Вы находитесь на странице: 1из 5

SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU

Pengertian Konstituen atau unsur yang menjadi Frasa Nama (FN) yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum (FN) atau sesudahnya. Mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa melayu.

PERATURAN D-M (HUKUM D-M)

D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsure yang menerangkan merupakan unsure penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contohnya

Frasa Nama Diterangkan Menerangkan (Inti) (Penerang) Orang Lelaki Askar Melayu Kelapa Sawit Baju Kemeja penulis buku Mengikut peraturan ini penggunaan susunan unsurunsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-contoh yang berikut *Aminah

Restoren,Gigi Klinik,Kerinting Rambut Salon,* kerana intinya terletak di belakang.

KECUALIAN HUKUM D-M

Kecualian hokum D-M iaitu penerang mendahului unsure yang diterangkan, ia boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali pada nama-nama jawatan. contoh Frasa Nama penerang (M) Perdana Timbalan Naib Naib Naib Timbalan Pembantu ibu Yang diterangkan (D) Menteri Menteri Presiden Yang dipertua Canselor Pengerusi Penyelidik pejabat

BILANGAN DAN PANGGILAN

Apabila unsure penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama, seperti dalam contoh-contoh berikut.

i.Bilangan` FRASA NAMA Bilangan Penjodoh Inti Bilangan Dua Orang Calon Beberapa Ekor Binatang Sekawan Burung Sekalian Hadirin Segelintir Penduduk Semua Pasukan Ketiga-tiga Orang Pekerja Segala Perkakas Para Tetamu Sepuluh Buah Rumah Sekuntum bunga

ii. Nama panggilan dan gelaran

Bagi kata nama orang dan haiwan, nama panggilan atau gelaran boleh mendahului inti sebagai penerang. Contoh: Frasa Nama Panggilan / Inti Gelaran Puan Juriah Tun Abdul Razak Raja Zainal Engku Ali Megat Tarawih Kak Timah Datuk Menteri Si Belang Sang Sapurba

Вам также может понравиться