Вы находитесь на странице: 1из 5

Refleksi Pembelajaraan Dan Pembelajaran Lalu Pelajar di dalam kelas saya terdiri daripada pelajar-pelajar sederhana dan juga

lemah. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan secara lisan, saya dapati mereka mengalami masalah dalam proses pembelajaran. Kegagalan mereka untuk menjawab soalan dengan baik berpunca daripada masalah utama yang mereka hadapi iaitu gagal menguasai kemahiran mengingat dan memahami suatu proses sains.

Apabila diberi soalan berbentuk definisi, rata-rata pelajar gagal untuk menyatakan definisi suatu perkataan secara tepat. Terdapat juga segelintir pelajar yang hanya membiarkan ruangan jawapan begitu sahaja tanpa cuba untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Namun begitu, ada juga pelajar yang cuba menjawab soalan tersebut, tetapi tidak mengikut konsep yang betul. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa orang pelajar dalam kelas saya yang tidak memberikan tumpuan sepenuhnya semasa saya sedang mengajar. Untuk

mengelakkan mereka daripada cepat merasa bosan, saya cuba menggalakkan mereka menjalankan perbincangan berkumpulan tetapi hasilnya tidak begitu memberangsangkan. Saya telah cuba untuk membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan membuat penekanan tentang sesuatu perkara yang penting sebelum setiap sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. Beberapa soalan latihan pengukuhan juga diberikan kepada pelajar untuk meningkatkan pemahaman mereka tetapi kebanyakannya masih belum dapat

mengusai topik yang telah mereka pelajari pada hari tersebut. Daripada refleksi di atas saya membuat kesimpulan bahawa kelemahan pelajar kelas saya itu adalah kerana mereka tidak cuba memahami sesuatu proses sains sebaliknya menghafal. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan mudah lupa mengenai apa yang telah mereka pelajari. Latihan yang saya beri tidak dapat merangsangkan minda pelajar serta membantu mereka dalam penguasaan mereka terhadap topik tersebut. Kaedah pengajaran saya

yang tidak menggunakan pelbagai BBM tetapi sekadar menulis dan menerang di papan hitam tidak membantu pelajar memahami isi pelajaran. Saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk meningkatkan pencapaian pelajarpelajar saya dalam mata pelajaran ini sebelum tajuk-tajuk yang akan dipelajari bertambah banyak dan sukar.

Вам также может понравиться