Вы находитесь на странице: 1из 5

teori: 1) Sistem respirasi berfungsi untuk membenarkan pertukaran gas.

2) Struktur respirasi mamalia terdiri daripada peparu kiri dan peparu kanan yang terletak di dalam rongga toraks. 3) Peparu dilindungi oleh tulang rusuk dan terpisah daripada rongga abdomen oleh diagfragma. 4) Mekanisme pernafasan melibatkan diafragma, otot interkosta luar dan dalam yang akan mengubah isipadu dan tekanan udara di dalam rongga toraks.

Bahan dan radas Tikus Lipas Ikan bertulang Alatan pembedahan Papan pembedahan Kanta pembesar

Pembaris plastic lutsinar Benang Prosedur :

a) Pembedahan system pembedahan mamalia. 1. Tikus dipinkan pada papan bedah dengan permukaan perut paling atas.

2. Sayatan dibuat pada pertengahan perut melalui kulit dan potong hingga ke hadapan rahang dan hingga ke belakang anus. 3. Kulit dipegang dengan menggunakan forcep. Tisu penghubung antara kulit dan dinding badan dipotong dan di pinkan pada papan bedah. 4. Dinding thorak dan perut dipotong untuk menunjukkan rongga torak. 5. Semua tisu dan otot leher dipotong untuk menunjukkan kedudukan trakea dan larynx. 6. Jantung, paru-paru, trakea dan osefagus dan larynx dibuang. 7. Struktur tersebut kemudian dilukis dan dilabel.

Keputusan

: :

Lukisan dan pelabelan

Perbincangan Mamalia

1) Paru-paru merupakan organ respirasi bagi mamalia seperti tikus. Laluan udara terbentuk dengan wujudnya nostril, farinks, larinks, trakea dan bronkus. Paruparu mengandungi jumlah alveoli yang banyak iaitu tapak untuk respirasi luar berlaku. Sangkar toraks yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang yang dipanggil tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru daripada

tercedera. Diafragma dan tulang rusuk memainkan peranan penting dalam mekanisme tarik dan hembus nafas. 2) Pada badan tikus, dinding sangkar tulang rusuk dipotong dengan berhati-hati ke bahagian kiri garisan tengah ventral. Pembedahan ini sepatutnya bersambung dengan pembedahan yang dilakukan terlebih dahulu sebelumnya, yang telah mendedahkan organ dalaman di bahagian abdomen. Ruangan toraks terbuka. Ruangan toraks terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: ruang kiri pleural, yang mengandungi paru-paru kiri, ruang pleural kanan dan ruang pericardial, yang mengandungi jantung. 3) Paru-paru diperiksa, empat lobus paru-paru kanan dan tiga lobus paru-paru kiri dicatatkan. Bagi mamalia, udara perlu ditarik masuk dan dihembus keluar daripada paru-paru untuk memastikan pertukaran gas yang efisien berlaku di alveoli. Proses keluar masuk udara ini dikenali sebagai ventilasi. Untuk memastikan proses ini berlaku dengan lancer, pengecutan otot interkostal yang terletak antara tulang rusuk menarik tulang rusuk keatas dan keluar. Pada masa yang sama, diafragma mengecut dan ditarik kebawah menyebabkan ruang udara di dalam ruang pleural meningkat menyebabkan tekanan udara menurun. Udara ditolak masuk kedalam paru-paru dari luar mengikut keseimbangan tekanan. Untuk mengeluarkan udara daripada paru-paru, tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh otot interkostal dan diafragma.

Kesimpulan

Soalan

1) a.

berapakah pasangan tulang rusuk yang dipunyai haiwan? 13

b.

bagaimanakah tulang rusuk berfungsi ketika pertukaran gas berlaku dalam haiwan? Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan perlindungan.

2) a.

nyatakan ciri-ciri dan rupa diafragma. Satu lapisan otot yang npis yang berada di bawah paru-paru dan jantung yang memisahkan dada dengan abdomen. Is merupakan satu permukaan yang berstruktur rata.

b.

apakah kepentingan ciri-ciri diafragma kepada pertukaran gas? Diafragma yang terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk penting untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang terpenting bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik. Apabila udara ditolak masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan ditarik keluar dan ke atas menyebabkan diafragma yang melekat pada tulang rusuk akan menjadi rata menyebabkan ruang udara pada ruang toraks bertambah. Ciri-cirinya yang fleksibel dan kuat membantu untuk memastikan diafragma dapat mengembang dan mengecut dengan baik tanpa terkoyak.

3) Ukur panjang trakea (dari larynx sehingga ke bronkus) 4cm.

Вам также может понравиться