Вы находитесь на странице: 1из 4

MTE3105 STATISTIK

Set 5 (Telah diberi semasa kuliah)

1. Sebuah beg mengandungi 6 biji gula-gula biru, 2 merah dan 4 kuning. Dalam setiap kes berikut, lukis sebuah gambar rajah pokok bagi dua biji gula-gula yang dipilih secara rawak: (a) secara serentak (tanpa penggantian) (b) dengan penggantian

Bagi kes pemilihan tanpa penggantian, cari kebarangkalian bahawa (i) kedua-dua biji gula-gula yang dipilih berwarna merah. (ii) gula-gula pertama biru dan gula-gula kedua berwarna merah atau kuning. (iii) gula-gula kedua biru diberi bahawa gula-gula pertama adalah kuning.

2. (a) Satu kajian melaporkan bahawa murid di sebuah sekolah menontoh televisyen secara purata 3 jam sehari. Jika sisihan piawai bagi bilangan jam menonton televisyen sehari ialah 2.1 dan satu sampe rawak 250 orang murid dipilih. Cari min dan sisihan piawai bagi taburan persampelan ini. (b) Jisim 40 orang lelaki, kepada kg terhampir, ditunjukkan di bawah. 74 78 89 78 87 84 68 92 80 75 74 76 71 79 93 78 77 73 86 73 67 79 65 81 80 81 82 75 83 77 87 73 85 76 80 69 77 73 83 78

Jisim-jisim ini merupakan satu sampel rawak daripada satu populasi jisim yang ditaburkan secara normal dengan min 70 dan varians 40. (i) Cari satu selang keyakinan 95% bagi min populasi. (ii) Apakah kebarangkalian bagi min jisim melebihi 80 kg? 3. Satu sampel rawak 120 kematian yang direkodkan di Jepun pada tahun-tahun lepas menunjukkan jangka hayat purata 71.8 tahun. Dengan menganggap sisihan piawai populasi sebagai 8.9 tahun, adakah ini menunjukkan bahawa jangka hayat min sekarang adalah melebihi 70 tahun? Gunakan aras keertian 0.05. (i) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif. (ii) Cari nilai kritikal. (iii) Hitung statistik ujian.

(iv) Apakah kesimpulan anda? (v) Apakak kebarangkalian bagi anda menolak hipotesis nol secara tidak betul?. 4. Sebuah syarikat telekomunikasi melancarkan satu kempen penawaran di mana ia menawarkan 5 mode yang berbeza pada kadar diskaun tertentu. 150 sampel jualan diambil dan data berikut diperoleh: Model A B C D E Bilangan yang dijual 36 24 34 26 30 Pada aras 0.05, uji hipotesis bahawa tiada perbezaan antara jualan setiap model. (i) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesisi alternatif. (ii) Nyatakan darjah kebebasan dan nilai kritikal. (iii) Hitung statistik ujian. (iv) Apakah keputusan da kesimpulan anda? 5. Seorang pengedar telefon bimbit ingin mengetahui sama ada pengguna adalah tak peka terhadap perubahan harga bagi suatu model telefon bimbit tertentu. Pengedar itu memilih 4 kedai secara rawak untuk menjual model tersebut pada empat harga yang berbeza. Seleas 4 minggu, bilangan telefon yag dijual setiap minggu adalah seperti yang berikut. Uji pada aras 0.01. Harga A 4 6 5 7 harga B 3 6 5 7 harga C 9 10 7 3 harga D 9 5 4 5

Min: A = 5.5, B = 5.25,

C = 7.25,

D = 5.75

Varians: A = 1.67, B = 2.92, C = 9.58, D = 4.92 Min keseluruhan = 5.9375; Varians keseluruhan = 4.4625 (a) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif. (b) Nyatakan darjah kekebasan bagi pengangka dan penyebut, dengan demikian nilai kritikal. (c) Cari varians antara kumpulan dan varians dalam kumpulan, dengan demikian nilai F. (d) Buat keputusan tentang ujian di atas.

1. (a) Jelaskan maksud 99% selang keyakinan bagi min. Satu sampel rawak 60 pengguna telefon bimbit menunjukkan bahawa mereka membelanjakan kira-kira RM68 sebulan ke atas telefon bimbit, dengan sisihan piawai RM8. Bina satu selang keyakinan bagi min penggunaan sebulan. Seorang pekedai mendakwa bahawa min perbelanjaan ialah RM70. Adakah dakwaannya boleh diterima? Apakah akan terjadi kepada selang keyakian jika saz sampel yang lebih kecil, iaitu 20, digunakan.

(b) Populasi semua pengguna telefon bimbit mempunyai min penggunaan bulanan RM62.40 dengan sisihan piawai RM7.40. Apakah kebarangkalian bahawa min penggunaan bulanan bagi 30 orang pengguna akan melebihi RM75? Apakah saiz sampel yang patut diambil jika terdapat 90% keyakinan bahawa min sebenar berbeza daripada min sampel sebanyak RM4? Seorang pemilik telefon bimbit memikirkan bahawa dia mempunyai 95% yakin bahawa min penggunaan sebulan adalah antara RM60 dan RM75 bagi sebarang sampel yang diambil daripada populasi. Satu sampel bersaiz 35 diambil dan min adalah RM63.40. Adakah data menyokong dakwaannya?

2. (a) Menurut satu kajian, purata gaji tahunan bagi jurutera ialah RM49 056 di Selangor dan RM46 800 di Perak. Min gaji ini adalah berdasarkan sampel rawak 500 jurutera dari Selangor dan 400 jurutera dari Perak. Sisihan piawai populasi bagi gaji tahunan jurutera di dua tempat itu ialah RM9000 dan RM8000 masing-masing. Uji pada aras keertian 1%, sama ada min gaji tahunan jurutera di Selangor dan Perak berbeza.

(b) 63% orang yang ditemu bual menyatakan bahawa mereka suka melayari internet. Anggap 63% bagi semua orang di Malaysia mempunyai pandangan ini pada tahun 1997. Baru-baru ini, 950 orag dewasa ditemu bual dan didapati 75% daripadanya suka melayari internet. Gunakan aras keertian 0.01, bolehkah anda simpulkan bahawa peratusan orang yang suka melayari internet di Malaysia sekarang adalah berbeza daripada tahun 1997. 3

3. (a) Pendapat bagi 1000 penonton televisyen ditanya tentang rangkaian kegemaran mereka. Keputusannya mengikut jantina adalah seperti berikut: Jantina Lelaki Perempuan TV1 200 250 TV3 150 300 NTV7 50 50

Adakah kegemaran lelaki berbeza daripada perempuan secara signifikan? Uji pada aras keertian 5%. (b) Sekumpulan penyelidik ingin tahu sama ada penyakit jantung ada kaitan dengan tinggi seseorang. Satu sampel rawak 100 orang pesakit jantung di sebuah hospital menghasilkan keputusan berikut: Keadaan pesakit Ada penyakit jantng Tiada rendah 3 17 Status tinggi sederhana 2 35

tinggi 28 15

Pada aras 0.01, uji sama ada terdapat hubungan antara penyakit jantung dengan tinggi seseorang.

4. Seorang juru jual ingin menentukan hubungan antara perbelanjaan ke atas iklan dengan hasil jualan.Keputusannya seperti berikut: Iklan 450 (RM) Jualan 46 (RMx100) 280 38 300 45 250 35 360 45 500 46 450 30 200 37 500 40

(a) Plot satu gambar rajah serakan. (b) Cari persamaan garis regresi. (c) Tafsirkan nilai kecerunan dan pintasan y bagi jawapan dalam (b). (d) Ramalkan jualan bulanan apabila perbelanjaan iklan ialah (i) RM420, Beri ulasan tentang ketepatan ramalan tersebut. (e) Apabila perbelanjaan iklan ialah RM250, apakah rejanya? (ii) RM1000.

Вам также может понравиться