Вы находитесь на странице: 1из 47

KEK COKLAT KUKUS resipi : K.Hanieliza sumber : K.

Nor@SecubitGaram Bahan A 220 gm tepung gandum 1 s/k baking powder 1/2 s/k soda bikarbonat 50 gm serbuk koko 180 gm gula perang ~ manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula Bahan B 2 biji telur ~ k.nor guna gred A 1 s/k esen vanila Bahan C 200 ml susu cair atau susu segar 200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa 200 mi air panas Cara 1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang). 2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata. 3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata. 4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci. 5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula. 6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek. 7. Hiaskan dengan cream coklat. * Bila guna bekas plastik kecik spt yg K.Nor guna ni, kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah. ** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek. *** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache. Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/02/kek-coklat-kukus-dgn-topping-ygmeleleh.html#ixzz2XYsptVOB

CHOCOLATE GANACHE resipi : K.Nor@SecubitGaram Bahan: 300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil

1 sudu besar susu pekat 1/2 cawan susu cair 2 sudu besar butter ~~~ 1/4 cawan air panas Cara: Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. * mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/02/kek-coklat-kukus-dgn-topping-ygmeleleh.html#ixzz2XYsg8l1SKek Coklat Moist ( Kukus)


sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil baking soda 3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 1 cawan gula 1 cawan air suam 1/2 cawan susu pekat 1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten) 3 biji telur beberapa titik esen vanila *Untuk Topping dan Hiasan* 1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya. Cara-caranya 1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur. 3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik. 4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Nota: Maaf sangat, sebab ros tak sempat nak snap kek ni lepas dipotong, sebabnya semua tak sabar nak makan, tapi tekstur nye memang lembut, gebus dan moist lah, tak rugi mencubanya.

KETAM GORENG TELUR MASIN By: Kak Zila@zila4ever Bahan-bahan: 3 ekor ketam bunga 10 biji cili api dihiris ikut kepedasan masingmasing 2 tangkai daun kari 3 sudu besar butter 5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur) 2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah) 1 sudu kecil gula 3 sudu besar susu cair (QH guna santan) 2 biji bawang putih - di ketuk 3 sudu besar tepung jagung garam serbuk lada sulah secukupnya minyak masak untuk menggoreng Caranya 1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur) 2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung. 3. goreng deep fried - asingkan

4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi 5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi. 6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan) 7. Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dansediadihidang.
Resepi Mudah Lagi Sedap: Squid Salted Egg @ Sotong Telur Asin
Salam semua... Erm, tengahari ni, ku masak Squid Salted Egg, requested by hubby tercinta... Biasanya kami makan hidangan ini di restoren Chinese Muslim Sharin Low, sbb hubby suka sgt walaupun harga hidangan ini agak mahal... Favourite punya pasal, mahal pun mahal la... Tapi kali ni, ku nak cuba sendiri masak hidangan ni, asyik makan yg org lain masak, meh ku masak ngn air tgn ku sendiri...

Bahan2 masakan pun mudah, cara nak masak pun mudah... Meh ku tunjuk step by step yer... Apa yang anda perlukan adalah... Sotong, Cili Kering, Cili Padi, Bwg Putih, Daun Kari, Butter, Susu Sejat, Telur Asin (Telur Kuning), Sedikit Garam...

Itu sahaja, simple kan? Cara memasaknya: 1. Mula2, masakkan sotong mcm biasa, kasi masak betul2 yer... Pastu, tuskan sotong anda dan letak ketepi... 2. Panaskan butter dan tumis cili kering, cili api, bwg putih dan daun kari sehingga naik bau... 3. Masukkan susu sejat dan kuning telur lepas tuh, sila lenyek kuning telur tuh sehingga lenyek betul...Masukkan sedikit garam secukup rasa...

4. Pastu, masukkan sotong dan kacau sehingga kuah kering... :-) 5. Siap untuk dihidang... Ini resepi wajib cuba yer... Mmg sedap menjilat jari, makan plak ngan nasik panas... :-) Layanzzz... Suami ku kasi rating, 4 star, out of 5 star... Beliau kata, SEDAP!!! ~Asiah Ishak~

udang goreng telur masin

assalam... selamat berceti di hari minggu mesti hari ni, wanita2 yg bekerja masak sedap2 di rumah kan ye la...hari lain, x sempat sgt nk godek2 kt dapur aku lak, sama je kot hari biasa ngan hari cuti..huhuhu malas nk masak renyah2.. nk mkn pun ber2 ja...

semalam g pasar tani nampak mcm segar je udang besar2 gak la... dlm hati mmg nk cuba wat goreng telur masin sbb sblm tu ter tgk kat blog Qasey Honey mengancam gak la perasaan ni menu ni femes ngan ketam tp aku n hb kureng skit ketam

dan utk resepi ni, aku ada le tambah tolak skit bahan ikut apa yg ada kt dapur.. bg aku, lauk ni mmg simple... rasa lemak2 masin dari telo dan butter dan rasa daun kari yg memberikan aroma

udang goreng telur masin resepi asal: http://zila4ever.blogspot.com/2012/12/ketam-goreng-telur-masin.html (resepi kt bwh aku dh edit skit kuantiti dan bahan) bahan2: 500gm udang 2 sudu besar tepung jagung 3 biji telor masin 2 tangkai daun kari

3 ulas bwg putih- cincang 2 sudu besar mentega 1/2 sudu teh serbuk cili beberapa biji cili api- hiris 1 sudu besar santan (atau leh ganti susu cair) cara: rebus telur masin lenyekkan 3 telur merah + 1 telo putih sementara tu, gaul udang dgn tepung jagung goreng hingga kemerahan- ketepikan panaskan kuali- masukkan mentega tumis bwg putih, cili api dan daun kari kemudian masukkan telur masin yg dilenyek masukkan santan dan biarkan hingga nampak sedikit berbuih seterusnya masukkan udang. kemudian masukkan serbuk cili gaul sebati

ni menu lunch kami ari ni kari ikan kembong

pastu goreng ikan... dh settle dh pun..hihihihi...


Sagu karamel

alma@myresipi.com

Pencuci mulut yg simple, murah dan menyelerakan! (ada yg panggil puding sagu kalau x silap...)

Created on : 08-05-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi alma

Bahan-bahan ( 8-10 [ikut saiz bekas] )



Untuk sagunya: 120g sagu 370ml air Untuk karamelnya: 80g gula halus 100ml air Sehelai daun pandan disimpul (optional) Untuk bhg atasnya: 100ml susu cair / 100ml santan pekat + sedikit garam (kalau guna santan, blh dididihkan terlebih dahulu) Nota: sukatan utk karamel dan susu/santan tu boleh ditambah (atau dikurangkan), sbb sstgh orang tu suka letak susu & karamel byk.

Cara-cara
1. Buat karamel macam biasa iaitu dgn cara yg sama buat gula hangus (tambah daun pandan supaya wangi). Bila dah siap karamel, sejukkan dulu samada dlm mangkuk atau terus ke dlm setiap bekas/gelas (dlm 2sdb atau ikut saiz bekas).

2. Masakkn sagu + air hgga masak (warna kejernihan). Bila dah masak, tutup api dan masa tgh2 lembik tu, masukkan dlm bekas/gelas yang berisi karamel tadi dan tuangkan pula susu cair di atasnya. Boleh dihidangkan sejuk atau begitu sahaja (tapi kebiasaannya yg sejuk lg sedap). 3. Cadangan hidangan (semasa open house & etc):- Sagu yg dimasak diletak dlm mangkuk besar cam pyrex tu ke (ratakan bhg atas supaya nmpk cantik) dan sediakan senduk kecil (utk tetamu cedok). Letakkan karamel dlm satu bekas (beserta dgn sudu besar) dan susu cair dlm teko kecil, serta sediakan mangkuk kecil & sudu kecil (utk tetamu guna bila nk makan dessert ni). Mudah dan boleh dpt byk.

Tag

Resepi masakan Kuah Yong Tau Fu yang mudah dimasak.

LIHAT VIDEO
Resepi masakan Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10 tangkai cili kering

gula melaka

bijan goreng

gula secukup rasa

garam secukup rasa

3 cm belacan

300 ml air

1 sudu besar minyak

sedikit tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

sedikit bahan perasa

Cara-cara:

Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil sehingga garing.

Kemudian angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.

Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa. Taburkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama hidangan menu steamboat anda.

Cornflakes madu

rai@myresipi.com

Resipi sendiri... mmg simple sgt...

Created on : 04-10-2007 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi rai

Bahan-bahan ( 100 biji )

5 cawan cornflakes

2 sudu besar butter atau marjerin 5 sudu besar madu 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara
1. Cairkan mentega, guna api sederhana. 2. Masukkan madu & susu pekat manis. Gaulkan sebentar. Tutup api. 3. Tuang bahan tadi ke atas cornflakes 4. Sudukan kedalam paper cup. 5. Bakar 150C selama 10 minit. Keluarkan & biarkan ia sejuk.

Sagu Gula Melaka


Ini adalah makanan kegemaran anak2 dan mamanya...sedap betul dapat makan sagu ni dalam keadaan sejuk2....tak tergambar betapa bestnya....hahaha....salah satu dessert yang paling best....sedap gilerrrr....

Sebenarnya kalau gantikan santan dengan susu cair lagi best rasanya....cer try.....Resepi ada kat bawah....

Bahan: 2 cawan sagu biji 5 cawan air Gula melaka dijadikan sirap (masak atas api) -Guna gula merah pun boleh Santan (masak atas api + sedikit garam) @ gantikan dgn susu cair (x perlu garam) Caranya:

Mula2 masak gula melaka/gula merah dengan sehelai daun pandan sampai menggelegak dan gula tu cair. Sejukkan. Pastu rendam dua cawan sagu kira2 30 minit. Selepas itu, jeranglah lima cawan air dalam periuk. Kalau nak pewarna, letak pewarna yg disukai. Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih itu lalu kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih. Bila dah cukup jernih, tuangkan sagu ke dalam petapis dan lalukan ke air paip hingga semua cairan sagu hilang dan yang tinggal hanyalah biji sagu yang dah kembang. Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Sejukkan dalam peti ais. Bila dah sejuk dan keras, keluarkan sagu, letak dalam mangkuk. Tuangkan santan/susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka. Kalau nak sejuk, letakkan sedikit ais.

Psssttt--->>>Pasti nak buat lagi lepas ni....sebab kak ngah dah suruh beli sagu masa ke kedai hari tu.....hehe....Nampak sangat feveret diaorang..

Resepi Air Asam

Bahan2 di hiris :

~ 2 biji tomato.. di buang biji dalamnya kemudian di hiris atau di dadu.. ikut suka korang le.. ~ 2 bawang merah di hiris nipis ~ daun ketumbar di racik2 halus/ kasar.. ikut suka korang ~ cili api kalau nak tambah lebih pedas.. Bahan di kisar : ~ 300 ml air asam jawa ( asam jawa aku ambik 2 sudu besar di gaul dgn air.. ambik air dia sahaja.. biji2 dan sampah sarap dia buang ye.. hehehe) ~ 1 sudu besar sos cili ~ 1 sudu besar sos tomato ~ 1 sudu kecik gula ~ secubit garam ~ 2 biji cili merah ~ 5 biji cili api.. kalau nak pedas tambah le lg Cara2nya : ~ blend je semua bahan kisar tersebut.. lepas tu tuang dlm mangkuk.. campurkan dgn semua bhn2 yg di hiris tadi.. siapppp..!! mudah je kannn...

Puding Roti Karamel

Bahan - bahan : 3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis 2 cawan air suam 1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis) sedikit esen vanilla Cara-cara membuatnya: - Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan. - Panaskan kukusan. - Sementara itu,Kisarkan roti bersama air suam dan susu. - Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla. - Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus sehingga masak...

Siap dimakan....

Puding Roti Karamel Lapis Coklat


Bosan je rasanya.... dah beberapa hari tak masukkan resepi masakan tah hapa2 dalam blog ini. Pagi ni, sebagai terapi saya, saya buat puding roti karamel lagi. Nak buat kek, tapi ada beberapa bahan utama telah habis. Jadi, belek2 dapur, nampak pulak bahan untuk puding roti, cukup. Selalu dah buat puding roti karamel biasa, Tapi, kali ni, bagi kelainan sikit, kita buat lapis coklat. Bahan-bahan : (bahan-bahannya, lebih kurang dengan puding roti karamel, tapi saya letak juga la sebab mungkin lain kali saya malas nak refer kat situ :-), dan saya juga ada buat penambahan pada bahan.) 3 sudu besar gula - dijadikan gula hangus 4 keping roti gardenia 3 biji telur - dipukul perlahan dan ditapis 2 cawan air suam 1 atau 3/4 cawan susu pekat manis (saya gunakan 1/4 susu pekat manis + 3/4 susu cair, untuk rasa kurang manis) sedikit esen vanilla 1 sdt tepung jagung * sedikit penambahan bahan: 1 sdt coklat emulco 1 sdt cappucino emulco (terpulang nak letak atau tidak) 1 sdt pewarna kuning Cara-cara: - Masak gula hangus seperti biasa, dan tuangkan dalam loyang. Ketepikan. - Panaskan kukusan. - Sementara itu, kisarkan roti bersama air suam dan susu. - Selepas itu, masukkan telur yang telah ditapis dan masukkan esen vanilla. - Masukkan tepung jagung, dan kacau sehingga sebati. - Bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, campurkan sedikit pewarna kuning, dan bahagian kedua dicampurkan dengan coklat emulco dan cappucino emulco. - Masukkan adunan bahagian pertama dalam loyang gula hangus tadi, dan kukus selama 15 minit. - Selepas itu, buka penutup kukusan, dan tuang dengan perlahan adunan coklat pula. Sila tuang dengan penuh kasih sayang. Tambahkan masa kukusan 15 minit lagi atau sehingga ia masak.

Untuk mendapat rasa yang lebih enak dan segar, masukkan ia dalam peti sejuk, dan nikmatilah ia dengan penuh rasa bahagia... :-

Puding Roti Bersos Kastard


Baru try resepi ini beberapa hari lepas....

Bahan2 puding roti: 1 buku roti ( saya guna roti Gardenia ) 1 tin susu sejat F&N 3 sudu besar mentega 1 cawan gula 1 biji telur 1 kotak kecil kismis ( sebagai hiasan ) Cara membuatnya: - Kisarkan mentega bersama gula sehingga kembang. ( Saya gunakan blender je, sebab tiada mixer). - Kemudian, pecahkan telur, dan kisar lagi. - Masukkan setengah tin susu cair, dan kisar lagi. - Koyak2kan sebahagian roti, kisar lagi sehingga roti hancur. Dan teruskan koyak roti sehingga habis sambil selang2kan dgn menuang lebihan susu sejat. - Griskan loyang, dan tuang adunan tadi ke dalam loyang. - Taburkan dengan kismis, dan pastikan kismis tenggelam. - Kemudian bakar adunan pada suhu 175 darjah celcius, selama 30 minit, atau sehingga masak. Bahan Sos Kastard 1 tin susu sejat F&N 2 sudu besar tepung kastard 1 sudu besar gula Cara membuatnya: - Satukan semua bahan, dan masak di atas api yang perlahan. Sentiasa dikacau, sehingga masak. Sebentar saja tau! - Kemuadian, tuangkan di atas puding roti yang telah siap tadi.

Puding Roti Sos Vanilla

Puding Roti Sos Vanilla

Saya pernah buat puding roti bersos kastad dulu. Tapi, kali ni resepi berbeza sikit.... saya dapat resepi dari blog adik Shila Dik, akak copy paste sini yer.... :-)

Bahan2: 8keping roti putih 4 biji telur 50gram gula 300ml fresh milk 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara: *Carik-carikkan roti dan tekan2 dalam loyang. Tabur kismis atau hirisan almond, letak nestum pon ok. *Pukul telur + gula sampai kembang, agak2 kembang jer stop. *Masukkan esen dan fresh milk, kacau. *Tuang atas roti dan tekan2 supaya bahan2 di atas dapat meresap dalam roti. Biarkan kira2 10 menit dan bakar dalam oven 180celcius selama 45 minit. *Sejukkan dan potong

Vanilla Sauce

Bahan *300ml fresh milk *50gram gula *2 sudu besar kastard dibancuh dengan 1/2 cup air *1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara **Masakkan atas api susu dan gula sampai menggelegak. **Masukkan esen dan bancuhan kastard dan kacau sebati sampai menggelegak tutup api. Kalau rase cair, buat bancuhan kastard lagi sedikit atau masak lama sikit. **Tuangkan atas bread puding. Siap!

Bagi saya ada perbezaan rasa dan struktur pada puding roti ni. Ini bermakna ada 2 jenis puding roti yang saya pelajari. Pilih mana satu yang menjadi pilihan.

Puding Roti Berlauk


Pelik,kan? Selalu puding roti rasa manis, kali ni buat cara berlauk pula. Inspirasi ni dapat dari Fiza Nordin, terima kasih Fiza sebab beri inspirasi pada saya. Tapi, saya tak ikut resepi dia, saya buat cara saya sendiri. Yang tak bestnya, bila lauknya dah siap, roti pun dah siap sedia dalam blender, siap dengan susu dan marjerin, tiba2 tengok telur habis. Dah minta cik suami belikan malam tadi, rupa2nya dia lupa.... Huwaaaa.... rasa nak nagis sekejap. Pastu, positifkan diri.... mesti jadi punya! Kita buat dia, bukan dia buat kita. Terus je jalankan operasi! Meh tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Puding Roti Berlauk

Bahan-bahan lauk: 250 gm ayam kisar (jenama Ramly) 2 biji kentang - dipontong dadu kecil 3 ulas bawang merah - dihiris 3 ulas bawang putih - dihiris 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 1 sdb rempah kurma serbuk Sedikit air Garam dan gula sebagai perasa Cara membuatnya: * Sediakan lauk dahulu... ~ Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau. ~ Tambahkan rempah kurma, dan kacau rata, kemudian tambahkan sedikit air. Kacau rata. ~ Masukkan ayam kisar, biarkan ia masak seketika. ~ Kemudian, masukkan kentang yang telah dipotong dadu. ~ Biarkan kentang lembut dan ayam kisar masak sepenuhnya.Kalau air kurang, tambahkan sikit. Tutup kuali anda. ~ Apabila kentang sudah lembut dan sudah kering, perasakan dengan garam dan gula. INGAT! Janag letak garam di awal masakan anda, kerana kentang akan menyerap rasa masin dan manis. ~ Ketepikan seketika.

Baru keluar oven... sejukkan seketika

Bahan-bahan untuk membuat bingka / puding 10 keping roti (saya guna roti Gardenia) 3 sdb marjerin 400 ml susu cair (1 tin) + 75 ml susu cair (saya tambah 75ml susu cair sebab tiada telur) 1 biji telur (kalau tambah telur, tak perlu tambah 75 ml susu cair) 1/2 sudu garam Cara membuatnya : ~ Koyak-koyakkan 8 keping roti sedikit demi sedikit, masuk dalam pengisar, dan kisar bersama marjerin dan susu cair. Susu cair boleh di masukkan sedikit demi sedikit. ~ Kalau letak telur, boleh masuk terus telur dalam pengisar dan kisar sehingga adunan halus. Tambahkan garam, dan kisar lagi. ~ Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan marjerin. 2 keping roti lebihan tadi di koyak2kan dan masukkan ke dalam adunan tadi. ~ Ratakan lauk yang telah siap tadi di atas adunan, dan tekan2 sedikit supaya lauk tenggelam. Sedikit saja tau! ~ Bakar dalam oven pada suhu 175 darjah celcius, selama 50 minit (lebih kurang). ~ Keluarkan loyang dari oven, dan tambah lauk ikut suka anda. Dan sambung lagi membakar selama 1015 minit berikutnya. ~ Apabila selesai membakar, keluarkan dari oven, dan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sejukkan seketika, baru potong!

Memang lain dari yang lain.... sedap betul rasanya. Sesuai dengan tekak saya

Kasi zoom sikit!

Ok, selamat mencuba pada yang suka pada resepi ini.

sday, January 1, 2013

Triffle Buah - Laici & Mangga


Salam penuh rasa syukur. Hari ini hari pertama di tahun 2013. Selamat tinggal 2012......

Anak2 saya sangat menggemari triffle. Pertama kali makan triffle, makan di rumah adik ipar masa ada jamuan. Saya pulak jenis malas nak buat. Tapi lepas makan kat rumah adik ipar tu, rasa sedap pulak triffle ni. Segar sekali dengan rasa buah. Dan di sebabkan anak2 pun suka, maka saya buat jugaklah sendiri. Tak susah mana pun. Yang penting buang M, seru R. Maka jadilah triffle yang enak dan segar.

Buat adik2 yang baru nak belajar cara2 membuat triffle, mari..... skroll down! Yang dah pakar tu, tak yah tengok pun tak ngape eh.

Mari kita mulakan..... : : : :

Mulakan dengan menyusun swiss roll ke dalam mangkuk. Siramkan beberepa sudu sirap daripada tin buah2an koktail atau tin laici. Saya gunakan buah laici dalam tin sebab tu je yang ada kat rumah. Tujuannya, supaya kek kita tu akan lembap. Seeloknya gunakan mangkuk yang jernih supaya hasilnya cantik. Kalau ada mangkuk kaca yang mahal, guna je.

Tuang sos kastard di atas swiss roll. Cara membuat sos kastardnya : 1 tin susu cair, 1 tin air biasa, 4 sdb gula dan 5 sdb tepung kastard. Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau rata. Kemudian, masak dengan api yang perlahan sehingga bancuhan kelihatan berkilat dan berat. Dan selepas itu, tuang je sos kastard tadi ke atas swiss roll.

Susun buah2an pilihan anda. Macam saya ni, buah yang ada dalam peti sejuk cuma buah mangga dan lici dalam tin. Jadi, saya gunakan tu je. Kalau dapat buah2an yang pelbagai warna, alangkan baiknya. Triffle anda akan kelihatan lebih cantik dan berseri. Buah kiwi, strawberry, peach.... Atau boleh juga gunakan buah2an koktail dalam tin tu.

Selepas susun buah, tuangkan jelly ke atasnya. Masak jelly mengikut arahan dalam kotak. Saya gunakan Jelly Krystal jenama NONA perisa rasberi. Pada saya jelly jenama ini paling terbaik dan sedap. Terpulang pada anda mahu gunakan jenama apa. Dan akhir sekali, biarkan jelly membeku sambil disejukkan dalam peti sejuk

Nikmati hasil triffle anda di saat cuaca yang panas..... Mmmmmmm, memang mengasyikkan.

Mudah saja membuat triffle ni. Semua orang boleh membuatnya. Saya suka..... Anak2 pun suka.

Yee Mee Berkuah

Bahan-bahan : 2 atau 3 sanggul Yee Mee kering 3 ulas bawang putih 1 inci halia Cili kering (terpulang nak banyak mana) Stok ayam Isi ayam 2 sudu besar sos tiram 6-7 biji cendawan shitake 5 sudu besar kicap pekat Sayuran (pak choy, carrot, atau kobis bunga - terpulang pada anda nak letak atau tidak) 1 sudu kecil tepung jagung - untuk pekatkan kuah Bahan perasa (garam dan gula) Telur Sedikit minyak bijan cara membuat yee mee berkuah: - tumis bawang putih, halia dan cili kering. (gambo saya tu tak de cili kering, sebab masa tu gunakan apa yg ada kat rumah je) - dah naik bau, masukkan stok ayam, dgn ayam2 sekali... - masukan cendawan shitake (org panggil cendawan petai,kan?) saya beli yg kering, pastu rebus kejap dgn air panas. - bubuh sos tiram sikit, dan bubuh jugak kicap pekat. - sayur boleh masuk mcm jenis, pak choy ke, carrot ke, sawi ke, cauliflower ker....yg penting ada cendawan shitake. - dah gelegak, bancuh tepung jagung (dlm satu sudu ke) dgn air, dan siram atas kuah tadi. kacau.... jgn lupa, sebelum tu perasakan dgn garam dan gula sikit. pecahkan telur. (telur tu biar masak2 lembik, baru best!) - kalau ada minyak bijan, titiskan beberapa titis. - dan akhir sekali simbahkan kuah yg pekat tu atas yee mee tu... kalau ada pot sizzling tu, alangkah bestnya...baru ada uuummmpphhhh!

Mee Bakso
Salam harmoni, Hari ni, nak kongsi resepi mee bakso. Resepi asal saya dapat dari internet, cumanya minta maaflah, saya tak ingat di mana saya ambil. Untuk resepi ini, saya ada ubah2 sikit bahan2nya.

Mee Bakso
Bahan-bahan Mee kering Cintan - 4 keping - direbus (resepi asal guna Mee hoon) Taugeh - dicelur Sawi - dicelur *resepi asal tak guna sawi, dia guna kobis yang dihiris nipis Limau kasturi - sebagai penambah perasa Untuk Bebola Daging Untuk menghasilkan bakso yang superb, bebola daging WAJIB ada ye. 400gm daging cincang (saya guna Pak Mely punya. Jenama Ramly la) *2 biji bawang merah *2 biji bawang putihuk. (Resepi asal diracik halus sahaja. Tapi saya suka tumbuk) 1 biji telur 1 sudu kecil tepung ubi (tiada tepung ubi, boleh guna tepung jagung) Untuk Kuah Bakso 3 biji bawang merah dihiris *3 ulas bawang putih *1/2 inci halia *1 sudu kecil lada putih (bahan yang bertanda * ditumbuk halus) 1 batang serai - diketuk 1 ketul kiub ayam sedikit serbuk lada sulah garam dan perasa Cili Kicap Cili padi - dicelur dengan air panas Sedikit gula Cuka Kicap

Cara Membuat Untuk kuah 1. Tumis bawang merah yang dihiris sehingga kekuningan, dan masukkan bahan yang ditumbuk (3 bahan yang bertanda *), tumis hingga garing dan naik bau yang enak. Masukan serai. 2. Kemudian masukan air. Masukan juga kiub ayam, serbuk lada sulah, garam serta perasa. Sementara menunggu sup tu mendidih, boleh buat bebola. Untuk Bebola Gaulkan semua bahan untuk bebola daging tu dalam mangkuk, kemudian bentukan ia seperti bola mengikut saiz yang kita mahu. Bila air sup tadi sedikit mendidih, terus masukan bebola dalam sup. Bebola yang sudah masak aka timbul dipermukaan sup. Angkat bebola, dan asingkan dalam mangkuk lain. Jangan terlalu lama bebola dalam sup yang mendidih kerana ia akan keras. Untuk Cili 1.Tumbuk cili padi yang telah di celur bersama sedikit gula 2.Tambah kicap dan sedikit cuka dalam cili tersebut Cara Menghidang Letak mee yang telah direbus, letak togeh, sawi dan bebola daging. Kemudian tuang kuah. Hiaskan dengan sedikit daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Perahkan dengan limau kasturi dan sedikit kicap. Siap untuk dimakan.......

Bebola Daging

Puding karamel

Bahan-bahan ( saiz:16 cm ) 400cc(400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur- pada suhu bilik 2 biji telur kuning-pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila [ KARaMEL ] 5 sudu besar gula 2 sudu besar air Cara-cara Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

RESEPI KARI IKAN BAWAL ALA MAMAK~ Bahan2: 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar - dipotong sebesar 2 jari 5 sudu serbuk kari ikan jenama Babas 1 labu bawang merah besar - mayang 3 ulas bawang putih - mayang 1 inci halia - mayang 4 tangkai daun kari 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih Sebiji tomato 10-15 biji bendi (nak potong 2 pun boleh, ibu suka sebiji2) 1 sudu asam jawa (ambil airnya) Garam secukup rasa Cara membuatnya: 1. Bersihkan ikan dan potong ikan sebesar 2 jari. 2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, setelah naik bau masukkan daun kari dan bawang serta halia yang dimayang. Kacau sehingga bawang kekuningan dan naik bau. 3. Masukkan serbuk kari, guna api perlahan supaya kari tidak hangus. Kacau sehingga serbuk kari masak dan wangi. 4. Kemudian, masukkan air secukupnya (lebih kurang 4-5 gelas). Masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih seketika barulah dimasukkan ikan. 5. Agak2 ikan dah separuh masak, masukkan bendi dan tomato. Tutup periuk. 6. Biarkan seketika dan tutup api.

Resepi telur kukus sedap mudah

Bahan Resepi Telur Kukus 4 Biji telur ayam Daun Bawang yang diracik Daun sup, 2 cili merah dan sebiji bawang merah (dihiris)

100g udang yang dibuang kulit Garam sesedap rasa

Bagaimana cara membuat resepi telur kukus. Gaulkan semua bahan resepi ini di dalam mangkuk tahan panas. Kacau semua bahan sehingga rata. Masukkan ke dalam periuk kukusan anda. Kukuskan ia sehingga dalam lebih kurang 20 minit. Keluarkan telur kukus anda dari periuk kukusan. Resipi telur kukus anda telah siap dan sedia untuk dihidangkan. Telur kukus ini sesuai dihidangkan bersama-sama hidangan berasaskan nasi putih.

KARI KEPALA IKAN ALA MAMAK

Kepala ikan merah yg siap dipotong (MaDiHaA guna kepala ikan jenahak & sekeping ekornya (jd bahan2 lain MaDiHaA dah lebihkan sikit dari resepi yg dulu sebab dah lebihkan ikannya) 5 sudu besar rempah kari ikan - Ana guna Alagappas (MaDiHaA guna kari ikan Baba's) 3 sudu besar cili kisar - nak guna cili serbuk pun boleh (MaDiHaA guna serbuk cili) Bahan2 Kisar 1 biji bawang besar 3-4 biji bawang merah 4 biji bawang putih sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam) Bahan2 Mayang 1 labu bawang besar dimayang halus 3 biji bawang putih daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan) sedikit halba campur

air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya) garam secukup rasa air secukupnya utk kuah Bahan Rampai Terung ataupun boleh guna kacang bendi (MaDiHaA guna bendi je) Cili hijau Buah tomato Cara Menyediakan 1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering. 2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam. 3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Sedia utk dihidangkan.

Siakap 3 rasa Bahan-bahannya. Untuk Ikan: 2 ekor ikan siakap Tepung jagung untuk dilumur pada ikan Serbuk Pasti Sedap Knoor Minyak untuk menggoreng ikan Untuk Kuah: 2 biji bawang besar - dipotong dadu 6 biji bawang putih - dititik 10 biji cili padi - dipotong kecil 1 inci halia - dihiris halus 1 biji tomato - dipotong dadu 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu Kiub nanas - Kak Noor beli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand (Snacky Nanas) - 280 gm 4 sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos ikan 2 batang serai dititik Beberapa helai daun limau purut Daun sup/daun bawang untuk hiasan Garam secukup rasa Ajinomoto secukup rasa Gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara membuatnya: 1. Ikan dibersihkan dan ditoskan 2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam. 3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan 4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih. 5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar. 6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala. 7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto. 8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

sotong sumbat megi

Bahan-bahan ( 2-3org ) 3 ekor sotong 1 bungkus meggi kari 1/2 lobak 1/2 timun batang lidi Cara-cara rebus megi selama 2minit.kemudian toskan dan gaulkan dengan serbuk kari. hiris halus-halus timun dan lobak.kemudian buangkan kulit sotong. letakan sedikit timun dan lobak dalam sotong.kemudian sumbatkan meggi kari ke dalam sotong dan cucukkan sotong menggunakan lidi. grill kan sotong tersebut dengan sedikit minyak. hiaskan dengak sambal dan hidangkan. Tag

PUDING ROTI MARBLE By Shikin Sumber : Hana Myresepi Bahan-bahan ( satu loyang ) 4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml. 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara 1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. 3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api. 4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! 5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! Puding keju ni sentiasa mendapat tempat dihati anak-anak dan suami.

PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm)

50g Mentega CARA2: 1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. 2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. 3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati. 4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. 5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati. 6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. 7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang) PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm) 50g Mentega

CARA2: 1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. 2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. 3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati. 4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. 5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati. 6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. 7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)

PUDING MILO LAPIS OREO Oleh:Suriani Osman cc : www.facebook.com/bukuresepi Bahan-Bahan 10gram serbuk agar2 750ml air 150g gula 1 tin susu cair (400ml) 3/4cawan milo satu bungkus oreo (135g) - patahkan dua2

Cara-cara

Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih. Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati. Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Ini sekadar cadangan, diambil dari beberapa rujukan, moga manfaatnya ada... 1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hjt, sahur, puasa & doakn utk mereka & sekalian org Islam spnjg puasa 2. Bnykkn sedeqah wp pd binatang 3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyk 4. Pastikan anak mendapat Tidur yg mencukupi 5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab 6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yg terbaik, pesan mrk utk baca doa sebelum mmulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yg lain 7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dgn permintaan2 yg luarbiasa, mmadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat utk mereka. Antara surah yg digalakkan utk baca, 1. Surah alam nasyrah 2. Surah al Hasyr ayat 21-24 3. Surah al Rahman 1-13 Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mndpt ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ..

Kek Batik Sri Kaya Bahan2 A : lapisan bawah 1/2 buku butter 3 biji telor 1/2 Cawan air 1 /2 Cawan nestum 1/2 Cawan susu manis 3 sudu makan Serbuk koko 1 baris biskut marrie (dipatah 4) 1 sudu makan Horlick Cara2nya: Carikan butter dgn api perlahan, sementara menunggu butter cair, kocak telor dgn susu manis hingga sebati, kemudian tuangkan ke dlm butter tadi, gaulkan perlahan sebentar, kemudian masukan Serbuk koko, nestum, horlick, dan air, gaul sebati hingga agak pekat, kemudian tutup api dan masukan roti marrie gaul sebati. Setelah itu, tuangkan kedlm loyang yang sudah di alas dgn kertas minyak. Tekan2 hingga padat dan ketepikan.... Bahan2 B : lapisan atas 1/2 buku butter 3 biji telor 1/2 Cawan santan pekat 1/2 Cawan susu manis 1/2 Cawan nestum 1 sudu makan horlicks Sedikit pewarna hijau 1 baris biskut marrie Cara2nya: Cairkan butter dgn api perlahan, sementara menunggu butter cair, kocok telor, susu manis, air santan dan pewarna hijau

hingga sebati. Kemudian masukan ke dlm butter tadi, Gaul perlahan kemudian masukan nestum dan horlick, Gaul sebati, tutup api dan masukan biskut marrie, kemudian gaul lagi hingga sebati. Setelah itu tuangkan keatas bahan A tadi. Tekan2 hingga padat kemudian taburkan nestum di atas permukaanya.... Simpan didlm peti sejuk selama 2 jam kemudian bolehlah di potong...

Вам также может понравиться