Вы находитесь на странице: 1из 7

KUMPULAN 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Bilangan Pelajar Masa Tajuk Sub Tajuk Objektif Umum

: Kemahiran hidup : KKBP 1 : 15.11.2009 : 7 orang : 40 minit : Berkebun : Mengenal peralatan berkebun. : Pelajar akan dapat mengenal pasti dan membezakan jenis peralatan berkebun.

Objektif khusus

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: a) Mengenal peralatan berkebun. b) Kegunaan peralatan berkebun.

Peng. Sedia Ada

: Murid penah menggunakan beberapa peralatan dirumah masingmasing.

Gabungjalin Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir Bahan Bantu Mengajar

: Sains, : Rajin, Berdikari, : Menjana Idea, Banding beza (Peta Minda)

: VCD, Gambar, Peralatan berkebun (3D),

LANGKAH

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

Set Induksi (5 minit)

Permainan Puzzle (gambar peralatan berkebun)

1.Guru meminta murid mencuba mencantumkan puzzle secara berkumpulan. 2.Guru meminta murid menunjukkan hasil kerja yang sudah diselesaikan kepada kawan-kawan. 3.Guru meminta murid menyebut apa yang dilihat.

Nilai: Bekerjasama

Teknik: Soal jawab

Langkah 1 (9 minit)

Jenis-jenis peralatan berkebun.

1.Guru menunjukkan slide show power point peralatan berkebun. cangkul parang sudip tangan cangkul tangan serampang tangan penyiram pencakar 2.Guru menunjukkan dan menyebut nama peralatan berkebun menggunakan kad gambar. 3.Guru meminta murid menyebut kembali kad gambar yang ditunjukkan oleh guru.

BBM : slide show power point

Langkah 2 ( 8 minit)

Kegunaan peralatan berkebun

1.Guru menunjukkan tayangan video movie maker mengenai penggunaan setiap peralatan tersebut. 2.Bersoal jawab mengenai penggunaan setiap peralatan secara individu.

BBM : movie maker Teknik: Soal jawab

Langkah 3 (10 minit )

Tunjuk cara penggunaan setiap peralatan

1.Guru meminta murid bergilir-gilir mengambil kad perkataan didalam kotak. 2.Guru meminta murid menyebut kad perkataan yang diambil. 3.Murid secara bergilir-gilir mengambil bahan (3D) yang telah disusun di atas meja mengikut perkataan yang diambil.

BBM : Bahan 3D Teknik: Tunjuk cara

4.Murid secar bergilir-gilir menunjukkan cara penggunaan alatan dengan cara yang betul di hadapan kelas.

Langkah 4 (4 minit)

Penilaian

1. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Setiap murid memadankan perkataan dengan gambar bagi peralatan berkebun.

Penutup (4 minit)

Rumusan dan refleksi

1. Guru menerangkan bahawa setiap peralatan mesti digunakan mengikut kesesuaian kerja yang hendak dilakukan supaya kerja tersebut dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan dapat mengelakkan kemalangan semasa menggunakan peralatan tersebut. 2. Guru memberikan nasihat berkaitan keselamatan semasa menggunakan setiap peralatan tersebut

Nilai: Kesedaran kendiri

Refleksi Kendiri : ..

LAMPIRAN A ANALISIS KANDUNGAN MODEL ASSURE LANGKAH 1 HURAIAN MODEL A - Analyze learner (Analisis ciri-ciri pelajar) HURAIAN ANALISIS 1. Ciri-ciri Pelajar.(Slow Learner) a) Sukar memberi tumpuan. b) Lambat memahami arahan. c) Suka membuat aktiviti. 2. Pengetahuan sedia ada. I. Apa yang pelajar tahu. - Pelajar telah mengenali peralatan berkebun. II. Apa yang pelajar ingin tahu. - Nama peralatan berkebun. - Cara penggunaan alat. Apa yang pelajar akan pelajari. - Menamakan setiap peralatan dengan betul. - Menunjukkan cara penggunaan alat dengan betul.

III.

3. Gaya belajar. i. Visual - Memadankan kad perkataan dengan alat. ii. Auditori - Mendengar sebutan nama setiap peralatan. Kinestatik - Mencantumkan kepingan kad gambar (jigsaw puzzle) - Menunjuk cara menggunakan setiap alat.

iii.

S State objectives (Menyatakan objektif)

i.

Kumpulan sasaran - Murid dapat mendengar dan mengikut arahan guru serta melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Bentuk perlakuan baru. - Pelajar menunjuk cara menggunakan alat. - Pelajar memberikan tumpuan. Syarat perlakuan. - Aktiviti dijalankan dengan keadaan terkawal dan selamat. Pencapaian yang diperolehi. - Murid dapat menguasai 80% pengajaran yang dismpaikan oleh guru berbantukan bahan pengajaran yang pelbagai.

ii.

iii.

iv.

S Select Methods, Media & Materials (Memilih Kaedah, Media & bahan

Kad perkataan, jigsaw puzzle, slaid power point, tayangan movie maker.

U Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan)

i.

ii.

iii. iv.

v.

Guru memberikan jigsaw puzzle kepada murid (aktiviti berkumpulan) dan menerangkan apa yang perlu murid lakukan. Guru menayangkan slide menggunakan slide power point yang mengandungi nama dan gambar alat berkebun. Guru menunjukkan kad bergambar dan meminta murid menyebutkan semula. Guru mengedarkan kad perkataan dan meminta murid mengecam alat 3D yang bersesuaian. Guru menayangkan video berkaitan penggunaan alat berkebun.

R Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

i. ii. iii. iv.

Murid mencantum jigsaw puzzle secara berkumpulan. Murid menamakan peralatan berkebun secara lisan. Murid melihat tayangan movie sambil menyebut nama setiap alatan berkebun. Murid menunjuk cara penggunaan setiap alat berkebun secara individu..

E Evaluate & Revise (Menilai & Semak Semula)

i. ii.

iii. iv. v.

Murid memberi perhatian kepada apa yang dipelajari. Murid dapat menyebutkan kad perkataan dan mengambil alat tersebut dengan betul. Murid dapat menunjukkan cara penggunaan alat berkebun dengan betul. Murid dapat memadankan kad nama alat dengan bahan 3D. Murid dapat memadankan nama alat dengan gambar peralatan berkebun.

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN 3D.


Penerangan 1. Bahan ini digunakan pada langkah ketiga kerana pada ketika ini murid-murid telah mengetahui nama alat dan cara menggunakannya setelah diberi pendedahan awal pada langkah satu dan dua. 2. Pada langkah ini, guru cuba menguji kemahiran mengecam dan mengingat kembali murid mengenai peralatan berkebun yang telah diajar. Cara Penggunaan 1. Setelah murid mengambil kad perkataan pada kotak kad dan menyebut perkataan itu, murid akan mengambil bahan 3D yang telah disusun di atas meja. Ini adalah untuk menguji daya mengecam murid. 2. Kemudian guru meminta murid menunjuk cara menggunakan alat tersebut seperti yang telah dilihat melalui tayangan power point dan video. 3. Rangsangan hendaklah diberi setelah murid dapat melakukan tunjuk cara yang betul seperti pujian dan tepukan.

Вам также может понравиться