya selain daripada bahasa, pakaian dan cara hidup ialah seni muziknya. Setiap kaum akan mempunyai seni muzik dan tariannya yang tersendiri yang telah diwarisi oleh nenek moyang mereka. Warisan yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang ini merupakan suatu benda yang amat istimewa yang perlu dipelihara agar tidak lenyap pada masa akan datang dan tidak dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Ini kerana ia mempunyai nilai sentimental kepada setiap kaum serta ia juga melambangkan identitti kepada setiap kaum. Sebagai contoh kaum kadazandusun sabah mempunyai alat muzik seperti kulintangan, gong, manakala etnik Sarawak pula mempunyai sayong,engkromong dan sebagainya. Namun demikian, dengan arus pemodenan pada zaman sekarang, adalah sangat penting bagi mempertahankan dan mempelihara budaya kita khususnya alat-alat muzik tradisional. Dengan adanya kemasukan budaya luar, alat-alat muzik yang popular pada masa kini seperti gitar, keyboard, piano, biolin dan sebagainya kini mendominasi budaya kita pada masa sekarang. Peranan dan kedudukan alat muzik dalam masyarakat kita semakin berkurangan. Oleh demikian, alat muzik tradisional kini semakin dilupai dan tidak releven. Kemungkinan reality yang bakal menimpa etniketnik di sabah jika keadaan seperti ini berterusan ialah ilmu-ilmu serta

pengetahuan alat muzik tradisional tidak diturunkan kepada generasi muda akan datang dan mereka tidak akan tahu akan alat-alat muzik nenek moyang mereka atau budaya mereka. Tugasan ini membincangkan tentang langkah-langkah bagi meneruskan kesinambungan alat muzik tradisional supaya ia seiring dengan arus pemodenan.

Generasi Muda anak sabah masa kini

Sebelum perbincangan diteruskan, salah satu isu yang perlu diutarakan yang menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh industry muzik tradisional sabah ialah generasi muda sabah yang kurang minat terhadap instrument muzik nenek moyang mereka.

Jika kita lihat pada masa kini, majoriti pemuda sabah tidak tahu bermain alat-alat muzik tradisional terutamanya pemuda yang membesar di Bandar. Mereka lebih cenderung kepada alat-alat muzik moden seperti gitar, drum, piano dan sebagainya. Tidak salah bagi mereka meminati alat muzik tersebut namun yang membimbangkan ialah minat mereka bagi menceburi alat muzik tradsional etnik sabah. Seperti contoh, cara memukul gong mempunyai irama dan rentaknya tersendiri dan ia menghasilkan suatu harmoni yang kedengaran misteri dan meriah untuk memeriahkan pesta kamaataan atau apa-apa majlis.

Negeri sabah- negeri yang kaya denga pelbagai bangsa dan suku kaum

Sabah kaya dengan kebudayaan dan kesenian. Ramai nenek moyang atau generasi lama di negeri ini mahir membuat alat-alat muzik tradisional yang menjadi kebanggan kepada rakyat negeri ini sehingga sekarang.

Namun semua itu, akan hilang ditelan zaman atau hanya tinggal kenangan sekiranya generasi masa kini terutamanya golongan muda tidak mengambil peluang untuk mempelajarinya. Menyedari hakikat itu, demonstrasi pembuatan alat muzik tradisional turut diadakan pada Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, di Hongkod KDCA yang antaranya bertujuan memperlihatkan serta menimbulkan kembali minat masyarakat terhadap pembuatan alat muzik tradisional.

Namun usaha itu sahaja tidak mencukupi, sebaliknya generasi muda harus mempelajari bagaimana membuat alat-alat muzik tradisional bukan sekadar untuk hiasan dan dijadikan sebagai kraftangan semata-mata tetapi mempelajari bagaimana menghasilkan alat muzik yang boleh dibunyikan.

Alat-alat muzik tradisional etnik sabah

Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ;

Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan) Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton) Idofon (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon

(kompang,gendang atau tontog). GONG

gong Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya diperbuat daripada gansa dan besi. . Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei. Cara DiMainkan

gong dipukul mengikut rentak lagu yang dimainkan. adakalanya gong dimainkan mengikut rentak muzik sesuatu tempat, contohnya paluan gong Daerah Papar Dan Daerah Penampang adalah Berbeza. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Fungsi Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai

Terdapat juga 8 jenis Gong bermula daripada gong yang menghasilkan note tinggi dihasilkan 1. Saasalakan 2. Naananangon 3. Hahambatan

4. Kuukulimpoon 5. Tootoongon 6. Tatavag BUNGKAU

Ketika musim menuai padi, Muzik bungkau juga telah dimainkan ketika berada di kawasan padi dimainkan bersama rakan-rakan. Alat muzik Bungkau ini bersaiz mengikut kesesuaian kepada pemuzik. Inanya tidak mempunyai saiz yang spesifik. Namun anggaran saiz sesuai bungkau panjang antara 6 hingga 8 inci atau 17 hingga 19 cm. Alat ini diperbuat daripada kayuPolod atau sejenis dahan pokok seperti palma. Lampakid merupakan sarung kepada Bungkau iaitu diperbuat daripada kayu buluh. Semua alat muzik adalah bergantung sepenuhnya kepada sumber persekitaran alam. Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai

macam frekuensi boleh diperolehi

dengan memvariasikan bentuk mulut

dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih. Penduduk kampung telah mengadaptasi sumber alam sekeliling untuk dijadikan alat muzik. Cara membunyikan alat muzik Bungkau adalah dengan meletakkan pada mulut atau kedua-dua bibir disepit untuk penahan, dan sebelah tangan atau jari membelek-belekkan kayu hujung Bungkau. Alunan corak bunyi adalah bergantung kepada nafas.

Fungsi

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Bungkau boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Bungkau juga dimainkan ketika adanya keramaian. Muzik Bungkau bukan Muzik untuk upacara.

Muzik Bungkau juga dimainkan bersama dengan alat muzik lain secara berkumpulan bagi membuatkan bunyi lebih seragam dan menarik. Antara alat muzik yang sering digabungkan dengan alat muzik Bungkau adalah sompoton, tongkungon, dan babangau

SOMPOTON (Erofon)

rajah 1. 1 alat muzik sompoton Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan khene sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis sumbiling yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiaptiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.

TOGUNGGAK (idiofon) Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar. Ia dibuat dari tiub buluh dengan jalur nipis dipotongpermukaannya untuk membentuk rentetan, yang boleh ditala dengan serpihan-serpihan kecil kayu / rotan pada akhir setiap tongkungon yang besar. Nama dan nombor tali inisesuai dengan gong utama. Fungsi Tongkungon kebiasaannya dimainkan secara Solo dan hanya untuk hiburan persendirian. Walaupun begitu muzik yang dihasilkan oleh tongkungon juga boleh menemani tarian tanpa diiringi muzik berkumpulan Gong.

Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

KULINTANGAN (Idiofon) Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan.

Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gonggong tradisional. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil. Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu. Cara bermain

- Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai mitagunggu Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

Seruling Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek yang berwarna koko.

Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan. Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah low pitch manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi pitch. Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan instrument muzik tradisional etnik sabah. Antara usaha kerajaan yang dapat kita lihat dalam usaha mengekalkan alat-alat muzik tradisional disabah pada peringkat kebangsaan ialah penglibatan etnik sabah dalam konsert Lagu dan Muzik Rakyat Antarabangsa Sabah dalam festival kesenian rakyat tahun ini dan berlangsung di Auditorium Jabatan Negara bagi Budaya dan Seni (JKKN)

Enam pemuzik dan kumpulan dari seluruh Sabah menyertai lima rombongan dari Sarawak dan Kuala Lumpur untuk mewakili Malaysia dalam Festival itu. Sri Lanka, Korea Selatan dan Jepun juga menghantar wakilwakil mereka, di mana ramai mereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Konsert tersebut bermula dengan persembahan muzik akustik daripada

instrumen buluh oleh Kinabalu Merdu Sound Group dari Ranau, Sabah. Mereka disertai oleh pemain Saksofon Philipus Jani, pemuzik inovatif dari Tambunan yang membuat sendiri alat muzik daripada buluh.

"Saya secara peribadi berasa sangat gembira dan teruja untuk melihat alat muzik tradisional seperti Sape digunakan untuk memodenkan lagu-lagu rakyat, mewujudkan satu genre baru yang boleh diterima dan dinikmati oleh semua orang. Dan kreativiti itu juga boleh disesuaikan oleh pemuzik di Sabah," kata Masidi.

(Berita dipetik daripada Insight Sabah Jun 26, 2013)

Usaha di peringkat kebangsaan ini adalah sangat bagus kerana ia dapat meemberi pendedahan yang luas melalui bantuan media tentang keunikan alat-alat tradisional dan membuktikan sama sekali alat-alat muzik tradisional sabah mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan mampu meningkatkan martabat Negara kita dan juga perasaan rasa bangga oleh etnik tersebut. Disini kita dapat lihat suatu usaha yang dijalankan oleh rakyat sabah untuk mengekalkan alat tradisional muzik sabah agar ia terus wujud dan terpelihara dengan disamping itu, menjana pendapatan dan ekonomi sabah di sektor pelancongan. Maranjak Longhouse Lodge yang terletak Kampung Bavanggazo, Kudat merupakan suatu tarikan pelancongan yang bertujuan untuk memberi pengalaman, cara hidup dan budaya orang rungus, salah satu etnik yang ada disabah. Disamping melihat makanan orang rungus, pakaian mereka, serta alat-alat yang digunakan oleh enik ini. Para pelancong akan berpeluang untuk menyaksikan persembahan alat muzik tradisional mereka

yang besertakan tarian dan nyayian. Alat muzik yang diguna termasuklah turali, mogunduring jenis seruling dan ikuti tarian seperti tarian magunatip

Dengan adanya semangat perusahawanaan dan kreativiti, maka dapat la etnik sabah memainkan peranan mereka bagi mengekalkan alat muzik tradisi kaum mereka dan disamping itu menjana pendapatan untuk menyara hidup.

Sektor-sektor pelancongan menyedari potensi mengeksploitasi budaya etnik untuk menjana keuntungan, dengan memberi modal kepada para perushawaan, maka mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil etnik mereka untuk mengekalkan budaya mereka. Alat muzik gong yang popular bagi etnik disabah kini menemui nafas baru dengan kewujudan sebuah kilang kecil yang khas untuk menghasilkan gong-gong tersebut. Kilang tersebut bertempat di kampong Sumangkap kudat. Dengan adanya kilang begini, maka teknik-teknik membuat gong akan dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Disamping itu, ini akan mewujudkan pekerjaan kepada penduduk kampong sumangkap.

(Sumber

artikel

diperolehi

dari:

http://insightsabah.gov.my/article/read/4176)

Usaha-usaha

lain

yang

giat

dilakukan

oleh

para

sabahan

yang

bertanggungjawab ialah dengan mengadakan banyak pesta-pesta alat muzik tradisional sebagai salah satu rancangan dalam pelan untuk menarik pelancong-pelancong sekaligus memajukan sektor pelancongan sabah. Pada tahun lepas, Ketua Menteri Sabah Dato Seri Musa Haji Aman dalam merasmikan Pesta Tagunggu 2012 mengatakan:

Dalam konteks Pesta Tagunggu ini, saya percaya ia dapat mempromosikan alat-alat muzik tradisi masyarakat Sungai khususnya dari segi rentak dan cara alat-alat muzik tradisi ini dimainkan. Ia sekali gus dapat membantu kita menghidupkan kembali warisan seni budaya di samping memperkayakan lagi khazanah seni budaya tradisional di negeri Sabah. Saya percaya pesta ini akan menyumbang kepada usaha memulihara warisan seni budaya terutama dalam kalangan generasi muda. Ia juga menjadi pentas bagi mengetengahkan bakat serta kreativiti dalam menghasilkan persembahan yang terbaik, malah mempunyai unsur-unsur tersendiri yang mampu menarik minat golongan muda untuk turut serta dalam pesta ini. Sehubungan itu, saya menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya golongan muda untuk menghargai alat-alat muzik tradisional dengan mempelajarinya agar alat muzik tradisi ini tidak pupus dan terus kekal menjadi warisan generasi yang akan datang. Sumber artikel: http://www.sabah.gov.my/press/docs/2012002009.htm

Cadangan langkah yang perlu dilaksanakan: 1. Penubuhan institusi muzik-muzik tradisional Pada pendapat saya, faktor pendidikan amat mempermainkan pengaruh untuk mengekalkan alat muzik tradisional etnik di sabah. Pihak yang berkaitan seperti KDCA(KADAZANDUSUN CULTURAL ASSOCIATION) perlu bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan agar dapat menganjur banyak kursus mengenai alat-alat muzik tradisional ini yang dapat menarik perhatian anak muda. Kursus-kursus tersebut boleh melibat kan kursus cara bermain alat muzik tersebut,atau kursus mencipta alat muzik tersebut. Pihak graduan daripada kursus ini dapat memasuki sektor pelancongan dengan bermain muzik tradisional ini, ataupun mereka dapat memasuki bidang industri mencipta alat muzik tradisional yang berkualiti dan menjualnya untuk keuntungan. Jika alat muzik tersebut terkenal dan berkualiti, maka kedua-dua bidang ini dapat menembusi pasaran antarabangsa dan bersaing di peringkat global.

Gong yang sedang dihasilkan

gambar orang sedang mmenghasilkan gong

2. Peranan masyarakat etnik Orang tua atau orang yang berkemahiran dalam alat-alat muzik tradisional etnik seharusnya memainkan peranan dengan menurunkan ilmu yang mereka perolehi kepada generasi muda agar

warisan budaya itu tidak lupus dari arus pemodenan. Kerajaan juga seharusnya kemahiran melakukan ini diberi pelbagai inisiatif program bertujuan untuk pengekalan budaya agar masyarakat yang mempunyai kemahiranuntuk melaksanakan kerja-kerja pengekalan alat-alat muzik. Ini kerana ilmu-ilmu seperti membuat alat muzik tersebut sukar ditemui malahan kerja untuk membinanya bukan mudah. Dalam pertikan akbar sabah times 1 june 2009 mengisarkan pandangan-pandang orang yang berkemahiran tentang instrumentinstrumen tradisi sabah:

Kerja-kerja membuat sesebuah alat muzik tradisional tidak semudah yang

disangka. Misalnya Kulintangan yang saya buat, walaupun kita nampak ia hanya susunan bambu-bambu kecil tetapi sebenarnya ia perlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkannya supaya ia mengeluarkan bunyi yang merdu. Kulintangan dan alat-alat muzik tradisional juga sama seperti muzik moden, yang mempunyai kod-kod atau nada yang sesuai, kata Mariana Linadu, 56, dari Kampung Tikolod Tambunan. Oleh itu, katanya penghasilan alat muzik tradisional memerlukan kemahiran dan ketelitian agar ia boleh mengeluarkan nada yang merdu.

Dia berkata: Saya mewarisi kemahiran membuat Kulintangan daripada ibu bapa saya. Mereka memang mahir dalam bidang ini. Saya akan wariskan kemahiran ini kepada anak saya pula dan begitulah seterusnya. Bukan semua orang ada bakat dan kemahiran dalam bidang ini, jadi dengan adanya orang yang mahir, mungkin mereka boleh mengajar sesiapa sahaja yang berminat membuat alat muzik tradisional, katanya.

Katanya lagi, kemahiran membuat alat-alat muzik tradisional harus diwariskan atau diajarkan kepada generasi muda Kadazandusun.Begitu juga dengan kemahiran bermain muzik tradisional, ia perlu diajar supaya tidak pupus. Sementara itu, seorang lagi pembuat alat muzik tradisional, Paulus Gidwin dari Papar berkata, walaupun alat muzik Togunggak dan Togunggu yang dibuatnya kelihatan agak ringkas dan senang untuk menghasilkannya, namun sebenarnya ia sukar. Apa yang susahnya ialah, kerja-kerja mencari bambu di hutan, kita mesti mencari jenis bambu yang sesuai untuk dijadikan Togunggu dan Togunggak, katanya.
artikel dipetik dari: http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/29080

Kesimpulan Berdasarkan huraian besertakan contoh-contoh diatas, maka adalah wajarnya kita mempelajari serba sedikit budaya serta peninggalan nenek moyang kita. Kesemua tradisi serta alat muzik merupakah khazanah yang amat berharga yang tidak dapat digantikan dengan jutaan wang ringgit jika ia suda pupus.ia mrupakan khazanah nenek moyang kita yang tidak mempunyai nilai yang dapat menggantikannya. Sebagai contoh, proses penghasilan alat muzik gong memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengukir serta memastikan gong tersebut menghasilkan bunyi yang sepatutnya. Jika kita bertanyakan kepada orang-orang tua sekarang, kualiti alat muzik sekarang tidak dapat menandingi kualit alat muzik yang dihasilkan pada zaman dahulu. Ini satu petanda bahawa kemahiran tersebut semakin hilang dan seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Satu lagi contoh anak pemuda sabah khususnya golongan kadazandusun, tidak semua lagi tahu paluan gong yang agak unik. Hanya terdapat segilintir, khususnya yang tersebut. Kita sebagai peninggalan pusaka nenek moyang seharusnya melaksanakan tanggungjawab untuk mengetahui dan mempelajari selok-selok belok instrument muzik nenek moyang kita ini. Budaya kita, identity kita orang- tua tua sahaja yang tahu paluan irama unik

Вам также может понравиться