Вы находитесь на странице: 1из 4

1 Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat Nya, kita semua dapat berkumpul dalam dewan SMKTW pada pagi ini bagi menjayakan majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMKTW kali ke 10. Pihak kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua hadirin,khususnya para tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa bersama-sama warga SMKTW dalam menjayakan majlis ini. Marilah sama-sama kita memohon rahmat daripada Allah SWT agar majlis kita ini berjalan lancar dan mencapai matlamat serta objektif yang diharap-harapkan. Dengan yang demikian, majlis dengan sukacitanya menjemput al-fadhil Ustaz Healmi bin Shafie untuk membacakan doa. Sama-samalah kita menghayatinya. Dipersilakan. (doa dibacakan) Amin, amin ya Rabbal Alamiin. Syukran jaziilan Ustaz Healmi atas bacaan doa sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, Sekarang marilah kita mendengar dan menghayati ceramah Sarana Ibu Bapa yang akan disampaikan oleh penceramah undangan kita yang merupakan seorang YDP PIBG di SK Ara Rendang, Kepala Batas. ____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________. Majlis dengan sukacitanya menjemput En Wan Chik bin Ahmad, dipersilakan. (ceramah disampaikan) Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Wan Chik bin Ahmad. Semoga kita dapat memanfaatkan intipati ceramah beliau sebentar tadi dalam melicinkan pengurusan keluarga dan anak-anak kita, insyaAllah. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Foad bin Hj Mat Isa, Penyelaras Kadun Sg Bakap, dengan diiringi tetamu-tetamu kehormat untuk masuk ke dewan. Hadirin dipersilakan berdiri. (VVIP n VIP masuk ambil tempat) Sidang hadirin sekalian, kita akan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang dengan iringan muzik. Hadirin diminta berdiri. (Nyanyian Negaraku n Negeri PP) Bismillahirrahmanirrahim.

Yang Berbahagia Tn Hj Mohd Foad bin Hj Mat Isa, Penyelaras Kadun Sg Bakap, Yang Berbahagia wakil Pegawai Pelajaran Daerah Selatan, Encik Ahmad Sanusi b Ahmad , Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Taman Widuri, Pn Hjh Fathiyah bt Abu Bakar, Yang dihormati Penceramah jemputan,En Wan Chik bin Ahmad, Yang Berusaha Timbalan YDP PIBG,En Abdul Razak bin Hj Mohd, Barisan Penolong Kanan, AJK PIBG, guru-guru dan yang dihormati para ibu bapa dan waris, sidang hadirin sekalian. Sidang hadirin sekalian, Sekarang marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan multimedia yang memaparkan perihal pentadbiran dan pengurusan serta aktiviti-aktiviti di SMKTW . Dipersilakan. (tayangan multimedia) Majlis mengucapkan terima kasih kepada penyedia tayangan multimedia sebentar tadi iaitu Tn Hj Ahmad Tajwi. Sidang hadirin sekalian, Sekarang, majlis menjemput Yang Dipertua PIBG SMKTW, Tuan Haji Zainidin bin Salleh untuk memberikan ucapan aluan. Dipersilakan dengan hormatnya. (ucapan aluan) Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Haji Zainidin bin Salleh atas ucapan aluan sebentar itu tadi. Sidang hadirin sekalian, Majlis menjemput Tuan Pengetua SMKTW, Pn Hjh Fathiyah bt Abu Bakar, untuk menyampaikan ucapan dan laporan. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. (ucapan pengetua) Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Hjh Fathiyah bt Abu Bakar atas ucapan dan laporan sebentar itu tadi.

Sidang hadirin sekalian, Sekarang, marilah sama-sama kita mendengar dendangan lagu bertajuk AdaMu daripada kumpulan Soutut Tolabah. Semoga hadirin terhibur. Dipersilakan. (nasyid dilagukan) Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan Soutut Tolabah atas nyanyian itu tadi. Tersenyum mekar kasih bersemi, Bagai pengantin direnjis dipilis, Kesudian Tuan datang merasmi, Penyeri agenda pelengkap majlis. Sidang hadirin sekalian, Majlis dengan sukacitanya menjemput Tn Hj Mohd Foad bin Mat Isa, Penyelaras Kadun Sg Bakap, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMKTW kali ke 10 ini. Dipersilakan dengan segala hormatnya. (VVIP merasmi majlis) Majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tn Hj Mohd Foad bin Mat Isa, atas ucapan dan perasmian sebentar itu tadi. Adat berpisah sesudah bertemu, Singgahlah lagi kiranya sudi, Buat tuan yang datang bertamu. Terima kasih sekalung budi. Majlis sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Foad bin Mat Isa, Penyelaras Kadun Sg Bakap, yang sudi hadir merasmikan majlis kita pada hari ini. Dengan yang demikian, majlis menjemput Tuan Pengetua, Pn Hjh Fathiyah bt Abu Bakar bagi mengiringi YDP PIBG, Tuan Hj Zainidin bin Salleh untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Mohd Foad bin Mat Isa. Dipersilakan. Majlis juga menjemput penceramah kita, En Wan Chik bin Ahmad untuk menerima cenderamata. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Zainidin dan Pn Hjh Fathiyah atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.

Sidang hadirin sekalian, Mesyuarat Agung PIBG akan bermula selepas tamatnya majlis perasmian ini. Sebelum itu, majlis menjemput Pn Hjh Fathiyah mempersila dan mengiringi para tetamu kehormat ke bilik mesyuarat untuk kudapan. Dipersilakan. (VVIP n VIP keluar dewan) .. Sidang hadirin sekalian, majlis perasmian telah pun tamat. Ini bermakna sesi mesyuarat akan bermula, jadi saya selaku pengacara majlis perasmian akan menyerahkan majlis ini kepada Setiausaha PIBG, Encik Mohamad Daud b Ahmed untuk mengendalikan mesyuarat Agung PIBG kali ke 10. Dengan ini, wabillahitaufikwalhidayah.. Sekian, terima kasih.

Вам также может понравиться