Вы находитесь на странице: 1из 5

Jumlah Masa Pengajaran yang Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada

waktu Pendidikan

pengajaran. Minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting untuk memastikan objektif tercapai. 4. Latar Belakang Pelajar Bukan semua pelajar adalah sama.

Jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi Tiga Waktu dan mengekalkan dua waktu untuk Tahap dua masa yang diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Peruntukan masa yang terhad, secara tidak langsung memerlukan pengkajian semula atau perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. 2. Persekitaran Pengajaran Faktor-faktor yang mempengaruhi

Perbezaan di kalangan pelajar itulah yang menyebabkan perancangan

diperlukan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk

golongan yang kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi

golongan yang mahir juga menjadikan mereka kurang minat terhadap Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang selalu digunakan ialah: 1. Kaedah Kuliah 2. Kaedah Demonstrasi 3. Kaedah Pembelajaran Masteri 4. Kaedah Pembelajaran Koperatif 5. Kaedah Perbincangan 6. Kaedah Projek 7. Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

persekitaran pengajaran ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan. Faktorfaktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas Pendidikan Jasmani. Saiz kelas yang besar akan menambahkan masalah dari segi kekurangan peralatan dan kemudahan. Justeru itu, perancangan

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut. Misalnya, suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk tujuan diatas. 3. Latar Belakang Guru Kejayaan program Pendidikan Jasmani

bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru mengajar penting untuk menjayakan

Domain Kognitif Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif ini kepada enam (6) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai. Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfi kir, merasa dan bertindak. Penyusunan domain kognitif perlu mengikut keupayaan pelajar dari mudah kepada yang lebih susah. Perancangan kognitif disusun mengikut keupayaan pelajar bagi membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang dan dijalankan dengan lebih sistematik dan berkesan. Peringkat yang lebih rendah perlu dicapai terlebih dahulu, diikuti peringkat selanjutnya yang lebih susah. (a) Pengetahuan Pengetahuan (knowledge), bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986) Kefahaman Kefahaman bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna Aplikasi Aplikasi (application), bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am Analisis Analisis (analysis), bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan melihat pertalian antara unsur-unsur tersebut

Sintesis Sintesis (synthesis), bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh Penilaian Penilaian (evaluation), yang membawa maksud keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar

Domain Afektif
Objektif domain afektif mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai. Dari segi praktiknya, guru jarang menulis objektif ini dalam buku rekod pengajaran berbanding objektif kognitif, yang ditulis dalam bentuk perlakuan pelajar. Ini berlaku kerana ketidakwujudan prosedur dan alat yang benar-benar sesuai untuk mengukur pencapaian objektif afek

Domain Psikomotor
Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fi zikal seseorang. Guru-guru Pendidikan Jasmani sentiasa memberi tumpuan kepada pengawalan pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan. Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanakkanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman Simpson (1972) mengemukakan tujuh peringkat objektif domain psikomotor, daripada mudah kepada susah; iaitu: (1) Persepsi, (2)Persediaan, (3) Pergerakan Terkawal, (4) Pergerakan Mekanistik, (5) PergerakanKompleks, (6) Pergerakan Suaian dan (7) Pergerakan Ciptaan

Penerimaan Penerimaan (receiving), bermaksud kesediaan seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan Gerak Balas Gerak Balas (responding), yang bermaksud seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima kerana dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian Penilaian Penilaian (valuing), yang bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat Organisasi Organisasi (organization), bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal Perwatakan Perwatakan (characterization) dalam domain afektif bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup

Domain Sosial
Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan / tingkah laku sosial, iaitu domain sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: (a) Berhubung Objektif pertama domain sosial ialah Berhubung (Relating), yang bermaksud seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku membuat kontak (contact) terhadap seseorang lain,seperti membuat kontak mata (eye contact). Di sini, kontak mata merupakan permulaan kepada perkenalan yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi. (b) Berkomunikasi Objektif kedua domain sosial ialah Berkomunikasi (Communicating), yang bermaksud seseorang itu cuba berkomunikasi dengan seseorang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini, tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi. (c) Melibatkan Diri Objektif ketiga domain sosial ialah melibatkan diri (Participating), yang bermaksud seseorang itu secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini, tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Contoh objektif pengajaran peringkat melibatkan diri ialah Pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan. (d) Berunding Objektif keempat domain sosial ialah berunding (Negotiating), yang bermaksud seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu isu / masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan. Di sini, tingkah laku berbincang

menunjukkan seseorang itu ingin membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kumpulannya. (e) Bekerjasama Objektif kelima domain sosial ialah bekerjasama (Collaborating), yang bermaksud seseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek, seperti bekerjasama untuk membersihkan (f) Menghakim Objektif keenam domain sosial ialah menghakim (Adjudicating), yang bermaksud seseorang itu dapat bertidak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran. Di sini, tingkah laku meleraikan pertengkaran menunjukkan seseorang itu ingin mengekalkan keharmonian di kalangan ahli-ahli kumpulannya. (g) Memulakan Objektif ketujuh domain sosial ialah memulakan (Initiating), yang bermaksud seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru. . Di sini, tingkah laku mengadakan perkhemahan menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya mendapat pengalaman baru. Contoh objektif pengajaran peringkat memulakan ialah Pelajar berjaya mencadang dan melaksanakan projek baru bersama ahliahli kumpulannya. (h) Menukar Objektif kelapan dan terakhir domain sosial ialah menukar (Converting), yang bermaksud seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahliahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar. Di sini, tingkah laku mendorong ahli-ahli kumpulan mencintai alam sekitar menunjukkan seseorang itu ingin melihat ahli-ahli kumpulannya

hidup

dalam

persekitaran

yang

lebih

harmoni

Вам также может понравиться