Вы находитесь на странице: 1из 0

PERANAN KOLEKSI NEGERI DI DALAM PENGUMPULAN MAKLUMAT

MOHD KHAIRIL HISHAM BIN MOHD ASHAARI


Penyelidik Bebas, Jawatankuasa Koleksi Negeri Sembilan Cawangan Rembau, Perpustakaan Awam Negeri
Sembilan Cawangan Rembau, 71300 Rembau, Negeri Sembilan
mkhairil@nagarinantuo.com
ABSTRACT
Gathering information on the history and heritages should be established. The existence of the collection centre will
enable all the efforts to produce a collection that reflects the heritage, personalities, history of a place and people can
be carrying out in orderly and systematic. All the collections can be used by researchers, students and interested
individuals. On this basis, Negeri Sembilan State Library had developed Negeri Sembilan Collection Unit. This unit
becomes a central collection of written materials, oral, drawings, maps, video, audio recordings and photographs. The
collection of material does not take into account whether the material was published or not published. In collection
efforts, the major focus is on the materials of Negeri Sembilan, published in Negeri Sembilan and also produced by
individuals birth of. Through Negeri Sembilan Collection, more information about Negeri Sembilan was collected. For
example, the events of the installation of DYMM Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, appointing ceremony of YTM
Undang Luak Yang Empat, YTM Tunku Besar Tampin and appointment of incumbent custom traditions in Negeri
Sembilan has successfully recorded. Collections also include a collection of the flora and fauna found in the state. To
ensure to get the latest information about Negeri Sembilan, Negeri Sembilan State Library also organizing such as
seminar, talks and narrative history. This paper aims to look at how Negeri Sembilan State Library build collections that
reflects the heritage and treasures of the Negeri Sembilan to preserve and keep for reference and research on the
present and the future.
Keywords : Negeri Sembilan Collection; Information; Negeri Sembilan Figures; Important of Collections; Negeri
Sembilan State Library

ABSTRAK
Penubuhan pengumpulan maklumat mengenai sejarah dan warisan perlu diwujudkan. Kewujudan pusat pengumpulan
akan membolehkan usaha untuk menghasilkan koleksi yang menggambarkan warisan, tokoh dan sejarah sesuatu
tempat dan masyarakat dapat dijalankan dengan secara teratur dan sistematik. Hasil pengumpulan ini boleh digunakan
oleh pengkaji, pelajar dan juga individu yang berminat. Atas dasar ini, Perpustakaan Negeri Sembilan mewujudkan
Koleksi Negeri Sembilan. Koleksi ini berfungsi untuk pusat pengumpulan bahan-bahan bertulis, lisan, lukisan, peta,
rakaman video dan audio dan juga gambar. Pengumpulan bahan tidak mengambil kira sama ada bahan tersebut
pernah diterbitkan ataupun tidak pernah diterbitkan. Di dalam usaha pengumpulan, tumpuan utama diberikan kepada
bahan-bahan mengenai Negeri Sembilan, yang diterbitkan di Negeri Sembilan dan juga yang dihasilkan oleh individu-
individu kelahiran Negeri Sembilan. Melalui Koleksi Negeri Sembilan, banyak maklumat mengenai tokoh-tokoh
kelahiran Negeri Sembilan dan sejarah Negeri Sembilan berjaya dikumpulkan. Begitu juga peristiwa-peristiwa
pertabalan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, pelantikan YTM Undang Luak Yang Empat, YTM Tunku
Besar Tampin dan pelantikan penyandang pesaka adat di Negeri Sembilan telah berjaya dirakam. Pengumpulan koleksi
juga meliputi mengenai flora dan fauna yang terdapat di Negeri Sembilan. Tidak ketinggalan Perbadanan Perpustakaan
Negeri Sembilan menganjurkan program seperti seminar, bicara tokoh dan pengisahan sejarah bagi mendapatkan
maklumat yang terkini mengenai Negeri Sembilan. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat bagaimana Perbadanan
Perpustakaan Negeri Sembilan membina satu koleksi yang boleh menggambarkan warisan dan khazanah mengenai
Negeri Sembilan demi memelihara dan menyimpan untuk rujukan dan penyelidikan pada masa kini dan masa yang
mendatang.
KATA KUNCI : Koleksi Negeri Sembilan; Pengumpulan Maklumat; Tokoh-Tokoh Negeri Sembilan; Kepentingan
Koleksi; Perpustakaan Negeri Sembilan


1. PENGENALAN
1.1. Sejarah Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
Penubuhan perpustakaan awam di Negeri Sembilan bermula dengan Perpustakaan Sir Henry Gurney. Perpustakaan ini
dibuka dengan rasminya pada 30hb J ulai 1952. Peringkat awal penubuhannya, perpustakaan ini hanya terletak di
bangunan yang sederhana. Ia hanya boleh menempatkan 50 buah kerusi dan menampung 10,000 buah buku sahaja.
Menyedari kepentingan perpustakaan, kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil alih pentadbiran perpustakaan ini.
Dalam usaha memartabatkan peranan perpustakaan awam, pada tahun 1974, kerajaan Negeri Sembilan telah
mewartakan Enakmen Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (1974). Enakmen ini berkuat kuasa mulai 1 Februari
1978. Memandangkan pertambahan pengguna, J awatankuasa Perpustakaan Awam Gurney bersetuju untuk
menyerahkan pengurusan dan pentadbiran perpustakaan ini kepada kerajaan negeri. Pada 1 Oktober 1978,
J awatankuasa Perpustakaan Sir Henry Gurney menyerahkan pentadbiran perpustakaan ini kepada kerajaan negeri. Ia
dikenali sebagai Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.

Gambar 1. Perasmian Perpustakaan Sir Henry Gurney oleh YAB Dato Mansor Othman, Menteri Besar Negeri
Sembilan

Gambar 2. Sijil Pendaftaran Perpustakaan Gurney

Bagi menampung pertambahan pengguna perpustakaan, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membenarkan PPANS
menggunakan Bangunan Lama SUKNS di J alan Dato Hamzah sebagai perpustakaan awam. Bangunan ini merupakan
bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1912. Arkitek yang
bertanggungjawab di dalam pembinaan bangunan ini ialah Mr. D. B. Hubback. Ia diambil alih oleh PPANS pada tahun
1987. Pengubahsuaian bangunan dijalankan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM1.32
juta. Perpustakaan baru ini dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 1989 dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri
(sekarang Tan Sri) Mohd Isa bin Dato Abd Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan.


Gambar 3. Bangunan Lama SUKNS
Pada J anuari 2007, PPANS telah berpindah ke bangunan Wisma UMNO, J alan Dato Syeikh Ahmad. Ia dibuka kepada
orang ramai pada 2hb April 2007.


Gambar 4 : Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (kini)
1.2. PERANAN PPANS
Berdasarkan Enakmen Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (1974) Pindaan (1994), perbadanan
dipertanggungjawabkan untuk :-
i. Menubuhkan, melengkapkan, menguruskan dan menyelenggarakan kemudahan dan perkhidmatan pelanggan
di PPANS.
ii. Mengembang dan menggalakkan bacaan khususnya dalam Bahasa Malaysia.
iii. Mengembang dan menggalakkan penggunaan buku-buku dalam Perpustakaan Awam untuk rujukan dan
pinjaman tertakluk kepada pemeliharaan yang sempurna terhadap kehilangan dan kerosakan.
iv. Memperoleh suatu kumpulan lengkap buku-buku yang ada hubungan dengan Negeri Sembilan atau yang
diterbitkan di dalam negeri.
v. Mendapatkan dan mengadakan pusat penerangan mengenai sumber-sumber dan perkhidmatan perpustakaan-
perpustakaan dalam negeri.
vi. Mengadakan perkhidmatan rujukan, bibliografi dan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan kepada
jabatan-jabatan negeri dan Dewan Undangan Negeri.
vii. Melakukan apa-apa perkara dan benda lain yang difikirkan perlu untuk menjalankan atau melaksanakan
kesemua atau apa-apa maksud enakmen.

Tanggungjawab yang digariskan oleh enakmen ini, telah diterjemahkan oleh PPANS melalui objektif PPANS iaitu :-
a. membina dan memelihara koleksi untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan bagi meningkatkan pengetahuan
masyarakat.
b. Menyediakan koleksi-koleksi sumber perpustakaan untuk perkhidmatan maklumat bagi menampung
permintaan pengguna.
c. Memudahkan penggunaan sumber-sumber perpustakaan di seluruh Negeri Sembilan
d. Mengadakan kepimpinan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

2. UNIT KOLEKSI NEGERI SEMBILAN
Bersesuaian dengan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (1974) Pindaan 1994, PPANS telah
mewujudkan Unit Koleksi Negeri Sembilan pada tahun 1994. Koleksi Negeri membawa maksud pengumpulan
maklumat tanpa mengira bentuk, tempoh dan bahasa yang diterbitkan oleh pengarang Negeri Sembilan dan ditulis oleh
penulis luar. Bagi memastikan pengumpulan koleksi Negeri Sembilan berjalan dengan baik, PPANS telah mewujudkan
jawatankuasa yang diketuai oleh Tuan (Dato) Ismail bin Hadi (Allahyarham). Pada peringkat awal penubuhan unit ini,
jawatankuasa telah menetapkan dua objektif yang perlu dilaksanakan iaitu :-
i. J angka pendek
Mewujudkan koleksi lengkap mengenai Negeri Sembilan dan masyarakatnya di dalam semua aspek
termasuk sejarah, warisan, adat dan budaya bagi tujuan penyelidikan dan rujukan.

ii. J angka panjang
Mengumpulkan warisan yang berharga di seluruh Negeri Sembilan melalui pengumpulan bahan bertulis
dan juga menjalankan penyelidikan.
Kedua-dua objektif ini bertujuan untuk membentuk pengetahuan mengenai Negeri Sembilan dan mengukuhkan
kedudukan sosio budaya masyarakat. Melalui koleksi ini banyak maklumat boleh digunakan oleh semua pihak termasuk
agensi kerajaan di dalam penyediaan polisi jabatan/agensi.
Pada tahun 1999, J awatankuasa Koleksi yang diterajui oleh Prof Dato Dr. Abd Samad Hadi telah memperkemaskan
struktur pentadbiran jawatankuasa. Tafsiran koleksi negeri diperhalusi dan diperincikan bagi memudahkan
pengumpulan bahan dijalankan. J awatankuasa ini telah menetapkan koleksi negeri ditakrifkan sebagai segala bahan
yang diterbitkan, dicetak, ditulis mengenai Negeri Sembilan atau oleh penulis-penulis kelahiran Negeri Sembilan. Ia
bertujuan untuk membantu pengguna untuk menjalankan penyelidikan yang diperlukan. Pengkatalogan koleksi juga
telah dikemas kini di mana Koleksi Negeri Sembilan akan ditandakan dengan huruf KNS. Koleksi ini dibahagi kepada
bahan-bahan seperti berikut :-
a. Koleksi Sejarah Tempatan
Koleksi ini menempatkan bahan-bahan yang di terbit, dicetak dan ditulis di Negeri Sembilan atau oleh penulis-
penulis Negeri Sembilan. Ia meliputi bahan-bahan yang terdahulu sehinggalah yang terkini. Bahan-bahan ini
terdiri daripada pelbagai bidang seperti bangunan-bangunan lama, tempat-tempat bersejarah, tokoh-tokoh
sejarah tempatan serta gambar-gambar bersejarah.

b. Koleksi Persendirian (Peribadi)
Bahan yang di kumpul atau dimiliki oleh tokoh kelahiran Negeri Sembilan. Koleksi ini bertujuan untuk
membolehkan kajian dijalankan berkaitan corak pemikiran dan corak keilmuan tokoh-tokoh berkenaan.

c. Koleksi Sejarah Lisan
Koleksi ini menyimpan rakaman-rakaman dalam bentuk audio dan video mengenai sesuatu perkara atau isu.
Rakaman ini meliputi sejarah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Di samping sesi temu
bual dengan tokoh-tokoh negeri juga dijalankan.

d. Koleksi Adat Perpatih
Koleksi meliputi bahan-bahan yang berkaitan dengan adat dan budaya Minangkabau dengan aspek budaya
Negeri Sembilan. Koleksi diwujudkan berdasarkan bahan yang diterima melalui Perjanjian Pertukaran
Maklumat di antara PPANS dan Perpustakaan Mohd Hatta, Bukit Tinggi.


2.1 PENGUMPULAN KOLEKSI NEGERI

Penubuhan Unit Koleksi Negeri Sembilan bermula apabila wujud kesedaran kerajaan Negeri Sembilan di mana
sukar untuk mendapat maklumat mengenai Negeri Sembilan. Bagi memantapkan pentadbiran dan perjalanan
unit ini maka Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan 1974 telah dipinda pada tahun 1994.
Banyak maklumat Negeri Sembilan berada di luar sehingga menyebabkan banyak kajian oleh penyelidik begitu
sukar. Di samping, kerajaan negeri mendapati bahawa tiada tempat untuk menyimpan dan mengumpul bahan-
bahan berkaitan pentadbiran negeri. Bagi mengelakkan bahan-bahan tersebut musnah atau hilang maka unit ini
ditubuhkan.

Pada peringkat awal penubuhan, tidak banyak bahan yang diperolehi kerana orang ramai masih lagi tidak
melihat kepentingan unit ini sebagai pusat sumber rujukan. Pelbagai usaha dijalankan oleh jawatankuasa
dengan bantuan kerajaan negeri bagi menggalakkan orang ramai menyumbang bahan-bahan rujukan kepada
jawatankuasa. Di antara usaha yang dijalankan ialah :-

a. Pada 8 Mei 1999, Majlis Penyerahan Bahan Koleksi Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan. Di antara penyumbang ialah :-

i. Yayasan Negeri Sembilan (YNS) sebanyak 207 buah tesis pelajar tajaannya.
ii. Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Sembilan
iii. Badan Penyelidikan Budaya Negeri
iv. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
v. Tuan Haji Zaharudin Pilus
vi. Tuan Haji Ismail Hadi
vii. Encik Rahimi N. S
viii. Encik Radzali Abd Ghani
ix. Encik Abd Latif Talib
x. Puan Hajjah Mahaya Yassin
xi. Dato J ohan Razali Khalid

b. Pada 5hb J ulai 1999, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Dr. Rais Yatim telah
menyerahkan bahan-bahan hasil penulisan dan penyelidikan beliau seperti tesis, buku, jurnal dan
majalah.

c. Pada 15hb Oktober 1999, pameran Koleksi Negeri Sembilan telah dijalankan di Perpustakaan Awam
Negeri Sembilan Cawangan Rembau telah dirasmikan oleh YTM Dato Undang Luak Rembau, Dato
Haji Sharip Othman. Beberapa orang individu anak kelahiran Rembau telah menyerahkan bahan-bahan
rujukan seperti tesis, akhbar dan minit-minit mesyuarat sekolah, persatuan dan lain-lain.
Pada tahun 1992, PPANS telah menandatangani Perjanjian Pertukaran Maklumat dengan Perpustakaan Mohd
Hatta, Bukit Tinggi, Sumatra Barat. Hasil daripada perjanjian ini PPANS berjaya mengumpul sebanyak 72 buah
buku yang berkaitan Negeri Sembilan dengan Minangkabau di penghujung 1994.
Di dalam usaha memantapkan Unit Koleksi Negeri Sembilan, pada 8 Mac 2001, Majlis Mesyuarat Kerajaan
telah bersetuju untuk mewujudkan Karyawan Tamu. Pada 17hb April 2001, Prof Madya Dr. Norhalim Ibrahim
telah dilantik sebagai Karyawan Tamu dalam tempoh satu tahun. Sebagai Karyawan Tamu, beliau ditugaskan
oleh J awatankuasa Koleksi Negeri untuk :-
a. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkenaan Negeri Sembilan melalui kaedah penyelidikan seperti temu
bual, soal selidik, rakaman dan pengumpulan maklumat dari institusi-institusi berkenaan.
b. Membantu untuk pengesanan dan perolehan bahan Koleksi Negeri Sembilan selaras dengan dasar
perolehan Koleksi Negeri Sembilan
c. Memberi khidmat nasihat dan bantuan serta pakar rujuk kepada para penyelidik dan pengguna
perpustakaan yang memerlukan bantuan dalam hal yang berkaitan dengan yang penyelidikan yang
dijalankan.
d. Menganjurkan, mengambil bahagian dan menjalankan aktiviti seperti perjumpaan, wawancara, seminar,
bengkel pengkisahan sejarah tentang hal-hal yang bersangkutan dalam usaha pengumpulan
pendokumentasian bahan yang berkaitan dengan kajian.
e. Menguruskan bahan yang sesuai untuk di terbit/dicetak bagi bahan kajian yang telah ditetapkan.
f. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kajian seperti yang diarahkan oleh PPANS dari
semasa ke semasa.
Dalam tahun 2001, Unit Koleksi Negeri Sembilan PPANS telah bersama-sama menjalankan projek
pendigitasian bagi bahan-bahan Koleksi Negeri Sembilan yang terdiri daripada manuskrip-manuskrip lama,
video, keratan akhbar dan sebagainya. Bahan-bahan yang didigitasikan meliputi bahan-bahan seperti
kebudayaan, kesenian, peristiwa, masakan tradisional, permainan tradisional, tempat-tempat menarik, adat
istiadat, pengkisahan sejarah lisan dan tokoh-tokoh Negeri Sembilan. Pendigitasian bertujuan untuk
mengelakkan bahan-bahan tersebut rosak dan tahan lama. Peringkat awal pendigitasian sebanyak 84 bahan
telah berjaya didigitasikan. Projek ini telah disambung pada tahun 2002 di mana sebanyak 123 bahan telah
didigitasikan ke bentuk VCD dan CD-ROM.
Pada tahun 2003, Unit Koleksi Negeri Sembilan bersama-sama syarikat swasta telah mewujud satu portal yang
berkaitan institusi diraja Negeri Sembilan. Portal ini mengandungi titah aluan, biografi, keluarga diraja, darjah
kurnia, alat-alat kebesaran, istana, program kebajikan, hobi DYMM Tuanku dan adat istiadat. Album diraja
yang terdiri koleksi DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku J aafar ibni Almarhum Tuanku Abdul
Rahman juga telah diterbitkan. Sebanyak 28,000 gambar telah berjaya didigitasi.
Di dalam usaha membangunkan Koleksi Negeri Sembilan, PPANS mendapat kerjasama pihak swasta. Syarikat
perumahan, Park Properties Sdn Bhd telah menyediakan satu bangunan rumah kedai 2 tingkat untuk dijadikan
perpustakaan. Perpustakaan ini dinamakan Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Ini sebagai tujuan untuk
membalas jasa Tan Sri Abdul Kadir Yusof sebagai Menteri Undang-Undang dan Pengerusi Park Properties Sdn
Bhd yang pertama. Pada 17 April 2012, keluarga Tan Sri Abdul Kadir Yusof telah menyerahkan barang-barang
peribadi milik seperti buku bacaan, cermin mata, paspot dan sebagainya diserahkan kepada PPANS untuk
dijadikan bahan rujukan pengguna perpustakaan ini. Penyerahan ini menjadikan Penyerahan ini menjadi
perpustakaan ini memiliki koleksi peribadi terbesar milik PPANS. Sehingga kini, perpustakaan ini mempunyai
19,000 koleksi buku dengan keahlian seramai 5,500 orang.


Gambar 5 : Penyerahan barangan peribadi Tan Sri Abdul Kadir
Di dalam usaha membangunkan dan memantapkan lagi Unit Koleksi Negeri Sembilan, pada bermula tahun
2012, PPANS telah menubuhkan J awatankuasa Koleksi Negeri Sembilan di setiap cawangan PPANS.
Penubuhan jawatankuasa di peringkat cawangan memastikan bahan-bahan koleksi Negeri Sembilan dapat di
kumpul dengan lebih menyeluruh. Setiap cawangan bertanggungjawab untuk mengemas kini koleksi negeri
masing-masing. J awatankuasa koleksi terdiri daripada individu-individu yang tiada kaitan dengan PPANS.
Kakitangan perpustakaan cawangan hanya bertindak sebagai setiausaha dan pegawai PPANS sebagai
penasihat. Ia bertujuan untuk mempelbagaikan sumber maklumat. Keahlian jawatankuasa juga terdiri daripada
ketua-ketua jabatan yang terdapat di daerah tersebut. J awatankuasa diberi peluang untuk merancang dan
menyusun atur kaedah pengumpulan bahan koleksi.
Sebagai contoh, J awatankuasa Koleksi Negeri Sembilan, PPANS Cawangan Rembau telah merancang
sebanyak 3 program bagi tahun 2013. Program dirancang sejak dari awal tahun 2013. Program-program yang
dirancang ialah Seminar, Bicara Tokoh dan Bengkel. Seminar terbuka mengenai sejarah, adat, budaya dan
warisan. Bicara tokoh pula membincangkan tokoh-tokoh Negeri Sembilan yang pernah berjasa sama ada di
peringkat kebangsaan atau tempatan. Tumpuan diberikan kepada tokoh-tokoh yang tidak di dendang.
Manakala bengkel dianjurkan berkenaan apa jua yang berkaitan dengan Negeri Sembilan. PPANS telah
menganjurkan Seminar Adat bertajuk Adat : Protokol dan Adat sempena Hari Keputeraan DYMM Yang
Dipertuan Besar pada bulan Februari yang lalu. Sempena hari kemerdekaan 2013, satu bicara tokoh yang
dianjurkan oleh J awatankuasa Koleksi Negeri Sembilan Cawangan dengan kerjasama Unit Koleksi PPANS.

Gambar 6 : Hari Keputeraan YTM Tunku Syed Azman bin Tunku Syed Idrus,
Tunku Besar Tampin
Penetapan tiga program setiap tahun adalah selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh PPANS untuk
setiap cawangan. Setiap cawangan dikehendaki menyediakan tiga rakaman video sama ada sejarah, budaya
dan warisan bagi tahun tersebut. Ia juga memastikan pengumpulan maklumat dapat dilakukan dengan lebih
teratur dan tersusun.
Di antara koleksi yang terdapat di Unit Koleksi Negeri Sembilan ialah koleksi Tan Sri Abd Samad Idris, koleksi
Ismail Hadi, temu bual bersama Dato Siti Rahmah Kassim, temu bual bersama Dato Seri Maharaja, Haji Khalid
Bonget, pertabalan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku
Munawir, Hari Keputeraan YTM Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Azman bin Syed Idrus dan lain-lain.
Sehingga J un 2013, Koleksi Negeri Sembilan berjumlah 56, 965 naskah.
J adual 1 : Senarai Koleksi Negeri Sembilan bagi tahun 2012
Bil J enis Bahan J umlah Bahan
1 Buku 4,626
2 Keratan Akhbar 28,800
3 Kad J emputan 538
4 Buku program/cenderamata 1,965
5 Fail Persendirian/Peribadi 67
6 Buletin J abatan 299
7 Album & Gambar 1,137
8 Bahan AV 147
9 Bahan digitasi 15,320
J UMLAH 52,899

3. KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan PPANS amnya dan Unit Koleksi Negeri Sembilan, khususnya agar semua pihak dapat melihat
kepentingan kewujudan koleksi negeri. Masyarakat perlu mempunyai kesedaran kepada semua pihak yang yang
berada di Negeri Sembilan dan luar Negeri Sembilan yang mempunyai bahan-bahan terkumpul agar dapat
menyerahkannya kepada Koleksi Negeri Sembilan. Ia membolehkan ramai orang boleh membaca, merujuk dan
mengkaji apa yang tersirat di dalam bahan-bahan tersebut. Secara tidak langsung, ia akan menyerlahkan keunggulan
jati masyarakat. Kita harus belajar bagaimana kemajuan Barat bermula dengan mengkaji dan menyorot ketamadunan
orang Islam. Mereka dapat melestarikan keunggulan jati diri mereka dengan menunjukkan ilmu pengetahuan yang
dipelajari dan dimiliki. Oleh yang demikian, kita harus berusaha menuju ke arah kemajuan dengan acuan kita sendiri.
Kegagalan kita menjaga koleksi yang sedia ada akan menyebabkan generasi akan datang tidak mempunyai bahan
rujukan.









BIBLIOGRAFI


A. Aziz Deraman (1988). Masalah Manuskrip Di Malaysia. (kertas Kerja). Seminar Koleksi Negeri Sembilan Darul
Khusus.

Abdul Samad Hadi (1988). Warisan, Keterlibatan Masyarakat dan Masa Depannya. (Kertas Kerja) Seminar Koleksi
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (1974) Pindaan (1994)

Fasihah Haji Abdul Kader (2002). Laporan Akhir Latihan Industri, Diploma Pengurusan Teknologi

Ismail Abdul Hadi (1988), Koleksi Negeri Sembilan Darul Khusus Dasar dan Harapan Masa Depan (Kertas Kerja).
Seminar Koleksi Negeri Sembilan Darul Khusus.

Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Sembilan (1994). Kertas Mesyuarat Laporan Tahunan 1994.

Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Sembilan (2001). Laporan Tahunan 2001.

Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Sembilan (2008). Laporan Tahunan 2008

Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Sembilan (2011). Laporan Tahunan 2011.

Zawiyah Baba et al. (1988). Dokumentasi Koleksi Negeri Strategi Dan Pelaksanaan. (Kertas Kerja). Seminar Koleksi
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Вам также может понравиться