Вы находитесь на странице: 1из 11

Nama sebenar Averroes, nama melayu Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.

lahir 1126 di Sepanyol dan meninggal dunia 1198 di Maghribi. beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam

Beliau berasal dari keluarga yang berilmu dan ternama iaitu kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Kadi di Cordova Ibnu Rusyd kemudiannya meninggalkan pekerjaan rasminya sebagai hakim,lalu menekuni dunia kedoktoran dan berguru kepada Ibn Zuhr yang kemudiannya menjadi sahabat karib.

Ibnu Zuhr dikenali dalam dunia kedoktoran dengan nama Avenzoar Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.

Selepas tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kepulangannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau terus disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198

Sumbangan Ibnu Rushd


Beliau meninggalkan banyak sumbangan yang bermakna dalam bidang falsafah, perubatan, pentadbiran, psikologi dan kehakiman. Hasil-hasil karya beliau telah digunakan sebagai buku-buku teks di beberapa buah universiti barat. Hasil-hasil karya beliau menjadi sumber-sumber kajian yang penting kepada orang-orang Eropah di abad-abad pertengahan.

Dalam bidang falsafah yang dipelopori oleh Aristotle, beliau telah berjaya menghasilkan satu pemikiran baru yang membawa kesan besar kepada bangsa Eropah yang kebetulan sedang menghadapi Zaman Pembaharuan

Di antara karangan beliau yang terkenal ialah


a) kulliyah fit-Thibb mengandungi 16jilid mengenai perubatan secara umum. b) Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah) c) Tafsir Urjuza mengenai perubatan dan tauhid,Taslul d) Kasyful Adillah mengenai ilmu Kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama. e) Tahafatul Tahafut mengulas buku imam AlGhazali berjudul Tahafatul Falaisafah. f) Muwafaqatil Hikmah Wa Syaria membicarakan persamaan antara falsafah dan agama.

Sekian, Terima Kasih

Вам также может понравиться