Вы находитесь на странице: 1из 18

Topik8 X Perkamusan

Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Mengenal pasti klasifikasi perancangan bahasa; Menghuraikan perancangan taraf bahasa; dan Membincangkan perancangan korpus bahasa.

PENGENALAN

Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Kridalaksana, 1984;144). Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit-unit dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. Leksikografi memerlukan bantuan leksikologi.

Rajah 8.1: Contoh Kamus Sumber: http://images.google.com/images dipetik pada 18 Disember 2007

160 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Apakah yang anda faham tentang leksikologi? Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang menyelidiki leksikon, leksis, dan leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai kaitan yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Ini kerana perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara yang ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi asas sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item leksikal.

8.1

SEJARAH PERKAMUSAN MELAYU

Bagaimanakah mulanya bidang leksikografi atau perkamusan? Leksikografi tidak bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain. Menurut al-Kassimi (1983), kamus bermula bukan sebagai alat teoritis tetapi sebagai alat praktis. Ini disebabkan kemunculan leksikografi berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain. Leksikografi Arab muncul pada abad ke-7 kerana sebab-sebab agama. Kamus mula-mula disusun untuk menerangkan perkataan luar biasa yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Di India pula, bentuk awal leksikografi berkembang melalui nota-nota istimewa yang dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India, misalnya karya-karya Veda dan sifatnya ekabahasa. Di negara Yunani, glos dibuat di bahagian tepi untuk menerangkan ungkapan yang lama dan sukar, dan bukan untuk menulis semula teks-teks lama dengan cara yang lebih mudah. Secara beransur-ansur glos-glos ini bertukar menjadi glosari yang memberikan padanan baru untuk bahasa lama tetapi menggunakan bahasa yang sama (perkataan Yunani lama dijelaskan dengan bahasa Yunani moden). Leksikografi bahasa Inggeris pula bermula dengan penterjemahan teks Latin ke dalam bahasa Anglo-Saxon. Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah. Collins mengatakan bahawa pada zaman 1450-1680 merupakan era yang bercirikan commerce of ideas yakni bukan semata-mata barang dagangan yang disalurkan tetapi juga budaya dan teknologi, bahkan khayalan yang tersalur antara benua Eropah dan alam Melayu. Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan utama di alam Asia Tenggara pada awal abad ke-15 dan kemudian diikuti pula oleh perkembangan budaya yang amat pesat di Melaka dengan kemasukan kebudayaan asing terutamanya pengaruh kesultanan Othmaniyah dari Asia Barat dan Eropah Timur, dan juga

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 161

pengaruh empayar Moghul di India dan Asia Tengah, dan kebudayaan dari Tanah Besar Cina. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511(?), dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu. Senarai yang dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini malangnya tidak pernah ditemui. Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah senarai yang diterbitkan di London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun 19301932 tersebut. Oleh itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama besar cakupannya, tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap sejarah perkamusan bahasa Melayu. Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan Yang Pin, hanya sebuah senarai kata kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai dwibahasa Belanda-Melayu yang dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan sebagai salah satu daripada hasil pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan disebarkan di Eropah. Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta (Rajah 8.2) pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. Inilah kamus bahasa Melayu yang pertama dapat dikesan. Fungsi utama usaha ini adalah untuk kepentingan penyebaran agama Kristian dan perdagangan. Kandungannya merupakan senarai nama barang, sukatan beras, perkapalan, hasil bumi dan sebagainya. Pada umumnya, isi kamus ini mudah dikenal pasti, walaupun ejaan Pigafetta mengikut ejaan bahasa ibundanya. Kamus Pigafetta merupakan salah satu dokumen penting pada abad ke-16 kerana bahasa Melayu mulai diperkenalkan di Eropah dan dikenali pada zaman tersebut berdasarkan penulisan beliau.

162 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer

ordre vanden Alphabet int Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh
Casper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Kamus Dictionarium Malaico-Latinum et Latinum Maicum yang diusahakan oleh Paderi David Haex pada tahun 1631 mengandungi entri Melayu-Latin. Kamus ini diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Kamus ini lebih bersifat kamus tatabahasa yang menerangkan pelbagai sifat bahasa dan terpisah daripada sifat kamus semasa. Daftar kata lain yang dihasilkan ialah daftar kata Melayu-Belanda oleh J. Heurnius pada tahun 1650, A Brief Dictionary of the Malay Tongue oleh John Ogilby pada tahun 1673, dan daftar kata Melayu-Belanda oleh F. Gueyniers pada tahun 1677 yang merupakan kamus huraian dan tatabahasa.

Rajah 8.2: Antonio Pigafetta Sumber: http://images.google.com/i mages? Dipetik pada 18 Disember 2007.

Usaha seterusnya dilakukan oleh orang Belanda, iaitu Werndly pada tahun 1736 yang merupakan daftar kata Belanda-Melayu. Pengkaji berbangsa Inggeris yang terlibat dalam perkamusan ialah J.Howison, iaitu Dictionary of the Malay

Tounge As Spoken in the Peninsular of Malcca, the Island of Sumatera, Java, Borneo, Pulo Pinang etc.. Kajian ini merupakan entri kata Inggeris-Melayu
dihasilkan pada tahun 1801. Karya oleh Marsden pada tahun 1812 yang berjudul

A Dictionary of the Malayan Language merupakan perkembangan baru


dalam dunia perkemusan Melayu. Usaha ini kemudiannya diteruskan dengan menghasilkan The Grammar of the Malayan Languages pada tahun 1824. Kamus lain yang diusahakan oleh P.P. Roorda van Eysinga, iaitu Kamus Belanda-Melayu (1824) dan Kamus Melayu-Belanda (1825). Di Perancis juga terdapat seorang pakar bahasa Melayu, iaitu LB Abbe P. Favre yang menyusun kamus dwibahasa Melayu-Perancis pada tahun 1875 dan kamus PerancisMelayu 1880 yang berjudul Dictionaire Malaise Francaise.

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 163

Kitab Pengetahuan Bahasa (Rajah 8.3) yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1858 merupakan ensiklopedia yang tidak lengkap dan kurang sistematik. Bahan-bahan yang terdapat dalam buku ini pelbagai dan tidak terbatas kepada penjelasan erti kata sematamata. Pengkaji lain yang menghasilkan kamus pada tempoh ini ialah Favre (1875), Tugault (1898), John Crawford (1852), Frank Swettenhem (1881), John Tamar (1867), Van de Wall (1877), H.C.Klinkert (1885), Shellabear(1902), dan Van Ronkel (1918).
Rajah 8.3: Kitab Pengetahuan Bahasa Sumber:http://images.google. com/images? Dipetik pada 18 Disember 2007

R.J. Wilkinson menghasilkan A Malay-English Dictionary Jilid 1, II, dan III pada tahun-tahun

1901-1903. Kamus ini ditulis dengan ejaan Jawi dan disusun mengikut tertib huruf Rumi. Asal kata pinjaman turut dimasukkan. Kamus ini diperbaharui dalam bentuk Rumi pada tahun 1932. Kamus Melayu yang menghuraikan makna perkataan pula dihasilkan oleh Haji Shamsudin Muhamad Yunus pada tahun 1920. Di samping itu, Mahmud bin Sayid Abdul Kadir menyusun sebuah kamus berjudul Kamus Mahmudiyyah yang diterbitkan pada tahun 1894, kemudian sekali lagi pada tahun 1925. Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus Idris alMarbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali. Kamus ini mempunyai dua jilid yanag menyenaraikan 36,000 patah perkataan Arab yang diberi makna dalam bahasa Melayu. Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350H (1931) yang mengandungi 408 halaman, dan jilid kedua pada tahun 1354H (1935) yang mengandungi 407 halaman. Kedua-duanya dicetak di Matbaah Mustafa albabial-halabi wa-Auladihi, Mesir. Kamus ini mengandungi petunjuk cara menggunakan kamus dengan mencari kata akar, lukisan dan gambar bagi menjelaskan sesuatu keterangan, keterangan tentang perlunya melukis gambar binatang dan manusia, dan keterangan tentang jenis binatang dan hukum memakannya sama ada halal atau haram, dan binatang yang belum jelas hukumnnya. Kesemua hukum berdasarkan mazhab Syafie. Usaha ini kemudiannya diteruskan pula oleh Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.D.) yang menerbitkan sebuah kamus penjelas makna kata Melayu pada tahun 1936 dengan judul Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja . Kamus ini terdiri daripada empat jilid. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di

164 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Indonesia dikenali sebagai Kamus Moderen Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberapa Kamus Besar muncul pada zaman yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus normatif yang mengetengahkan penggunaan bahasa yang "betul".

AKTIVITI 8.1
Huraikan sejarah perkamusan Melayu berdasarkan Syarahan Memperingati Ulang Tahun Ke-10 Koleksi Kebangsaan Perpustakaan Universiti Malaya oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar. Perkamusan Melayu: Satu Penilaian (26 Januari 1987)

8.2

KONSEP DAN DEFINISI

Kata kamus diserap daripada bahasa Arab qamus, dengan bentuk jamaknya qawamis. Kata Arab itu sendiri berasal daripada kata Yunani okeanos yang bererti 'lautan'. Sejarah kata itu jelas memperlihatkan makna dasar yang terkandung dalam kata kamus, iaitu wadah pengetahuan, khususnya pengetahuan bahasa, yang tidak terhingga dalam dan luasnya. Pada masa kini, kamus merupakan khazanah yang memuat perbendaharaan kata suatu bahasa, yang secara ideal tidak terbatas jumlahnya. (Dipetik daripada http://id.wikipedia.org/wiki/). Kamus ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamus). Ladislav Zgusta mengatakan bahawa batasan atau pengertian takrif yang terbaik bagi kata kamus ialah yang diberikan oleh C.C.Berg, iaitu:

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 165

Kamus ialah daftar bentuk-bentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang tersusun secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaan-kebiasaan bahasa suatu masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun dengan cara yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat memahami makna setiap bentuk terpisah, dan diberi maklumat tentang fakta-fakta yang relevan yang ada kaitannya dengan jenisjenis utama kamus, iaitu yang terutama sekali berhubungan dengan makna kamus atau lexical meaning (Zgusta, 1977 dipetik daripada Arbak Othman (2000)). Dalam kamus Webster, kamus dikatakan karya acuan yang memuat kata-kata sesuatu bahasa atau sistem atau bidang pengetahuan, dimuat secara urutan abjad dan diberikan batasan. Kamus juga dikatakan memuatkan pilihan katakata suatu bahasa, atau suatu kelas kata khusus biasanya disusun secara abjad, dengan penjelasan-penjelasan tentang maknanya serta keterangan atau maklumat lainnya mengenai kata-kata dan dinyatakan dalam bahasa yang sama. Jenis Kamus Kamus Ekabahasa Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri, yang dalam kamus dicetak dalam huraian satu entri dasar yang sama. Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya. Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan ini menggunakan pembuktian data korpus. Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian makna. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

Rajah 8.3: Kamus Dewan, satu contoh kamus ekabahasa Sumber: http://images.google.com/images? Dipetik pada 18 Disember 2007

166 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Kamu Dwibahasa Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang menggunakan dua bahasa dan bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain atau dalam teks bukan bahasa asli pengguna, atau kedua-dua bukan dalam bahasa asli. Entri disusun dinamakan bahasa sumber yang bentuk padanannya ditentukan setelah diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Contoh bagi kamus bilingual ialah

Kamus Dwibahasa Oxford (Inggeris-Melayu, Melayu-Inggeris).

Rajah 8.4: Kamus Dwibahasa Sumber: http://images.google.com/ Fajar images? Dipetik pada 18 Disember 2007

Kamus Aneka Bahasa Kamus aneka bahasa dikenali juga dengan nama kamus multibahasa yang menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa atau lebih. Contoh bagi kamus multilingual ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen Boon Chan pada tahun 2004. Kamus Ensiklopedia Kamus besar yang memuatkan leksikal, keterangan atau maklumat ekstralinguistik disusun mengikut urutan kata-kata atau satuan leksikal sebagai acuan bahagian daripada dunia ekstralinguistik. Kamus ini mempunyai persamaan dengan kamus ekabahasa dari segi urutan kata. Hartmann mendefinisikan kamus ensiklopedia sebagai a comprehensive summary of

knowledge in a given field or branch of science.

Rajah 8.5: Kamus Ensiklopedia Sumber: http://images.google.com /images? Dipetik pada 18 Disember 2007

Kamus Etimologi Kamus yang menumpukan perhatian kepada asal-usul kata dalam tradisi tekstual. Kamus ini menerangkan asal usul perkataan dan makna asalnya. Kamus etimologi yang besar cenderung menjadi kamus komparatif.

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 167

Kamus Diakronik Kamus ini menumpukan kepada aspek pensejarahan. Dalam huraian entri, satuan leksikal diperlihatkan aspek perkembangannya sama ada bentuk atau makna diberikan perhatian dalam huraian kata. Kamus Sinkronik Kamus ini disusun bertujuan untuk menggarap penyediaan leksikal pada sesuatu bahasa pada masa tertentu atau pada satu tahap perkembangan yang singkat atau sezaman. Kamus Umum Kamus umum memuatkan segala kata dalam sesuatu bahasa disertakan dengan maknannya. Ia merangkumi semua kata dengan segala kemungkinan dari segi makna yang digunakan dalam sesuatu bahasa.

Rajah 8.6: Kamus Umum Sumber: http://images.google.com/ images? Dipetik pada 18 Disember 2007

Kamus Istilah Kamus ini memuatkan istilah khusus mengikut bidang ilmu pengetahuan tertentu sahaja. Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Kamus ini memuatkan entri istilah khusus diikuti dengan pemerian makna atau definisi dan keterangan tambahan termasuk ilustrasi dan gambar rajah. Kamus Sinonim Kamus yang memuatkan bentuk padanan yang mempunyai makna yang hampirhampir sama, atau pada istilah yang mempunyai hubungan semantik. Kadangkala padanan antonim dimasukkan sebagai unsur bantuan untuk makna sinonim yang pertentangannya perlu untuk mendapatkan makna yang jelas dan nyata serta jelas sebagaimana yang digunakan dalam bahasa.

Rajah 8.7: Kamus Istilah Sumber: http://images.google.com/ images? Dipetik pada 18 Disember 2007

Rajah 8.8: Kamus Sinonim Sumber: http://images.google.com/ images? Dipetik pada 18 Disember 2007

168 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Kamus Tesaurus Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata-kata seerti sahaja. Kamus adalah untuk membantu penulis mempelbagaikan penggunaan diksi. Tesaurus memusatkan perhatian kepada kata-kata yang berhubungan secara semantik dalam kelompok yang tersusun secara onomasiologi dan struktur nosional.

Rajah 8.9: Kamus Tesaurus Sumber: http://images.google.com/ images? Dipetik pada 18 Disember 2007

AKTIVITI 8.2
Bincangkan sejarah, kedudukan dan peranan Kamus Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam perkembangan bahasa Melayu

SEMAK KENDIRI 8.1


(a) (b) Bincangkan jenis-jenis kamus yang terdapat di Malaysia. Huraikan konsep kamus dalam pengertian umum.

8.3 TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN


Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan kata lain, dalam perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 169

Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan selain daripada keperluan pengguna kamus. Menurut Arbak Othman, penyusun kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama ada kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara yang berikut:
x x

Perancangan pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan individu, dan penentuan prasarana. Siapakah yang terlibat? Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan. Aspek linguistik aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya. Pemasaran aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas sebagai satu produk. Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus penguasaan dua atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting. Bagaimanakah penelitian dilakukan? Penelitian leksikologi termasuklah yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data yang disajikan.

x x

Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:


x x

Keaslian kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati. Keperwakilan bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanakkanak. Kelayakan penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan

170 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

kamus dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
x

Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.

Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus. Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata tersebut. Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu. Contohnya apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain. Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu i) makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya makna dalam kamus; ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negatif); dan iii) makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau marah berbeza berdasarkan persepsi individu.

AKTIVITI 8.3
Bincangkan aspek semantik dalam perkamusan khususnya perkamusan ekabahasa bahasa Melayu.

8.4

PENYUSUNAN KAMUS

Pernah anda terfikir bagaimana sebuah kamus dihasilkan? Seringkali anda tertanya-tanya apakah yang ada dalam sebuah kamus. Kamus yang baik ialah kamus yang kaedah penyusunannya bersesuaian dengan kehendak pengguna. Selain daripada itu, sebuah kamus yang baik perlulah mempunyai himpunan kata yang mencukupi, teknik pemerian dan penyajian yang kemas dan tuntas, panduan penggunaan kamus yang mudah, reka bentuk kamus yang menarik dan menggunakan teknologi terkini.
x

Peringkat awal dalam penyusunan kamus ialah perancangan. Pada peringkat ini penyusun kamus perlulah menentukan tujuan penyusunan tersebut agar jelas siapakah khalayak yang akan menggunakan kamus tersebut. Seterusnya, penyusun kamus perlulah memilih kaedah kerja yang bersesuaian dengan tujuan kamus tersebut dihasilkan. Setelah kedua-dua

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 171

perkara tersebut jelas, baharulah penyusun kamus akan mula mengumpul bahan yang diperlukan seperti penyediaan entri, takrif, data korpus yang mendapat ayat-ayat contoh, dan sebagainya.
x

Seterusnya penyusun kamu juga perlu membina data korpus. Dalam hal ini, hanya kata-kata yang pernah digunakan oleh penutur dalam masyarakat tertentu perlu dimasukkan ke dalam pangkalan data. Selepas selesai pengumpulan data, penyusun kamus haruslah menjalankan kerja pengisihan dan pengabjadan data. Dalam prosedur ini, setiap kata yang telah dirakam akan disusun mengikut abjad. Ini boleh dilakukan secara manual atau dengan penggunaan komputer. Data ini akan disimpan dalam bank data untuk digunakan sebagai rujukan kelak. Setelah selesai pengisihan entri, penyusun kamus akan bergerak kepada prosedur seterusnya, iaitu pengolahan data. Pada peringkat ini penyusun kamus akan mengklasifikasikan kepada yang ditemui ke dalam kata baharu, kata yang lewah, kata yang jarang digunakan (neologisme) dan kata yang mengalami perubahan makna. Kata lewah akan dibuang dengan menggunakan pendekatan semantik dan pragmatik, mendokumentasikan kata neologisme, dan seterusnya mengambil kata-kata baru dan kata-kata yang mengalami perubahan makna pada peringkat pemerian makna. Selepas itu penyusun akan membuang kata-kata lewah, mendokumentasikan neologisme dan mengambil kata-kata baharu. Pemberian makna ialah proses menjelaskan makna sesuatu perkataan. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan yang sedia ada seperti daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu kata. Pembutiran setiap medan maklumat secara relatifnya berbeza antara satu kamus dengan yang lain bergantung kepada tujuan kamus dihasilkan. Medan maklumat bagi sebuah ekabahasa ialah entri (kata masukan utama atau kata dasar), subentri (kata terbitan), entri varian, subentri varian, sebutan, etimologi, kelas kata, takrif, contoh penggunaan, homonim, sinonim, antonim, frasa dan ungkapan, simpulan bahasa dan peribahasa, nama saintifik, label, angka penanda, dan rujuk silang.

Soalan-soalan yang perlu ditanya sebelum kamus disusun:


x

Untuk siapakah kamus disusun? pelajar peringkat rendah, pelajar peringkat menengah, pelajar kolej, pelajar pengajian tinggi, umum atau khusus bidang ilmuan. Apakah tujuan kamus disusun? belajar bahasa, mengajar bahasa, mengkaji bahasa atau sekadar rujukan. Bagaimanakah entri atau kata masukan harus disusun? mengikut urutan kata akar, urutan perkataan, golongan kata atau pertalian makna

x x

172 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

Apakah unsur lain yang perlu dimasukkan dalam kamus? Kata terbitan, kata majmuk, simpulan bahasa, peribahasa, nama khas, simbol, huruf, singkatan, bunyi, kata seru dan sebagainya. Keterangan yang bagaimanakah yang perlu dimasukkan untuk sesuatu entri atau kata masukan kata pokok, kata terbitan, kelainan ejaan, rujuk silang, etimologi dan sebutan. Apakah butiran keterangan tentang sebaran perkataan yang perlu dimasukkan ? - batasan pemakaian, batasan makna, batasan pengguna dan terhad kepada korpus sahaja. Apakah keterangan tentang fungsi kata? huraian tentang bentuk kata, huraian tentang makna, sinonim, antonim, huraian ensiklopedia, dan golongan kata. Apakah keterangan tentang sejarah kata yang perlu dimasukkan? tarikh penggunaan paling awal, sumber pengambilan bahan, perubahan makna, dan perubahan pengguna. Apakah keterangan tentang bahan dan rujukan ? rujukan sumber keterangan misalnya buku, jurnal, kamus lain dan sebagainya. Apakah urutan fakta yang diperlukan? konsep, benda dan proses.

x x

Kamus ekabahasa menggunakan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang sama. Kamus ini juga menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa yang dijelaskan sama dengan bahasa yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu. Bahasa yang digunakan memberikan pembatasan takrif dan makna ialah bahasa yang sama dengan bahasa entri. Dalam kamus ekabahasa, entri utama ialah kata dasar, kata majmuk atau kata ulang. Kata dasar ialah bentuk dasar yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami penggandaan dan perangkaian termasuklah bentuk pra-kategori atau morfem dasar terikat yang mempunyai makna leksikal dan belum mempunyai kelas kata tetapi boleh berdiri sendiri setelah terikat pada morfem dasar yang lain misalnya juang menjadi berjuang atau kolam menjadi kolam renang. Entri varian mempunyai kelainan dari segi kata dan ejaan tetapi mempunyai makna seperangkat dengan entri utama. Entri varian diturunkan pada akhir takrif atau dirujuk silangkan kepada entri yang diberikan takrif. Tahap pemberian makna dan pentakrifan dianggap tahap yang menentukan keberhasilan mutu sesebuah kamus yang diusahakan. Beberapa maklumat yang perlu ada pada takrif ialah: 1. Kesejajaran antara entri yang diberi batasan dengan huraian makna misalnya entri yang diberi kelas kata nama harus dihuraikan maknanya dalam kata nama.

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 173

2. 3. 4.

Huraian makna yang diberikan dalam sesuatu entri dapat diperjelas dengan contoh penggunaan ayat yang mendasari makna entri tersebut. Pemerian makna disokong oleh maklumat dengan maklumat keterangan takrif. Semua jenis makna mesti dimasukkan sekiranya digunakan oleh pengguna bahasa sama ada rujukan, denotasi, konotasi, nahuan dan sebagainya. (Arbak: 36) Kelainan makna harus dibezakan daripada kelainan penggunaan. Perkataan akan berbeza maknanya apabila diwakili oleh dua daftar yang berlainan. (Arbak: 37) Perkaitan makna juga boleh dihuraikan melalui penggunaan sinonim dan antonim yang boleh berfungsi sebagai unsur bantuan bagi pengguna bahasa yang tidak berkeupayaan untuk memahami makna perkataan melalui pemerian.

5.

6.

Fungsi perkataan juga harus dinyatakan. Pemakaian perkataan tidak perlu dihuraikan dari segi tatabahasa tetapi perlu disertakan contoh penggunaan kata dalam ayat atau frasa <CPL>. Kependekan biasanya digunakan misalnya kn (kata nama), kk (kata kerja), ks (kata sifat). Hal-hal lain yang perlu diperhatikan ialah : (a) (b) (c) (d) (e) (f) Padanan kata Bidang Golongan masyarakat Kesesuaian sosiolinguistik Sumber teks Etimologi

Kesimpulannya, apa yang penting dalam penyusunan kamus ialah anda harus mengutamakan keperluan khalayak daripada keperluan kepakaran, memaparkan kesimpulan yang menyimpulkan konsep, dan lebih bersifat menyebarkan pengetahuan daripada menayangkan ilmu. Perkamusan bahasa Melayu merupakan usaha perancangan bahasa yakni perancangan korpus bahasa bagi menyokong penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia.

174 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

AKTIVITI 8.4
Bincangkan aspek-aspek yang diutamakan penyusunan kamus dwibahasa bahasa Inggeris-Melayu.

SEMAK KENDIRI 8.2


(a) (b) Apakah prinsip-prinsip yang diguna pakai dalam penyusunan kamus? Apakah maklumat yang perlu ada pada takrif?

Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus (Kridalaksana,1984;144). Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang menyelidiki leksikon, leksis dan leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi tidak bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain. Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam karangannya yang bertajuk A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511(?), dalam Bulletin of the School of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam. Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden Alphabet int Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun oleh Casper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts.

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

W 175

Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia dikenali sebagai Kamus Modern Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusiinstitusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Jenis-jenis kamus kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus aneka bahasa, kamus etimologi, kamus sinonim, kamus sinkronik, kamus diakronik, kamus ensiklopedia, kamus tesaurus dan kamus umum. Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat dipertanggungjawabkan. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkaraperkara yang berikut, iaitu perancangan, individu yang terlibat, aspek linguistik, pemasaran, dan kaedah penelitian. Prinsip-prinsip yang perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu keaslian, keperwakilan, kelayakan dan kata masukan. Medan maklumat kamus memerlukan perincian bagi seorang penyusun kamus. Sebuah kamus yang baik perlulah mempunyai himpunan kata yang mencukupi, teknik pemerian dan penyajian yang kemas dan tuntas, panduan penggunaan kamus yang mudah, reka bentuk kamus yang menarik dan menggunakan teknologi terkini. Tahap pemberian makna dan pentakrifan dianggap tahap menentukan keberhasilan mutu sesebuah kamus yang diusahakan. yang

176 X

TOPIK 8

PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

x x

Arbak Othman. (2000). Teori perkamusan. Seri Kembangan: Weng Seng Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. A Descriptive and Critical Account of the Development of Malay Lexicography dlm. Essays on Malaysian Linguistics. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hlm. 339-350. Asmah Haji Omar. (1969). Perkamusan Melayu. Bahasa, Oktober 1969: 7887.

x x x

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1998). Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka Hartmann R.R.K. (1993). Leksikografi: Prinsip dan amalan (Penterjamah: Zainab Ahmad) (Teks asal: Lexicography: Principles and Practice (1983) Malkiel,Y. Lexicography dlm. Reed, C.E. (1971). The learning of language. Appleton: Century Crafts. Hlm. 363-387. Yusuf Hitam. Kamus Melayu Sejak Tahun 1511 dlm. Jurnal Dewan Bahasa No. 4 dan No. 5. Vol. 1961. hlm. 151-161. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zgusta, Ladislav. (1971). Manual of lexicography. The Hague: Mouton.

x x

Вам также может понравиться