Вы находитесь на странице: 1из 2

JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBINAAN

LEBUHRAYA LEKAS MELALUI TAMAN BUKIT


MARGOSA
Bilik Gerakan,
Surau Taman Bukit Margosa,
70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel. No. 019-3334988, email : czackPY@yahoo.com.my

Ruj kami : JBBLK (025)


18hb Og0s 2008

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Seremban
Wisma Perbandaran
Jalan Yam Tuan
70990 Seremban

.
Y..Bhg Dato’,

Per : MAKLUMAN BERKAITAN PEMBUKAAN PENGHADANG ZING SERTA PAPANTANDA DI


JAJARAN CADANGAN LEBUHRAYA LEKAS SEKSYEN 3 (11.575 KILOMETER) DARI
PERSIMPANGAN BERTINGKAT SETUL BERAKHIR PERSIMPANGAN PAROI) MELALUI
TAMAN BUKIT MARGOSA

Perkara di atas serta surat kami kepada pihak Y..Bhg Dato’ Rujukan JBBKL(9) bertarikh 20hb
Jun 2008 adalah di rujuk.

Sehingga kini pihak LLM, LEKAS serta IJM masih belum menyerahkan dokumen yang
diperlukan oleh pihak Peguam serta Jurutera lantikan kami sepert yang dimaklumkan pada
mesyuarat bersama yang dipengerusikan oleh Y..Bhg Dato’ pada 5hb Febuari 2008.

Kami juga ingin membantah atas tindakan LLM, LEKAS serta IJM memulakan kerja tanah di
laluan keluar taman kami (Taman Ampangan Fasa 3) kerana ianya telah melanggar persetujuan
bersama mesyuarat Kesannya telah menyebabkan kegelisahan penduduk dan dikuatiri akan
meimbulkan kejadian yang tidak diingini.

Seperti yang telah kami maklumkan kepada Pengarah JPNIN berkaitan pemasangan haram
penghadang zing serta membiarkan lubang-lubang di jalan masuk kami tidak dibaiki oleh LLM,
LEKAS serta IJM yang telah menyebabkan peningkatan jenayah dan kemalangan di taman
kami.Ingin kami maklumkan kepada Y..Bhg Dato’, pihak kami akan membuka penghadang zing
serta papantanda yang berkaitan bermula pada 28hb Ogos hingga 30hb. Ogos 2008.

Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak polis bagi memohon pengawasan sewaktu
pembukaan penghadang zing dan papantanda ini.

Bersama ini kami sertakan sesalinan repot polis kami no. PAROI/001824/08 bagi menerangkan
maksud di atas
JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBINAAN
LEBUHRAYA LEKAS MELALUI TAMAN BUKIT
MARGOSA
Bilik Gerakan,
Surau Taman Bukit Margosa,
70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel. No. 019-3334988, email : czackPY@yahoo.com.my …/2

Вам также может понравиться