Вы находитесь на странице: 1из 1

Pada hari Sabtu yang lalu, saya berpeluang menyaksikan sambutan perarakan Hari Kemerdekaan yang diadakan di Dataran

Putrajaya. Saya dan keluarga telah hadir ke kawasan dataran tersebut pada awal-awal pagi lagi. Orang ramai juga membanjiri kawasan dataran itu. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, upacara perarakan pun dimulakan. Para tetamu kehormat yalah berada di atas pentas untuk menerima tabik hormat daripada pasukan yang menyertai perbarisan. Antara tetamu tersebut ialah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet. Acara pararakan Hari Kebangsaan itu disertai oleh pasukan beruniform daripada sector kerajaan. Selain itu, agensi kerajaan yang bukan beruniform juga turut menyertai perarakan tersebut. Upacara perarakan juga dimeriahkan dengan pembarisan yang disertai oleh syarikat-syarikat daripada sektor swasta. Bukan itu sahaja, para penonton turut disajikan dengan persembahan yang menarik seperti perarakan kereta berhias dan skuad bermotor. Persembahan yang mendebarkan pula ialah persembahan lintas hormat daripada pasukan helicopter dan penerjun-penerjun paracut di kawasan dataran. Penonton bersorak ketika menyaksikan persembahan tersebut. Semua persembahan yang diadakan itu sungguh menghiburkan hati kami. Ayah mengambil kesempatan untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada ketika itu. Kira-kira pada pukul 12 tengah hari, persembahan itu pun tamat. Kami pulang dengan perasaan yang sangat gembira dan berharap dapat menyaksikan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun hadapan.

Вам также может понравиться